PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label 10 Kereta pelik di dunia. Show all posts
Showing posts with label 10 Kereta pelik di dunia. Show all posts

Edisi Pelik! Api Misteri Kembali Mengganas - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on

Zainab menunjukkan api misteri (dalam bulatan) yang membakar kain tudungnya di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, Kota Bharu semalam.

Selepas lebih setahun tenang tanpa serangan api misteri, keluarga Zainab Sulaiman, 75, atau lebih dikenali sebagai Mok Nab kembali resah apabila serangan tersebut kembali berulang di kediamannya di sini kelmarin.

Terbaru, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Kampung Penambang Bunga Emas, dekat sini, apabila api misteri tersebut muncul secara tiba-tiba dan membakar sebuah almari yang sarat dengan pakaian.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Api Misteri Kembali Mengganas - Serius Pelik!

Edisi Pelik! Jururawat Kemaruk Span!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil. Kerry Trebilcock, 21, juga memakan lebih 100 ketul sabun. Dia menghidap pica, sejenis penyakit yang menyebabkan mangsa suka memakan barangan bukan makanan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Jururawat Kemaruk Span!

Edisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!

Oleh Kaki Wayang on


SEBUAH bongkah batu gergasi (dalam bulatan) seberat 340 tan berada di atas sebuah treler di Lembah Jurupa, California kelmarin. 
Selepas persediaan selama beberapa bulan, sebuah bongkah batu gergasi memulakan perjalanan sejauh 169 kilometer menuju ke Muzium Seni Daerah Los Angeles di sini.

Batu granit seberat 340 tan itu yang dipilih oleh pengukir terkenal AS, Michael Heizer sebagai bahan pamerannya, meninggalkan sebuah kuari di Riverside dekat sini lewat kelmarin. Batu berkenaan yang setinggi bangunan dua tingkat dan berbentuk seperti titisan air mata, diangkut di atas sebuah treler sepanjang sebuah padang bola sepak.

Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Treler angkut batu gergasi!

Edisi Pelik! Walaupun Koma Tapi Masih Boleh Melontar Bola - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on

MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.
MAGGIE mampu melontar bola walaupun masih dalam koma. Gambar kecil, Maggie kembali ke sekolah selepas empat tahun dirawat.

Seorang pelajar sekolah tinggi yang terlalu minat kepada sukan bola keranjang menunjukkan aksi luar biasa ketika koma akibat jangkitan kuman di otaknya. Media semalam melaporkan, Maggie Meier jatuh sakit pada 2008 dan dimasukkan ke hospital akibat tidak sedarkan diri.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Walaupun Koma Tapi Masih Boleh Melontar Bola - Serius Pelik!

Edisi Pelik! Berlian merah jambu ditemui!

Oleh Kaki Wayang on





Gergasi perlombongan Rio Tinto semalam menyatakan pihaknya menemui batu berlian merah jambu 12.76 karat di Australia. Ia merupakan berlian merah jambu terbesar pernah ditemui di negara berkenaan.Dinamakan Argyle Pink Jubilee, batu berlian besar itu ditemui di lombong berlian merah jambu Argyle di Kimberley, Australia Barat.


Rio Tinto dalam satu kenyataan memberitahu, masa selama 10 hari diperlukan bagi memotong dan mengilat batu permata berkenaan.

"Kami semua teruja dengan penemuan berlian ini yang jarang-jarang ditemui," kata Ketua Divisyen Berlian Merah Jambu Argyle, Josephine Johnson.

"Berlian seperti ini ditemui sekali dalam tempoh 26 tahun dan mungkin tidak akan ditemui lagi.

"Individu yang dapat memakai berlian merah jambu ini sudah tentu amat bertuah," tambahnya.
 
Menurut kenyataan Rio lagi, harga berlian Argyll tersebut dianggar lebih AS$10 juta (RM30.3 juta) berdasarkan berlian merah jambu berkualiti tinggi yang dijual pada harga AS$1 juta (RM3 juta) untuk setiap karat.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Berlian merah jambu ditemui!

Edisi Pelik! Lelaki Diserang Sakit Jantung Ketika Makan Di Restoran ‘Heart Attack Grill’!

Oleh Kaki Wayang on

Lelaki Diserang Sakit Jantung Di Restoran 'Heart Attack Grill'

Pepatah ada mengatakan ‘apa ada dengan nama’, namun adakalanya nama juga penting untuk kita beringat dan berhati-hati. Di Las Vegas, ada sebuah restoran yang bernama ‘Heart Attack Grill’.

Restoran tersebut siap memasang papan tanda berbunyi ” Pergi Dari Sini. Kalau Kamu Datang, Ia Akan Membunuh Kamu “ di luar premisnya.

Namun ia dipandang enteng kerana ramai yang menganggap ia cuma satu strategi pemasaran untuk menarik pelanggan ke restoran tersebut. Kenapa restoran itu dinamakan sedemikian. Ada sebab sebenarnya. Ia menghidangkan makanan-makanan yang mempunyai kalori yang cukup tinggi.

Sebagai contoh, ada sejenis burger yang dinamakan “Triple Bypass Burger”.

Ia mengandungi tiga lapis daging tebal, keju, bawang merah, bacon dan berbagai lagi perencah.Kesemuanya 6,000 kalori.


Selain itu, pemilik restoran tersebut turut menawarkan makanan percuma kepada pelanggannya yang mempunyai berat badan melebihi 350 pound!

Ironinya, pemilik restoran itu, Jon Basso sendiri adalah seorang pakar pemakanan dan mengusahakan sebuah pusat untuk menurunkan berat badan, pulak.

Baru-baru ini terjadi peristiwa malang apabila salah seorang pelanggannya yang sedang enak menikmati burger di restoran itu telah diserang penyakit jantung hingga membuatkan ia rebah ke lantai.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Lelaki Diserang Sakit Jantung Ketika Makan Di Restoran ‘Heart Attack Grill’!

Edisi Sentap! Terperangkap dalam kereta selama dua bulan!

Oleh Kaki Wayang on



Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin. Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan. Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta. Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu. Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.

Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama. Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik. Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.

Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.

“Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya,” katanya.
Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.

“Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.

“Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan,” kata Dr. Branth.

Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Terperangkap dalam kereta selama dua bulan!

Edisi Pelik! Umur Presiden Senegal dikatakan 90 tahun!

Oleh Kaki Wayang on

Umur Presiden Senegal, Abdoulaye Wade menjadi persoalan kerana ada dakwaan beliau berusia 90 tahun. Secara rasmi, Wade dilahirkan pada 29 Mei 1926 menjadikan beliau berumur 85 tahun semasa kebanyakan daripada penduduk di negara ini meninggal dunia semasa berusia 59 tahun.

Namun, para pengkritiknya menyatakan beliau mungkin berusia 90 tahun. Masalah yang dihadapinya ialah dokumen kelahirannya dikunci dalam sebuah bilik. Persoalan itu timbul kerana beliau kini cuba meyakinkan penduduknya supaya memberikan peluang kali ketiga kepadanya untuk memerintah Senegal. Isu itu timbul bahawa seorang penduduk yang mengenali Wade menerima ancaman bunuh selepas beliau mendakwa presiden tersebut lahir pada tahun 1919.

"Umurnya menjadi satu masalah. Adakah beliau layak mempinpin negara?, soal Datuk bandar Saint Louis, Cheikh Bamba Dieye.

Dokumen kelahiran Wade disimpan dalam sebuah bilik berkunci di bandar Saint Louis.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Umur Presiden Senegal dikatakan 90 tahun!

Edisi Sentap! MyKad silap, warga emas jadi anak dara sunti!

Oleh Kaki Wayang on


Pelik tetapi benar. Seorang nenek yang mempu­nyai empat anak, 19 cucu dan tujuh cicit, didaftarkan sebagai perempuan yang baru berusia 15 tahun. Puan Ahmad, yang sepatutnya kini berumur dalam lingkungan 90 tahun itu sendiri tidak menyedari nombor dalam MyKadnya, iaitu 960412-02-0058, menunjukkan dia kononnya dilahirkan pada 1996.

“Rahsia’ itu terbongkar apabila cucu Puan, Siti Noor Atikah Mat Yusop, 21, membawanya ke klinik untuk rawatan tahun lalu. “Saya sendiri tidak ingat umur yang sebenar, tetapi saya ingat anak sulung berumur 72 tahun. Semua dokumen lama pun sudah hilang entah ke mana,” katanya ketika ditemui media di rumahnya di Kampung Padang Keria, Kuala Sanglang, di sini, semalam.

Siti Noor Atikah berkata, mereka sekeluarga tidak mengetahui bahawa MyKad yang dimiliki neneknya bermasalah sehingga dia membawa neneknya ke hospital.

“Saya mula sedar berkenaan kesilapan pendaftaran umur nenek saya ketika seorang jururawat bertugas bertanyakan kepada saya mengenai umur nenek. “Setelah mengetahui masalah berkenaan tahun lahirnya, saya pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis untuk memaklumkan kesalahan tarikh lahir nenek yang ada pada MyKad itu, tetapi saya dimaklumkan MyKad nenek saya boleh digunakan. “Selepas itu saya dan ahli keluarga yang lain pun biarkan begitu sahaja,” katanya.

Anak ketiga Puan, Mat Yusop Kamis, 64, berkata, kesilapan catatan dalam MyKad itu menyebabkan ibunya tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagaimanapun mereka sudah membuat rayuan.

“Saya memohon BR1M kepada ibu saya, namun kami menerima surat menyatakan permohonan ibu saya untuk mendapatkan BR1M tidak diluluskan kerana tidak layak. “Kemudian semasa saya menerima BR1M, saya diminta untuk membuat rayuan, namun nasib tidak menyebelahi ibu saya kerana permohonan kali kedua juga ditolak,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! MyKad silap, warga emas jadi anak dara sunti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...