PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label 2 tahun dibelasah teman wanita. Show all posts
Showing posts with label 2 tahun dibelasah teman wanita. Show all posts

Edisi Sengal! Isteri suruh pulang CD dibelasah suami!

Oleh Kaki Wayang on

Hanya kerana menyuruh suami memulangkan cakera padat (CD) lagu milik abangnya, seorang wanita teruk dibelasah ketika pasangan itu menaiki kereta untuk pulang ke rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 20 tahun bertanya kenapa suaminya tidak pulangkan CD itu walaupun mereka menghadiri majlis hari jadi di rumah abangnya di Sentul.

Suaminya yang berusia 20-an itu tidak mempedulikannya pertanyaan isterinya, namun wanita terbabit yang mendesak menyebabkan mangsa naik angin dan memarahinya. Menurut sumber, lelaki terbabit memberitahu CD yang dipinjamnya rosak dan dia akan menggantikan semula, namun mangsa masih tidak berpuas hati menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Si suami yang gagal mengawal kemarahannya memukul kepala mangsa dengan tangan beberapa kali sebelum menyuruh mangsa turun dari kereta,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Isteri suruh pulang CD dibelasah suami!

Edisi Sentap! Suami gigit jari manis isteri tak mahu dahulukan sewa!

Oleh Kaki Wayang on

Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita terbabit berusia 20 tahun yang juga pencuci mengalami pendarahan pada jari selain bengkak pada muka dan tubuh kerana dibelasah suaminya.

Menurut sumber polis, sebelum bertengkar wanita terbabit bertanyakan suaminya bila mahu membayar sewa rumah mereka bagi bulan ini yang beberapa hari tertangguh.

“Suami mangsa berusia 30-an mendakwa tiada duit dan meminta mangsa mendahulukan duitnya.

“Namun, mangsa tidak bersetuju membayar sewa rumah menggunakan duitnya kerana tahu suaminya itu tidak mengganti semula wang berkenaan,” katanya.

Katanya, situasi itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suami mangsa yang berang mengambil telefon bimbit mangsa dan merosakkannya.
“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya cuba mengambil kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit yang terjatuh.

“Bagaimanapun, suami mangsa cuba merebut kad SIM itu dan menggigit jari manis mangsa supaya melepaskan kad berkenaan. Malah, suami mangsa juga menumbuk pipi kanan dan paha mangsa selepas dia enggan menyerahkan kad itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang suaminya bertindak lebih ganas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sejurus kejadian.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Suami gigit jari manis isteri tak mahu dahulukan sewa!

Edisi Sentap! 2 tahun dibelasah teman wanita!

Oleh Kaki Wayang on

McNICHOLL menunjukkan kesan kecederaan pada badannya akibat dihentak dengan batang besi dan tukul besi.
McNICHOLL menunjukkan kesan kecederaan pada badannya akibat dihentak dengan batang besi dan tukul besi.

Seorang ahli perniagaan yang dibelasah teruk oleh teman wanitanya dan hampir kehilangan tangan akan menjalani pembedahan kosmetik bagi menghilangkan kesan penderaan itu. Ian McNicholl, 49, dari Hull, menderita selama dua tahun akibat didera Michelle Williamson, termasuk satu daripadanya disembur dengan cecair peluntur pada mata.

McNicholl juga menderita retak tengkorak, rahang, hidung dan tiga rusuknya patah, selain kesan melecur pada tangan akibat ditekap dengan seterika panas oleh teman wanitanya yang hanya mempunyai ketinggian 1.5 meter. Tidak cukup dengan itu, McNicholl juga diseksa dengan puntung rokok pada hidungnya kerana disyaki bercinta dengan wanita lain.

Michelle kini menjalani hukuman penjara tujuh tahun kerana menyebabkan kecederaan ke atas McNicholl. Dalam satu kejadian, Michelle, 34, mencurah dua cerek air mendidih ke atas McNicholl dan pernah menyerang teman lelakinya itu dengan pencuci hampa gas. Bersedia menjalani pembedahan kosmetik, McNicholl berkata dia mula disyaki berlaku curang di antara sambutan Krismas dan tahun baru pada 2006.

“Ketika itu Michelle mencederakan saya kali pertama dengan menumbuk muka sehingga menyebabkan mata saya lebam,” katanya.

Menurut McNicholl, Michelle kemudian meminta maaf dan berjanji insiden itu tidak berulang lagi. Percaya dengan janji itu, McNicholl membenarkan Michelle berpindah ke rumahnya di Grimsby. Bagaimanapun, beberapa minggu kemudian Michelle sekali lagi menyerangnya dengan pencuci hampa gas. Kata McNicholl, Michelle mula merungut dan mengungkit hubungannya dengan pasangan sebelum ini. Pengalaman paling perit dialami McNicholl berlaku apabila Michelle mencurahkan secerek air mendidih ke ribaannya.

“Ketika saya menjerit kesakitan, Michelle mengisi semula cerek berkenaan, memanaskan air dan mencurahnya untuk kali kedua,” katanya.

McNicholl berkata, Michelle juga suka menunjuk-nunjuk kesan kecederaan dialami kepada rakannya. Ditanya mengapa dia tidak cuba melarikan diri, McNicholl berkata, dia takut kerana Michelle pernah mendakwa keluarganya terbabit dalam kegiatan jenayah dan tidak teragak-agak membunuhnya. Sejurus sebelum ditahan polis, Michelle sempat menyerang McNicholl dengan batang besi dan tukul besi dalam kejadian selama hampir tujuh jam. Michelle ditahan selepas polis menerima maklumat daripada pihak tidak dikenali.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! 2 tahun dibelasah teman wanita!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...