PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Azizulhasni Awang. Show all posts
Showing posts with label Azizulhasni Awang. Show all posts

Edisi Sukan Hangat! Atlet Berbasikal Cipta Sejarah Untuk Negara!

Oleh Kaki Wayang on

 
Fatehah Mustapa meraikan kejayaan menjuarai keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Asia di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, semalam.


Malaysia bukan saja cemerlang menutup hari terakhir acara trek Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dengan menokok dua pingat emas, malah Fatehah Mustapa melakar sejarah sukan tanah air apabila muncul pelumba wanita pertama negara memenangi emas kejohanan itu.
 
Penantian Fatehah untuk bergelar juara Asia sejak 2008 akhirnya tercapai semalam selepas berjaya menjuarai acara keirin di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras. Fatehah membuktikan dia kini pelumba yang perlu diberi perhatian oleh pencabar serantau menjelang Sukan Olimpik 2012 London dengan kejayaan menjadi pelumba wanita Malaysia pertama meraih emas ACC sejak kejohanan diperkenalkan pada 1963.

Pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu, mengenepikan pelumba sensasi Hong Kong, Lee Wai Sze yang menjadi pilihan utama untuk memenangi emas, namun sekadar berpuas hati dengan pingat gangsa, manakala perak milik pelumba China, Xu Yulei.

"Saya hanya ikut belakang dia (Wai Sze), menunggu dengan penuh sabar apabila tiba di selekoh terakhir dan apabila masanya tiba, saya mengerah segala kudrat yang ada untuk sampai di garisan penamat terlebih dahulu," kata Fatehah selepas tamat saingan. Jelasnya, Wai Sze terpaksa bekerja sendirian untuk menghalang pelumba China dan ini membolehkannya menyimpan tenaga dengan hanya perlu bertindak selepas tiba masa yang sesuai.

Kemenangan ini turut menebus kekecewaan sekadar meraih perak dalam acara pecut dan gangsa ujian masa 500 meter sebelum ini.

"Saya puas hati sangat, pada masa yang sama tidak menyangka dapat meraih pingat emas, pingat ini saya hadiahkan kepada John (Beasley) dia banyak tolong saya selama ini. Jatuh bangun pelumba adalah di tangan jurulatih, apa yang dibuat semuanya adalah untuk saya.

"Pingat emas pertama ACC ini adalah rezeki yang bermakna buat saya, kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Menjelang Siri Piala Dunia Klasik di London saya tidak boleh terlalu yakin, ramai pelumba lain yang hebat akan turun beraksi," katanya yang akan berangkat ke London hari ini. Fatehah pernah meraih perak dalam acara keirin di ACC Nara, Jepun tiga tahun, diikuti di Kalimantan setahun kemudian. 

Selepas mengambil bahagian dalam Siri Piala Dunia Klasik London, Fatehah akan terus mencari mata Olimpik pada Kejohanan Trek Dunia di Melbourne pada April depan dan melihat pada ranking keirin wanita terini, dia adalah pelumba kedua terbaik dunia di belakang Guo Shuang dari China.Sementara itu, Josiah Ng melengkapkan kejuaraan berganda Malaysia dalam acara keirin selepas muncul juara lelaki, mengalahkan Mohd. Azizulhasni Awang.


Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan Hangat! Atlet Berbasikal Cipta Sejarah Untuk Negara!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...