PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Don Daniyal Don Biyajid. Show all posts
Showing posts with label Don Daniyal Don Biyajid. Show all posts

Edisi Hangat! Fenomena Ustaz Don!

Oleh Kaki Wayang on

MENGGALAS tugas sebagai pendakwah bukan satu tugas mudah namun anak muda berusia 27 tahun ini begitu gigih melaksanakan tanggungjawabnya. Tujuannya hanya satu agar ilmu agama yang dimilikinya dapat dikongsi bersama mereka di luar sana. Melalui pendekatan yang sama seperti pendakwah lain daripada segi pengisian dakwah, kini nama Ustaz Don semakin meniti di bibir para peminat apabila program 30 Minit Ustaz Don berjaya menambat hati penonton TV Alhijrah.

 Siapa menyangka kemunculannya yang masih setahun jagung itu bukan sahaja telah berjaya menarik minat golongan muda dan tua malah turut mewujudkan fenomenanya tersendiri. Sehinggakan program yang dikendalikan kini yang bersiaran setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam sebelum ini kini dilanjutkan sehingga Khamis gara-gara sambutan luar biasa daripada penonton.

Merupakan pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, menurut Ustaz Don, dia tidak mahu terlalu dibelenggu dengan kejayaan yang dikecapinya kini. Sebaliknya tegas anak muda yang berasal dari Pulau Pinang itu, dia hanya mahu menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya. Enggan mengulas mengenai fenomena yang dicetuskan olehnya, Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid memberitahu, dia lebih senang untuk mengatakan populariti yang diraih kini merupakan satu bonus bagi memudahkan aktiviti dan kerja dakwahnya.

“Apa yang saya lakukan ini tidak lebih daripada untuk meneruskan aktiviti dakwah sahaja. Ini kerana sejak dari dulu lagi saya merupakan seorang penceramah bebas.

“Saya memulakan kerja-kerja berdakwah seperti kuliah agama sejak tiga tahun lalu. Semuanya berlaku tanpa dirancang apabila saya menjadi bidan terjun menggantikan penceramah yang tidak hadir pada kuliah tersebut.

“Kini apabila muncul di kaca televisyen, sasaran itu lebih meluas apabila lebih ramai orang boleh menontonnya pada satu-satu masa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menceritakan kembali bagaimana dia boleh terlibat di dalam bidang pengacaraan di TV Alhijrah, Ustaz Don berkata, pada mulanya dia dipelawa oleh salah seorang rakannya untuk menyertai program yang disediakan oleh stesen televisyen berkenaan.

“Memang pada mulanya agak kekok untuk berada di hadapan kamera. Maklumlah baru pertama kali. Tetapi saya tidak mahu membebankan diri.

“Apa yang penting adalah saya menjadi diri saya sendiri di hadapan kamera dan ternyata itu ia lebih mudah,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Fenomena Ustaz Don!

Edisi Hangat! Profil Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid)!

Oleh Kaki Wayang on




Biodata Ustaz Don

Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Status: Bujang
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Profil Ustaz Don (Don Daniyal Don Biyajid)!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...