PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Edisi Informasi. Show all posts
Showing posts with label Edisi Informasi. Show all posts

Edisi Informasi! Kombinasi Gambar Pembentukan Gerhana Matahari Cincin - Subhanallah!

Oleh Kaki Wayang on


Subhanallah...betapa tinggi dan tak tercapai dek akal akan ciptaanMu..semuanya indah dan sempurna belaka..CiptaanMu terhadap alam semesta, alam semulajadi, binatang-binatang dan manusia serta semua makhluk ciptaanMu begitu sempurna..
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Kombinasi Gambar Pembentukan Gerhana Matahari Cincin - Subhanallah!

Edisi Informasi! 8 Ciri Blogger Popular Menurut Blogger Lain!

Oleh Kaki Wayang on


Satu informasi yang menarik untuk dikongsikan. Artikel yang ditulis sepenuhnya oleh HasrulHassan. Berikut merupakan 8 Ciri Blogger Popular.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! 8 Ciri Blogger Popular Menurut Blogger Lain!

Edisi Informasi! Berkhatan Menurut Islam!

Oleh Kaki Wayang on

Selamba dan tak rasa sakit ok budak ni..sempat lagi main game!

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Berkhatan Menurut Islam!

Edisi Informasi! Hukum Menjilat Kemaluan Isteri Dalam Islam!

Oleh Kaki Wayang on

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Hukum Menjilat Kemaluan Isteri Dalam Islam!

Edisi Informasi! Jenis-jenis Kentut Yang Korang Tak Tahu!

Oleh Kaki Wayang on


Anda tergolong dalam golongan mana? tapi korang janganlah percaya sangat akan benda-benda macam ni..ni suka-suka je k..kang ada pula yang sampai FANATIK sangat dengan kentut..sebagai contoh.."Saya nak KENTUT dengan lantanglah", "Sebab saya orang yang Yakin dengan diri!"..Tak pun, saya kentut terkepit-kepitlah..maknanya saya ni pemalulah eh? Padahal muka tak malu...ngeeee

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Jenis-jenis Kentut Yang Korang Tak Tahu!

Edisi Informasi! Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012!

Oleh Kaki Wayang on


Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan Temuduga bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012 boleh dibuat mulai jam 2 petang, pada 30 April 2012 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012!

Edisi Informasi! Tahukah Anda Siapa Yang Mencipta Jam Tangan Rolex dan Asal Usul Rolex?

Oleh Kaki Wayang on


Jam tangan mewah Rolex diasaskan seorang pemuda bernama Hans Wilsdrof bersama saudara iparnya Law William Davis. Wilsdrof yang dilahirkan pada 22 Mac 1881, di Kulmbach Franconia, Jerman adalah pemuda yang disifatkan sebagai seorang ‘yang sempurna’ (perfectionist). Beliau berkahwin dengan seorang perempuan Inggeris berusaha mengembangkan prinsip pembuatan jam tangan selain berkeinginan kuat melahirkan jam yang lebih kecil dan lebih tepat daripada menghasilkan jam-jam poket yang besar.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Tahukah Anda Siapa Yang Mencipta Jam Tangan Rolex dan Asal Usul Rolex?

Edisi Informasi! Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Hingga Sabtu Sempena 'Rakyat dan Rakyat Berpisah Tiada'!

Oleh Kaki Wayang on


Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat sejak semalam hingga Sabtu ini sempena persembahan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”. Acara yang akan bermula pada pukul 8 malam Sabtu tersebut merupakan kemuncak kepada majlis pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Hingga Sabtu Sempena 'Rakyat dan Rakyat Berpisah Tiada'!

Edisi Informasi! Subhanallah, 6 Sebab Kenapa Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim!

Oleh Kaki Wayang on


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang'manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Subhanallah, 6 Sebab Kenapa Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim!

Edisi Informasi! Gambar Pembunuh Bersiri Paling Digeruni, Charles Manson Didedah Di Internet!

Oleh Kaki Wayang on


Gambar baharu banduan digeruni, Charles Manson yang dipenjara selama 40 tahun kerana terlibat dalam satu siri pembunuhan kejam telah didedahkan oleh pihak berkuasa penjara California kelmarin. Manson yang berusia 77 tahun dikatakan akan menghadiri perbicaraan parol yang baharu pada Rabu depan.

Gambar itu menunjukkan dia kelihatan tidak kemas dengan rambut beruban dan berjambang. Dia juga masih mempunyai tatu sawastika pada dahinya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Gambar Pembunuh Bersiri Paling Digeruni, Charles Manson Didedah Di Internet!

Edisi Informasi! Cara Latih Anak Lelaki Dan Anak Perempuan Bagi Ibu Bapa!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Cara Latih Anak Lelaki Dan Anak Perempuan Bagi Ibu Bapa!

Edisi Sentap! Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita!

Oleh Kaki Wayang on

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Bau Ketiak Lelaki Mampu Menjadi Penawar Stress Wanita!

Edisi Terkini Aniq Ezra, Anak Lelaki Rozita Che Wan Dilaporkan Hilang!

Oleh Kaki Wayang on


Khabar yang tidak sahih di’terima mengatakan yang Aniq Ezra, anak lelaki kepada aktress Rozita Che Wan di’laporkan kini hilang.

Aniq Ezra berusia 14 tahun ini khabarnya kali terakhir di’lihat ada di USJ 11/12 dan Rozita Che Wan sendiri di’katakan meminta siapa siapa yang ternampak Aniq Ezra supaya menghubungi balai polis berdekatan dengan segera.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini Aniq Ezra, Anak Lelaki Rozita Che Wan Dilaporkan Hilang!

Edisi Informasi! Jangan Salah Anggap Kalau Kawan UNFRIEND Kita Kat Facebook Kerana..?

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Jangan Salah Anggap Kalau Kawan UNFRIEND Kita Kat Facebook Kerana..?

Edisi Informasi! Rakaman Video Seks Tulen!

Oleh Kaki Wayang on


Hari ini, rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ahli politik .. telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang telah melakukan pemeriksaan terperinci terhadap video berkenaan.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar .. kini siasatan yang dijalankan oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berada dalam peringkat akhir.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Rakaman Video Seks Tulen!

Edisi Informasi! Cara Nak Tahu Perangai Wanita Melalui Bentuk Payudara?

Oleh Kaki Wayang on


Seorang pakar penyelidik tentang sosiologi manusia di Rome, Itali menarik perhatian ramai pihak apabila mendakwa beliau mampu mengetahui sifat dan perangai wanita menerusi bentuk dan saiz payudara mereka. Yang melucukan, pakar tersebut, Pieor Lorenzoni, mengklasifikasikan payudara wanita mengikut kategori buah-buahan seperti tembikai, nenas, pear dan sebagainya.

Menurut laporan akhbar Jerman, Bild, Lorenzoni turut memberikan tips dan panduan kepada golongan lelaki untuk mengetahui sifat sebenar wanita idaman mereka melalui ‘keistimewaan’ beliau itu.

Berikut adalah sifat dan perangai wanita mengikut kategori payudara sebagaimana yang dimaksudkan pakar dari Itali itu;-
1.Tembikai : Wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.

“Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan.

2.Lemon : Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.

“Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya lagi.

3.Nenas : Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik.

“Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” jelas pakar itu.

4.Limau : Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.

“Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah.

“Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni mengenai teorinya itu.

5.Oren : Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks.

6.Ceri : Wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

7.Pear : Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama.

Tetapi, agak pelik apabila beliau menyatakan bahawa kebanyakan wanita dari kategori ini juga didapati kerap menduakan suami.

Biar apa pun, ia adalah sekadar teori pakar yang tidak dapat dipastikan kebenarannya oleh pakar-pakar sains dunia memandangkan ia terlalu subjektif dan dilihat lebih sebagai cubaan mencetus kontroversi mempopularkan diri pakar tersebut.

Meskipun ada juga yang percaya kepada teori tersebut, anda khususnya lelaki dinasihatkan agar tidak menjadikannya sebagai panduan untuk sewenang-wenangnya mengandaikan sifat dan perbadi wanita sebagaimana yang dinyatakan Lorenzoni. 
Kredit: MyNewsHub
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Cara Nak Tahu Perangai Wanita Melalui Bentuk Payudara?

Edisi Soal Jawab Agama! Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiMmUj20YkkUXzEpLnxFkwYfzbMWIG8LHerQiTQMdGJjXziWylmvvGOAfBOj5s_BUJCkhuKORSoKRsRJAp3379EuI5DCgi4R_kBYnRZCenWpCgETscEA2woECSGygVb8xxQED2CsEhiLdZH/s1600/supaya-binatang-korban-ni.jpg

Petikan dari: Al-Ahkam dan  E-Fatwa (Sila ke laman ini sekiranya kurang jelas)

Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam

Jawapan:

Daging korban tatawwu" (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam.
Sila baca beberapa petikan soal jawab di bawah:

Petikan 1

Soal: Bolehkah kita membahagikan daging qurban kepada jiran kafir dengan alasan memuliakan mereka sebagai jiran.

Wa'alaikumussalam

Jawab:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan jawair dengan kadar kemampuan dan kelemahan yang ada pada kami, Insyaallah.

Telah disyariatkan bahawa mereka yang melakukan korban/udhiyah  memakan sebahagian dari daging, memberikan sebahagiannya sebagai hadiah dan juga memberinya sebagai sedekah. Firman Allah swt :- 


"dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin." - [Surah al-Haj ayat 28].

Didalam sebuah hadith juga meriwayatkan bahawa daging korban ini hendaklah dimakan sedikit bersama-sama dengan kaum keluarga, disimpan dan diberikan, sebagaimana hadith riwayat Salamah ibn al-Akqwa' ra. berkata bahawa Nabi saw bersabda :- 


"Kamu makan, kamu berikan kepada yang lain dan kamu simpan" - [Hadith riwayat al-Bukhaari]. Didalam hadith yang diriwayatkan oleh A'isyah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

"Kamu makan, kamu simpan dan kamu berikan sebagai sedekah" - [Hadith riwayat al-Muslim].

Sheikh Dr Abdullah Al-Faqih didalam komentarnya terhadap pemberian daging korban kepada orang kafir, kata beliau :

"Tidak ada masalah untuk memberi orang kafir dan diantara mereka juga termasuk orang miskin dan fakir, kaum keluarga, jiran atau mana-mana komposisinya, kerana nabi saw bersabda didalam sebuah hadith yang dipersetujui oleh semua (al-Mutafaq) yang diriwayatkan oleh Asmaa' bt Abu Bakar Al-Sidiq ra : "Anda kekalkan hubungan yang baik dengan ibu anda", telah maklum bahawa ibu Asmaa' adalah seorang kafir Quraish yang tidak beriman."

Fatwa ini menunjukkan bahawa seorang ibu yang masih kafir boleh menerima korban si-anak atas dasar berlaku baik kepada kedua ibu-bapa, begitulah juga dengan jiran dan kaum keluarga yang masih tidak beriman.

Islam membenarkan daging korban diberikan kepada orang kafir asalkan mereka tidak terlibat memerangi dan menzalimi orang-orang Islam. Termasuklah jiran-jiran kita yang kafir yang kita kenali dan bergaul dengan mereka, sudah tentu mereka tidak terlibat memerangi kita. Disini kami memetik fatwa bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Ibn Utsaimin yang berkata :- 

"Adalah dibolehkan untuk memberi orang kafir daging korban atas nama sedekah selama mana orang kafir ini bukan dari kalangan mereka yang membunuh orang Islam. Jika mereka adalah salah seorang yang membunuh orang Islam maka tidak boleh diberikan mereka apa-apa, sebagaimana firman Allah swt :-
 
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." [Surah : al-Mumtahanah 8-9]". - [Fataawa al-Shiekh Ibn Utsaimin, 2/663].

Kesimpulan yang boleh kita ambil ialah, dibenarkan memberi daging korban kepada orang kafir, samada mereka itu jiran, kaum keluarga kita, orang miskin dsb, selama-mana mereka tidak berperang menentang orang Islam. WA.

wassalam.

Hukum daging akikah diberi kepada bukan Islam

SOALAN:

SAYA ingin mengemukakan soalan mengenai hukum daging akikah dan korban dimakan orang bukan Islam. Contohnya ketika kenduri kesyukuran. Apa pandangan ustaz mengenainya.

Ingin tahu.

JAWAPAN: HUKUM akikah dan korban mempunyai banyak persamaan, sama ada dalam hukum sedekah, hadiah, makan, menyimpan daging dan menentukan kadar daging yang dimakan adalah sama dan tiada perbezaan di dalamnya.

Bagaimanapun, ada sedikit perbezaan hukum antara kedua-duanya antaranya daging akikah itu hendaklah dimasak terlebih dulu, sedangkan korban diberikan dalam keadaan mentah; daging akikah jika diberikan kepada orang kaya nescaya akan menjadi miliknya, manakala daging korban jika diberikan kepada orang kaya tiadalah orang kaya itu memilikinya, hanya untuk dimakannya saja; dan amalan berkorban itu dituntut waktunya pada Aidiladha dan hari Tasyriq iaitu hari kesebelas, dua belas dan tiga belas daripada bulan Zulhijah.

Sementara akikah pula tidak terikat dengan waktu.

Oleh kerana daging akikah dan korban sunat dibahagikan kepada tiga bahagian, tidak ada halangan untuknya dimakan orang bukan Islam dan kita masukkan mereka ke dalam bahagian kita atau kerabat kita.

Jangankan yang sunat hukumnya, yang wajib pun Sayyidina Umar pernah memberikannya kepada orang bukan Islam dengan ucapan mashurnya “mereka adalah orang-orang fakir ahli kitab” ketika membuat keputusan untuk memberikan zakat kepada mereka.

Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum apabila ada jiran atau handai taulan kita yang bukan Islam, dengan kenduri macam ini boleh dikategorikan sebagai dakwah atau setidaknya menonjolkan keindahan Islam dalam bermasyarakat. Wallahu a’lam

Rujukan lain: Shameel Iskandar dan E-Fatwa
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab Agama! Hukum Daging Korban Berkaitan Dengan Orang Bukan Islam!

Edisi Insaf! Siapa Cinta Teragung Kaki Wayang? Kenalinya Di Sini!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNPWKFTfm0Dc0ubIayPwvaPCjB51SGnd-0djwsQgho5U4vXI-v-6alGoo1gvPmrxr-VcrC_ViA6BhVbQG1szep9rDqf1YpN3iO-AjY-siQdEfgtBWC7np6b_ivBRBsVpnMU6vHkSoTl75u/s1600/erti_cinta.jpg

Nak share tentang KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA! Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu.

Apa taknya, masa aku susah,
minta tolon g sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan.
Bila aku susah hati,
boleh terus ngadu kat DIA & direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat
DIA, terasa peace aje.
For surelah KEKASIH, kan?!

Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni tak pernah nak sakit kan hati aku.Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam surat layang aku dapat. .Tak kiralah, material ke spiritual ke emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu..Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Meman g sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih what you give, you get back so, kalau aku usaha lebih sikit , aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat. Perfect! Tu yang kadang-kadan g aku tengah-tengah malam area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA.

Rindulah Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya millionaire, billionaire dan ntah apa-apa naire lagi Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support caya tak? Free of charge Tapi aku tak sedap hati la mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, ambik aje la pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja cheewah! DIA suruh belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik + bijak + genius etc DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni.

Emm aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti , mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal- awal. Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA ! suka, apa yang DIA tak suka.

Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah ni!


Kekasihku..aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini walau nyawa galang gantinya, menggadaikan cinta teragung ini tidak sama sekali..walaupun tak pernah berjum[a, aku tetap bahagia..itulah kekasihku ALLAH SWT..Cinta Teragungku!
Sila baca selanjutnyaEdisi Insaf! Siapa Cinta Teragung Kaki Wayang? Kenalinya Di Sini!

Edisi Hangat! Wanita itu ibarat EPAL! Sebabnya? Sila Baca!

Oleh Kaki Wayang on


Wanita ibarat epal.

Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah.

Tetapi epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak pokok.

Susah dipetik,susah digapai.
 Kadang-kadang epal itu risau,"kenapala diriku belum dipetik?"
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi.
 Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat..

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Wanita itu ibarat EPAL! Sebabnya? Sila Baca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...