PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Fasha Sandha bertunang. Show all posts
Showing posts with label Fasha Sandha bertunang. Show all posts

Edisi Hangat! Fasha Sandha Nak Kahwin dah!

Oleh Kaki Wayang on

Fasha Sandha Pilih Media ke Majlis Perkahwinan

Spekulasi perkahwinan aktres kontroversi Fasha Sandha dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli (Jejai) terus menjadi bualan hangat apabila pelbagai dakwaan dan info mengenai majlis itu diperkatakan.

Fasha Sandha yang menegaskan mereka belum berkahwin, berkata dia hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinannya kepada enam media terpilih termasuklah mengundang wakil media tersebut meraikan majlis pernikahannya yang disebut-sebut bakal berlangsung pada tahun ini juga.

Tanpa banyak mengulas tentang butiran majlis itu, Fasha bagaimanapun menolak dakwaan yang dia akan berkahwin pada sambutan ulang tahun kelahirannya pada 28 Mac depan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Fasha Sandha Nak Kahwin dah!

Edisi Hangat! Fasha Oh Fasha!

Oleh Kaki Wayang on


Selama tujuh tahun pembabitannya dalam bidang seni, siapa yang dapat menyangkal nama Fasha Sandha sebagai pelakon yang cukup disegani. Berbekalkan wajah jelita dan bakat yang semakin menyerlah hari demi hari, anak kelahiran Johor Bahru ini terus mendapat kepercayaan pengarah untuk melariskan produk mereka.
 
Bagaimanapun, seiring populariti dikecapnya, ada ‘harga’ yang perlu dibayar tunjang utama drama bersiri Cinta Elysa ini.
 
Sepanjang tempoh bergelar anak seni, kontroversi boleh diumpamakan sebagai bayang-bayang yang sentiasa mengekori dirinya.
 
Paling mendapat perhatian peminat pastinya kisah cintanya dengan jejaka bernama Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.
 
Biarpun hubungan pasangan ini ada pasang surutnya, umum sudah mengetahui kisah cinta mereka yang bukan lagi rahsia.
 
Malah, Fasha dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan kekasih hati apabila gambarnya mencuba gaun pengantin tersebar di laman blog.
 
Belum reda isu itu, muncul pula khabar mengatakan pasangan ini sudah pun bernikah secara senyap-senyap di ne­gara jiran, Thailand.
 
Bagaikan sudah mengetahui akan diajukan persoalan itu, Fasha yang ditemui ketika majlis pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini menjawab dengan tenang.
 
“Saya masih single dan belum berkahwin. Semua spekulasi terutama saya sudah bernikah di Thailand adalah tidak benar sama sekali,” katanya.
 
Malah, Fasha juga menolak tanggapan bahawa dia mahu mengabadikan hari bahagianya sempena tarikh lahirnya dan memilih Jakarta, Indonesia sebagai lokasi melangsungkan perkahwinan.
 
“Jadual saya penuh sehingga Mei ini, maka tidak mungkin saya akan berkahwin pada hari lahir saya. Tentang pemilihan Jakarta sebagai lokasi perkahwinan, saya tidak dapat memberi kenyataan lanjut.
 
“Semuanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun, yang pasti saya tidak akan bernikah di Thailand. Jangan risau, apabila sampai masanya saya akan berkongsi juga dengan peminat,” katanya.
 
Biarpun masih berteka- teki tentang tarikh dan lokasi perkahwinan, jelas terpancar kebahagiaan di wajah gadis berusia 28 tahun ini tatkala bercerita mengenai buah hatinya.
 
Tidak seperti selebriti lain yang mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan perkahwinan, Fasha enggan melakukannya demi menghormati permintaan sang arjuna.
 
Sebaliknya, Fasha memilih untuk memaklumkan berita gembira itu melalui beberapa rakan media yang rapat.
 
“Tiada sidang akhbar kerana Jejai tidak biasa menjadi perhatian. Lagipun, membuat sidang akhbar terlalu ‘besar’ buat saya.
 
“Saya rasa cukuplah dengan memberitahu teman media terdekat dan mereka akan menguar-uarkannya di dalam akhbar masing-masing,” katanya.
 
Seiring dengan peminat yang sering mendoakan agar dia cepat berkahwin, Fasha sendiri mengakui sudah bersedia untuk bergelar isteri dan menempuh hidup berumahtangga.
 
“Secara dalamannya, saya sudah lama bersedia lebih-lebih lagi pada usia ini. Cuma, saya harap peminat faham belum masanya untuk saya berkongsi tentang perkahwinan saya,” katanya.
Rezeki mencurah-curah
 
Beralih ke perkembangan kariernya, menurut Fasha, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Penanggal arahan Elly Suriati.
 
Selepas itu, dia akan terus ke lokasi penggambaran drama Seindah Sakura, termasuk di Paris dan Perancis sepanjang Mac ini.
 
Fasha yang tercalon dalam senarai Top 5 Pelakon Drama Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2010 bersyukur masih mendapat perhatian pengarah sehingga kini.
 
“Alhamdulillah, rezeki masih berpihak kepada saya walaupun muka-muka baru tumbuh bak cendawan lepas hujan.
 
“Walaupun agak penat dengan jadual padat, rugi rasanya menolak tawaran diberikan kerana semua itu rezeki,” katanya.
 
Selain lakonan, Fasha yang turut mengusahakan salun Chinta di Wangsa Maju dan bercadang untuk membuka cawangan kedua.
 
“Sambutan untuk salun saya amat memberangsangkan dan sekiranya tiada halangan, saya mahu membuka cawangan di Johor kerana fan base saya yang kuat di situ. Sesibuk mana sekalipun di lokasi penggambaran, saya akan tetap berada di salun empat kali seminggu.

Saya serius dengan perniagaan ini dan akan memastikan setiap pekerja beri perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” katanya
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Fasha Oh Fasha!

Edisi Hangat! Fasha tidak sembunyi pernikahan!

Oleh Kaki Wayang on


"SAYA belum bernikah." Demikian tegas pelakon Fasha Sandha apabila timbul gosip mengatakan dia sudah bernikah dengan kekasih hatinya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai di Thailand baru-baru ini.

Malah tegasnya, dia hairan bagaimana boleh timbul pelbagai spekulasi tentang perkahwinannya sejak akhir-akhir ini.

Ketika ditemui baru-baru ini, pelakon jelita yang popular menerusi drama bersiri Cinta Elysa itu berkata, dia tidak akan menyorokkan majlis perkahwinannya.

"Buat masa ini saya memang tidak akan memberi sebarang komen mengenai perancangan majlis perkahwinan saya termasuklah bila dan di mana," katanya.

Ditanya mengenai ura-ura kononnya dia yang akan melangsungkan perkahwinan di kota romantik dunia, Paris sempena meraikan sambutan ulang tahunnya, Fasha berkata: "Ya, benar saya akan ke Paris selama 10 hari dan akan menyambut ulang tahun kelahiran saya di kota romantis itu. 

"Tetapi dakwaan mengatakan saya bakal berkahwin di sana adalah tidak benar sama sekali kerana saya ke sana atas urusan kerja apabila terbabit dengan penggambaran drama Seindah Sakura bersama Fahrin Ahmad."

Dalam pada itu pelakon cantik berusia 28 tahun itu berkata, dia juga tidak akan mengadakan sidang akhbar mengenai majlis pernikahannya seperti yang lazim dilakukan oleh selebriti tempatan. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak akan merahsiakan tarikh perkahwinannya apabila sudah sampai masanya kelak. Cuma kata Fasha, dia hanya akan memilih untuk berkongsi hari bahagia itu bersama beberapa organisasi media yang rapat dengannya. Hanya enam organisasi media arus perdana yang jadi pilihan Fasha dengan alasan hubungan kerjasama yang rapat selama ini.

"Memang saya tidak akan mengadakan sidang akhbar kerana bagi saya ia sesuatu yang terlalu besar. 

"Tetapi saya akan memberitahu kepada enam wartawan yang mewakili enam organisasi media. Tujuan saya memilih mereka adalah kerana keakraban persahabatan yang sudah terjalin di antara kami," katanya.

Lebarkan sayap perniagaan

Bakal sibuk sehingga Mei ini bagi memenuhi tawaran lakonan, Fasha mengakui tetap meluangkan masa menguruskan salonnya, Chinta Hair Salon & Beauty termasuk merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan di Johor.

"Saya tidak membuka salon ini semata-mata kerana saya seorang artis tetapi kerana mahu mengusahakannya.

"Jika berpeluang saya akan mengembangkan perniagaan saya ini ke Johor tidak lama lagi. Ini bagi menghargai peminat dari negeri itu yang menguasai jumlah peminat saya di seluruh negara," katanya.

Bercakap mengenai sisi kematangannya, Fasha memberitahu, dia kini melihat pelbagai perkara dengan sudut berbeza dan mengakui bahawa kini dia lebih menghargai peranan media dalam kerjaya seninya.

"Saya akui saya pernah buat kesilapan mungkin disebabkan umur saya yang muda. Namun menjangkau umur 28 tahun ini, saya kini lebih matang untuk membuat keputusan," katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Fasha tidak sembunyi pernikahan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...