PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Gambar Apek dan Shida Harmi. Show all posts
Showing posts with label Gambar Apek dan Shida Harmi. Show all posts

Edisi Hangat! Khairul Fahmi Che Mat diburu orang jahat, Pejabat disimbah cat!

Oleh Kaki Wayang on

Khairul Fahmi Che Mat 

Selepas dipalit kontroversi dan menjadi mangsa fitnah, penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (gambar), 23, atau Apek, berdepan pula ancaman pihak tertentu apabila bangunan pejabat syarikat miliknya, Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), di sini, disimbah cat hitam. Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, bangunan terletak di Jalan Seri Cemerlang, Dusun Raja itu disimbah cat hitam tiga kali.
Menurutnya, kejadian pertama berlaku antara 3 dan 4 Februari, diikuti kejadian kedua pada 9 Februari lalu dan terbaru Sabtu lalu.

Kejadian itu mendorong Seiyed Ahmad membuat laporan polis bersama Khairul Fahmi di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 1.33 tengah hari, kelmarin dan berharap mereka yang bertanggungjawab akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

“Ketika kejadian pertama antara 3 hingga 4 Februari lalu, saya menyangka ia (simbahan cat) perbuatan budak nakal, namun selepas kejadian sama berulang, saya terpaksa membuat laporan polis demi keselamatan Apek dan kakitangan.

“Kami tidak mahu menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan. Kami tidak mahu berlembut lagi kerana kejadian ini menjejaskan reputasi syarikat dan mengancam keselamatan orang lain terutama Apek,” katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini, semalam.

Menurut Seiyed Ahmad, satu bungkusan plastik mengandungi cat hitam turut ditemui di hadapan pintu masuk pejabat KFR pada Sabtu lalu dan bungkusan itu sudah diserahkan kepada polis sebagai bahan bukti.

Katanya, pihaknya akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain memantau sebarang pergerakan mencurigakan.

Dalam pada itu, Khairul Fahmi ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam, enggan mengulas dan menyerahkan kepada pengurusan KFR untuk membuat kenyataan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Khairul Fahmi Che Mat diburu orang jahat, Pejabat disimbah cat!

Edisi Sentap! Leuniey Tak Hiraukan Isu Apek!

Oleh Kaki Wayang on

WAWASAN... Nur Eilunie mahu buka cawangan butik di Kuala Lumpur.
Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, gadis yang tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, baru-baru ini, disifatkan mempunyai pakej lengkap ‘beauty with brain’ (jelitawan bijak).

Pada usia muda, dia bijak merangka masa depan dengan memiliki dua butik pengantin, mempunyai kemahiran dalam bidang solekan dan aktif menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan di Internet.

Nur Eilunie atau mesra dengan panggilan Leuniey berkata, ketika rakan seusia melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan menikmati zaman muda dengan keluar bersama rakan, dia menumpukan hampir semua masanya dengan menguruskan perniagaan.

“Sepatutnya, selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, tetapi saya memilih menguruskan perniagaan keluarga. Saya nekad untuk serius dalam bidang perniagaan untuk masa depan cemerlang.


“Saya juga mengambil kursus solekan di Jakarta, Indonesia sebagai pelengkap kepada perniagaan diuruskan. Selain itu, ibu dan ayah membantu memberi tunjuk ajar bagaimana menguruskan perniagaan butik pengantin,” katanya ketika ditemui di butiknya bersama ibunya, Noor Laila Abu Bakar, 43, di sini, semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Leuniey Tak Hiraukan Isu Apek!

Edisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Oleh Kaki Wayang on

PENJELASAN...(dari kiri) Nazri, Leuniey dan  Noor Laila  tampil memberi penjelasan   berhubung isu putus tunang yang dikaitkan dengan Apek, semalam. 

Gadis yang didakwa putus tunang selepas jatuh cinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, semalam tampil membuat penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol skuad bola sepak negara itu.

Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, berkata, dia hairan bagaimana nama Apek boleh terkait dalam masalah dia putus tunang sedangkan dia langsung tidak pernah bercakap dengan atlet dikagumi ramai itu. “Saya hairan bagaimana masalah saya ini dikaitkan dengan Apek sedangkan kami tidak pernah bercakap, apatah lagi keluar bersama,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Leuniey berkata, pertunangannya putus disebabkan masalah peribadi dan langsung tidak ada kena-mengena dengan Apek.

“Sebab itulah saya berasa perlu tampil memberi penjelasan kerana segala dakwaan mengenai Apek menjadi punca saya putus tunang semuanya fitnah yang bertujuan memburuk-burukkan namanya.

“Saya berharap penjelasan saya ini menjernihkan keadaan dan membersihkan nama Apek daripada kontroversi berkaitan hal ini,” katanya.

Leuniey juga berharap pihak yang menyebar fitnah itu berhenti melakukannya kerana ia turut menjejaskan nama baiknya serta keluarga.
“Saya memutuskan ikatan pertunangan kerana menganggap kami sudah tiada jodoh,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai punca sebenar dia putus tunang dengan pasangannya.

Anak pertama daripada lima beradik itu berkata, pertunangannya diputuskan dengan cara baik, malah bapanya, Nazri Adnan, 40, sendiri yang menghantar kembali cincin pertunangan kepada keluarga bekas tunang.

Katanya, dia terkilan dengan dakwaan pemilik akaun twitter yang menggunakan nama MahsiH2 menyebarkan fitnah berkenaan.

“Kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu diperbesarkan, namun saya tidak faham kenapa tiba-tiba masalah kami dikaitkan dengan Apek.

“Saya tumpang simpati dengan keluarga Apek yang terheret sama dalam masalah ini dan kepada penyebar fitnah, berhentilah mengaibkan orang lain,” katanya.

Difahamkan, Apek mengenali bapa saudara Leuniey, Mohd Irwan Azni Mohd Azmi yang menjadi kontraktor pembinaan rumah banglonya pemberian kerajaan negeri. Mohd Irwan juga adalah Pengarah Urusan Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd iaitu syarikat milik Apek.

Sementara itu, ibu Leuniey, Noor Laila Abu Bakar, 43, berkata dia harap isu itu tidak berpanjangan bagi membolehkan anaknya menumpukan perhatian terhadap perniagaan keluarga mereka.

“Saya tidak sangka soal dia putus tunang menjadi perhatian. Apa pun, saya harap ia tidak berpanjangan,” katanya.

Dakwaan Apek kononnya dikatakan menjadi punca pertunangan Leuniey putus mula tersebar melalui satu akaun twitter individu yang menggunakan MahsiH2 sebelum ia dijadikan bahan bertita di beberapa blog hiburan di Internet.

Harian Metro Sabtu lalu menyiarkan kenyataan bekas tunang Leuniey yang menafikan Apek menyebabkan pertunangannya putus dan dia turut menganggap berita itu sekadar fitnah untuk memburuk-burukkan nama Apek.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Ini Cerita Sebenar Punca Leuniey Putus Tunang!

Betol-betol Hangat! Shida Harmi beri penjelasan mengenai mesej dengan Apek!

Oleh Kaki Wayang on

Selepas beberapa keping gambar intim penjaga gol bola sepak Malaysia Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek bersama seorang wanita bernama Shida Harmi tersebar di Internet, pelbagai tohmahan telah dilontarkan kepada mereka berdua dan oleh kerana itu, Shida tampil memberikan penjelasan sebenar. 

Dipetik daripada akhbar Harian Metro, pemilik nama Nor Hashidah Harmi mengakui telah diganggu dan dihamburkan kata-kata kesat serta penghinaan. Malah ibu bapanya turut dikaitkan dengan kontroversi itu.
Shida yang hadir bersama ibunya memberitahu paparan mesej BlackBerry Messenger (BBM) yang disebar itu adalah fitnah. 

"Jika diperhatikan, BBM akan tertera huruf R atau D iaitu singkatan bagi read atau delivered. Jika benar itu adalah mesej antara saya dan Apek, di mana gambar profil kami?," jelas gadis berusia 23 tahun ini. 

Shida yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh Apek mengakui gambar tersebut telah diambil pada Mac lalu sebelum mereka bertunang dengan pasangan masing-masing. Malah mereka bukan berdua-duaan, sebaliknya ditemani beberapa rakan yang lain. 

Sebelum ini Shida yang pernah dikaikan sebagai punca perpisahan antara Apek dan bekas tunangnya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi turut memberitahu gambar tersebut telah mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya dan keluarga. Tambahan pula dia bakal mendirikan rumah tangga kurang daripada dua minggu lagi bersama jejaka pilihan, Mohd Danial Adnan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Shida Harmi beri penjelasan mengenai mesej dengan Apek!

Betol-betol Hangat! ‘Saya dah nak kahwin’

Oleh Kaki Wayang on

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang
 
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang 

Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

P/s: Berhati-hatilah kepada sesiapapun yang berhasrat untuk mengambil gambar dengan GF dan BF korang..kisah ini adalah salah satu daripada pengajarannya..mode: Simpati dengan mangsa keadaan dalam kisah ini...

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! ‘Saya dah nak kahwin’
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...