PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Gambar bakal suami Ana Raffali. Show all posts
Showing posts with label Gambar bakal suami Ana Raffali. Show all posts

Edisi Hangat! Gambar Ana Raffali Bertudung yang Ohsem!

Oleh Kaki Wayang on


BERKAT 12 Rabiulawal sempena kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 27, membawa arus perubahan besar dalam hidup dan kerjayanya dengan tampil bertudung.

Selepas mengejutkan banyak pihak menerusi pengumuman majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka kelahiran Selangor, Ahmad Aznaim Abdullah atau dikenali sebagai Naim, 30, gadis yang menggunakan nama pentas Ana Raffali itu sekali lagi membuka mata ramai terutama peminatnya.

Melangkah setapak lebih dekat dengan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi, Ana yang ditemui ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, semalam mengakui dia kini merasakan dirinya lebih dekat dengan Maha Pencipta.

"Saya tak melihat pemakaian tudung sebagai satu imej atau trend, ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab saya. Sebagai seorang wanita beragama Islam, tidak salah untuk saya mendekatkan diri dengan ajaran agama yang memayungi saya sejak dari kecil," ujarnya.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Ana Raffali Bertudung yang Ohsem!

Edisi Hangat! Gambar Cun Ana Raffali Bertudung!

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Cun Ana Raffali Bertudung!

Edisi Hangat! Gambar Kad Jemputan Kahwin Ana Raffali!

Oleh Kaki Wayang on



Penyanyi Ana Raffali, 26, mengesahkan dia akan bertunang dan bernikah dengan seorang jurugambar bebas, Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari ini. 

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 25) menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku itu, majlis pertunangan dan akad nikah dijadual serentak di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini.

“Kami merancang majlis yang sederhana saja,” katanya pada sidang akhbar pengumuman perkahwinannya di sini semalam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Gambar Kad Jemputan Kahwin Ana Raffali!

Edisi Gempak! Gambar NAIM Bakal Suami ANA RAFFALI!

Oleh Kaki Wayang on

Bakal suami Ana Raffali, Aznaim Abdullah, 30, memberitahu GUA yang dia terpikat dengan penyanyi itu kerana mengganggap gadis itu seorang yang unik. Keputusan untuk berkahwin dibuat pada Disember lalu setelah masing-masing berbincang.

“Saya mengenali Ana sejak Ogos 2005 lagi. Sepupu Ana yang perkenalkan. Setelah hampir tujuh tahun mengenali hati-budi masing-masing, kami akhirnya bersetuju untuk membawa hubungan cinta ini ke alam perkahwinan. Majlis merisik telah dilakukan pada Disember lalu. Setelah berbincang, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada Februari hadapan. Untuk mengikut adat, kami juga akan adakan majlis pertunangan pada hari yang sama,  iaitu sebelum akad nikah dilakukan,” ulas Naim.
Dalam masa yang sama, Naim juga mendedahkan bahawa dia dan Ana sudah menubuhkan sebuah syarikat pengurusan artis yang dinamakan About The Letter A Sdn Bhd. Selain menguruskan kerjaya Ana, syarikat ini juga bakal menguruskan bakat-bakat baru yang lain.
Ana dan Naim telah mengikuti kursus pra-perkahwinan pada tahun lalu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempak! Gambar NAIM Bakal Suami ANA RAFFALI!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...