PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Hafiz Hashim tewaskan Chong Wei. Show all posts
Showing posts with label Hafiz Hashim tewaskan Chong Wei. Show all posts

Edisi Sukan! Hafiz Hashim Tewaskan Chong Wei dalam Perlawanan Simulasi!

Oleh Kaki Wayang on




JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tewas mengejut kepada pemain perseorangan kedua, Muhamad Hafiz Hashim dalam satu perlawanan simulasi di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. Pada aksi tersebut, Chong Wei yang merupakan pemain No. 1 dunia tewas 10-21, 21-23.

Kekalahan Chong Wei itu ternyata mencetuskan kebimbangan kerana dia diletakkan sebagai sandaran utama bagi membantu skuad negara menghadapi kempen kelayakan Piala Thomas di Macau yang bermula Isnin ini. Bagaimanapun, bagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, beliau menganggap kekalahan tersebut bukanlah suatu yang membimbangkan.

Sebaliknya, Seu Bock menjelaskan, kekalahan itu adalah disebabkan keletihan yang dialami Chong Wei sepanjang menjalani latihan pusat yang bermula sejak 30 Januari lalu sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan kali ini.

"Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada Chong Wei dengan mengatakan yang dia perlu menang perlawanan hari ini (semalam).

"Selepas mengikuti jadual latihan yang padat, kamu sendiri boleh lihat yang dia beraksi dalam keadaan yang letih. Dia memberi tumpuan penuh terhadap latihan.

"Jangan hanya disebabkan perlawanan simulasi ini, Chong Wei perlu dikecualikan daripada menjalani latihan," kata Seu Bock.

Tambah Seu Bock, beliau memberi jaminan bahawa Chong Wei akan kembali berada pada tahap prestasi sebenarnya sebelum kempen kelayakan bermula.

"Masih ada beberapa hari lagi sebelum kempen kelayakan bermula. Saya yakin tidak akan ada masalah untuk Chong Wei beraksi pada tahap sebenarnya apabila kempen kelayakan bermula nanti," tambahnya.

Sementara itu, Seu Bock turut memuji persembahan yang dipamerkan Hafiz. Jelas Seu Bock, Hafiz telah memberikan kelegaan buat skuad negara sekiranya dia boleh beraksi seperti perlawanan semalam pada kempen kelayakan nanti.

"Hafiz telah banyak menunjukkan peningkatan.

"Jadi, ia sedikit sebanyak tidak memberikan tekanan kepada Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (beregu utama lelaki) untuk menghadiahkan mata.

"Ini kerana, Hafiz telah buktikan yang dia juga mampu menyumbangkan mata," ujar Seu Bock.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Hafiz Hashim Tewaskan Chong Wei dalam Perlawanan Simulasi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...