PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Iphone 4S. Show all posts
Showing posts with label Iphone 4S. Show all posts

Edisi Hangat! Adakah Ini iPhone 5 yang Bakal dipasarkan tak lama lagi? Nipisnya!

Oleh Kaki Wayang on


Wah..kalau betul lah bagai dikata..dah tentu ramai yang akan beli dan kembali meminati iPhone apabila iPhone 5 akan dipasarkan tak lama lagi..dengarnya iPad pun akan dipasarkan tak lama lagi..wah bestnya..

 

iPhone 5 leaked

Dan screen iPhone sudah pastinya lebih besar dari keluaran terdahulu..apa kata korang?
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Adakah Ini iPhone 5 yang Bakal dipasarkan tak lama lagi? Nipisnya!

Edisi Hangat! Apple Tutup Pengeluaran di China - Buka Kilang di Perlis!

Oleh Kaki Wayang on

Beberapa hari selepas kematian salah seorang pengasasnya, Apple hari ini mengumumkan akan menutup operasi pengeluaran peranti mereka di China. Syarikat FOXCONN yang sebelum ini diberi tanggung jawab membina peranti seperti iPhone dan iPad akan ditamatkan kontrak pengilangan mereka selepas kumpulan pertama iPhone 4S dikeluarkan. Pengumuman mengejut ini dilakukan oleh CEO mereka Tim Cook di dalam sebuah sidang media tergempar tengahari tadi. Pada masa yang sama proses pengeluaran peranti-peranti Apple akan dipindahkan ke Perlis Indera Kayangan. Pemindahan pusat pengilangan peranti ini dipercayai dilakukan atas beberapa sebab. Tim Cook apabila disoal pihak Amanz.my melalui Facetime berkata;

“Sebenarnya pihak Apple sudah lama bercadang memindahkan pusat pengeluaran peranti ke luar China. Pihak kami, terutamamya mendiang Steve dituduh sebagai tuan punya hamba alaf baru kerana pekerja Foxconn banyak membunuh diri akibat terpaksa bekerja seperti hamba sahaya. Sebelum meninggal mendiang ada berpesan kepada saya supaya melakukan yang sepatutnya bagi membersihkan imej Apple dan juga beliau”

Pemindahan pusat pengilangan ini mengejutkan dunia teknologi kerana ianya bakal memberi impak yang besar kepada keuntungan syarikat teknologi gergasi ini. Apabila disoal tentang hal ini dan mengapa Perlis dipilih Tim Cook menjawab;

“Ya saya akui impak pemindahan ini bakal mengakibatkan mengurangkan keuntungan syarikat untuk dua suku pertama 2012. Pada pendapat saya Apple sudah cukup kaya dan kami mampu meresap kerugian ini kerana hasil jualan  iPhone5 yang dikilangkan di Perlis boleh mengembalikan keuntungan untuk 4 suku seterusnya.Perlis dipilih kerana mempunyai jumlah tenaga kerja yang banyak. Tambahan lagi kerjasama yang diberikan kerajaan negeri cukup memberangsangkan. Mereka memerlukan industri kami pula memerlukan tenaga kerja. Paling utama sekali pekerja di Perlis 95% beragama Islam dan kemungkinan mereka untuk membunuh diri jika tidak tahan dengan kerja adalah sangat rendah kerana dalam Islam membunuh diri itu berdosa. Di China mereka atheist dan kerana itulah mereka tiada masalah membunuh diri secara pukal. Pemindahan kilang ke Perlis ialah situasi win-win bagi Apple”

Sementara itu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika diminta memberikan komen berkata;

“Saya berterima kasih kepada pihak Apple kerana memilih negeri Perlis Indera Kayangan menjadi pusat pembuatan peranti mereka. Saya berharap selepas ini Perlis tidak akan hanya dikenali sebagai negeri Mangga Harumanis, Taman Ular dan Shahidan Kassim sahaja. Produk hebat Apple selepas ini akan turun dari indera kayangan ke seluruh dunia!”



Kredit: VIA
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Apple Tutup Pengeluaran di China - Buka Kilang di Perlis!

Edisi Sentap! Peminat 1Phone 4S berang!

Oleh Kaki Wayang on

Sebilangan peminat gajet Apple naik berang, selepas pelancaran telefon pintar iPhone 4S dibatalkan berikutan kehadiran pelanggan yang terlalu ramai. Sehubungan itu, orang ramai bertindak membaling telur ke arah kedai rangkaian Apple di sebuah pusat beli belah di daerah Sanlitun, semalam.

Beratus-ratus pelanggan termasuk antara 20 dan 30 pekerja asing yang diupah sanggup beratur dalam keadaan cuaca sejuk bagi menunggu pelancaran gajet tersebut.

Apabila kedai yang dijangka dibuka pada pukul 7 pagi waktu tempatan itu tidak dibuka dan pelancaran telefon 
pintar itu dibatalkan, orang ramai mula naik berang lalu membaling telur ke arah premis terbabit. Sehubungan itu, polis mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan premis dan menutupnya dengan meletakkan pita kuning.

Menurut jurucakap Apple, Carolyn Wu, jumlah pelanggan yang terlalu ramai menyebabkan stok telefon terbabit tidak mencukupi.

"Premis Apple di pusat beli belah Sanlitun tidak akan dibuka dan iPhone 4S tidak akan dijual buat sementara waktu di rangkaian kedai Apple di Beijing dan Shanghai berikutan jumlah pelanggan yang terlalu ramai, namun orang ramai boleh menempahnya secara dalam talian," katanya.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Peminat 1Phone 4S berang!

Betol-betol Hangat! Celcom lancar iPhone 4S 16 Disember!

Oleh Kaki Wayang on

 
 Para peminat iPhone keluaran Apple Inc. boleh mendapatkan model terbaru telefon pintar itu, iPhone 4S tidak lama lagi apabila ia dilancarkan oleh Celcom Axiata Berhad (Celcom) pada 16 Disember ini.
 
Jurucakap syarikat telekomunikasi terkenal itu ketika dihubungi mengesahkan mengenai tarikh pelancaran telefon pintar kegemaran ramai itu tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut sehingga hari pelancarannya.
Menurut sumber, telefon yang mempunyai tiga versi iaitu dengan storan 16 Gegabait (GB), 32GB dan 64GB itu akan ditawarkan dengan pakej kontrak yang menarik untuk para pelanggan.

iPhone merupakan telefon yang telah mencetuskan fenomena dalam dunia telefon pintar kerana mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Celcom lancar iPhone 4S 16 Disember!

Betol-betol Hangat! Genius Apple ditewas barah

Oleh Kaki Wayang on

TAKZIAH...orang ramai meletakkan jambangan bunga di luar rumah Jobs di Palo Alto, California, semalam. 
TAKZIAH...orang ramai meletakkan jambangan bunga di luar rumah Jobs di Palo Alto, California.

Pengasas Apple Computer, Steve Jobs, meninggal dunia akibat kanser pankreas pada usia 56 tahun semalam, selepas dia berjaya merevolusikan budaya moden dan mengubah selama-lamanya perhubungan teknologi melalui pelbagai inovasi. Antara sumbangan Jobs kepada dunia ialah mencipta iPad dan iPhone.

Dalam kenyataan lembaga pengarah Apple semalam, syarikat gergasi itu mengesahkan kematian Jobs dan bersedih atas kehilangan itu. 

“Jobs seorang pintar, bersemangat dan bertenaga menjadi sumber pelbagai inovasi yang memperkaya dan meningkatkan kualiti hidup kita.

“Dunia ini menjadi lebih baik kerana Jobs,” kata kenyataan itu.

Lahir di San Francisco pada 24 Februari 1955, Jobs lahir tanpa bapa dan dijadikan anak angkat kira-kira seminggu selepas itu. Dibesarkan di kawasan Mountain View - sebuah kawasan pertanian yang kemudian menjadi hab teknologi dunia dikenali sebagai Lembah Silicon. Jobs juga menjadi pengasas bersama pengeluar filem dihormati, Pixar, pada 1986 selepas dia membeli unit komputer grafik penerbit Star Wars, George Lucas. Semalam, Jobs meninggal dunia di kelilingi ahli keluarganya.

Kematian Jobs turut dirasakan di seluruh dunia, dengan peminat Apple membanjiri laman sesawang sosial dengan menyatakan ucapan dan penghargaan masing-masing. Orang biasa - kebanyakannya tahu berita kematian itu melalui iPhone dan iPad mereka - menggunakan Twitter menyatakan penghargaan.

Jobs hanya berusia 21 tahun ketika dia mengasaskan Apple Computer bersama rakannya, Steve Wozniak - ketika itu berusia 26 tahun - pada 1976. Daripada syarikat sederhana, Apple berkembang menjadi satu daripada firma paling bernilai di dunia kini.

Pada Julai lalu, perolehan keuntungan separuh kedua Apple mencapai RM23.2 bilion. Presiden Barack Obama turut memberi penghormatan ke atas Jobs dengan menggelarnya sebagai “pakar inovasi terhebat” yang mengubah hidup manusia dan memberi makna baru kepada keseluruhan industri.

“Dia mengubah cara setiap kita melihat dunia,” katanya. Jobs meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Apple enam minggu lalu.

Jobs meninggal dunia sehari selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 4S, tetapi gagal menarik sambutan seperti diharapkan. Dia meninggalkan isteri, Laurene, bersama tiga anak mereka, selain seorang anak perempuan hasil hubungan Jobs dengan seorang wanita lain sebelum dia berkahwin.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Genius Apple ditewas barah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...