PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label James Durbin. Show all posts
Showing posts with label James Durbin. Show all posts

Betol-betol Hangat! Pengundi American Idol Ketepikan James Durbin

Oleh Kaki Wayang on

Pengundi American Idol Ketepikan James Durbin 
 
Bukan tidak mempercayai bakat yang ada pada James Durbin, namun pengundi American Idol nampaknya mempunyai pilihan mereka sendiri untuk memilih peserta lain untuk terus kekal berada di dalam program realiti popular Amerika Syarikat itu. Atas sebab itu, rocker berusia 22 tahun yang bersama dari Santa Cruz, California ini menjadi peserta lelaki seterusnya yang disingkirkan daripada American Idol setelah meraih undian yang paling sedikit. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh hos American Idol, Ryan Seacrest pada malam Khamis, semalam.

Keputusan tersebut memang agak mengejutkan kerana James Durbin sebelum ini tidak pernah berada di dalam kedudukan 3 terbawah. Bagaimanapun, James Durbin masih tetap berjaya mempesonakan barsian pengkritik American Idol iaitu Randy Jackson, Jennifer Lopez dan Steven Tyler terhadap persembahannya pada malam Rabu lalu menerusi lagu Don't Stop Believing daripada Journey serta Lovion Potion No.9 (The Clovers).

"Saya memang berharap sangat untuk berada di final. Banyak yang telah saya lakukan semenjak berada di sini. Kebanyakannya tidak pernah saya lakukan sebelum ini," kata James Durbin sambil mengalirkan air mata. Turut berada di kedudukan terbawah adalah jejaka country berusia 17 tahun yang memiliki suara yang dalam iaitu Scotty McCreery daripada Garner, North Carolina serta Haley Reinhart, 20 daripada Wheeling, Illinois.
Dengan penyingkiran James Durbin itu, bererti Scotty McCreery dan Haley Reinhart bersama Lauren Alania of Rossville, Georgia secara automatik akan menjadi Top 3 American Idol 10 yang akan terus berjuang untuk minggu seterusnya.

Sebelum penyingkiran, James Durban yang sentiasa dikaitkan dengan Adam Lambert telah bergabung dengan Scotty McCreery untuk membawakan lagu start A Band yang pernah dipopularkan oleh Brad Paisley dan Keith Urban. Manakala Haley Reinhart dan Lauren Alania pula telah digandingkan untuk membawakan lagu Miranda Lambert, Gunpowder and Lead.

Top 3 American Idol juga akan melawat tempat asal mereka masing-masing pada minggu ini dan kembali semula ke pentas American Idol pada Rabu depan bersama finalis American Idol lain yang telah tersingkir.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pengundi American Idol Ketepikan James Durbin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...