PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Kelayakan Piala Thomas. Show all posts
Showing posts with label Kelayakan Piala Thomas. Show all posts

Edisi Sukan! Jepun terdesak menang besar! Go, go Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on


JURULATIH kebangsaan, Ong Kim Swee (kanan) bersalam dengan jurulatih Jepun, Takashi Sekizuka selepas sidang media perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. 
 

"Kami mahu mendapatkan seberapa banyak gol... kami mahu mendapatkan banyak gol, ". Itu nada terdesak yang kerap diulang jurulatih Bawah 23 Jepun Takashi Sekizuka pada sidang media perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Jepun, semalam.
  Jepun yang kini berada tangga kedua Kumpulan C memberi amaran kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee mereka akan menurunkan barisan terkuat dan bermain habis-habisan dalam memburu kemenangan besar.

"Esok (hari ini) kami akan menunjukkan keupayaan sebenar dan yakin dapat memungut tiga mata serta mendapat jumlah jaringan yang besar.

"Kami mahu memungut enam mata dalam dua perlawanan terakhir dan kami tiada pilihan lain selain menang.
"Saya menghormati keupayaan Malaysia yang dilihat semakin meningkat dalam setiap perlawanan namun kami perlu fokus kepada gaya permainan kami dan memenangi perlawanan ini, " katanya.

Jepun yang tewas 1-2 kepada Syria dalam perlawanan terakhir baru-baru ini, jatuh ke tangga kedua Kumpulan C ekoran perbezaan jaringan yang menyebelahi negara Asia Barat itu walaupun berkongsi sembilan mata selepas empat perlawanan.

Tidak membawa mana-mana pemain yang beraksi di Eropah, Sekizuka masih menaruh harapan pemain yang sedia ada di samping akan melakukan sedikit perubahan daripada segi taktikal dan memberi petanda akan menurunkan ramai pemain di bahagian serangan.

Seperti mahu menyorokkan strategi untuk berdepan Malaysia, Jepun memilih berlatih selama tiga hari di negara jiran Malaysia, Singapura.

Begitupun Takeshi berdalih sambil berkata ini kerana mahu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Kuala Lumpur biarpun baru berada di ibu negara pada semalam.

"Di sana (Jepun) sekarang agak sejuk dan kami memilih berlatih di sini lebih awal kerana mahu semua pemain dapat bermain dalam cuaca panas.

"Kami menjalani persiapan yang agak baik dan saya telah memikirkan strategi berkesan ketika menyerang atau bertahan," katanya.

P/s: Sombong dan bongkaklah Jurulatih Jepun ni..takpe, takpe..buat pemain Malaysia..kami doakan semoga anda berjaya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sukan! Jepun terdesak menang besar! Go, go Malaysia!

Edisi Terkini! Piala Thomas! Malaysia tewaskan Korea Selatan 3-2!

Oleh Kaki Wayang on


Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong akhirnya menamatkan badi ke atas beregu Korea Selatan, Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun dengan kemenangan 21-14, 21-19 di Macau, semalam. 



Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akhirnya menamatkan badi ke atas Yoo Yeon Seong-Ko Sung Hyun, manakala acara yang dianggap paling lemah apabila berdepan Korea Selatan, iaitu beregu menyumbang dua mata untuk membantu Malaysia melakar kemenangan 3-2 dan muncul juara Kumpulan D pada pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, semalam. 

Kemenangan ke atas Korea membolehkan pasukan negara mengelak daripada bertemu seteru utama dan juara 13 kali, Indonesia pada suku akhir hari ini, sebaliknya kita akan berdepan naib juara Kumpulan B, India. 

Di atas kertas, Malaysia sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan India, di mana kemenangan bakal mengesahkan tiket separuh akhir, sekali gus memberikan slot automatik ke Piala Thomas di Wuhan, China Mei ini. 

Biarpun memiliki rekod buruk kalah dalam kesemua enam pertemuan dengan Yeon Seong-Sung Hyun, ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her tetap memberi kepercayaan kepada Kien Keat-Boon Heong untuk berdepan pasangan No. 4 dunia itu, dan mereka tidak menghampakan apabila melakar kemenangan 21-14, 21-19.

Bayangan Kim Her bahawa beliau mungkin memecah gandingan Malaysia untuk mengimbangi kekuatan Korea dalam acara beregu bagaimanapun cuma taktik, sebaliknya dia mengekalkan Lim Khim Wah-Goh V Shem dan pasangan muda ini juga tidak menghampakan apabila menghadiahkan mata kemenangan dengan menumpaskan Lee Yong Dae-Shin Baek Choel 18-21, 21-19, 21-11.

Terdahulu, jaguh No. 1 dunia dan ketua pasukan, Datuk Lee Chong Wei membolehkan Malaysia bermula langkah kanan apabila mengutip mata pertama dengan menundukkan Lee Hyun Il 21-13, 21-15.

Selepas Kien Keat-Boon Heong menjadikan kedudukan 2-0, Muhammad Hafiz Hashim mencemaskan kem negara apabila tunduk 22-24, 16-21 kepada Shon Wan Ho untuk kedudukan 1-2, sebelum Khim Wah-V Shem akhirnya mengesahkan kemenangan dengan mata ketiga.

Mohd. Arif Latif yang turun untuk melengkapkan jadual perlawanan dalam perseorangan ketiga, gagal menambah mata selepas tumpas 17-21, 15-21 kepada Hong Ji Hoon. 

Kien Keat mengakui kemenangan ini bukan saja cukup bermakna buat dirinya kerana membantu Malaysia menjuarai Kumpulan D dan tidak perlu berdepan Indonesia di suku akhir, malah menamatkan badi ke atas Yeon Seong-Sung Hyun selepas mengharungi enam perlawanan yang malang.

"Sebelum turun gelanggang saya sudah tetap dalam fikiran bahawa saya akan bertarung habis-habisan untuk setiap mata. Saya tidak peduli orang cakap saya tidak boleh menang ke atas beregu Korea, pada saya sebagai penolong kapten dan senior pasukan, saya perlu menunjukkan contoh dengan semangat juang yang tinggi.

"Sebenarnya, bebanan yang diberi oleh BAM (Persatuan Badminton Malaysia) yang memberitahu bahawa mereka tidak meletakkan sasaran besar kepada kami telah mengubah saya, ia mengubah saya untuk lebih berdisiplin. Sekarang kami tidak gentar lagi jika bertemu mereka selepas ini,'' kata Kien Keat. 

Mengenai lawan yang bakal ditemui hari ini, Kien Keat mengakui, dia sebenarnya sudah dipersiapkan sama ada untuk berdepan India mahupun Indonesia. Sekalipun berdepan India, yang dianggap lawan lebih mudah, namun pasangan utama mereka, K.T Rupesh Kumar-Sanave Thomas perlu diberi perhatian.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Piala Thomas! Malaysia tewaskan Korea Selatan 3-2!

Edisi Terkini! Kelayakan Piala Thomas: Malaysia kalahkan Hong Kong 3-2!

Oleh Kaki Wayang on


Skuad badminton lelaki Malaysia berjaya mengalahkan Hong Kong 3-2 dalam perlawanan Kumpulan D Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Thomas Zon Asia hari ini. Walau apa pun TAHNIAH atas kemenangan Malaysia ke atas Hong Kong..walaupun kemenangan tipis sekalipun janji menang..Cuma agak kecewa dengan permainan Muhammad Hafiz Hashim..hari tu dalam perlawanan simulasi..korang agak-agaklah kan..Lee Chong Wei (selamba panggil nama padahal Datuk tu) saja kalah atau memang LCW kalah sebab Hafiz Hashim memang hebat?..

Harap-harap pas ni, leh lah Hafiz bagi sikit kegembiraan kat team Malaysia..lebih-lebih lagi masa jumpa Korea nanti..pada perlawanan sebelum ini Korea Selatan menewaskan Hong Kong 5-0, kita? Menang 3-2 je..so harap-harap Malaysia mampu ke Pusingan Akhir Piala Thomas nanti..

Malaysia menempah tiket ke suku akhir kejohanan Piala Thomas selepas mengalahkan Hong Kong 3-2 dalam kempen kelayakan Kumpulan D Zon Asia di Macau hari ini. Diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Malaysia akan berdepan pilihan kedua Korea Selatan esok yang semalam membelasah Hong Hong 5-0. 
 
Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama Malaysia apabila mudah menewaskan Wong Wing Ki 21-18, 22-20 dalam masa 42 minit sementara pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menjinakkan Lo Lok Kei/Leung Chun Yiu 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Namun juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim gagal memberi mata kepada Malaysia setelah kalah kepada Hu Yun 20-22, 18-21 dalam masa 42 minit.

Beregu kedua negara, Lim Khim Wah/Goh V Shem memberi mata seterusnya kepada negara apabila menewaskan pasangan Wong Wai Hong/Lee Chun Hei 21-14, 21-16 dalam masa 27 minit.

P/s: Nampaknya kemenangan Muhammad Hafiz Hashim kepada Lee Chong Wei hari itu dalam Perlawanan Simulasi hanyalah hangat-hangat tahi ayam je kan..tengok sekarang..lawan ngan pemain Hong Kong pun kalah..pas ni, nak lawan ngan Korea Selatan pula..harap ke Lee Chong Wei jelah kot yang boleh menang..
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Kelayakan Piala Thomas: Malaysia kalahkan Hong Kong 3-2!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...