PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Mad Down video Clip. Show all posts
Showing posts with label Mad Down video Clip. Show all posts

Betol-betol Hangat! Rihanna Menembak Mati Seorang Lelaki!

Oleh Kaki Wayang on

Singer Rihanna performs on NBCs Today ...


Ini bukanlah satu siri pembunuhan yang dilakukan oleh artis antarabangsa terkenal Rihanna, tapi ianya merupakan satu adegan dalam salah satu video klip terbarunya yang bertajuk MAD DOWN. Video muzik terbaru Rihanna, yang menampilkan penyanyi itu beraksi menembak seorang lelaki yang melakukan serangan seksual, dikutuk kerana ia menggalakkan wanita muda bertindak ganas.

Video muzik bertajuk Man Down yang ditayangkan buat kali pertama dalam rangkaian Black Entertainment TV (BET) pada Selasa lalu, menggambarkan aksi Rihanna bertindak ganas menembak seorang lelaki yang tidak bersenjata di sebuah stesen keretapi dan membunuhnya. Lagu berentak raggae yang dinyanyikan penyanyi berusia 23 tahun itu menggunakan lirik Momma, I just shot a man dead... I never been so proud. (Ibu, saya baru sahaja menembak mati seorang lelaki..Saya tidak pernah berbangga (dengan perbuatan itu).'

"Gadis dan wanita di seluruh dunia...kita mempunyai pelbagai sifat! Kita tabah, tidak tahu apa-apa, gembira, menggoda dan sering terdedah kepada bahaya, dan kadang-kala kemurnian kita boleh menyebabkan kita menjadi naif!

"Kita selalu merasakan ia bukannya kita, tetapi realitinya, ia boleh terjadi di kalangan kita! Oleh itu, berhati-hatilah semua wanita," tulisnya.

"Jika Chris Brown menembak seorang wanita dalam video terbaru dan BET menyiarkannya, seluruh dunia akan menghalangnya. Video Rihanna juga tidak patut dibenarkan," kata pengasas bersama Industry Ears, Paul Porter, yang berkempen menentang imej negatif dalam media.

Katanya, dalam tempoh 30 tahun, dia tidak pernah menyaksikan 'kekejaman dan perhitungan melakukan pembunuhan pada waktu perdana.

Wakil Parents Television Council, Melissa Henson berkata, daripada memberitahu mangsa untuk mendapatkan bantuan, sebaliknya Rihanna mengeluarkan video muzik yang menampilkan tindak balas dalam bentuk pembunuhan terancang.

P/s: Macam-macam lah ngan artis sekarang..nak fofular lah katakan..macam-macam spekulasi dan kontroversi yang dibuat hanya untuk..kengkawan semua jangan wat cam dia k..hahahaha
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Rihanna Menembak Mati Seorang Lelaki!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...