PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Maharaja Lawak Mega. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak Mega. Show all posts

Betol-betol Panas! Chef Wan kutuk Adlin

Oleh Kaki Wayang on


Walaupun chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, tidak hadir pada minggu keempat persembahan, Maharaja Lawak Mega (MLM) Jumaat malam lalu, namun beliau tetap mengikuti perkembangan MLM menerusi siaran ulangan.

Terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara, Chef Wan turut memberikan kritikan pedas terhadap persembahan MLM minggu lalu. Menerusi laman sosial, Facebook miliknya, Chef Wan secara terang mengkritik persembahan Adlin Aman Ramli yang banyak perkataan lucah dan aksi double meaning.

Membawa watak pemain sorak wanita, Adlin, pada mulanya menarik perhatian ramai dengan penggunaan kostum dan basikal sebagai prop. Bagaimanapun, dia dilihat semakin berani apabila membuat persembahan sorak dengan menggunakan banyak perkataan double meaning.

Katanya, Adlin tidak sepatutnya membuat persembahan begitu kerana penonton MLM bukan sahaja di peringkat dewasa, malah terdiri daripada kanak-kanak.

"Persembahan Adlin pada malam itu nampak ‘kelam-kabut’. Tak tahulah apa yang ingin disampaikan, tetapi tidak menepati cita rasa penonton dan juri. “Begitu juga persembahan minggu ketiga. Dia terlalu ‘berani’ membawa watak ulama dan berbicara mengenai hukum talak dalam bahasa jenaka.

“Lebih baik elakkan dari menggunakan hukum agama kerana banyak lagi perkara lain yang boleh dibuat jenaka. Tak elok mempermainkan hukum-hukum agama,” kata Chef Wan, seperti yang dipetik menerusi Facebook miliknya.

Malah, Chef Wan turut menyifatkan aksi kumpulan Hiro juga membosankan. Bagaimanapun, beliau memuji persembahan Boboi dan Osbon kerana dianggap lain daripada lain. Sementara itu, Adlin gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu ini.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Panas! Chef Wan kutuk Adlin

Edisi Hangat! Selepas juarai MLM Os terus bawa teksi!

Oleh Kaki Wayang on





SEBELUM menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Oktober tahun lalu, Os merupakan pemandu teksi sepenuh masa di sekitar Lembah Klang sejak enam tahun lalu.

Selepas menjuarai MLM anjuran Astro Warna bersama pasangannya, Abon dan meraih hadiah wang tunai RM350,000 hujung Disember lalu, pelawak, pelakon dan pengacara itu masih meneruskan kerjaya tersebut.
Menurut Os atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid, dia tidak rambang mata dengan hadiah wang tunai yang diterimanya itu, malah akan menggunakan dengan sebaik mungkin wang kemenangan tersebut.

“RM350,000 itu bunyinya memang besar tetapi ia juga perlu dibahagi dua antara saya dan Abon. Jadi, setiap seorang dapatlah RM175,000. Jumlah itu tidaklah sebesar mana pun kalau hendak dibandingkan dengan taraf hidup sekarang yang semakin meningkat.

“Kalau beli sebuah rumah pun dapatlah yang kecil. Saya belum ada perancangan dengan duit itu tetapi saya akan gunakannya untuk keperluan keluarga saya. Saya tidak mahu boros kerana rezeki seperti ini bukannya datang selalu,” katanya kepada Mega sewaktu ditemui di Sri Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Meskipun bergelar pemandu teksi tetapi pada masa sama Os yang mencipta zaman kegemilangannya pada tahun 1980-an masih belum bersara daripada bidang nyanyian, lakonan dan lawak jenaka yang diminatinya.
Bagaimanapun, bekas pelakon watak Mr. Os dalam sitkom Santan Berlada ini, nama dan rezekinya semakin melonjak selepas dia menjuarai MLM dengan mengalahkan tiga lagi finalisnya iaitu kumpulan Boboi, Saehu dan Syok.

“Selepas menang MLM saya dapat banyak panggilan telefon mengucapkan tahniah. Daripada kawan-kawan yang sama-sama bawa teksi dan juga para penumpang saya sehinggakan dalam sehari saya dapat lebih 10 mesej dalam telefon bimbit saya.

“Kebanyakan kawan-kawan saya ahli Petra (Persatuan Pemandu Teksi Terminal Putra LRT Gombak). Saya juga menerima banyak panggilan daripada penerbit dan pengarah yang mahu menawarkan saya berlakon filem atau drama sejak akhir-akhir ini.

“Walau bagaimanapun, buat masa ini saya sedang memikirkan tawaran-tawaran tersebut supaya ia bukan sahaja berbaloi dengan pengalaman saya tetapi juga tidak menjejaskan jadual kerja saya sebagai pemandu teksi,” ujarnya.

Sewaktu ditanya apakah yang akan digunakan pada wang hadiah kemenangan Osbon itu, Os berkata, dia akan menggunakannya bagi menambah baik teksi miliknya selain sebagai belanja bagi memenuhi keperluan anggota keluarganya seharian.

Katanya, dia tidak sekali-kali akan membazirkan wang kemenangan yang diterimanya itu kerana beranggapan rezeki bergolek seperti itu bukannya datang selalu dalam hidupnya biarpun sudah 27 tahun bergelar artis di negara ini.

“Saya bercadang mahu menggunakan duit kemenangan ini bagi menambah baik teksi saya supaya ia kelihatan lebih solid dan menarik demi keselesaan penumpang. Saya tidak akan tukar teksi saya kerana keadaannya masih elok lagi.

“Apatah lagi, permit teksi saya hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan gunakan wang kemenangan ini bagi menyara keluarga saya. Anak-anak pula ramai, jadi kos sara hidup tentunya agak tinggi,” jelasnya.

Biarpun mendapat banyak tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas di merata-rata tempat, namun anak seni berusia 50 tahun ini tidak meletakan harga bayaran sesuka hati, sebaliknya ia mengikut pasaran semasa.

Jelas Os, harga bayaran yang dikenakannya berpatutan, malah antara yang terendah jika dibandingkan dengan kalangan pelawak generasi baru dimana ia katanya akan memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.

“Harga bayaran untuk saya mengadakan persembahan atau berlakon dalam drama dan filem masih sama seperti dulu. Saya sendiri cuba membandingkan bayaran yang diterima oleh pelawak-pelawak sekarang.

“Contohnya, pelawak seperti Nabil Raja Lawak, kumpulan Jozan atau Saiful Apek. Saya rasa, harga saya lebih murah. Jadi, tidak timbul kata saya demand selepas menang MLM baru-baru ini. Harga bayaran saya amat berpatutan.

“Tetapi kalau ada pihak yang mahu menawarkan bayaran yang lebih rendah daripada apa yang saya letakkan itu, ia suatu penghinaan buat pelawak seperti saya. Ini kerana, saya bukannya tiada pengalaman atau tidak ada nama dalam bidang seni di negara ini,” ulasnya.

Meskipun bergelar artis, tetapi Os tidak berasa malu atau rendah diri bergelar pemandu teksi demi menyara isteri dan anak-anaknya yang masih kecil kerana baginya ia suatu pekerjaan yang amat sesuai dengan dirinya.

Jelas anak seni berasal dari Kuala Kangsar, Perak ini sejak bergelar artis pada pertengahan tahun 1980-an dia lebih banyak melakukan kerja-kerja sendiri termasuklah sebagai pengacara, penyanyi, pelawak dan pelakon.

“Saya tidak malu menjadi pemandu teksi walaupun pada masa sama saya juga seorang artis. Sebagai artis, susah untuk saya bekerja makan gaji. Ini kerana, tawaran berlakon dan mengadakan persembahan pentas, ia datang tidak menentu masanya.

“Kalau bekerja makan gaji agak susah untuk selalu ambil cuti. Jadi, menjadi pemandu teksi adalah antara kerja sendiri yang saya lakukan. Sekarang ini, saya tidak fikirkan soal malu atau glamor kerana zaman itu sudah lama berlalu.

“Saya tidak hairan dengan glamor lagi kerana saya harus berpijak di bumi nyata di mana apa yang saya lakukan kini adalah kerana mahu menjalankan tanggungjawab saya terhadap keluarga. Saya gunakan bakat saya untuk tujuan itu,” katanya bersungguh-sungguh.

Sungguhpun dengan pendapatan yang tidak menentu setiap hari, Os yang telah terbabit dalam bidang seni hampir tiga dekad berkata, dia tetap berpuas hati dengan rezeki yang diperolehinya itu.

Apatah lagi, dia kini tidak lagi dibebani dengan sewa kerana teksi yang digunakannya sekarang ini adalah miliknya sendiri selepas tiga tahun dia menyewa dengan kadar sewaan RM44 sehari.

“Teksi yang saya gunakan sekarang ini bukan sahaja milik saya sendiri tetapi saya juga ada permit sendiri sejak setahun lalu. Saya bersyukur dengan apa yang ada di mana kalau saya mahu duit lebih maka saya akan bawa teksi lama sikit. Ia bergantung pada keperluan saya.

“Dalam masa tiga jam misalnya, saya boleh mendapat tambang penumpang sekitar RM40. Saya boleh dapat RM100 sehari selepas ditolak dengan duit minyak. Cuma saya tidak suka bawa teksi pada waktu malam sejak kebelakangan ini.

“Antara sebabnya, saya tidak mahu terbabit dalam kejadian-kejadian yang tidak diingini. Maklumlah, membawa penumpang pada waktu malam cabaran dan masalahnya lebih besar. Biarlah waktu malam saya berehat sahaja di rumah,” jelasnya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Selepas juarai MLM Os terus bawa teksi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...