PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Nabi dalam PAS. Show all posts
Showing posts with label Nabi dalam PAS. Show all posts

Edisi Suratkhabar! Nabi dalam Pas?

Oleh Kaki Wayang on

ADA satu lagi ‘kejutan’ tetapi Awang tidaklah terkejut. Seorang penceramah Pas telah menyamakan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dengan nabi. Beberapa tahun kebelakangan ini, ada sahaja perkara mengarut didendangkan oleh sebahagian pemimpin dan aktivis Pas. 

Kalau selepas ini, jika ada yang mahu menaik taraf pemimpin Pas tertentu sehingga ke tahap tuhan, juga tidak mustahil. Ini semua berlaku kerana pemimpin utama Pas termasuk Nik Aziz menjadi model mereka. Kalau pemimpin selalu cakap mengarut termasuk dalam soal Islam, pasti ada segelintir anak buah juga akan terikut. 

Awang cadangkan supaya ada sarjana dan universiti menjalankan kajian terhadap elemen mengarut, terpesong dan percanggahan dari segi Islam, yang telah dilakukan oleh Pas. Antaranya Tuhan boleh mencarut, dibenarkan bekerjasama dengan syaitan, undi Pas masuk syurga, tak undi Pas adalah jahiliah dan wanita cantik tidak boleh keluar bekerja. 

Begitu juga dengan pendirian Pas membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, menobatkan pengganas komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong dan banyak lagi. Belum pernah dalam sejarah terdapat parti berlabel Islam yang sampai ke tahap boleh mempertaruh kepentingan Islam selain menghina serta mengkhianati agama sendiri. 

Awang berharap sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang masih rasional dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya, dapat segera membersihkan imej parti itu. Mereka masih boleh menjadi penyelamat Pas, yang kini berdepan dengan krisis keyakinan masyarakat Islam dan orang Melayu. 

Mesejnya, Pas tidak boleh kelihatan seperti gerakan yang dipimpin oleh Ayah Pin. Malah berbanding pengamal ajaran sesat itu, kenyataan dan tindak-tanduk pemimpin tertentu dalam Pas, jauh lebih memudaratkan Islam. Ayah Pin masih tahu batas.

Sila baca selanjutnyaEdisi Suratkhabar! Nabi dalam Pas?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...