PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Ombak Rindu. Show all posts
Showing posts with label Ombak Rindu. Show all posts

Edisi Sentap! Bila Pelakon Ombak Rindu meminati bolasepak!

Oleh Kaki Wayang on



Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Bila Pelakon Ombak Rindu meminati bolasepak!

Edisi Artikel Paling Sentap! Hantu Kak Limah Lebih Seksi dari Maya Karin dalam Ombak Rindu!

Oleh Kaki Wayang on


Aku sebenarnya merupakan salah seorang pembaca dan pengunjung setia blog Kak Senduk..blog yang penuh dengan pengajaran dan perli (perli membina) dari penulis asal iaitu KAK SENDUK..Memang pedas da nada juga benarnya apa yang di leter dan di bebelkan oleh Kak Senduk..meh kita tengok salah satu tajuk yang hangat dan kelakar habis..walaupun kritikannya agak membingitkan teling bagi yang terkena tapi ianya membawa seribu pengajaran..kalau yang pandang positif la..kalau tak, konfem dia akan “ban” blog tu..Edisi Artikel Paling Sentap kali ini aku anugerahkan kepada Kak Senduk!!! Sesuai dengan tagline beliau..MERIAHUOLL!!!

Antara tajuk tulisannya yang aku suka..pandai dia mengolah ayat..dan menjadikan pembaca terhibur dengan artikel dan gaya tulisan beliau..

KREDIT: HEY UOLLSSS

Korang hanjeng sangat kan cerca akak bagai nak gila seba akak x update kan..hanjenglina jolie sgt mulut korang..sah kecik2 mak korang x bedong mulut korang kan....

Sbnrnya akak baru je balik bercuti dr langkawi...berjalan2 dengan kak bed...habiskan duit yang sikit ni....

Sebelum pi becuti tu sempat lah akak terjah ombak rindu sedas..nak gak tau best sangat ke citer tu...katanya mat rock pun leh leleh air mata...pondan sgt nangis2 kan...feeling...


sapa kata maya karin sexy....kak limah berganda sexy ..tp x pernah tercalon heroin sexy malaya..klass ko kak limah...

Sampaikan makcik2 duk dalam gunung pun turun town demi nak tengok ombak rindu..makcik2 duk ada kelas mengaji malam sanggup cancel demi nak tengok keseksian aaron aziz dalam ombak rindu...ko mampu..


ko bayangkan lah aku yang jadi maya karin tu..mau adegan lucah klass A yang aku lakonkan...


Ujung2 aku pun nangis gak tengok citer tu....ok lah citer tu..akak terus feeling akak jadi izah...leh peluk2 aaron aziz..ko mampu...yang penting peluk2 ghairah gitew..

Bak kata maya karin bila di interview "apa pendapat maya tentang melakonkan adegan ghairah dalam ombak rindu?"...then maya karin jawab "alhamdullilah saya lakukan dengan baik"...ko mampu...jawab alhamdulilah....akak sujud bangun sujud bangun kat ko maya...
Begitu juga watak azizah mahzan yang gampang itew..menjadi dia jadi datin gampang..tabik akak..lakonan dia buat kita jijik kat dia sebab dia jahat sangat..kalau ikut dalam novel ..watak datin tu leih gampang lagi...mungkin azizah mahzan dapat pun tahap gampang lite2 je kot..
Tapi apa pun mmg dia bagus belakon...sapa yang x pi lagi tengok tu..pi lah terjah kedai2 cd berdekatan...kalau dah habis..ko cakar tuan kedai tu bagi dia kuar kan stok2 simpanan dia...x pon ko suruh je sapa yang dah tengok tu..belakon untuk ko..




Sila baca selanjutnyaEdisi Artikel Paling Sentap! Hantu Kak Limah Lebih Seksi dari Maya Karin dalam Ombak Rindu!

Edisi Sentap! Komen Sentap Azizah Mahzan mengenai bertudung!

Oleh Kaki Wayang on

Perubahan dalam diri pelakon Ombak Rindu, Azizah Mahzan selepas membuat keputusan memakai tudung awal tahun lalu berkata, dia menjalani hidup seperti biasa dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya. Malah katanya, sama ada seseorang itu memakai tudung ataupun tidak bukanlah satu isu yang patut diperbesar ataupun diperdebatkan oleh orang ramai.

“Bertudung atau tidak, itu hak masing-masing. Asalkan dia orang Islam, dah cukup. Saya tidak pernah menilai orang daripada imejnya tetapi berdasarkan kepada hatinya walaupun dia seorang pelacur,” jelasnya.

Kredit: Izyan.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Komen Sentap Azizah Mahzan mengenai bertudung!

Serius Hot! Ombak Rindu vs Lagenda Budak Setan!

Oleh Kaki Wayang on

Kali ni pinjam kejap tagline Blog Serius..Serius Hot ni bukan untuk penyanyi dia yer..cuma nyanyian mereka berdua dengan menggabungkan kedua-dua lagu kelihatannya begitu mantap dengan kekuatan vokal kedua-dua penyanyi ini..jom kita lihat mereka..

Tak sangka pula lagu kedua-dua filem ini boleh digabungkan dan jadi macam ni kan..Gabungan adik dan abang dalam mendendangkan lagu Ombak Rindu dan Lagenda Budak Setan..


Sila baca selanjutnyaSerius Hot! Ombak Rindu vs Lagenda Budak Setan!

Edisi Kaki Wayang! Jom tonton Ombak Rindu!

Oleh Kaki Wayang on


Jika anda gemarkan novel, maka filem terbaru arahan Osman Ali, Ombak Rindu, yang diadaptasi dari novel wajar menjadi pilihan. Novel karangan Fauziah Ashari ini, memang terkenal dengan jalan cerita yang mengusik jiwa. Bahkan walaupun diadaptasi ke filem, Ombak Rindu masih mampu mengundang deraian air mata penonton.


Kekuatan Ombak Rindu terletak pada kolaborasi pelakon-pelakonnya, iaitu Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.

Biarpun pemilihan Maya sebagai Izzah pada mulanya, mendapat respons kurang baik dari kalangan penggemar novel tersebut, Maya akhirnya membuktikan dia mampu menampilkan watak Izzah, Seorang gadis kampung yang terpaksa melalui liku kehidupan yang tidak menjamin masa depannya. Untuk menyaksikan sejauh manakah kehebatan Maya,  saksikan filem ini di pawagam hari ini!

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Jom tonton Ombak Rindu!

Betol-betol Hangat! Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara

Oleh Kaki Wayang on

Wow..is it true? Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara? Biar betik koooo..bile masa pula dia dilacurkan bapa saudara sendiri..ape nak kene lah dengan dunia sekarang ni..tak boleh dibiarkan ni kalau macam ni..Begitulah kisahnya apabila filem yang diadaptasi dari Novel Ombak Rindu akan menjengah di pawagam tak lama lagi...Hahahahaha..suspen kerrnnn (dalam hati pembaca: tak suspen pon dah tau lama dah)

 Watak Izzah dalam Ombak Rindu

Tak kira dah lama ke dah basi ke..aku tetap nak post jugak tajuk ni..hahahahaha..al-kisahnya bermula apabila Novel Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Selepas Lagenda Budak Setan yang mencapai rating yang baik dalam filem sebelumnya..giliran Ombak Rindu pula akan ditayangkan di layar perak..sedikit sinopsis Ombak Rindu:
"Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?"
sumber: Limau Ais

Dan apa yang paling menarik sebenarnya Watak Maya Karin memerlukannya memakai tudung sepanjang filem itu nanti..begitulah watak Izzah yang bakal dijayakan oleh pelakon terkenal itu nanti..sedikit tentang Maya Karin aka Izzah:

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini".


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...