PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label PUO johan MAFeP. Show all posts
Showing posts with label PUO johan MAFeP. Show all posts

Betol-betol Hangat! PUO naib johan hoki lelaki!

Oleh Kaki Wayang on


BARISAN pemain pasukan hoki lelaki Politeknik Ungku Omar ceria bersama medal kemenangan selaku naib juara Kejohanan Sukan Perak VI baru-baru ini. 
 

PASUKAN hoki Politeknik Ungku Omar (PUO) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul naib johan dalam acara hoki lelaki pada Kejohanan Sukan Perak (Super) VI yang diadakan di Manjung, Perak baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir tersebut, PUO terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Kinta dengan agregat 6-1. Bagaimanapun, kejayaan menduduki tempat kedua pada kejohanan tersebut merupakan antara pencapaian terbaik politeknik berkenaan.

Kejohanan pada 16 hingga 19 Mac lalu yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak merupakan medan pemilihan atlet mewakili negeri Perak ke Sukan Malaysia (Sukma) 2012 di Pahang.

Sebanyak 10 daerah di negeri Perak mengambil bahagian dengan PUO, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sri Iskandar turut menyertainya sebagai pasukan jemputan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pengurus pasukan PUO, Muhammad Arieef Hussain memberitahu kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik PUO dalam Super sejak menyertainya pada kali pertama pada tahun 2007. Ketika itu mereka menduduki tempat ketiga sahaja.

Ujarnya pencapaian membanggakan itu hasil daripada momentum pasukan setelah menduduki tempat ketiga dalam kejohanan hoki Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) tahun lalu.

“Ternyata pasukan yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Saiful Adzuan Ismail ini telah menunjukkan kematangannya hasil daripada latihan dan pendedahan melalui penyertaan pelbagai kejohanan dalam negara di samping perlawanan persahabatan yang kompetetif dan berterusan sepanjang tahun.

“Komitmen yang padu serta penerapan disiplin yang tinggi dalam kalangan pemain membuahkan hasil yang amat membanggakan,” kata Muhammad Arieef yang merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Tambahnya, kejayaan itu juga adalah hasil daripada komitmen pihak pengurusan PUO sendiri demi meneruskan budaya kecemerlangan sukan yang telah menjadi tradisi bagi politeknik tersebut. Antara sukan lain yang turut menempa kejayaan ialah pasukan bola jaring dan sepak takraw yang memperoleh tempat ketiga pada kejohanan yang sama.

Ini menunjukkan bahawa politeknik terutama PUO yang berstatus sebagai Politeknik Premier bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik malah, dalam bidang sukan juga.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! PUO naib johan hoki lelaki!

Betol-betol Hangat! Politeknik Ungku Omar juara keseluruhan MAFEP 2011!

Oleh Kaki Wayang on

 
Politeknik Ungku Omar (PUO) muncul juara keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris (MAFEP) Ke-10 Peringkat Politeknik Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi yang diadakan di Melaka baru-baru ini. Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai itu diadakan di Panggung Seri, Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka.

Melalui pertandingan tersebut, PUO berjaya mengatasi 22 buah politeknik dari seluruh Malaysia yang turut serta dalam pertandingan itu.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Yaakub Md. Amin. Bagi kategori Pidato Bahasa Inggeris kategori lelaki, wakil PUO, R. K. Arvinthran berjaya merangkul johan manakala kategori perempuan dimenangi Nor Izyana Zainol Abidin Ahmad bagi tempat ketiga.

Manakala, bagi pertandingan Tilawah al-Quran Kategori Lelaki, Mohd. Kamaruzzaman Daud memenangi tempat pertama mengalahkan wakil dari Politeknik Mukah dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS).

Datuk Yaakub Md. Amin dalam ucapannya berkata, pelaksanaan MAFEP-10 dilihat sebagai satu agenda penting untuk menerapkan nilai-nilai utama yang boleh melonjakkan transformasi kepada pelajar-pelajar dan warga politeknik keseluruhannya.

Selain itu, katanya, program itu juga dapat membantu Jabatan Pengajian Politeknik khasnya dan negara Malaysia amnya bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang seimbang dari segi insaniah dan fizikal.

"Keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dalam sistem pendidikan merupakan prasyarat utama kepada kejayaan memajukan negara selain membina masyarakat yang mempunyai nilai peradaban tinggi," katanya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Politeknik Ungku Omar juara keseluruhan MAFEP 2011!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...