PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label QPR beli Safee Sali. Show all posts
Showing posts with label QPR beli Safee Sali. Show all posts

Edisi Terkini! Isteri Safee Sali, Sabrina Yusof Tidak Taat? - Safee Sali Mahu Selesai Kes Luar Mahkamah!

Oleh Kaki Wayang on


Aik takde angina takde rebut tetiba je rumahtangga Pemain Bolasepak Kebangsaan, Safee Sali bergolak. Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas isterinya, Sabrina Yusof, di luar mahkamah. Peguam syarie, Norasyada Othman yang mewakili Safee memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Attras Mohd Zain pada prosiding sebutan kes hari ini.

Attras kemudian membenarkan permohonan Safee untuk menyelesaikan tuntutanya itu di luar mahkamah.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Isteri Safee Sali, Sabrina Yusof Tidak Taat? - Safee Sali Mahu Selesai Kes Luar Mahkamah!

Betol-betol Gempak! Safee Sali bermain di Kelab Cardiff CIty

Oleh Kaki Wayang on

http://sports.mylaunchpad.com.my/Portals/0/Msia280711_L.jpg 

Penyerang prolifik negara, Safee Sali bakal muncul sebagai pemain Malaysia pertama yang diuji Cardiff City selama dua minggu. Penyerang Pelita Jaya itu yang menyerlah bersama kelab dan negara kebelakangan ini, sudah cukup untuk menawan hati pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee untuk diberi peluang bersama pasukan berpangkalan di Wales itu dari 12-27 September.

Safee merupakan pemain kedua yang ditawarkan untuk menguji nasib selepas kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang terlebih dahulu mendapat tawaran tetap terpaksa menangguhkan hajatnya berikutan ingin memberi komitmen bersama Selangor dan pemain berusia 24 tahun itu dijangka berangkat ke sana sebaik kempen Piala Malaysia berakhir.

Safee sering dibandingkan dengan arwah Mokhtar Dahari dan dianggap sebagai penyerang terbaik generasinya. Perkhabaran terbaru ini memberi erti besar kepadanya yang menganggap sebagai kemuncak dalam kariernya.

"Setiap peminat bola sepak di Malaysia mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris dan begitu juga saya. Ketika kecil, saya selalu berangan-angan untuk beraksi di liga Inggeris satu hari nanti. Dan sekarang saya memiliki kesempatan itu untuk menjalani percubaan selama dua minggu. "Pintu sudah terbuka buat saya. Ini peluang sekali seumur hidup dan saya akan memberikan yang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya," kata pemain berusia 27 tahun itu.

Sementara itu, Datuk Chan berharap lebih ramai lagi pemain Malaysia yang memiliki potensi untuk menggegarkan arena bola sepak.

"Apabila Safiq diuji oleh Cardiff, timbul banyak laporan baik di sini dan juga Malaysia. Sekarang Safee juga tersenarai, semoga keghairahan ini akan meningkatkan dan memberi inspirasi kepada pemain muda kita untuk menjadi menjadi pemain tersohor. "Usaha ini adalah baik untuk kelab dan Malaysia. Ramai bakat tanahair kita dan kini adalah masanya untuk kita menghargai bakat mereka dengan memberi mereka pendedahan yang betul. Saya rasa ini akan menjadi pemangkin kepada revolusi," kata Datuk Chan yang mengambil alih Cardiff tahun lalu.

Menurut pengurusnya, Zakaria Rahim berkata Safee sedang berada di Indonesia berlatih dengan pasukan kelabnya dan dijangka akan tiba di ibu negara sehari sebelum berlepas ke England. Beliau menjelaskan Safee ketika ini hanya berlatih di sana sebagai persiapan menghadapi musim baru namun belum tahu tarikh sebenar.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Safee Sali bermain di Kelab Cardiff CIty

Betol-betol Gempak! Safee seperti 'David Beckham' Malaysia - Warnock

Oleh Kaki Wayang on

http://sports.mylaunchpad.com.my/Portals/0/Football/Safee_261210_L.jpg 

Safee Sali yang dikaitkan dengan Queens Park Rangers (QPR) dianggap sebagai "David Beckham" versi Malaysia oleh pengurus kelab itu, Neil Warnock.

"Semua orang mengenalinya (Safee) namun halangannya untuk bermain di EPL buat masa ini ialah isu permit kerja.

Namun masalah itu tidak akan menghalang untuk membawa pemain (Malaysia) ke mari. Kami akan cuba dan meyakinkan pemain muda Malaysia untuk terlibat dengan kelab ini," jelasnya. Bercakap kepada media Malaysia menerusi sidang akhbar online, Warnock tidak menolak idea QPR mewujudkan akademi di Malaysia, mengikuti jejak usahasama yang dijalinkan Liverpool dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Tidak menghairankan bagi saya jika Tony (Fernandes) berminat untuk mewujudkan akademi remaja bukan sahaja di England dan QPR, tetapi juga di Malaysia. "Hubungan QPR dan Malaysia akan meningkat dalam beberapa tahun akan datang. Langkah seterusnya ialah akademi bersama jurulatih Inggeris untuk membantu (bola sepak) Malaysia," tambahnya.

P/s: Kalaulah Safee Sali bermain dengan mana-mana kelab QPR..dah tentu gempak...
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Safee seperti 'David Beckham' Malaysia - Warnock
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...