PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Robert Kuok beli kapal bersalut emas. Show all posts
Showing posts with label Robert Kuok beli kapal bersalut emas. Show all posts

Edisi Informasi! Robert Kuok kekal paling kaya di Malaysia!

Oleh Kaki Wayang on

ROBERT Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut lapan peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank dengan kekayaan berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Menurut laporan Malaysian Business, Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala di tempat kelima milik usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Menurut laporan berkenaan, aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat senaraian sehingga 20 Januari lalu. Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira enam peratus tahun ini.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee dari IOI Corporation mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group menambah kekayaannya sebanyak lapan peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah. Nilai berkenaan secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari 2012 susut tujuh peratus berbanding RM206.37 bilion tahun lalu.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011. Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus. Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10. Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baru yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd) yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Robert Kuok kekal paling kaya di Malaysia!

Edisi Sentap! Kapten kapal Costa Concordia dipenjara 2,500 tahun!

Oleh Kaki Wayang on

Francesco Schettino
Kapten kapal persiaran mewah Costa Concordia yang karam Januari lalu Francesco Schettino, 52, boleh dijatuhkan hukuman penjara lebih 2,500 tahun jika disabitkan bersalah menyebabkan tragedi itu, meninggalkan kapal dan beberapa kesalahan menyebabkan kematian.

Tempoh hukuman itu dikira oleh akhbar Itali, yang menambah hukuman penjara yang dihadapi Schettino jika disabitkan bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Dia berdepan hukuman penjara lapan tahun bagi setiap seorang daripada 300 penumpang dan krew yang ditinggalkan di atas kapal berkenaan ketika ia karam di perairan pulau Giglio pada malam 13 Januari lalu. 
 
Schettino, dilaporkan melarikan diri dengan bot keselamatan dan menyaksikan usaha menyelamat dijalankan dari pantai. Schettino berdepan tambahan 15 tahun penjara jika disabitkan bersalah menyebabkan kematian dan 10 tahun jika didapati bersalah menyebabkan kemalangan itu.

Seramai 32 orang dikhuatiri mati dalam kemalangan itu, yang berlaku ketika kapal berkenaan belayar terlalu dekat dengan pantai Giglio yang berbatu pada awal pelayaran ke Mediterranean.

Mahkamah di Florence kelmarin mendengar permohonan pendakwa dalam kes memindahkan Schettino, 52, dari dikenakan tahanan dalam rumah ke penjara. Pendakwa berkata, ada risiko dia cuba melarikan diri atau menjejaskan bukti sebelum perbicaraannya bermula. Namun, mahkamah turut mendengar hujah peguam Schettino, 52, yang memohon dia dibebaskan dari tahanan dalam rumah di Meta, Sorento dan dikenakan ikat jamin dan menegaskan anak guam tidak akan mengulangi kesilapan.

“Tidak mungkin dia melakukan jenayah lagi kerana buat masa ini mustahil dia diberi arahan mengemudikan kapal. Kami harap mahkamah akan membebaskannya,” kata peguamnya, Salvatore Parascandola.

Mahkamah akan membuat keputusan mengenai perkara itu Khamis.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Kapten kapal Costa Concordia dipenjara 2,500 tahun!

Betol-betol Hangat! Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

Oleh Kaki Wayang on

http://lh5.ggpht.com/-2FLxFg2bUmE/TioVuLeK2bI/AAAAAAAAGRw/KL5iXD2qqDs/History-Supreme-yacht-2_thumb%25255B2%25255D.jpg?imgmax=800

Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok. Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/246598_207323322649372_139613139420391_501697_2086062_n.jpg

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia. Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex. Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...