PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts
Showing posts with label Soal Jawab Agama. Show all posts

Edisi Informasi! Solat tidak sah, berdosa pada lima waktu dilarang!

Oleh Kaki Wayang on

 
Solat tidak sah, berdosa pada lima waktu dilarang

ISLAM menitikberatkan segala aspek ibadat. Allah begitu mencintai hamba-Nya yang senantiasa tunduk di hadapan-Nya. Namun, Allah juga amat mencintai hamba-Nya yang bijak mengatur urusan ibadahnya. Pada waktu tertentu, ada sesuatu ibadah yang perlu diutamakan. Adakalanya, ada sesuatu ibadah yang perlu dikemudiankan.

Begitu juga dengan solat. Adakalanya berzikir dan berwirid itu lebih baik berbanding solat pada waktu tertentu. Ini dapat dilihat bagaimana urusan waktu solat yang dibolehkan dan waktu solat yang dilarang seperti yang tunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. 
 
Allah SWT menetapkan kepada kita kewajipan solat pada waktu yang tertentu. Begitu juga keluasan amalan bagi seseorang hamba untuk menambah baik prestasi ibadah dengan melaksanakan solat sunat. Kesemua ini mempunyai nilai ganjaran yang berbeza bagi sesiapa yang paling hampir mencontohi sunnah dilaksanakan Rasulullah. 
 
Terdapat waktu tertentu yang dimakruhkan solat bagi setiap Muslim. Adakalanya ia dimakruhkan kepada seseorang yang ingin melakukan solat sunat. Malah ada juga ketikanya ia dimakruhkan kepada seseorang itu walaupun ia solat wajib.

Ini kerana pemilihan waktu yang terbaik oleh Allah SWT terhadap urusan solat hamba-Nya berkait rapat dengan soal mementingkan perbezaan umat Islam dengan agama yang lain terutama bagi penganut agama penyembah matahari.

Nabi Muhammad SAW melarang seseorang melakukan solat dalam lima waktu. Tiga waktu disebut dalam sebuah hadis dan dua lagi waktu di dalam hadis yang berlainan. Tiga waktu yang dilarang itu terdapat di dalam hadis daripada Uqbah Amir al-Juhani maksudnya: “Tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kami solat dan mengebumikan jenazah yang meninggal, iaitu ketika matahari muncul hingga ia naik, ketika matahari di tengah-tengah hingga tergelincir dan ketika matahari hampir terbenam.” (Hadis Riwayat Muslim).

Larangan ketiga-tiga waktu ini adalah khusus bagi solat dan mengebumikan jenazah. Adapun waktu lain yang dilarang diterangkan di dalam hadis Abu Said al-Kudri yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak ada solat selepas solat Subuh hingga matahari naik, dan tidak ada solat setelah Asar hingga matahari terbenam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jika diperhatikan kepada hadis yang pertama, ia menetapkan larangan solat apa jenis solat sekalipun sama ada sunat ataupun wajib, manakala bagi hadis kedua pula larangan solat berlaku adalah kepada orang yang ingin melakukan solat sunat selepas solat fardu Asar dan Subuh.

Menurut ulama Mazhab Syafie seperti di dalam kitab Hasyiyah al-Bajuri mengatakan, berdasarkan pendapat muktamad, tiga waktu pertama itu ialah makruh tahrim, sedangkan dua waktu lagi adalah makruh tanzih.

Walaupun ia makruh, namun solat yang dilakukan pada waktu itu dikategorikan sebagai tidak sah. Ini kerana, apabila sesuatu larangan itu ditujukan kepada ibadah berkenaan, baik larangan berbentuk pengharaman atau makruh tanzih sekalipun ia tetap tidak sah. Bahkan dihukum sebagai dosa kerana melakukan ibadah yang salah.

Walaupun begitu, terdapat beberapa pengecualian dalam hal ini. Khatib al-Syarbini di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj menerangkan bahawa ada pengecualian waktu tertentu dan solat-solat tertentu yang dibolehkan kita untuk melakukan solat, walaupun ia solat sunat. Bahkan ia akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Antara waktu yang dikecualikan ialah pada Jumaat. Tidak dimakruhkan melakukan solat ketika matahari berada dalam posisi tepat menegak di langit. Ini berdasarkan hadis dari Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah katanya : “Rasulullah SAW melarang solat pada tengah hari (istiwaa’) kecuali pada Jumaat.

Walaupun hadis ini dinilai daif, seperti yang diterangkan al-San’ani di dalam kitab beliau Subul al-Salam, namun riwayat ini diperkuatkan lagi dengan perbuatan sahabat Nabi SAW, mereka melakukan solat pada waktu tengah hari Jumaat.

Ditambah pula Nabi SAW menggalakkan supaya pergi solat Jumaat awal pagi, kemudian Nabi SAW juga menggalakkan kita untuk solat ketika imam keluar, tanpa pengkhususan dan tanpa pengecualian.

Begitu juga situasi yang mana seseorang berada di Tanah Haram, Makkah.

Menurut pendapat yang sah, mengerjakan solat di Tanah Haram Makkah tidak makruh kerana ia sabit dari hadis Nabi Muhammad SAW dari Jubair Muth’im yang bermaksud : “Wahai Bani Abd Manaf, jangan kamu melarang seseorang tawaf di rumah ini (baitullah) dan solat pada bila-bila waktu sekalipun yang ia sukai, malam ataupun siang.” (Hadis Riwayat Tarmizi).

Selain dari Jumaat dan tempat khusus di Tanah Haram Makkah, yang dijelaskan oleh ulama akan keharusan melakukan solat, terdapat juga pengecualian lain yang dibolehkan.

Antaranya adalah, solat yang mempunyai sebab tertentu di awalnya. Sebagai contoh, solat fardu yang terlewat dan belum ditunaikan ataupun solat yang perlu qada.

Termasuk juga solat sunat yang mempunyai sebab tertentu pada awalnya, seperti solat gerhana matahari, tahiyyat (duduk) masjid, solat minta hujan dan solat sunat wuduk.

Kesemua solat-solat yang diizinkan tersebut mempunyai sebab sebelum dari solat itu dilakukan. Berbeza pula dengan solat yang mempunyai sebab yang terkemudian. Contohnya seperti solat istikharah, hajat dan sebagainya serta solat yang tidak ada sebab tertentu. Maka itu semua dilarang untuk dikerjakan.

Inilah kehebatan Islam dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Dalam aspek pelaksanaan ibadah sekalipun, ia menitikberatkan soal keutamaan. Yang mana harus di dahulukan, dan yang mana harus dikemudiankan. Semoga kita tidak tergolong dikalangan orang yang melampau dalam ibadah, namun tergelincir dari petunjuk sunnah. 
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Solat tidak sah, berdosa pada lima waktu dilarang!

Edisi Infomasi! Batasan hubungan seksual suami isteri - Liwat Itu Haram!

Oleh Kaki Wayang on

 
Tidak salah guna pelbagai posisi, teknik, tetapi haram melakukan liwat

PERKAHWINAN adalah satu anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya. Islam adalah agama fitrah yang memahami naluri setiap manusia. Allah tidak menciptakan manusia semata-mata untuk menyeksa manusia, sebaliknya diciptakan manusia itu seiring dengan penciptaan sistem yang memenuhi hajat manusia.

Justeru perkahwinan itu juga satu sistem yang memenuhi fitrah seseorang manusia. Perkahwinan menghalalkan manusia menyalurkan nafsu mereka ke arah yang dikehendaki syarak.

Al-Quran membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang sudah diijabkabulkan melakukan persetubuhan. Ayat yang diturunkan oleh Allah SWT ini, sebenarnya hadiah bagi memenuhi hajat semua makhluk.

Ayat berupa larangan pula sudah semestinya sesuatu keburukan yang dikenal pasti oleh Allah SWT. Turunnya ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman.”

Di dalam ayat ini Allah SWT merestui cara persetubuhan yang dilakukan oleh seorang suami ke atas isteri dalam apa cara sekalipun. Bahkan seakan-akan isteri umpama tempat untuk melampias nafsu suami tanpa had dan batasan.

Namun sebenarnya maksud ayat ini dihuraikan secara tepatnya daripada hadis Nabi SAW sendiri. Ada had-had yang perlu dibatasi oleh seseorang isteri. Antara isu yang yang menjadi kekeliruan adalah hukum mendatangi isteri dari belakang.

Kekeliruan dalam hukum hakam agama sering berlaku dalam masyarakat, khususnya masyarakat hari ini yang kehidupannya semakin moden dan terdedah kepada cabaran globalisasi. Bagi menyelesaikan kekeliruan yang timbul, bantuan dan pandangan ulama sudah semestinya sangat diperlukan.

Terdapat beberapa kekeliruan timbul terhadap ayat 223 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Isteri-isterimu adalah (seperti) kebun tanaman kamu, maka datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai…”

Mereka yang tidak memahami agama dengan baik mengatakan bahawa harus mendatangi isteri walaupun pada duburnya. Ini salah faham terhadap maksud nas di atas.

Walaupun terdapat sebahagian pandangan yang agak ganjil dalam membenarkan perbuatan ini seperti hujah yang menyandarkan perbuatan ini, namun khilaf atau pandangan ini ditolak majoriti ulama. Ini kerana terdapat banyak huraian daripada hadis Rasulullah SAW, pendapat ahli tafsir terdahulu dan semasa.

Kita cuba merungkai beberapa pandangan ulama yang menceritakan sebab diturunkan ayat di dalam 223 di dalam surah al-Baqarah ini.

Pertama: Pendapat Mujahid yang mengatakan ia disebabkan orang Yahudi menjauhi wanita ketika datang haid serta mendatangi wanita pada dubur ketika datangnya haid. Bahkan orang Yahudi menganggap menyentuh wanita ketika haid adalah najis. Oleh itu mereka mengasingkan mereka daripada makan, minum dan tidur bersama. Manakala orang Nasrani pula tidak mengambil berat tentang haid. Sehingga mereka tidak membezakan di antara waktu haid atau tidak. Rujuk Tafsir al-Munir Wahbah al-Zuhaily.

Kedua: Pandangan dari Jabir bin Abdillah yang menceritakan bahawa orang Yahudi beranggapan apabila seseorang lelaki mendatangi isteri (pada farajnya) dari arah belakang, maka bayi yang bakal dilahirkan akan menjadi juling matanya. Lalu turunlah ayat ini. Pendapat beliau ini dinukil daripada Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran karangan Imam al-Qurtubi.

Ketiga: Ibn Abbas mengatakan bahawa ayat ini diturunkan disebabkan sebilangan golongan Ansar yang mengikuti pandangan orang Yahudi bahawa anak akan menjadi juling jika suami mendatangi (faraj) isteri dari arah belakang.

Mereka terpengaruh kerana beranggapan bahawa orang Yahudi itu ahli kitab yang memiliki kelebihan ilmu berbanding mereka. Disebabkan itu, berlaku kes apabila sahabat Nabi SAW dari kelompok Quraisy Makkah yang berhijrah ke Madinah berkahwin dengan wanita Ansar. Apabila ia ingin melakukan persetubuhan menurut cara budaya orang Quraisy iaitu daripada hadapan, belakang dan berbaring, maka wanita Ansar itu menolak dan berkata: “Kami pada kebiasaannya bersetubuh dari arah hadapan saja. Jika tidak jauhilah daripada aku. Akhirnya berita ini sampai kepada Rasulullah SAW, lalu turunlah ayat ini.

Ulama membuat kesimpulan bahawa, penafsiran ayat ini sebenarnya membenarkan suami bersetubuh bersama isteri dari arah mana saja yang dikehendaki. Tetapi semuanya mestilah dilakukan pada lubang faraj saja.

Disebabkan itulah Imam al-Alusi dalam tafsirnya Ruh al-Ma’ani mengatakan dengan ini dibolehkan mendatangi isteri dari arah mana sekalipun asalkan masih ke arah kemaluannya.

Al-Zamakhsyari seorang mufassir yang terkenal dengan kemahiran bahasa arabnya menyifatkan ia dibolehkan dengan sebab tempat tersebut (faraj) adalah saluran sebenar dalam melahirkan keturunan.

Kenyataan hukuman ini disokong banyak hadis Nabi SAW berkenaan pengharaman mendatangi isteri melalui arah belakang (dubur). Antaranya hadis riwayat al-Tirmizi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang kamu melepaskan angin (terkentut) maka hendaklah berwuduk dan jangan mendatangi wanita pada dubur. Maka sesungguhnya Allah SWT tidak malu dengan perkara sebenarnya.”

Juga dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang lain menyatakan bahawa: “Allah SWT tidak melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki atau perempuan pada dubur.” Malah sebahagian riwayat mengatakan perbuatan suami mendatangi isteri dari arah belakang (dubur) adalah perbuatan kufur dan tergolong dalam kategori ‘liwat kecil’ seperti yang disebut dalam riwayat al-Tabrani.

Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan hubungan seks dengan berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti halakan zakarnya ke lubang faraj isterinya. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri, duduk atau meniarap (suami tindih perempuan yang meniarap) selagi tempat masuk zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Larangan ini bukanlah bererti Islam mengongkong umatnya menikmati naluri nafsu masing-masing. Namun Islamlah yang terlebih dulu menghalang manusia daripada terus tersalah haluan dalam menentukan tempat nafsu yang sebenar. Dubur itu bukanlah tempat untuk mencari kelazatan jimak.

Dubur adalah tempat keluarnya najis, sudah pasti ia akan memudaratkan. Sedangkan wanita dalam haid sekalipun dinyatakan kotor oleh al-Quran, inikan pula dubur.

Ada pula sebahagian orang yang bertanyakan, sekiranya memasukkan zakar ke dalam dubur isteri itu diharamkan, bagaimana pula sekiranya memasukkan sesuatu objek ke dalam dubur isteri. Sama ada menggunakan jari mahupun alat tertentu.

Perkara ini dijawab beberapa ulama, antaranya Imam al-Zahabi. Dalam sebuah hadis dinukilkan Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair menjelaskan Allah SWT melaknat suami yang menyetubuhi isteri masing-masing di duburnya tidak di qubulnya. Jika memasukkan alat kelamin dilaknat oleh Allah dan berdosa, maka memasukkan jari ke dalam dubur adalah sesuatu yang haram dan tidak wajar juga.

Kesimpulannya di sini, jimak itu diharuskan melalui mana-mana arah sekalipun asalkan ia di qubul bukan di dubur. Ini menunjukkan kepada kita bahawa Islam mempertahankan hak wanita dalam menikmati hidup berkeluarga.

Sila baca selanjutnyaEdisi Infomasi! Batasan hubungan seksual suami isteri - Liwat Itu Haram!

Edisi Informasi! Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces) Adalah Haram?

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Islam agama yang menggalakkan keindahan, dalam masa yang sama ia mengajar umatnya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada diri mereka. Manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, Apa yang ada pada batang tubuh kita, itulah yang terbaik. Kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan

Di zaman kini, dengan pelbagai teknologi, manusia sudah mampu untuk menjadikan wajah mereka kelihatan lebih cantik daripada yang asal.Ini menimbulkan persoalan, apakah hukumnya di sisi syara’. Antara isu yang sering ditanyakan ialah apa hukumnya memakai pendakap gigi.

Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening.

(Al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:

“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang disebut ‘al-Falaj’, yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.


Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.

Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).

Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik.  Contohnya memakai pendapat gigi agar  kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan:  Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya,  samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.

Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:    Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang  boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.  Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).

Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.  Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).

Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.

Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi  bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi  fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi:

“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105).

Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya). Sepertimana firman Allah SWT:

“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendakki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145).

Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud :

“Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim).

Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang  hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut,  ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi,  isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan,  menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang.

Prinsip di   atas juga perlu diaplikasikan keatas isu pembedahan plastic keatas tubuh. Untuk melakukannya hendaklah ia mematuhi prinsip-prinsip di atas dan ditambah satu syarat lagi, ia hendaklah tidak mendatangkan kemudharatan yang  lebih besar selepas pembedahan atau ketika pembedahan dilakukan.

Walaupun pemakaian pendakap gigi bergantung kepada niat si pemakai, namun berbeza dengan amalan popular proses kecantikan masyarakat Melayu, iaitu pemakaian susuk. Hakikatnya susuk haram sama sekali tidak kira apa niat ia dipakai.

Ini kerana susuk mengandungi unsur sihir, Kerana si pemakai susuk telah meletakkan susuk itu sebagai setara dengan kekuasaan Allah iaitu dengan mengagungkan kebesaran makhluk lain selain dari Allah SWT. Sedangkan sihir merupakan satu perbuatan syirik dan termasuk di antara dosa-dosa besar.

Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah tujuh dosa besar. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi: Menyekutukan Allah, sihir; membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali kerana hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari peperangan, menuduh perempuan-perempuan baik (berzina)  (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah mahukan umat sentiasa segak dalam personaliti yang unggul. Agar tampil memabawa imej Islam yang tampan. Bukan umat yang selekeh ditelan kepurbaan. Allah juga tidak menghukum umat dari terus berada dalam keaiban sepanjang hayat. Namun Allah juga mahukan umat belajar erti menerima sesuatu ketetapan tanpa sebarang unsur pendustaan.


Sumber: Imam Muda Asyraf
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces) Adalah Haram?

Edisi Renungan! Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

Oleh Kaki Wayang on



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Akhirnya tak jadi g sarapan..Lecturer Yazid Yahya sangat busy dengan test MUET nya..kena tunggu tengahari..so, leh makan tengahari..tapi Ustaz Kaki Wayang (amin..) nak kene g masjid lah tengahari ni..bercakap sal g masjid..ni ada satu renungan untuk kita bersama..
AMBIL WAKTU? ... BUANG WAKTU??

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,
itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga

BERFIRMAN ALLAH MAKSUDNYA :

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

(Al-’Asr : 1-3

Kalau nak senang untuk ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ni..sila nyanyi lagi Demi Masa (Raihan) lagi cepat faham apa maksud artikel ini..- Ustaz Kaki Wayang! 
Sila baca selanjutnyaEdisi Renungan! Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!

Edisi Informasi! Redha dan Murka Allah bergantung kepada Kedua Ibu dan Bapa!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Berjumpa lagi dalam lembaran baru..jam pun dah masuk 9.49am..kejap lagi nak bersarapan dengan Blogger Retis Yazid Yahya..so sambil menunggu En. Yazid (Lecturer Omputeh yang tengah sebok menjaga student yang amik MUET) Ustaz Kaki Wayang (amin..) nak kongsikan sedikit informasi bagaimana nak dapatkan Redha Allah S.W.T dan bagaimana nak elakkan kemurkaan Allah S.W.T..kedua-dua perkara ini, Redha dan murka Allah S.W.T bergantung kepada kedua ibu bapa kita..sebelum itu, baca sedikit selingan ini sebelum kita terus ke tajuk yang akan dibincangkan..

MANA ADA.. Mana Ada.. MANA ADA..

Mana ibu yang hendak melihat anaknya terjebak dalam gejala sosial. Mana ada ayah hendak melihat anaknya dileka oleh hiburan yang melekakan.

Namun apakan daya, dalam dunia tanpa sempadan ini - pelbagai kemungkaran boleh berlaku sehingga sampai satu tahap - si ibu dan ayah hanya mampu mengangkat tangan mengadu kepada Allah agar diberi perlindungan sebanyak-banyaknya kepada anak cucu kita di masa mendatang.

INGATLAH...!!!!

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang maksudnya:

"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."

Amacam kawan-kawan semua..dah nampak sikit tak maksud yang tersirat dari perbincangan kita kali ni? bila baca Sabda Nabi Muhammad S.A.W tu dah nampak sikit kan macam mana nak dapatkan Redha Allah S.W.T dan elakkan kemurkaan Allah S.W.T.. 

Ustaz Kaki Wayang..
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Redha dan Murka Allah bergantung kepada Kedua Ibu dan Bapa!

Edisi Renungan! Kalaulah Jenazah Itu Boleh Menceritakan Saat Sakaratul Maut..!

Oleh Kaki Wayang on


"...Demi ALLAH,,, Seandainya Jenazah Yang Sedang Kalian Tangisi Boleh Berbicara Sebentar, Lalu Menceritakan ( PENGALAMAN SAKARATUL MAUTNYA ) Pada Kalian, Nescaya Kalian Akan Melupakan Jenazah Tersebut Dan Mulai Menangisi Diri Kalian Sendiri...'' - IMAM GHAZALI

Sila baca selanjutnyaEdisi Renungan! Kalaulah Jenazah Itu Boleh Menceritakan Saat Sakaratul Maut..!

Edisi Renungan! Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya!

Oleh Kaki Wayang on


Senario A

Aku tak kisah apa nak jadi pada negara ni. Yang penting aku dan keluarga aku boleh hidup selesa. Aku tak nak menyusahkan orang lain dan tak nak menyebabkan orang lain susah disebabkan aku.

Senario B

Lantak lah dengan apa yang berlaku di kampus ni. Yang penting biasiswa aku masuk ‘on-time’, aku siap semua assignment dan lulus semua peperiksaan yang melibatkan ijazah yang aku cita-citakan selama ini.

Senario C

Apa kau susah, mereka bukan anak kau. Biarkan sajalah kalau budak-budak ni nak ber’couple’ atau berkawan sesama mereka. Lagi pun mereka dah besar. Kalau pun bunting nanti, pandai-pandailah mereka pergi ke mana-mana klinik untuk gugurkan kandungan atau cari tempat bersalin nanti.

Senario D

Isu Palestin biar orang Palestin selesaikan dengan Israel, isu Syria biar mereka orang Syria urus dengan pemerintah mereka sendiri, isu Pattani biar mereka bincang dengan kerajaan Thailand, kerajaan mereka sendiri. Kita tak perlu sibuk urusan orang lain sebab kita kena jaga anak bini kita dulu.

Ingatlah pesanan Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud,

“Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”.

Surah al-Maidah ayat 2

Ingatlah bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud,

“Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya".

(Hadith riwayat Bukhary)
Sila baca selanjutnyaEdisi Renungan! Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lainnya!

Edisi Informasi! Jom Dating dengan Allah S.W.T..Bagaimana? Begini caranya!

Oleh Kaki Wayang on


SEKEJAP JE.. TAK LAMAKAN??..

Solat Subuh = 2 rakaat = 4 minit
Solat Zohor = 4 rakaat = 6 minit
Solat Asar = 4 rakaat = 6 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat = 5 minit
Solat Isyak = 4 rakaat = 6 minit

Total masa 'dating' ngan Allah = 27 minit

Total masa Allah bagi nikmat oksigen dn sebagainya = setiap saat

Tapi kebanyakan manusia ramai yg cuba untuk escape solat??
Padahal apa salahnya kita luangkan masa selama 27 minit daripada 1440 minit sehari bertemu dngan Allah? kalau dating dgn ehem2 nak pula tambah masa. =_='

Niat Suci : Allah sudah bagi discount baik punya. Tu pun taknak..
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Jom Dating dengan Allah S.W.T..Bagaimana? Begini caranya!

Edisi Informasi! Facebook dijadikan tempat untuk merapu?

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
 
Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook.Itu hak mereka..Hormati pandangan dan luahan mereka..

Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu.

Maka, jadilah kita orang yang terpencil, kerana tidak merapu, sedangkan yang lain banyak yang merapu. Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berasa hairan (UJUB) dan perasan lebih baik dari yg merapu .

Renungan untuk kita semua....
Allah menilai tiap apa yang kita kerjakan....
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Facebook dijadikan tempat untuk merapu?

Edisi Renungan! Janganlah dok LIKE Gambar Orang Yang Tidak Tutup Aurat!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Haaaaa topik kali ni mesti ada diantara kita yang buat benda ni kan..nampak macam biasa je situasi ini..perkara yang kita selalu buat..bagi yang tak tahu takpe..tapi yang dah tahu (Konfemlah ramai yang tahu kan sebab dah baca topik ni)..sekali lagi Ustaz Kaki Wayang (amin..) "Bukang nok lawang Ustaz Azhar Idrus" dok..hehehehe..kali ni nak sentuh sedikit mengenai dengan kita yang suka sangat dok ngadap komputer, berinternet, chatting, facebooking, twittering erkk..eh ade ke perkataan tu..

JANGANLAH la dok 'LIKE' gambar ORANG YANG TIDAK TUTUP aurat, gambar-gambar bercouple atau gambar-gambar lain yang mmbawa KEPADA kemungkaran. 

Free dapat dosa kering. Fikirkan..


Jap nak "interprem" jap... 


Ok..gambar Ustaz Kaki Wayang ni boleh LIKE yer..cuma perut agak "menjolok" mata sikit lah.."sila muntah hijo yer..." abaikan pemandangan dibelakang yer..

"HARAM 'like' gambar perempuan tak tutup aurat sbb menggalakkan dia utk upload lebih banyak gambar yg tak tutup aurat." - Ustaz Azhar Idrus

“Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubah dengan tangannya jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya, dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah Iman”. (Imam Muslim)
Sila baca selanjutnyaEdisi Renungan! Janganlah dok LIKE Gambar Orang Yang Tidak Tutup Aurat!

Edisi Tazkirah! Betapa Malunya Kita apabila...!

Oleh Kaki Wayang on


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sekali lagi Ustaz Kaki Wayang (amin..) nak kongsikan sedikit tazkirah pagi yang begitu menghiris hati kita semua..kenal tak siapa Rasulullah S.A.W? Konfemlah kan korang kenal (walhal kita sedikit pun tak kenal)..tapi berapa ramai antara kita yang tak kenal siapa dia Nabi Muhammad S.A.W, nabi junjungan besar yang kita sayangi..Orang yang mengenali Baginda adalah orang yang mengamalkan Sunnah-sunnahnya..orang yang lakukan semua suruhan Allah S.W.T..bukan sekadar cakap.."Awak kenal Rasulullah S.A.W tak? A'ah saya kenal sangat..dia tu Rasulullah S.A.W kita kan"..Hanya dengan berkata-kata dan tidak mengamalkan sunnah-sunnahnya tidak bermakna kita mengenalinya..
 
Nak jumpa Baginda tak nanti? Maka lakukanlah apa yang Allah S.W.T suruh dan tinggalkan apa yang dilarang..ikuti sunnah-sunnah Nabi agar hidup kita sebagai seorang Islam mendapat keberkatan Allah S.W.T..jom kita baca sesuatu yang begitu menusuk kalbu..semoga dengan sedikit "usikan" dan bisikan ini mampu mengubah hidup kita..

Betapa Malunya Kita Apabila….

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita. Baginda datang dengan penuh senyuman dan muka yan bersih di muka pintu kita. Apakah yang akan kita lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagi memeluk baginda erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentu akan meminta dengan bersungguh-sungguh supaya baginda singgah beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Namun mungkin kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di hadapan pintu kerana kita teringatkan VCD rated XXX yang ada di ruang tamu dan dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu VCD itu ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum…

….Atau kita teringat lukisan wanita separuh bogel yang kita pasang di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa menyembunyikannya dengan teresa-gesa. Barangkali kita kelam-kabut memindahkan lafaz kalimah Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita ganti kepada gambar wanita separuh bogel yang telah kita susupkan.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Bagaimana kalau Rasulullah bersetuju menginap di rumah kita? Barankali kita teringat kepada anak-anak kita yang lebih arif tentan lagu-lau barat yang melalaikan daripada selawat dan zikir. Kita tentu berasa malu memikirkan anak kita yan tidak mengetahui sirah Rasulullah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

Baginda tentu tetap tersenyum…
……

Barangkali kita lebih malu apabila anak-anak kita tidak mengetahui walau satupun nama ahli keluarga Rasulullah tetapi lebih menghafaz nama-nama artis, penyanyi, ahli-ahli sukan dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mandi menjadi satu ruang solat. Barangkali kita teringat bahawa anak gadis kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Belum lagi buku-buku kepunyaan kita dan anak-anak kita yang memaparkan gambar gadis yang mendedahkan tubuh jua auratnya untuk diratah oleh mata yang tidak takutkan azab Allah.

Belum lagi koleksi kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana harus kita singkirkan semua ini demi menghormati Nabi akhir zaman ini…?
…….

Barangkali kita akan malu kepada baginda apabila baginda tahu bahawa kita tidak pernah pergi ke masjid meskipun azan akan tetap setia menyeru para mukmin untuk tunduk dan memperhambakan diri kepada Rabbul Alamin.
Baginda akan tetap tersenyum…

Barangkali kita akan malu kerana pada saat azan Maghrib berkumandang kita masih lagi sibuk dengan bola dan TV. Barangkali kita merasa malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh masa kita untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita akan merasa malu kerana keluara kita tidak pernah mengerjakan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita jarang sangat membaca Al-Quran.

Bayangkan Rasulullah tiba-tiba muncul di hadapan rumah kita..Apa yang kita akan lakukan..? Masihkan kita akan memeluk junjung kita dan mempersilakan baginda untuk masuk dan menginap rumah kita…?

Atau akhirnya kita dengan berat hati terpaksa menolak kunjunan Rasulullah ke rumah kita kerana hal itu akan membuatkan kita kalut dengan rasa malu…
…………..

Maafkan kami wahai Rasulullah…
Masihkan baginda tersenyum…?
Senyuman pedih, senyuman pilu, senyuman getir….

Oh betapanya malunya hidup kita ketika itu dihadapan mata Rasulullah…
Bayangkan... Renungkanlah... Fikirkanlah…


Yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan dari saya sendiri..semoga semua pembaca mendapat manfaat darinya..amin..
Sila baca selanjutnyaEdisi Tazkirah! Betapa Malunya Kita apabila...!

Edisi Hangat! 50 tanda-tanda Orang Munafik yang harus dihindari!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam Rabu semoga semuanya sihat hendaknya..pagi ni Ustaz Kaki Wayang (ustaz?..amin..) nak kongsikan suatu topik yang sangat penting dalam hidup kita..satu topik yang penting agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang munafik dan termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi..meh kita tengok dan baca serta hayati tanda-tanda ini orang munafik..mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang ini..amin..


TANDA-TANDA GOLONGAN MUNAFIK.. Kalau kita ADA tanda ini?? BUANGKAN!!!

50 tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan sunnah, di antaranya ialah :

1-Malas beribadah kepada Allah.
2-Lupakan kepada Allah.
3-Lalaikan solat fardhu.
4-Mempercepatkan mengerjakan solat.(ertinya tanpa toma'ninah]
5-Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6-Meninggalkan solat jumaat.
7-Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.
8-Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
9-Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.
10-Mengamalkan riak.

11-Hasad dengki.
12-Dusta.
13-MungKir janji.
14-Bakhil.
15-Fitnah.

16-Mencaci maki.
17-Mengumpat.
18-Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
19-Mengengkari Takdir allah.
20-Mempersendakan kesucian Agama.

21-Enggan berjihad dijalan allah.
22-Menghina sahabat Rasullah shallallahu 'alaihi wasallam.
23-Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
24-Menangguhkan pembayaran Hutang.
25-Menipu dalam jual beli.

26-Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).
27-Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.
28-Memakan harta anak yatim.
29-Membuka rahsia orang lain.
30-Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31-Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.
32-Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.
33-Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.
34-Bermuka dua (talam dua muka).
35-Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36-Sombong antara sesama manusia.
37-Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.
38-Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.
39-Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.
40-Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

41-Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
42-Menghianati sesuatu amanah.
43-Memutuskan hubungan silaturahim.
44-Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.
45-Menghalalkan perkara yang haram.

46-Membuat kerosakan dimuka bumi.
47-Menuduh orang beriman bodoh.
48-Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.
49-Bersumpah dengan selain nama Allah.
50-Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat".[Al-Baqarah:16]

Yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah kelemahan dari saya sendiri..semoga semua pembaca mendapat manfaat darinya..amin..

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! 50 tanda-tanda Orang Munafik yang harus dihindari!

Edisi Pengajaran! Akibat Meninggalakan Solat!

Oleh Kaki Wayang on


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Sila baca selanjutnyaEdisi Pengajaran! Akibat Meninggalakan Solat!

Edisi Teragung! Kehidupan barzakh para nabi!

Oleh Kaki Wayang on


PARA Nabi seperti Nabi Muhammad SAW walaupun sudah wafat tetapi diberi kelebihan oleh Allah antaranya boleh mengetahui siapa yang menziarahi makam baginda.

SEBELUM ini kita telah membicarakan tentang hakikat kehidupan alam barzakh yang merupakan alam yang tersendiri. Roh manusia tetap hidup dengan caranya yang tersendiri walaupun sudah berpisah daripada jasad dan menamatkan kehidupan duniawi.

Jika mereka yang telah mati langsung tidak dapat merasa dan mendengar di manakah kita hendak meletakkan pelbagai nas-nas berkenaan dengan larangan menyakiti mayat dan ahli kubur seperti yang banyak diriwayatkan daripada nabi SAW?

Kehidupan manusia di alam dunia berlegar di antara; melakukan ibadat atau hanya mengikut adat, dalam ketaatan atau kemaksiatan, dalam keadaan melaksanakan kewajipan-kewajipan untuk diri dan ahli keluarganya atau untuk Tuhannya. 

Kadang kala dia berkeadaan bersih dan kadang kala dia berkeadaan sebaliknya. Kadang-kadang dia berada di dalam masjid dan kadang-kadang berada di tempat-tempat kotor tanpa dapat dipastikan bagaimanakah kesudahannya!

Kadang-kadang syurga itu jaraknya hanya sehasta daripadanya, tiba-tiba dia berpaling dari syurga itu akibat daripada perbuatannya yang keji, maka jadilah dia daripada kalangan ahli neraka, begitu jugalah apa yang terjadi sebaliknya.

Ada pun kehidupan di alam barzakh, jika dia termasuk daripada kalangan orang yang beriman, maka dia telah melepasi jambatan ujian yang hanya dapat tetap berada di atasnya orang yang bahagia dan berjaya. Setelah itu, dia mendapat pelepasan daripada sebarang pentaklifan. 

Maka dia menjadi ruh yang bercahaya-cahaya, putih bersih, tajam pemikiran, bebas berterbangan dan berenang-renang di alam malakut dan alam-alam milik Allah SWT yang lain; yang tiada kemurungan, kesedihan, kebimbangan dan gundah gulana di dalamnya. 

Alam ini bukan seperti dunia yang kita diami ini; tiada hamparan tanah, malahan tiada harta kekayaan emas dan perak jauh sekali hasad dan dengki manusia. Sekiranya dia bukan di kalangan orang-orang yang beriman, maka keadaannya di alam barzakh adalah sebaliknya.

Sesungguhnya para nabi memiliki keistimewaan yang tersendiri di alam barzakh; tanpa ada manusia yang lain memilikinya. Jika ada manusia lain yang memiliki antara keistimewaan tersebut, itu hanyalah penisbahan sahaja; sama pada nama tetapi tidak pada hakikatnya. 

Keistimewaan para nabi di alam barzakh terdiri dari dua aspek iaitu pertama, keistimewaan yang wajib bagi para nabi dan yang kedua, kelebihan yang menyempurnakan lagi keistimewaan tersebut.

Kita telah nyatakan sebelum ini bahawa kehidupan di alam barzakh adalah kehidupan yang hakiki. Mayat yang berada di alam kubur dapat mendengar, merasa dan mengetahui apa yang berlaku di dunia; sama ada dia itu seorang mukmin atau kafir. 

Malah, kehidupan di dalam kubur dengan mendapat rezeki dan masuknya roh-roh ke dalam syurga bukanlah sesuatu yang dikhususkan kepada orang yang mati syahid sahaja seperti yang dibuktikan oleh dalil-dalil yang kukuh. 

Ini adalah perkara yang sahih dan disepakati oleh ulama dan jumhur Ahli Sunnah wal Jamaah. Daripada sini, perbincangan mengenai kehidupan para nabi (a.s) di alam barzakh adalah perbincangan yang sebenarnya tidak banyak mendatangkan faedah.

Ini kerana perkara ini telah jelas seperti terangnya mentari yang tidak memerlukan sesuatu dalil pun untuk menetapkan kebenarannya. Bahkan, apa yang lebih tepat adalah kita memperakui bahawa kehidupan para nabi di alam barzakh adalah jauh lebih sempurna dan hebat (daripada kehidupannya di dunia), malahan lebih besar dan mulia daripada kehidupan manusia yang lain di alam barzakh.

Hidup manusia ada darjat

Kehidupan manusia di atas muka bumi ini pun berdasarkan bermacam-macam darjat, makam dan tingkatan yang berbeza. Perbezaan ini bukan hanya di sudut lahiriah atau zahir tetapi turut berbeza dari sudut komitmen agama. 

Ada di antara mereka yang hidup seperti orang yang telah mati. Allah SWT berfirman mengenai mereka: Ada pula di antara mereka seperti yang difirmankan oleh Allah: Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Yunus:62)

Ada pula yang hidup dengan suluhan agama, sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara solatnya, mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. (al-Mukminun: 10).

Ada yang difirmankan oleh Allah sebagai berikut: Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). (al-Zaariyaat: 16-18)

Sebagaimana kehidupan di dunia, maka begitulah juga kehidupan di alam barzakh yang mempunyai darjat dan kedudukan serta makam yang berbeza-beza, seperti firman Allah: Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. (al-Israk: 72).

Adapun bagi para nabi; kehidupan, rezeki, pengetahuan, pendengaran, pemahaman dan perasaan mereka adalah jauh lebih tinggi dan sempurna daripada manusia yang lain. 

Ini dapat dibuktikan dengan dalil tentang hak-hak para syuhada sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (ali-'Imraan: 169).

Insya-Allah, di ruang yang akan datang kita akan menghuraikan lebih lanjut khusus tentang hakikat kehidupan para nabi a.s di alam barzakh.
Sila baca selanjutnyaEdisi Teragung! Kehidupan barzakh para nabi!

Edisi Agama! Jika kita memegang aib insan..seluruh MARUAH dirinya di tangan kita!

Oleh Kaki Wayang on


Jika kita memegang aib insan..seluruh MARUAH dirinya di tangan kita, kita punyai PILIHAN..sembunyikan atau sebarkan..

SEBARKAN :
~kita akan rasa puas..

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu :

Haram bagi seorang muslim untuk membunuh, memakan harta, atau melecehkan kehormatan muslim lainnya dengan cara yang tidak dibolehkan syari’at.
Barangsiapa yang memelihara kehormatan saudaranya, maka Allah akan memelihara mukanya dari api neraka. HR. tirmidzi

SEMBUNYIKAN :
~kita ibarat memendam jiwa rasa..

Allah berfirman :

{ ….dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya…. }

al-Hujurat : 12

Mana pilihan kita? Itu pilihan kalian..tapi ingat, aib kita jua di tangan insan lain..dan ingatlah JANJI Allah..jika kita sembunyikan aib saudara kita, maka nanti Allah sendiri akan MENUTUP aib kita..insyAllah..♥♥
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Jika kita memegang aib insan..seluruh MARUAH dirinya di tangan kita!

Edisi Kagum! Subhanallah,Budak Berumur 5 Tahun SUdah Jadi Imam!

Oleh Kaki Wayang on


Subhanallah, Baru 5 Tahun Tapi Budak Ini Sudah Menjadi Imam!

Usianya masih sekitar lima tahun. Namun, kemampuannya dalam menghafal dan menguasai Al-Quran tak perlu diragui. Umat ??Islam di sekitarnya menjadikannya imam solat, kerana ilmu yang dikuasainya. Subhanallah, bacaan Al-qurannya begitu fasih.

Fenomena ini mengingatkan kita pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Amr ibn Salamah berkata, “Suatu ketika Nabi SAW bersabda, ‘Jika waktu solat tiba, hendaknya ada di antara kamu yang melakukan azan. Lalu yang paling banyak bacaan Al Qur’annya hendaknya diangkat menjadi imam.’ Mereka melihat tidak ada yang bacaan Alqurannya melebihi diriku. Maka aku diangkat sebagai imam, padahal aku masih enam atau tujuh tahun. “(HR Bukhari).


Sila baca selanjutnyaEdisi Kagum! Subhanallah,Budak Berumur 5 Tahun SUdah Jadi Imam!

Edisi Informasi! Semahal mahal BERLIAN.. adalah Berlian Di Dalam Diri...!

Oleh Kaki Wayang on


Adakah anda percaya bahawa di dalam diri anda terdapat berlian yang berharga? Ya, sebenarnya di dalam diri anda terdapat berlian berharga. Berlian adalah batu permata paling berharga di dunia. Dalam bentuk yang asli, ia adalah karbon dalam bentuk paling pekat. Berlian terhasil lebih kurang 161 kilometer atau 100 batu di dalam bumi.

Bagi menghasilkan berlian karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan seberat 435,113 paun bagi setiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu yang tidak kurang daripada 400 darjah celcius. Apabila kedua-dua tekanan dan suhu ini tidak mencapai tahap yang disebutkan berlian tidak terhasil. Sebaliknya yang terhasil adalah grafit. Grafit adalah karbon yang lembut yang dapat diamonddibeli di tepi jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir. Kebanyakan berlian yang kita lihat pada hari ini terhasil di bawah bumi jutaan tahun dahulu. Ini menjadikan berlian bahan mineral paling keras di muka bumi.

Sebenarnya manusia memiliki berlian di dalam dirinya kerana lebih daripada 18% jasad manusia terdiri daripada karbon. Namun berlian di dalam diri manusia tidak terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian di dalam diri manusia hanya terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis.

Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia menjadi permata umat yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Pada masa itu dia mencapai kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.Manusia menjadi lebih matang dan mantap setelah mendapat ujian. Tanpa ujian potensi diri tidak akan ditemukan. Kita seharusnya bersyukur jika di berikan ujian.Allah memberi jaminan bahwa kesusahan adalah jambatan menuju keberhasilan.

Firman Allah S.W.T Bermaksud:Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.”(Al-Insyirah ayat 5-6 )
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Semahal mahal BERLIAN.. adalah Berlian Di Dalam Diri...!

Edisi Agama! Hakikat Yang Perlu Kita Akui dan Bermuhasabah Diri!

Oleh Kaki Wayang on


I ♥ الله: I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥.
••► Kita sebenarnya lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat
••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji
••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi
••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid
••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan
••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita
••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

» » TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

» Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt?? Fikir-fikirkan la ツ
I ♥ الله: I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥ : I ♥ الله ♥.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Hakikat Yang Perlu Kita Akui dan Bermuhasabah Diri!

Edisi Informasi! Lembutkanlah Hatimu.. Bila is Sekeras Batu...!

Oleh Kaki Wayang on



Manusia dijadikan daripada tanah. Ada tanah yang lembut dan ada yang keras . Tanah yang disiram sentiasa akan menjadi lembut manakala tanah yang panas kering akan terbakar justeru keras sekali. Jiwa dan hati yang dibiarkan kotor akan menyebabkan manusia itu menjadi keras dalam erti kata keras benar hatinya. Syaitan yang dijadikan daripada unsur api itu telah berjaya membakar hati yang juga mengeraskan jiwanya. Keraslah hatinya , mudahlah kerjanya…

Mengapa perlu dan pentingnya berhati lembut? Kerana manusia berkasih sayang dengan hati yang lembut. Manusia bertolak ansur, bantu- membantu dengan hati yang lembut. Tiada satu amal ibadah pun, dan amal kebaikan sesama manusia dapat terlaksana dengan sempurna mungkin tanpa hadirnya sekeping hati yang lembut.

Apatah lagi bila manusia itu melaksanakan amal ibadah kepada pencipta Nya. Sudah semestinya perlukan hati yang lembut. Masakan dengan hati yang keras manusia dapat melaksanakan ibadah dengan sepenuh jiwa dan raganya. Mengalir & berlinang air matanya ketika mana seseorang mukmin yang berhati lembut itu menjalani ibadah tahajudnya disepertiga malam…

Linangan air mata itu seolah-olah penambah dan penyejuk jiwa-jiwa dan hati manusia yang penuh dengan keegoan dan keangkuhan. Namun dihadapan Pencipta Nya, tunduk, sujud dan berserah, menghambakan sepenuh jiwa raganya, mengharap kasih sayang dan redhaNya yang maha luas, lebih luas dari seisi dunia.

Sejauh manakah kita tangisi diri kita ini yang penuh dengan kelemahan, kealpaan dek keasyikan nikmat dunia yang seringkali membuatkan kita lebih cenderung tertawa dari menangis..Mengapakah begitu sukar kita menjiwai amal ibadah kita lantas sukarnya untuk kita mengalirkan air mata ketika mana kita sujud dan bertahajud kepada Allah S.W.T.?..

Kerana kita jarang sekali memberi tumpuan untuk memberi makanan rohani atau makanan jiwa malah sedikit sekali rawatan dan penawar yang kita berikan ketika ia sedang sakit malah merintih oleh penyakit-penyakit hati..namun tiada diambil pusing sedikitpun oleh si empunya hati..

Lembut dan bersih sucikan lah hati serta jiwa kita..Bersihkanlah ia dengan istighfar & selawat serta zikrullah lantaran banyak dosa dan noda yang membuatkan titik-titik hitam dihati berakar umbi penyebab kepada segala amalan kita yang seolah tidak langsung berbekas dan tidak berjiwa..

Sepertimana tanah yang perlu dibersihkan sebelum bercucuk tanam begitu jugalah diibaratkan hati-hati manusia yang perlu dibersihkan sebelum ditabur dengan biji-biji benih amalan yang hidup subur malah mengeluarkan buah-buah ketakwaan. Bersih, tanam, baja, jaga & pelihara barulah ada hasilnya. Begitulah konsep hidup yang telah Allah tetapkan untuk kita renungi, fahami dan fikirkan. Lembut hati lembutlah jiwanya, lembut jiwa, hiduplah jiwanya, hidup jiwanya hiduplah amalanya, hidup amalanya barulah ada hasil iaitu iman & takwa.

Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Lembutkanlah Hatimu.. Bila is Sekeras Batu...!

Edisi Informasi! Sekeping Gambar Yang Menggambarkan Segalanya!

Oleh Kaki Wayang on


Ketika diriku bercermin dikaca, aku menjadi MALU..kulihat PAKAIAN yang berwarna putih, itulah diriku..tapi nyatanya HATI dan TINGKAH LAKU KU belum sesuai dengan pakaianku.. ::
~> Sering MENYAKITI INSAN..
~> Menderhakai SURUHANMU..
~> Berbuat KEJAHATAN..
~> IRI HATI sesama insan..
~> Sukar melakukan ISTIQAMAH..
~> DOSAKU makin menggunung TINGGI..

Ya ALLAH, sungguh aku MALU padaMu kerana belum MAMPU menjadi HAMBA yang terbaik..
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Sekeping Gambar Yang Menggambarkan Segalanya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...