PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Steve Jobs. Show all posts
Showing posts with label Steve Jobs. Show all posts

Edisi Sentap! Bidadari Steve Jobs cetus kemarahan!

Oleh Kaki Wayang on

Satu iklan televisyen Taiwan yang memaparkan bidadari yang kelihatan seperti Steve Jobs, lengkap dengan kepak putih, mencetuskan kemarahan orang ramai. Pengkritik berkata, iklan itu menghina mendiang pengasas Apple itu.

Iklan itu menunjukkan seorang pelawak terkenal tempatan, A-Ken berseluar jeans biru dan baju berkolar kura-kura memuji tablet buatan Taiwan yang menggunakan sistem operasi Android Google.

“Saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah tablet generasi baru. Ia menakjubkan. Akhirnya saya mempunyai satu lagi Pad,” kata Ken.

Dalam laman facebook, penulis Taiwan, Wu Ruo-Quan menyifatkan iklan itu sebagai ‘cetek’ dan tidak menghormati keluarga Jobs. Jobs meninggal dunia Oktober lalu. Sebahagian besar reaksi penduduk Taiwan terhadap iklan itu juga negatif.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Bidadari Steve Jobs cetus kemarahan!

Betol-betol Hangat! Pengasas bersama Apple Steve Jobs meninggal dunia

Oleh Kaki Wayang on

 

Pengasas bersama Apple Inc dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Steve Jobs, yang dianggap sebagai antara ketua pegawai terbaik di Amerika Syarikat dalam generasinya, meninggal dunia semalam.

Mendiang Jobs berusia 56. Jobs bertarung dengan kanser dan masalah kesihatan lain sejak beberapa tahun lalu. Kematian Jobs diumumkan oleh Apple dalam satu kenyataan. Laman web Apple.com juga menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej “Steve Jobs, 1955-2011”.

Ikon Lembah Silikon yang memberikan dunia iPod dan iPhone meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat teknologi terbesar di dunia pada Ogos lalu dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tim Cook.

Jobs bertarung dengan kanser pankreas.

“Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve merupakan sumber kepada siri inovasi yang tiada bilangannya, yang telah memperkaya dan memperbaiki hidup kita. Dunia berada dalam keadaan baik yang tidak terhingga disebabkan (sumbangan) Steve,” kata Apple dalam kenyataan mengumumkan berita kematian mendiang.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pengasas bersama Apple Steve Jobs meninggal dunia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...