PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label Whitney Houston meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Whitney Houston meninggal dunia. Show all posts

Edisi Sentap! Gambar Terakhir Whitney Houstan dalam Keranda!

Oleh Kaki Wayang on


Gambar Whitney Houstan sebelum dikebumikan..macam
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gambar Terakhir Whitney Houstan dalam Keranda!

Edisi Terkini! Diva pop Whitney dikebumi!

Oleh Kaki Wayang on


Mendiang diva pop Whitney Houston dikebumikan di tempat kelahirannya di bandar raya Newark, semalam. Pengebumian yang diadakan secara tertutup itu diiringi dengan persembahan koir. Keranda Houston kemudiannya dibawa keluar dari gereja pada jam 3.41 petang (4.41 pagi ini waktu Malaysia). Beberapa orang rakan artis turut kelihatan pada upacara pengebumian, antaranya Rickey Minor dan Kevin Costner.


Penyanyi itu ditemui tidak sedarkan diri dalam tab mandi di bilik hotelnya di Los Angeles,11 Februari lalu. Mendiang berusia 48 tahun. Berita kematian penyanyi itu mengejutkan banyak pihak, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi berhubung punca kematiannya, yang dikaitkan dengan ketagihan dadah dan alkohol.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Diva pop Whitney dikebumi!

Edisi Sentap! Bobby Brown dihalau pada majlis pengebumian Whitney Houstan!

Oleh Kaki Wayang on


Penyanyi Bobby Brown tiba-tiba meninggalkan majlis penghormatan bekas isterinya, Whitney Houston di gereja New Hope Baptist di Newark kelmarin. Dia mendakwa pengawal peribadi memintanya keluar beberapa kali dan menghalangnya daripada melihat anak perempuannya yang dijaga oleh Houston.

Menurut satu kenyataan Brown, semasa tiba pada majlis penghormatan itu, dia tidak dibenarkan untuk menemui anak perempuannya hasil perkongsian hidupnya dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18. Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas 15 tahun rumah tangga mereka berdepan dengan masalah.

“Pada majlis itu, saya memberikan ciuman pada keranda bekas isteri saya dan meninggalkan majlis kerana saya tidak mahu mewujudkan satu ledakan emosi atau kemarahan,” kata Brown.

“Anak saya kecewa dengan insiden itu.” tambahnya.

Houston yang punca kematiannya masih belum diketahui selepas dia ditemui tidak bernyawa dalam tab mandi pada 11 Februari lalu di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles.

Mayat Houston yang meninggal dunia pada usia 48 tahun dikebumikan di kubur sebelah bapanya di Newark, New Jersey semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Bobby Brown dihalau pada majlis pengebumian Whitney Houstan!

Edisi Hangat! Siaran Langsung: Pengebumian Whitney disiar secara langsung!

Oleh Kaki Wayang on

Upacara pengebumian ratu pop, Whitney Houston, akan disiarkan secara langsung dari gereja Baptist New Jersey di mana mendiang membesar sebagai ahli kumpulan koir gereja berkenaan.

"Pegawai seranta beliau sudah memilih seseorang yang akan dibenar masuk dan menyiarkan (video) kepada anda semua," kata pengendali persiapan pengebumian Whitney, Carolyn Whigham. 

Whigham berkata, sebuah skrin gergasi akan dipasang di luar New Hope Baptist Church bagi membolehkan peminat penyanyi berusia 48 tahun yang meninggal dunia Sabtu lalu itu, menyaksikan upacara pengebumian berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Siaran Langsung: Pengebumian Whitney disiar secara langsung!

Edisi Panas! Whitney Houston lesbian!

Oleh Kaki Wayang on

WHITNEY (kiri)  bersama beberapa rakan dalam gambar yang dirakam pada 1994. Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Robyn Crawford (kanan). 
WHITNEY (kiri) bersama beberapa rakan dalam gambar yang dirakam pada 1994. Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Robyn Crawford (kanan).  

Whitney Houston didakwa merahsiakan dia lesbian dan menagih arak dan dadah bagi melupakan kehidupan yang penuh penipuan itu. Bagaimanapun ketagihan melampau menyebabkan penyanyi itu terbunuh.Khabar angin yang mula tersebar mendakwa, penyanyi itu, selama 30 tahun, mempunyai hubungan sulit dengan bekas penolongnya.

Tetapi rakannya kini bercakap secara terbuka mengenai nafsu seks songsang penyanyi itu selepas kematiannya. Aktivis hak asasi gay, Peter Tatchell berkata, perkahwinan Whitney dengan Bobby Brown hanya menjadi tabir kepada kehidupan sebenarnya.

“Adalah penting untuk mendedahkan perkara sebenar mengenai aspek kehidupannya ini. “Whitney paling bahagia dan berada di puncak kehidupannya pada 1980-an apabila dia menjalinkan hubungan songsang dengan teman wanitanya. "Mereka saling mencintai satu sama lain dan gembira bersama. Kemungkinan ketidakupayaannya untuk menerima dan melahirkan cinta sesama jenis menyebabkan dia menagih dadah. “Dia terdesak untuk berkahwin dengan Bobby Brown. Perkahwinan itu menjadi satu bencana. Kehidupan Whitney semakin merosot selepas itu,” ” kata Tatchell kepada akhbar Daily Star.

Aktivis yang berpangkalan di Britain itu bagaimanapun tidak menyebut nama wanita berkenaan. Namun, sumber lain berkata, wanita itu ialah Robyn Crawford. Bekas pembantu penyanyi itu menulis kata-kata penghormatan bertemakan Valentine untuk Whitney beberapa jam selepas penyanyi itu mati. Ia disiarkan oleh sebuah majalah Amerika Syarikat. Robyn menulis: “Saya mula mengenali Whitney ketika saya berusia 16 tahun dan serta-merta tahu bahawa dia wanita istimewa. Whitney menjadi peragawati ketika itu dan mempunyai kulit kuning kemerah-merahan. Dia tidak kelihatan seperti orang lain yang pernah saya temui di New Jersey.

“Saya tidak percaya tidak dapat lagi memeluk atau mendengar ketawanya lagi.”

Dakwaan itu disokong oleh adik ipar Whitney dan bekas pengawal peribadinya, Kevin Ammons. Malah, bekas suaminya, Brown menggambarkan bahawa perkahwinan mereka adalah untuk melindungi keinginan Whitney terhadap wanita. 
 
Adik Bobby, Tina Brown berkata: “Saya melihatnya dengan seorang wanita beberapa kali.”

Dan Brown, 43, menulis dalam biografinya bahawa dia yakin Whitney mempunyai agenda lain. Beberapa pihak percaya Brown merujuk kepada perkahwinan itu sebagai cara untuk menghentikan khabar angin.

“Perkahwinan kami musnah sejak awal lagi,” kata Brown.

Bekas pengawal peribadinya menulis dalam bukunya mengenai bintang itu bahawa Robyn menampar Whitney selepas dia melihat penyanyi itu berseronok dengan lelaki dan begitu berang apabila Whitney berikrar untuk berkahwin dengan Brown. Ammons juga mendakwa Whitney membayar bekas pegawai perhubungan awamnya supaya tidak mendedahkan hubungan sulitnya dengan Robyn. Whitney, 48, ditemui mati dalam kamar mandi di Hotel Hilton Beverly di Beverly Hills, California, Sabtu lalu. Dia didakwa memakan terlalu banyak campuran dadah dan arak sebelum itu. Whitney akan dikebumikan Sabtu ini di New Jersey.

Ketika menyangkal khabar angin pada 2000, Whitney berkata: “Saya adalah ibu, bukan lesbian. Saya bukan gay.”

Sila baca selanjutnyaEdisi Panas! Whitney Houston lesbian!

Edisi Terkini! Situasi Akhir Whitney Houstan Sebelum ditemui mati (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on

Mayat Whitney Houstan tiba di rumah pengurusan mayat Whigham



Sisa sandwich ayam dan pencukur yang berselerakan di atas lantai bilik air




Sajian akhir Whitney Houstan ketika menginap di hotelnya

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Situasi Akhir Whitney Houstan Sebelum ditemui mati (Gambar)

Edisi Terkini! Lagi Berita Terkini Mengenai Kes Kematian Whitney Houstan!

Oleh Kaki Wayang on

SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles. 
SEDIH...peminat menghadiri acara memperingati Whitney di Leimert Park, Los Angeles.  


Mayat penyanyi Whitney Houston tiba di bandar kelahirannya, di Newark, New Jersey malam tadi di sebalik laporan bahawa doktor peribadinya bakal berdepan soalan bagaimana dia boleh mendapat dadah yang ditemui di bilik hotelnya. Mayat Whitney diterbangkan dari Los Angeles dengan jet peribadi dan dibawa ke rumah pengurusan mayat Whigham di Newark yang menguruskan pengebumian bapanya pada 2003.

Keluarga Whitney dikatakan menimbangkan mengadakan majlis pengebumian di Pusat Prudential Newark yang mengacarakan majlis sukan profesional dan kolej yang mampu memuatkan 18,000 orang.
 
Mayat Whitney diterbangkan pulang ketika doktor peribadinya dijangka disoal sama ada dia mendapat dadah yang ditemui di biliknya di Hotel Beverly Hilton secara haram. Mayat penyanyi berusia 48 tahun itu ditemui dalam tab mandi di bilik hotel Sabtu lalu, di kelilingi pelbagai ubat termasuk ibuprofen - pil tahan sakit, Xanax - ubat anti-resah, Midol - untuk sakit datang bulan, amoxicillin - untuk jangkitan bakteria dan pelbagai ubat lain. Koroner akan meminta salinan rekod perubatannya dan akan membandingkannya dengan pelbagai ubat yang ditemui di bilik hotelnya, kata satu sumber kepada The Sun. Sekiranya seseorang memberi Whitney ubat secara haram, mereka boleh didakwa.

“Pihak berkuasa perlu menentukan tiada siapa yang bersalah terlepas. Mungkin ada dakwaan dalam kes ini,” kata sumber itu. Koroner belum menentukan punca kematian Whitney, tetapi dipercayai dia mati mungkin akibat campuran dadah sebelum dia tenggelam di dalam tab mandi di mana mayatnya ditemui.

Rakan Whitney mengatakan kematian tidak dijangka penyanyi itu bukan “satu kejutan besar” berikutan “tahap kesihatan dan emosi semakin teruk” dialaminya yang turut dibantu oleh pihak lain. “Kedengarannya ia memang sedih, tetapi ia bukan satu kejutan besar, namun ia tetap sukar dipercayai,” kata seorang pemuzik kepada majalah People. “Ada kuasa jahat yang dilawannya secara peribadi dan terang-terangan selama beberapa tahun. Dia berada dalam lingkungan kesedihan dalam tempoh yang lama dan apabila anda mempunyai rakan seperti itu di keliling anda yang mendorong kepada perlakuan sedemikian...dia tidak dapat menolak kejahatan itu,” katanya.

Menurut satu sumber, penyanyi itu menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan dadah.

“Dia kelihatan seperti mayat hidup,” kata sumber itu. Menurut RadarOnline, pengurusan Hotel Beverly Hilton juga meminta koroner meninggalkan mayat Whitney di bilik hotel itu hingga parti pra-Grammy Clive Davis selesai.

Satu sumber memberitahu laman web berkenaan, keputusan itu dibuat “sebagai menghormati Whitney Houston” dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Lagi Berita Terkini Mengenai Kes Kematian Whitney Houstan!

Edisi Hangat! Mayat Whitney disemadikan di New Jersey!

Oleh Kaki Wayang on

Foto
Jet Peribadi yang mambawa mayat mendiang Whitney Houstan ke New Jersey

Mayat mendiang Whitney Houston dihantar pulang ke tempat asalnya di New Jersey malam tadi untuk disemadikan pada hujung minggu ini.

Foto
Tanda peringatan yang diberikan oleh peminat


Keluarga Whitney bertanggungjawab sepenuhnya terhadap majlis itu dan upacara pengebumian akan diadakan di Newark Prudential Center, yang boleh memuatkan kira-kira 18,000 orang.

Pegawai majlis bandar raya di sini menunggu ketibaan ahli keluarga ratu pop popular itu untuk menyempurnakan majlis pengebumian berkenaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Mayat Whitney disemadikan di New Jersey!

Edisi Simpati! Anak Whitney Houstan mahu bunuh diri!

Oleh Kaki Wayang on


Keluarga Whitney Houston bimbang anak perempuan penyanyi itu, Bobbi Kristina (atas), 18, mungkin cuba membunuh diri selepas ibunya meninggal dunia menyebabkan mereka mengkaji menghantarnya ke pusat pemulihan.  Bobbi Kristina dibawa ke hospital sekali malam kelmarin dan sekali lagi pagi semalam.

“Kami dimaklumkan dia dalam keadaan histeria, kepenatan dan gagal dipujuk,” kata laman web TMZ. Sumber rapat penyanyi itu memberitahu TMZ, keluarganya percaya anak perempuan Whitney itu mungkin cuba membunuh diri.

Bobbi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit ke arah anggota polis pada malam kematian ibunya 11 Februari lalu selepas dilarang melihat mayat ibunya.

Ketika industri muzik dan jutaan peminat meraikan anugerah Grammy, sumber memberitahu Hollywoodlife.com secara eksklusif bahawa Bobbi Kristina, terlalu sedih selepas kematian ibunya sehingga dia tidak mahu hidup lagi.

“Kami bimbangkan Bobbi Kristina ketika ini. Ketika semua orang menyambut Grammy, Bobbi Kristian berjuang meneruskan hidupnya,” kata sumber keluarga itu kepada Hollywoodlife.com.

Anak perempuan mendiang penyanyi pop terkenal itu dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Cedars-Sinai di sini tengah hari semalam dan Hollywoodlife.com mendapat tahu dia dibawa ke sebuah lokasi rahsia oleh bapanya, Bobby Brown dan beberapa ahli keluarganya.

Sumber memberitahu Hollywoodlife.com bahawa Bobbie Kristina menunjukkan tanda-tanda ‘dilanda tekanan jiwa yang teruk’ dan dia ‘secara fizikalnya terlalu murung.’

“Bobbi Kristina terlalu sedih selepas mendapat tahu kematian ibunya. Dia enggan menerima pujukan orang lain,” lapor sumber.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Simpati! Anak Whitney Houstan mahu bunuh diri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...