PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label adab tidur dalam Islam. Show all posts
Showing posts with label adab tidur dalam Islam. Show all posts

Edisi Informasi! Lecehnya Islam..BETUL KE LECEH?? Ke kita yang LECEH!

Oleh Kaki Wayang on

Ada yang mempersoalkan, kenapalah perempuan diperintahkan menutup aurat hampir keseluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan? Kenapa lelaki tidak?

Jawapannya pada saya mudah. Kerana yang Allah perintahkan untuk kita tutup itu adalah yang indah-indah belaka. Tanpa perlu lagi dikiaskan dengan analogi palsu yang sudah dihadam oleh kita (analogi permata dalam bungkusan), kita pasti faham. Buktikan pada saya, dimana perempuan tidak cantik?

TIADA.!!!

Tapi lelaki, diberatkan pula dengan amanah dan tanggungjawab. Menjadi lelaki bagi saya umpama bakal memikul sebeban gunung. Mana tidaknya, kalau sudah berkahwin, keluarga sendiri perlu dijaga, ibu dan ayah perlu diutama, anak isteri juga dipikul dosa, nafkah pula perlu diusaha, bukankah itu amanah besar dari Tuhan?

Saya menulis ikhlas dari hati. Untuk kakak, adik, ibu, ayah, abang, kawan, teman, dan Muslim semuanya. Semua ini tanda kasih dan sayang bersama. Kerana saya tahu, syurga dicipta untuk semua hambanya. Maka,saya mahu masuk bersama kalian. Sungguh, syurga itu mahal nilainya, dan jalan menujunya tidak semudah yang kita sangka. Maka, berubahlah dari sekarang.

Yang lebih menakutkan apabila direnungi hadis Nabi di bawah :

Daripada Abu Hurairah .a. berkata: Rasulullah saw. bersabda :

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.

Marilah kita sama-sama berubah menuju ke jalan-Nya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Lecehnya Islam..BETUL KE LECEH?? Ke kita yang LECEH!

Edisi Khas Puasa! Rasulullah jadi contoh

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKhA6OkXjRywzrWvZG1wvS7PE6HHGhw95TAaa1jwdEEPYnAh_ERTW9x2hqoiiOWAOyJjeq8mbePb46ESf_gUXULzOb2L5TZ2y9YDeWSRRubY0LivLZBds65KoUz4kVX0oS3ZqC-RSz_DM/s1600/Muhammad.jpg

APABILA menyedari bahaya besar menanti di hadapan, keenam-enam sahabat yang mengikuti misi dakwah yang diketuai oleh Ashim bin Tsabit tidak mempunyai pilihan lain kecuali terpaksa berhadapan dengan pihak musuh yang mengepung mereka.

Untuk menyerah semata-mata bagi menyelamatkan diri tidak sekali-kali. Mereka nekad untuk melawan. Apabila melihat pengikut-pengikut Rasulullah itu seperti berdegil, tidak mahu menyerah diri, lalu mereka dipujuk oleh pihak musuh dan diberikan tawaran yang menarik.

"Kami tidak akan membunuh kamu. Kami akan menghantar kamu kembali ke Mekah, tempat asal kamu dahulu, kepada kaum keluarga kamu sendiri," kata pihak musuh. 

Di sebalik tawaran itu, keenam-enam sahabat tersebut sedar bahawa kembali ke Mekah bermaksud menjadi tawanan kepada pihak Quraisy. Tentu sekali ia satu penghinaan yang sangat besar. Lalu mereka menolak bulat-bulat tawaran berkenaan malah bersedia untuk bertempur bagi mempertahankan maruah dan kepentingan Islam. Maka berlakulah satu pertempuran berat sebelah yang kita sudah boleh jangka apakah kesudahannya.

http://eha90.files.wordpress.com/2010/10/slth.jpg

Dengan bilangan mereka yang kecil, hanya enam orang, tentu pihak Islam tidak dapat mengalah musuh yang jumlahnya berpuluh kali ganda lebih ramai itu. Namun, yang penting mereka tetap memberikan tentangan hebat dan sengit walaupun akhirnya tiga daripadanya terkorban termasuk ketua misi, Ashim Tsabit. 

Dua sahabat lagi yang terkorban, Khalid bin Bukair dan Martsad bin Abi Martsad. Tiga sahabat lagi iaitu Khubaib bin Adi, Abdullah bin Thariq dan Zaid bin Datsinah ditangkap dan diikat tangan mereka.

Mereka ditawan dan dibawa pulang ke Mekah dengan kawalan yang sangat ketat. Di Mekah mereka akan dijual sebagai hamba abdi kepada pembesar-pembesar Quraisy. Namun di pertengahan jalan, Abdullah berjaya melepaskan ikatan yang mengikat tangannya lalu merampas senjata pihak musuh yang mengawalnya lalu dibunuhnya. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgju2B-j2WbMTypsrtN3N07vu5rN4BJCJLDdjPu_PUAXmQ9ipDoLXzGq8XEO8goWHfJoRsgsVBRR96HZ4U0sL0O3Q3tFK9TFc07YWljbjED8Et9zPYTnxD4XyaVsDxz_9zfufBgqC_5XzQ/s1600/2445981633_dacd92fb1a.jpg

Abdullah tidak berpeluang untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang lain kerana mahu segera memberitahu Rasulullah akan peristiwa buruk yang menimpa mereka. Namun, malang bagi Abdullah apabila beliau berjaya dikejar lalu dilempar batu bertubi-tubi menyebabkan beliau terkorban juga akhirnya. 

Kini tinggal Zaid dan Khubaib yang dibawa ke Mekah. Sebaik sahaja sampai di sana, kedua-dua pemuda itu terus dibeli. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah manakala Khubaib dibeli oleh Al Harits bin Amir bin Naufal. 

Namun pemuda-pemuda itu bakal dibunuh atas dasar membalas dendam yang melibatkan ahli keluarga pembesar-pembesar Quraisy yang mati dalam Perang Badar dahulu. Shafwan ingin membunuh Zaid bagi menuntut bela atas kematian bapanya, Umayyah bin Khalaf yang terbunuh di medan Badar.

Manakala Khubaib bakal menjadi mangsa balas dendam atas kematian anak Al Harits sendiri, iaitu Uqbah. Dari aspek keimanan, kedua-dua sahabat itu, Zaid dan Khubaib sangat luar biasa. Walaupun nyawa menjadi taruhan ia sedikitpun tidak menjejaskan pegangan mereka terhadap Islam.

Segala tawaran supaya berpaling tadah tidak sedikit pun menggoyahkan keimanan mereka walaupun kampung halaman sudah berada di hadapan mata. Oleh kerana mereka berdegil dan tidak akan mahu berpaling tadah, akhirnya tiada pilihan lain kecuali mereka dibunuh sebagai cara untuk membalas dendam. 

Shafwan sendiri memerintahkan seorang hambanya, iaitu Nasthas supaya menamatkan riwayat Zaid. Namun saat Zaid hendak dibunuh, tiba-tiba muncul Abu Suffian bin Harb, pembesar Quraisy yang tidak asing lagi cuba membuat tawaran terakhir kepada pengikut Rasulullah yang berjaya ditawan itu. 

Abu Suffian menawarkan keampunan dan kebebasan kepada Zaid dengan syarat Zaid meninggalkan kepercayaannya terhadap Islam dan kembali kepada menyembah berhala, agama nenek moyang mereka. 

Disangkanya Zaid akan menerima dengan mudah tawaran pengampunan itu lalu Abu Suffian pun berkata lagi: "Aku mahu bertanya kepada kamu wahai Zaid, apakah sekarang ini kamu suka sekiranya sahabat kamu Muhammad (Nabi) dijadikan pengganti diri kamu bagi dipotong lehernya? 

"Sesudah itu tentu sahaja kamu boleh kembali kepada keluarga kamu dan bersenang-senang dengan mereka di rumah sebagaimana yang pernah kamu nikmati dahulu."

Tetapi tawaran itu tidak mampu untuk mengubah pendirian Zaid. 

"Demi Allah, aku tidak sekali-kali reda sekiranya Nabi Muhammad disakiti walaupun dengan satu tusukan duri ke badannya! Sedangkan aku berada bersama-sama ahli keluargaku sambil bersenang-senang. Tidak sekali-kali," tegas Zaid

Zaid lebih rela dirinya dibunuh oleh pihak musuh daripada hidup dan kembali kepada keluarganya dengan menjadikan Nabi Muhammad sebagai galang gantinya. Abu Suffian terkejut dengan ketegasan Zaid yang teguh mempertahankan prinsip dan sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri semata-mata kerana Islam. 

Sambil menggeleng-gelengkan kepalanya Abu Suffian pun berkata: "Aku belum pernah melihat seseorang itu mencintai sahabatnya, sebagaimana para sahabat Muhammad mencintai dia."

Atas keimanan yang tiada tolok bandingnya, akhirnya Zaid dibunuh dan tentunya sahaja kematiannya adalah syahid, semulia-mulia kematian! 

Begitulah ujian getir yang terpaksa dibayar dengan begitu mahal termasuk dengan nyawa oleh para pejuang Islam. Keteguhan dan kekuatan iman yang dimiliki oleh pengikut Islam itu sememangnya menghairankan pihak musuh.

Sebagaimana Rasulullah sendiri sebelum ini, yang tidak termakan dengan pelbagai usaha dan pujuk termasuk tawaran pelbagai habuan yang lumayan daripada harta kekayaan kepada jawatan ketua pembesar Mekah akan diberi jika baginda sedia meninggalkan Islam, begitu juga pengikut-pengikut baginda. 

"Meskipun mereka berjaya meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku, agar aku meninggalkan seruanku. Sungguh, sampai mati pun tidak akan kutinggalkan," tegas Rasulullah. 

Jika baginda sendiri pernah diuji keimanannya dengan segala macam tawaran yang seperti itu dan ditolaknya mentah-mentah, apatah lagi para sahabat. Baginda telah memberikan contoh yang sangat baik untuk mereka contohi dan tidak sekali-kali mereka akan tergoda dengan apa juga tawaran yang menjadi umpan.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Puasa! Rasulullah jadi contoh

Betol-betol Hangat! Adab tidur elak mengigau

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzwHX6NFd28gadvQadL1hxxyoDihMtNrENlD3hsQ1E5EMRWyXRPv_wdgUxLDLSfquvqmwuhGbbwQ72Uj4P24b-kKJFl_WaVIodCT10Qv_pS0UBkipogVy1NUbRptvI0gwUrAr1NDFh0AkG/s400/bebe_hat.jpg

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi ada masalah sewaktu tidur. Hampir setiap malam saya mengigau hingga mengganggu rakan sebilik.Perkara itu sudah lama berlaku pada diri saya, bukan di asrama sahaja malah di rumah sendiri.

Saya sering ditegur kawan-kawan dan rasa sangat malu. 

Jawapan:  

MENGIGAU (sleeptalking atau somniloquy) dilihat sebagai ‘bercakap pada masa tidur, meracau (ketika sedang tidur)’: (Kamus Dewan 2005: 560).

Ia biasa berlaku pada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga dikaitkan dengan demam. Mengigau tidak berbahaya tetapi boleh membangunkan orang yang berhampiran dan kadang-kadang membawa kepada kejutan, kebimbangan dan sebagainya kepada orang yang mendengarnya (lihat, http://en.wikipedia.org/wiki/Somniloquy).

Ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya (1) tidur awal dan mengambil wuduk, (2) bangun daripada tidur lebih awal separuh malam yang kedua untuk bertahajud, (3) membaca doa sebelum tidur, (4) membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan digosok ke seluruh badan sekadar yang mampu tercapai tangan, (5) tidur atas lambung sebelah kanan dan (6) mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau.


Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Adab tidur elak mengigau
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...