PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label artis bertudung. Show all posts
Showing posts with label artis bertudung. Show all posts
Home » Posts filed under artis bertudung
Edisi Agama! Menutup Aurat Bukan Sekadar Bertudung!
Oleh Kaki Wayang on
Fenomena baharu sejak kebelakangan ini apabila ramai dari kalangan
artis, selebriti mula memakai tudung selepas ‘puas’ berada dalam bentuk
free hair. Gambar free hair mereka sebenarnya sudah terlalu banyak
terpapar di internet.
Alhamdulillah, iman yang masih ada dalam diri masih menjerit-jerit
secara halus meminta supaya mereka kembali kepada fitrah. Di antara
fitrah itu ialah menutup aurat mereka terutama dari kalangan wanita. Ia
bukan kongkongan tetapi bermaksud membimbing masyarakat nmenjadi baik.
Bagi mereka yang belum insaf, maka ambillah peluang lebih awal
sebelum gambar-gambar free hair dan ‘berpakaian tapi bertelanjang’
mereka terpampang dengan banyaknya dalam internet.
Bagi mereka yang mula sedar dan insaf, kita ucapkan tahniah dan terus
Istiqamah dengan bertudung. Cuma satu perkara yang mesti difahami oleh
semua ialah apabila seorang wanita Islam mula bertudung, maka ia
sebenarnya baharu kembali kepada fitrah dan bukanlah bermakna ia sudah
menjadi ‘malaikat’.
Menutup aurat sebenarnya mesti melihat pelbagai aspek-cara bertudung,
jenis pakaian, cara berinteraksi, perangai lama yang masih ada,
termasuk konsep tabarruj yang masih jauh dilaksanakan oleh ramai wanita
Islam. Sekali lagi ingin saya tegaskan, semua hukum ini tidak bermaksud
mengongkong wanita Islam tetapi ia adalah sebagai tanda iman, tanda
tunduk kepada perintah Allah, tanda menundukkan nafsu di bawah kehendak
Allah dan tanda wanita itu menjaga maruah dan harga dirinya.
Justeru, Kempen Setahun Menjaga Aurat Sepanjang Hayat yang
dilancarkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Persatuan
Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (Salimah) dan Badan Gabungan NGO
Islam Kedah (Wehdah) yang bermula sehari dua ini sangat-sangat dialukan.
Kempen bertemakan “Menjaga Aurat, Hidup Berkat, Masyarakat Selamat”
mesti disokong sepenuhnya oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta
masyarakat seluruhnya.
Harakahdaily melaporkan Kempen Jaga Aurat Sepanjang Hayat akan
menyebarkan maklumat dan kesedaran ke seluruh masyarakat Islam agar
menghayati hikmah dan manfaat menjaga aurat dalam membina watak
masyarakat Islam yang bermaruah, berakhlak dan berprinsip.
Sebagaimana laporan, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata,
walaupun memakai tudung di kalangan wanita Islam kelihatan sangat meluas
dewasa ini, namun pakaian tudung dengan segala bentuk dan corak yang
difahami oleh masyarakat telah menghilangkan makna menutup aurat seperti
yang ditekankan dalam Islam. Beliau berkata, fesyen berpakaian ketat
tetapi bertudung, menggunakan tudung hanya waktu tertentu sahaja,
wujudnya kaum lelaki yang tidak menjaga aurat dalam beriadah dan berseni
adalah antara gejala yang kini berleluasa dalam masyarakat. Tudung yang
kini dilihat suatu fesyen terbaru ditanggapi hanya sebagai trend semasa
yang akhirnya memesongkan kefahaman masyarakat terhadap pengertian
sebenar menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam.
Menurutnya, kini gaya berpakaian bertudung sedang menjalani era
komersialisasi yang amat pesat sehingga ramai artis dan wanita muda
memakai tudung bukan kerana kefahaman dan penghayatan yang mendalam,
tetapi kerana ia dilihat sebagai trend.
“Kempen ini akan melibatkan seluruh lapisan masyarakat serta pelbagai
agensi dan pertubuhan Islam supaya konsep menjaga aurat dihayati dan
mencapai kesan yang sepatutnya. Ia juga akan melibatkan agensi media,
kesatuan sekerja , badan belia, pertubuhan wanita, badan professional,
badan korporat dan persatuan mahasiswa IPT,” katanya lagi.
Kempen itu, ujarnya akan melibatkan pelbagai aktiviti seperti
menyebar risalah dan poster, forum, ceramah penerangan, dialog, khutbah,
penerangan di institusi pendidikan dan demonstrasi tatacara berpakaian
dalam Islam.
Menurutnya lagi, kempen itu akan menarik institusi masjid dan surau
untuk menyertainya yang akan melibatkan seluruh institusi masjid
sebanyak lebih 500 buah di negeri Kedah.
“Memorandum khas mengenai kempen ini juga akan diserahkan kepada
kerajaan negeri Kedah, jabatan dan agensi swasta untuk mendapatkan
perakuan persetujuan dan sokongan mereka terhadap etika menjaga aurat
sebagai kod berpakaian pekerja.
Para wanita Islam sepatutnya mengingati hadis Nabi SAW “Dua golongan
dari kalangan ahli neraka, aku tidak akan memandang mereka di hari
akhirat, iaitu lelaki yang bersama mereka cemeti sambil memukul-mukul
manusia dan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, berjalan sambil
menggoyangkan kepala dan badan, di atas kepala mereka seumpama bonggol
unta”.
Edisi Hangat! Gambar dan Kisah Farah Asyikin Selepas Bertudung!
Oleh Kaki Wayang on
Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati
penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk
berhijrah ke jalan yang diredhaiNya. Meskipun akui agak terlambat, Farah Asyikin kini bersyukur dan tenang
kerana dapat menjalani kehidupan seperti yang dituntut agama.
“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.
“Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.
“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat
tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi
saya itulah kebesaran Tuhan,” luahnya ketika dihubungi murai.com.my
Farah Asyikin akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat
dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal
12 Februari lalu. Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu
dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan
perbuatannya yang lalu.
“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup
aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai
orang Islam.
“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum
ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan
juga.
“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan
takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula
menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat.
“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi.
Tidak mahu dianggap sekadar mencari publisiti, Farah berharap agar
peminat serta orang ramai mendoakan yang lebih baik untuk dirinya supaya
dekat dengan Allah.
“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin
dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan
daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya
menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni
muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini.
Edisi Gempak! Dato' Shahrizat Kini Pakai Tudung Penuh Tiada Lagi Jambul!
Oleh Kaki Wayang on
Edisi Panas! Blog Gadis Bertudung Bogel!
Oleh Kaki Wayang on
Wah makin hangat nampaknya isu-isu yang dikeluarkan..semuanya disebabkan oleh para pengunjung dan pembaca yang begitu dahagakan artikel-artikel berasaskan kontroversi dan panas..kali ini isu hangat yang dicari mereka adalah mengenai Blog Gadis Bertudung Bogel..entah apa yang di fikirkan pembaca itu sampai nak sangat cari maklumat berkenaan gadis bertudung bogel..pas tu tetiba sangkut pula kat blog ni..ni dah tentu pembaca dari kaum lelaki kan..
Korang ni memang hebatlah..bab bogel-bogel bagai memang no. 1..bab agama pun no. 1 tapi dari belakang..apapun dalam blog ini terdapat pelbagai artikel agama, kontroversi, panas, hangat, lawak, informasi dan macam-macam lagi..tapi tak de lah artikel mengenai gadis bertudung bogel..cuma ada satu artikel mengenai dan seumpamanya..LIHAT SINI..
Betol-betol Hangat! Sharifah Amani Hampir Diperkosa?
Oleh Kaki Wayang on
Comel pula aku tengok dia ni pakai tudung
Ketika Sharifah Amani sedang menyiapkan tugas hariannya di studio baru-baru ini, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali serta telah mencium pelakon bertubuh kecil molek itu.
Kejadian yang berlaku di studio, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia turut mengejutkan ramai pihak terutama beberapa orang yang menyaksikannya sendiri. Tidak lama selepas itu muncul teman wanita lelaki berkenaan di lokasi itu. Ia menyebabkan pergaduhan besar telah berlaku.
Begitulah aksi salah satu babak lakonan Sharifah Amani bagi watak Siti dan Shashi Tharan (Bootyslap) yang terdapat dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Appalam di UPM.
Kejadian yang berlaku di studio, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia turut mengejutkan ramai pihak terutama beberapa orang yang menyaksikannya sendiri. Tidak lama selepas itu muncul teman wanita lelaki berkenaan di lokasi itu. Ia menyebabkan pergaduhan besar telah berlaku.
Begitulah aksi salah satu babak lakonan Sharifah Amani bagi watak Siti dan Shashi Tharan (Bootyslap) yang terdapat dalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, Appalam di UPM.
Betol-betol Hangat! Apa gunanya bertudung kalau macam ni?
Oleh Kaki Wayang on
Entri serius kali ini adalah mengenai TUDUNG..bukan nak aibkan sesiapa tapi biarlah entri ini dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua kaum Hawa diluar sana..rasanya ramai diantara kengkawan kita, saudara-mara kita, mungkin adik beradik..dan mungkin juga mak..nenek, datin-datin, artis-artis, isteri-isteri orang kenamaan dan ramai lagi yang kita nampak mereka ini sperti tidak sedar akan kepentingan dan betapa wajibnya mereka ini memakai tudung..cuba korang tengok gambar kat bawah ni? mampu ke korang nak ikot???
Fesyen baru ke dik???
Rasanya semua tahu kot akan kepentingan menutup aurat kan? tak perlulah kot BBH nak huraikan satu persatu kat sini..korang dah tengok kan gambar kat atas ni?..minta maaf tak dapat nak kreditkan gambar ni atas sebab-sebab tertentu..kepada sesiapa pun yang tak nak gambarnya disiarkan di sini..sila hubungi BBH yer..
P/s: Entri ini tiada niat nak aibkan sesiapa..sekadar pengajaran dan iktibar bersama..jangan anggap aku cuba nak aibkan dia pula..dari cara dia posing..aku rasa dia macam tak pedulikan kot keaiban itew..
Edisi Agama! Nasihat kepada yang belum sedia tampil bertudung
Oleh Kaki Wayang on
SAYA wanita berumur 21 tahun. Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), saya tidak lagi memakai tudung dan menunaikan solat.
Saya ingin bertaubat, tetapi akibat pengaruh rakan dan fesyen semasa
membuatkan saya tidak dapat meneruskan niat itu.
Dahulunya saya seorang yang gemar bersosial bersama teman lelaki
dan perempuan hingga lewat malam dan berpakaian seksi. Saya takut Allah
tidak mengampunkan dosa malah pernah terlanjur beberapa kali.
Saya hanya mampu menunaikan solat, tetapi tidak memakai tudung ke
tempat kerja kerana belum bersedia melakukan perubahan diri secara
mendadak.
Adakah solat saya diterima kerana tidak bertudung terutama keluar ke tempat kerja?
Adakah solat saya diterima kerana tidak bertudung terutama keluar ke tempat kerja?
Jawapan:
SOLAT tetap sah apabila ditunaikan menurut rukun dan syaratnya. Islam melihat solat lima waktu sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim dan Muslimah. Solat itu tiang agama. Orang Islam yang meninggalkan solat dilihat seperti meruntuhkan agama. Solat juga dapat mencegah seseorang dari melakukan perkara keji dan mungkar seperti zina dan pergaulan bebas.
Memakai tudung pula sebahagian ajaran Islam bagi mana-mana wanita Islam yang ingin keluar rumah atau bekerja. Memakai tudung dapat menutup aurat atau kecantikan seseorang yang perlu dijaga daripada bukan mahram.
Ia ibarat menjaga barang yang berharga dan ia sudah tentu dijaga rapi. Dengan sebab itu saudari dinasihatkan berubah demi menjaga maruah dan kecantikan diri.
Janganlah kata-kata teman dan rasa malu atau ego menghalang kita daripada menjalankan suruhan Allah. Kita hendaklah belajar untuk tunduk kepada perintah-Nya.
Seterusnya, kita perlu berubah daripada sifat dan perbuatan yang tidak baik kepada yang baik dan mulia. Sememang ia sangat sukar, tetapi membawa kebaikan untuk diri sendiri.
Pergaulan dengan teman yang baik dapat mengubah diri menjadi baik. Meneruskan pergaulan dengan teman liar tidak dapat menolong melakukan perubahan diri.
Betol-betol Gempak! Kad Kahwin Ashraff Muslim Unik!
Oleh Kaki Wayang on
Aku tak nak ulas panjang-panjang..thanks to Prince91 atas maklumat ini..apa yang aku nak katakan tentang kad kahwin ini..memang sangat unik dan tak pernah dibuat orang sebelum-sebelum ini (maksud aku orang kat Malaysia)..dengan berlatarbelakangkan seperti sebuah Al-Quran disusuli dengan tulisan jawi sememangnya sangat kreatif dan unik..
Apapun tahniah yer Ustaz Ashraff Muslim..semoga bahagia dengan pilihan hati..semoga diredhai oleh Allah SWT..buat pengetahuan semua Ustaz Ashraff akan bernikah pada 1 Syawal di Mekah Al-Mukarramah dengan Dayana si pilihan hati..
Betol-betol Hangat! Tandatangan Mamat buat saya jatuh hati!
Oleh Kaki Wayang on
"Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.
Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.
Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."
"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.
Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.
"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut.
Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida.