PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label biggest screen. transformers. Show all posts
Showing posts with label biggest screen. transformers. Show all posts

Betol-betol Hangat! New Superman Revealed in First Photo From ‘Man of Steel’

Oleh Kaki Wayang on


Foto pertama dari filem terbaru Superman : Man of Steel..sebagai seorang peminat filem superhero dah tentu aku dah tak sabar dah nak tengok filem ni..pelakon dan heronya pun dah bertukar..filem ini akan ditayangkan pada tahun 2012 rasanya..dan harapan aku pada filem ni..agar tak gagal lagi seperti mana filem pertama yang dibuat semula sebelum ini.. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! New Superman Revealed in First Photo From ‘Man of Steel’

Betol-betol Gempak! Awesome, Massive, Biggest Explosion!

Oleh Kaki Wayang on

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZh_m6clkjXQvO2dh1CvrN0m19-NsB7LV8LEMiYoUXl3a36k4uk-qABBd9rg6yFlhDE_Sif2n35TBOPZr4kn-KrRmo8NH-vksE6ZjqOLRi1L4qPMlFY0GWADycL5HzGLPN4LIKEQ_n8p99/s1600/Transformers-Dark-of-the-Moon-Wallpapers-3-460x287.jpg

Dah tengok lum Transformers: Dark of The Moon? Sekuel terbaru dalam keluarga filem Transformers sejak ianya diperkenalkan pada kalau tak silap BBH pada 2007..kemudian sekuel yang kedua Reveng of the Fallen (2009) dan pada tahun ini sekuel yang ketiga Dark of the Moon..aku merupakan salah seorang peminat tegar siri animasi Transformers pada zaman kecilku..dan kini apabila teknologi melangkaui batasan sempadan usia..ianya kemudian difilemkan dengan pelbagai teknik janaan CGI yang sangat apa orang kata..”wow hebatnya macam real!”..itulah kehebatan Transformers apabila teknik itu berjaya untuk membentuk sebuah filem yang pada BBH hampir keseluruhannya adalah dari hasil janaan CGI..jom ikuti kisah ku dalam perjalan meniti Dark of the Moon!

http://scifimafia.com/wp-content/uploads/2011/02/Transformers-Dark-of-the-Moon-NASCAR-2.jpg

Setelah 2 minggu menanti akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan tiket untuk menonton Transformers: Dark of The Moon..aku sengaja untuk tidak mengambil keputusan untuk menontonnya pada hari pertama atau minggu pertama filem ini dilancarkan..semuanya atas sebab-sebab ramai yang akan berebut-rebut untuk menontonnya..dan minggu depan pown fenomena ini akan terjadi sekali lagi apabila episod terakhir Harry Potter and the deathly Hallows Part 2 akan menjengah ke pawagam diseluruh dunia..

http://c0181321.cdn.cloudfiles.rackspacecloud.com/PH4IaEdgUJU07b_1_m.jpg

Berbalik ke tajuk utama..masih lagi aku teringat akan fenomena pertama kali filem Transformers ini ditayangkan..ianya bagaikan satu fenomena yang jarang-jarang sekali berlaku di negara kita..begitu juga pada sekuel filem itu..kebanyakan pawagam akan mengalami kadar penonton yang tinggi..para penonton sanggup beratur untuk mendapatkan tiket bertuah mereka..ada yang sanggup membeli tiket gold class hanya untuk menonton filem ini..sampai ada satu ketika..laman web rasmi GSC tak boleh diakses langsung..semuanya atas sebab-sebab traffic yang agak tinggi dan sistem tak mampu untuk mengawal traffic yang masuk ke website..

http://evolveent.files.wordpress.com/2010/12/megatron-transformers-dark-of-the-moon.jpg

Finally, tahun ni masalah itu aku tak hadapi pown sebab..takde masalah pown sal website tak leh akses..excited sangat weh...so aku pown menggunakan GSC Gold Credit Card aku tu untuk membeli tiket itew..seperti yang dijangka..sume HALL penuh..Cuma aku bernasib baik masih ada 2 bangku kosong untuk aku book..alhamdulillah..dapat jugak tiket 3D akhirnya..Nak tahu kelebihan GSC Gold Card Credit Card aku tu…meh tengok sini..Kad Kredit Part 2

http://www.spotlightreport.net/wp/wp-content/uploads/2011/04/shia-labeouf-and-rosie-huntington-whiteley-transformers-3-dark-of-the-moon.jpg

Ok dah baca kan synopsis dier..meh baca review aku pula..sikit je tau..apa yang aku dapat masa tengok filem ni adalah satu kepuasan..filem yang benar-benar hebat..Cuma aku tak rasa lagi filem ni mampu mencabar filem Avatar dari James Cameron..tak kisahla..yang penting..kedua-dua file mini berjaya menyogok mata dan wang saku aku untuk aku menonton file mini..filem Transformers: Dark of The Moon adalah filem sekuel ketiga hasil garapan Michael Bay dengan hasil kerjasama Steven Speilberg..kalau dorang berdua ni dah bergabung tak hairanlah kalau filem ni akan menjadi sebuah filem box office..

http://www.onlinemovieshut.com/wp-content/uploads/2011/06/transformers-dark-of-the-moon-movie.jpg

Pertamanya, aku amat sukakan Shia LaBeouf..lakonannya walaupun sikap dan sifat kebudak-budakan (keremajaan) itu masih timbul tapi kematangan dari segi lakonannya harus dipuji.. Rosie Huntington-Whiteley yang menggantikan Megan Fox dari dua filem sebelumnya, juga amat kurang menyerlah. Aura watak Carly ini kurang menyerlah jika dibandingkan dengan watak Mikaela yang merupakan antara faktor penarik utama sebelum ini.. namun aku amat tertarik dengan hubungan cinta kedua-dua watak ini yang lebih pada aku sangat romantic..dan pada penilaian aku..elemen kelakar dan lucu yang masih lagi diterapkan dalam filem iini juga masih relevan..penonton masih lagi tergelak dek ucapan, ungkapan dialog yang selamba dari pelakon-pelakonnya..

http://www.flicksandbits.com/wp-content/uploads/2011/03/Transformers-3-Dark-of-the-Moon-Shia-LaBeouf-2.jpg

Cuma yang agak aku kurang berpuashati adalah skrip dan jalan ceritanya yang agak meleret dan sukar diterima akal..sebagai contoh pada satu ketika treler Optimus Prime telah dilanngar oleh robot Decepticon..dan kemudiannya Optimus Prime sendiri menyatakan bahawa dia memerlukan trelernya itu untuk mendapatkan keupayaan untuk terbang sepertimana dipenghujung Transformers: Revenge of The Fallen..kemudia babak bertukar babak..selepas itu dipendekkan cerita..Optimus Prime berjaya untuk mendapatkan treler dan terbang untuk bertarung dengan Sentinel..tak tahu mana dan macam mana dia dapat trelernya itu semula.. dan satu lagi lakonan Patrick Dempsey juga agak kurang menyerlah selepas aku melihat dan menonton banyak filem-filem beliau yang lebih ke arah filem-filem romantic..dan amat tidak sesuai untuk melakonkan watak jahat..he’s so romantic..

Tapi walau apepown yang terjadi..aku masih mampu untuk menerima filem ini.dan kalau ada peluang lagi..ingin ku tonton sekali lagi file mini untuk menjadi santapan mata aku yang tak pernah puas menonton aksi autobots menentang Decepticons..Ok itu jela review yang tak seberapa dari aku..

P/s: Dengar khabarnya filem ini aka nada sekuelnya yang keempat..dan dengar khabarnya filem itu akan dilaksanakan tanpa kehadiran Michael Bay serta beberapa pelakon utamanya..dan besar kemungkinan Steven Speilberg akan mengambil alih sebagai Director utama filem berkenaan…
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Awesome, Massive, Biggest Explosion!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...