PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label bilakah gerhana bulan berlaku. Show all posts
Showing posts with label bilakah gerhana bulan berlaku. Show all posts

Edisi Informasi! Manuskrip Tamadun Maya ramal gerhana matahari - Macam Manalah diorang ramal kan?

Oleh Kaki Wayang on



Satu manuskrip tamadun Maya pada abad ke-13 yang dianggap sebagai salah sebuah buku paling tua di dunia dipamerkan di muzium perpustakaan Saechischen Landesbibliothek di sini. Manuskrip itu dikenal pasti sebagai satu manuskrip Maya pada tahun 1853.
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Manuskrip Tamadun Maya ramal gerhana matahari - Macam Manalah diorang ramal kan?

Betol-betol Informasi! Usia sebenar bulan 4.36 bilion tahun!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3kIT3INST8ch_vfAXXvDxs2B4hTMTvSZCuqdKIIFgIB2gkEmIYzj25_WsVj-_rmkZyOBvXQEt7I-LmDhbOvFpZH_MQIa3vwc7nDzDzFzqx0oVqXIUzlau1PdW8R5NVpwIFRvfAoSQawz0/s1600/bulan.jpg 

Kajian baru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan bulan mungkin lebih muda 60 juta tahun berbanding apa disangkakan sebelum ini. Kajian terbabit dilaporkan dalam jurnal Nature menunjukkan bahawa usia sebenar bulan mungkin 4.36 bilion tahun.

Lars Borg dari Makmal Nasional Lawrence Livermore di California dan rakannya berkata, bahawa wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak. Borg berkata, usia bulan lebih muda meletakkan ia hampir kepada 4.4 bilion tahun berbanding mineral Bumi dikenali zircon ditemui di Jack Hills di Barat Australia. Ini bermakna kerak tertua bagi Bumi dan bulan terbentuk pada masa sama. 

Hipotesis mengenai asal bulan itu, teori kesan gergasi, membabitkan pelanggaran antara proto-Bumi awal dan satu lagi proto-planet dipanggil Theia, yang mempunyai saiz sebesar planet Marikh.

Cairan dan serpihan daripada kesan berkenaan terlontar ke ruang angkasa, malangnya pembentukan jisim mengambil masa berjuta-juta tahun untuk mewujudkan bulan. (Bagaimanapun, ini hanya tanggapan saintis Barat kerana semua cakerawala ciptaan Allah).

Sebaik saja bulan sejuk, magma terbabit berpadu menjadi komponen mineral berbeza dengan batuan kerak bulan dipanggil ferroan anorthosites (FAN) yang menjadi semakin tua.

Borg dan rakannya menggunakan teknik penapisan semula untuk menganalisis isotop plumbum dan neodimium dalam sampel 1.88 gram FAN mereka dari batu bulan yang dikutip Pusat Angkasa Lepas Johnson NASA. Angka 4.36 bilion tahun diletakkan pada masa itu membabitkan sampel yang menjadi kristal. Angka itu adalah 200 juta tahun selepas pembentukan sistem solar dan kemudian dianggarkan oleh model pembentukan bulan.

“Ia adalah kali pertama satu sampel tunggal FAN mengandungi usia daripada pelbagai isotop teknik menentukan usia,” kata Borg.

“Cubaan sebelum ini untuk memberikan usia batuan hanya pada satu isotop yang boleh tercemar menyebabkan kita tersilap menganggarkan usia bulan. Justeru kita mulakan dengan idea bahawa kita boleh mendapatkan sampel usia pelbagai dan kita yakin ia dapat memberi gambaran usia pengkristalan sampel.”
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! Usia sebenar bulan 4.36 bilion tahun!

Betol-betol Hangat! Fenomena Gerhana Bulan

Oleh Kaki Wayang on


Fenomena gerhana bulan penuh selama empat jam yang dirakam awal pagi ini dari perkarangan Stadium Melawati, Shah Alam. Fenomena sedemikian terakhir berlaku 11 tahun lalu.
 
P/s: Dah lama rasanya BBH tak tgok gerhana bulan..masa kecik2 dulu penahla..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Fenomena Gerhana Bulan

Betol-betol Kagum! Gerhana Bulan!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/bharian/PixFront/gerhana 

KOMBINASI gambar gerhana bulan di Dubai, Emirate Arab Bersatu (UAE), hari ini. Gerhana bulan berlaku apabila bumi membayangi bulan. Warna bulan boleh bertukar kemerahan, tembaga-coklat atau oren, diwarnai oleh cahaya daripada matahari yang terbias apabila melalui atmosfera kita. Gerhana bulan dijangka berlaku di negara kita malam ini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Gerhana Bulan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...