PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label ditipu bomoh. Show all posts
Showing posts with label ditipu bomoh. Show all posts

Edisi Sentap! Janda jual air liur kebas RM5,000 tipu warga emas!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL...mangsa menunjukkan pengeluaran RM5,000 dari akaun Tabung Haji untuk dipinjamkan kepada wanita terbabit. 

Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah. Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.

“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Janda jual air liur kebas RM5,000 tipu warga emas!

Edisi Sentap! Lelaki kaya jadi mangsa wanita piranha meningkat!

Oleh Kaki Wayang on

Lelaki hartawan diperdaya wanita bujang untuk berasmara hingga hamil kerana mereka menganggap bayi sebagai ‘pilihan kerjaya’, kata seorang peguam terkemuka semalam. Menurut Diane Benussi, jumlah lelaki yang termasuk dalam perangkap wanita muda dan jelita semakin meningkat.

Kata Diane, lelaki kaya dilihat mudah menjadi mangsa wanita yang malas bekerja dan anak hasil hubungan sulit itu dianggap sebagai tiket untuk hidup terjamin selama 18 hingga 21 tahun akan datang. 

“Tanpa mempedulikan sama ada lelaki terbabit mempunyai isteri atau tidak, pemangsa itu boleh dianggap sebagai piranha,” katanya.

Menurut Diane, selepas mengenal pasti mangsa, wanita terbabit menggoda lelaki berkenaan untuk mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan selepas meyakinkan mangsa kononnya dia tidak boleh mengandung atau mengambil pil pencegah kehamilan.

“Data terkini menunjukkan semakin ramai wanita malas bekerja dan berkahwin kini mencari jalan mudah mendapatkan kehidupan mewah,” katanya.

Menurut Diane, perkahwinan tidak lagi membawa makna seperti sebelum ini. Kini, katanya, wanita mahukan anak kerana ada lebih banyak kegunaan.

“Bagi sesetengah wanita, memiliki bayi bermakna mereka memiliki kerjaya.

“Mereka diberi bayaran untuk tinggal di rumah dan menjaga anak,” katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Lelaki kaya jadi mangsa wanita piranha meningkat!

Betol-betol LOL! Bomoh JUTAWAN minta bayaran mahal!

Oleh Kaki Wayang on

POPULAR... awas jika menggunakan perkhidmatan bomoh supaya tidak tertipu.
Mereka menggelarkan diri sebagai pasangan yang pakar urut urat tradisional selain mampu memulihkan pelbagai jenis penyakit zahir dan batin lelaki atau wanita, namun proses dan kos rawatan sungguh mengejutkan apabila ia didapati tidak masuk akal.

Selain urutan, pasangan itu menawarkan perkhidmatan penawar jampi serapah, resdung, mandi bunga dan pelbagai perkhidmatan perubatan alternatif lain menggunakan kaedah pelik dan menakutkan. Perkara itu didedahkan sepasang suami isteri yang mendapatkan khidmat tukang urut di sebuah rumah yang dijadikan pusat urut di Gombak, dekat sini, apabila si isteri mengalami sakit tulang belakang selepas berurut dengan seorang wanita di pusat urut berkenaan.

Mangsa yang juga jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Amir, 45, berkata ketika membawa isterinya ke pusat itu, seorang tukang urut wanita yang memberikan perkhidmatan kepada mereka berjanji akan memberikan rawatan sehingga isterinya pulih dengan bayaran RM675.


“Sebenarnya, ketika proses urutan lagi, saya mula sangsi apabila tukang urut mengurut sambil merokok serta menghembuskan asap ke badan isteri dengan membaca mantera pelik yang sukar difahami.

“Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya, terutama selepas dimaklumkan ia sememangnya kaedah biasa yang digunakannya untuk mengurut pesakit, kononnya untuk menghalau ‘benda tak elok’ yang menumpang di badan pesakit,”

Sila baca selanjutnyaBetol-betol LOL! Bomoh JUTAWAN minta bayaran mahal!

Betol-betol Sengal! Serah tubuh, serah barang kemas syarat buang sial?

Oleh Kaki Wayang on

LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. 
LAPOR...Rohana menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Serah tubuh atau barang kemas. Itu pilihan diberi seorang bomoh yang kononnya pakar membuang sial dan memulihkan hubungan suami isteri pelanggannya yang semuanya wanita. Hasil tipu dayanya, bomoh mendakwa kerabat diraja dan berpura-pura warak itu mengaut keuntungan jutaan ringgit apabila 10 pelanggan wanitanya memilih ‘kaedah rawatan’ kedua iaitu menyerahkan barang kemas.

Bomoh berusia lewat 30-an itu berasal dari Teluk Intan, Perak, namun sebahagian besar mangsanya ditemui dan ‘dirawat’ di bilik hotel sewaannya di Jalan Klang Lama di sini antara Februari lalu hingga awal bulan ini. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata kes terbaru berlaku pada 9 Ogos lalu selepas pihaknya menerima laporan seorang wanita di kawasan Rungkup, Perak.

“Berikutan laporan itu kami menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar bomoh sebelum menipu mangsa dan meminta menyerahkan barang kemas. “Hingga kini, dipercayai lebih 10 wanita di Kuala Lumpur dan Teluk Intan menjadi mangsanya selepas menyerahkan barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Goh berkata, suspek kini direman untuk siasatan kes di Perak dan akan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut.

“Pada masa sama, polis masih memburu seorang rakan suspek yang dipercayai bersubahat dengannya,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu dan usaha mencari rakan suspek giat dijalankan kerana semua barang kemas milik mangsa berada di dalam simpanan rakannya itu.

Sementara itu, seorang mangsa bomoh itu yang mahu dikenali sebagai Rohana, 35, berkata, dia mengenali bomoh berkenaan awal Jun lalu selepas diperkenalkan adiknya.

“Dalam pertemuan itu, saya terkejut apabila lelaki itu dapat ‘membaca’ segala masalah rumah tangga saya dan suami. Dia kemudian menawarkan untuk mengubati masalah saya dengan dua cara sama ada melakukan hubungan seks dengannya atau menyerahkan barang kemas. “Saya yang tidak sanggup mengadakan hubungan seks dengannya, lalu memilih kaedah rawatan kedua iaitu menyerahkan barang kemas bernilai kira-kira RM10,000.

“Jumlah barang kemas itu dikatakan setimpal dengan masalah saya dan bomoh itu berjanji memulangkan barangan berkenaan selepas selesai berubat bersama-sama wang pengeras 25 sen,” katanya.

Rohana berkata, selepas pertemuan pertama itu, dia seperti dipukau dan tidak mampu menolak kehendak bomoh terbabit yang meminta barang kemas bagi memudahkan urusan perubatan.

“Tapi, ternyata dia menipu. Bukan saja barang kemas saya tidak dikembalikan, tetapi masalah saya dan suami juga tidak pulih, malah bertambah parah. “Saya cuba menghubungi bomoh itu, tetapi telefonnya ditutup dan dia melarikan diri bersama barang kemas saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarinah dari Teluk Intan, Perak berkata, dia kerugian barang kemas bernilai kira-kira RM66,000 selepas mendapatkan rawatan bomoh itu.

“Saya menemui bomoh itu Februari lalu selepas diperkenalkan sepupu di sebuah hotel. Bomoh itu menyatakan saya mengalami masalah dengan suami dan keluarga mentua. “Saya terkejut kerana kata-kata itu benar sebelum bomoh itu menawarkan diri untuk mengubati masalah saya dengan syarat perlu menyerahkan barang kemas dan wang tunai setimpal dengan tahap masalah saya. “Bomoh terbabit memberi alasan barang kemas itu perlu disimpannya bagi menambah mujarab proses perubatan yang sedang dijalankan,” katanya.

Sarinah berkata, ketika itu, dia tidak mempunyai wang dan barang kemas, lalu meminjam barang kemas kakaknya dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM66,000 untuk diserahkan kepada bomoh itu.

“Pada masa sama, bomoh itu meminta saya mencari lebih ramai wanita yang mengalami masalah rumah tangga untuk berubat dengan alasan jika ini dapat dilakukan, proses mengubat penyakit saya akan berjalan lebih lancar. “Namun, saya mendapat tahu mengenai tembelang lelaki itu selepas semua rakan yang berubat dengan bomoh itu menemui saya pada 13 Ogos lalu dan masing-masing mendakwa kerugian wang tunai dan barang kemas selepas ditipu bomoh terbabit. “Kami membuat laporan di Balai Polis Ampang bagi menjejaki lelaki itu yang sudah menghilangkan diri bersama barang kemas dan wang tunai bernilai jutaan ringgit milik mangsa ,” katanya.

P/s: BBH rasa mangsa mesti bijak nak berfikir kan? tapi kenapa masih memilih jalan yang salah? bila dah kena baru terfikir yang telah ditipu..Selamat berpuasa..
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Serah tubuh, serah barang kemas syarat buang sial?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...