PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label drama juvana. Show all posts
Showing posts with label drama juvana. Show all posts

Betol-betol Hangat! Episod Akhir JUVANA Catat 4.2 juta Penonton!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYGq3mJ_icqsxpShSsdPxDpTIZHY-raWkhNsFmNmskCSuFKrq4upEJmPTgOXhQrLeLPLdOA1Mqin3tOEld_XVDb40DGmcKF4V8wXrY9Vmf2QPwG58-WsFhJuAkqUPd4uLWjdFbyCrfq7NJ/s1600/juvana.JPG 

DRAMA bersiri popular TV3, Juvana yang mencetuskan fenomena baru dalam penyiaran dunia televisyen negara sejak mula bersiaran April lalu, terus melakar sejarah apabila mencatatkan rekod kadar penonton yang tinggi, dengan episod terakhir yang disiarkan Isnin berjaya mencecah 4.2 juta penonton. Mula disiarkan sejak 25 April, drama terbitan Filmscape ini mengisahkan perjalanan seorang remaja berusia 17 tahun yang tidak bersalah, tetapi dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak atas tuduhan membunuh. 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSu9AfDq-ntQkk1ZszGVo7qiooN2sVZAh_kyfUUIxedqKpCXR5BuMpmXWtU9EwiDe6p1pAri_5ruQ63u-eaw0HVuvOYedYU-EeP_efKjeshkrGBMypjLJzRUBNMoQxUvGo88NUZaorWCg/s1600/juvana3.jpg

Juvana menampilkan gandingan hebat antara penerbit Kabir Bhatia, pengarah Faisal Ishak dan penulis skrip Alfie Palermo. Ia membariskan pelakon handalan seperti Bront Palarae (Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2010), Zahiril Adzim (Pelakon Harapan Lelaki Terbaik FFM22), Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, serta bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Eyka Farhana, Adam Shah, Shukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmy Hakim, Fimie Don, Khairul Mohamed dan Talha Harith. Episod pertama Juvana mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta dan drama bersiri 13 episod itu berjaya menambat hati penonton pelbagai lapisan dan peringkat umur apabila episod seterusnya hingga ke episod 12 terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan paling ramai ditonton dengan purata hampir 3 juta penonton setiap minggu.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar berkata, mereka sangat teruja dan bersyukur atas sambutan luar jangkaan yang diterima sepanjang drama itu bersiaran.

"TV3 sentiasa tampil ke hadapan dengan memperkenalkan genre drama yang baru kepada jutaan penontonnya. Misalnya, drama muzikal pertama, Hotel Mania; siri drama epik pertama, Arjuna; dan kini pula Juvana, drama bersiri yang mengupas sisi hidup pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, drama ini juga mahu mendidik penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak siri drama terbabit," katanya.

Menyusuli Juvana, slot Aksi mempersembahkan pula drama bersiri terbaru, Supermak, lakonan Nasha Aziz, Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Shawal Ruslan, Henzy Andalas, Aida Khalida, Nelly dan Haider Harris. Ia mula ditayangkan pada 25 Julai, jam 9 malam.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Episod Akhir JUVANA Catat 4.2 juta Penonton!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...