PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label edisi khas tips blog. Show all posts
Showing posts with label edisi khas tips blog. Show all posts

Edisi Hangat! Trafik Blog Kembali Di Landasan Tepat, Capai 24,539 Semalam!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah sekali lagi trafik yang mengalir masuk ke blog ini semakin hari semakin baik. Walaupun ada ketika turun dan kemudiannya naik. Begitulah lumrah dalam berblog. Syukur, kelmarin blog ini mampu mencapai sebanyak 18,000 PV dalam tempoh sehari dan kemudiannya pada hari semalam angka itu bertambah ke 24,000 PV.

Ini menunjukkan aliran trafik pada hari semalam naik begitu mendadak. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang bertandang ke blog ini. Diharapkan informasi yang terdapat di dalam blog ini mampu memberikan inspirasi dan menambah pengetahuan anda semua..

Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Trafik Blog Kembali Di Landasan Tepat, Capai 24,539 Semalam!

Edisi Tips Blog! Kenapa Kekemasan Blog Penting Untuk Menarik Perhatian Pembaca!

Oleh Kaki Wayang on



Secara logiknya, manusia dicipta dan dijadikan oleh Allah S.W.T bersama dengan sifat-sifat dan sikap-sikap yang baik. So, tidak hairanlah pembaca begitu menyukai akan kekemasan dan kebersihan tak kiralah ia mengenai tempat tidur ke, tempat makan ke, kawasan rumah ke, pendek kata manusia sukakan kekemasan dan kebersihan.

Eh, ape kena-mengena pula dengan blog? Cuba korang bayangkan yang anda ni seorang yang begitu mementingkan kekemasan. Apa yang korang akan kata dan rasa apabila mengunjungi blog yang tak kemas? Jap, blog yang tak kemas? Eh, tak faham lah. Silakan terus membaca...!
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Kenapa Kekemasan Blog Penting Untuk Menarik Perhatian Pembaca!

Betol-betol Hangat! Tips Menyimpan duit!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVdKP7C-qok2oM7Q3raH4WaSuS8z5AXZyguobFHe0OnNC3t3PG2d0fx9gD0o4VmhDrjh30-33QQWRD9n9Ue6dJvll1U8y1Pa-V7Ppdy0zPhfy2naZYtgw98cz_d9kdjIp3iR41ump7-AA/s1600/syiling.jpg

BERAPAKAH jumlah ideal untuk simpanan sendiri memandangkan gaji yang diterima perlu dibahagikan perbelanjaan lain? Pernah tak dengar ISTILAH BAYAR DIRI?

Kita perlu membayar bil diri sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan diterima. Jika pendapatan yang diterima adalah RM1,000 sebulan, bil diri yang perlu diperuntukkan adalah RM100.

Untuk membayar bil diri, membuka akaun berasingan dengan akaun simpanan yang anda gunakan untuk menerima gaji adalah cara terbaik, malah lebih baik sekiranya ia tidak disertakan dengan kemudahan kad mesin juruwang automatik (ATM). Lebih baik juga sekiranya akaun simpanan itu dapat memberikan kadar pulangan dividen tinggi setiap tahun seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji.

Apa langkah yang perlu diambil bagi memastikan gaji bulanan yang diterima tidak melebihi peruntukan perbelanjaan setiap bulan? Bagi kebanyakan individu, perbelanjaan sara hidup seperti membayar sewa rumah, bil api dan air serta telefon lebih penting daripada membuat simpanan. Konsep ini kurang tepat kerana kita seharusnya mengutamakan diri sendiri kerana ia adalah hasil penat lelah kita bekerja sepanjang bulan.

Ini seolah-olah menunjukkan kita lebih menghargai pihak lain daripada diri sendiri. Kita rela memberikan duit itu kepada orang lain terlebih dulu berbanding untuk keperluan diri.

Maka, membuat simpanan adalah cara terbaik kita menghargai diri sendiri. Anggaplah duit yang kita gunakan sebagai simpanan itu adalah upah kepada diri. Setiap bulan, kita perlu membayar upah kepada diri kita dan anggaplah membayar upah diri itu sebagai satu bil yang perlu dijelaskan setiap bulan seperti bil lain.

Apakah cara yang disarankan untuk mengelak daripada mengeluarkan simpanan yang dibuat? Selepas membuat simpanan, kita perlu mempunyai daya tahan kuat daripada godaan mengeluarkan duit untuk tujuan lain. Kita perlu tegas dan mendisiplinkan diri kerana itulah disarankan menyimpan di tempat yang tidak mempunyai kemudahan kad ATM.

Anggap saja simpanan berkenaan hangus seperti bil air, elektrik dan telefon yang dibayar setiap bulan. Kebiasaannya, godaan amat kuat akan berlaku pada bulan pertama sehingga bulan ketiga dari saat kita mula menyimpan. Tetapi, ia akan berkurangan dan kita mula berasa seronok kerana mula dapat melihat hasil penjimatan dan simpanan yang semakin meningkat.

Selain melakukan simpanan, apakah cara membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan? Antara perkara yang harus dipandang berat adalah pembelian majalah, cakera padat video (VCD) atau cakera padat (CD) penyanyi kegemaran dan berkaraoke di tempat berbayar.

Minat membaca memang sesuatu yang harus dipuji, namun ia tidak seharusnya menjadikan seseorang itu bankrap. Ia sama seperti membeli CD atau VCD, namun perlu dihadkan.

Kita juga boleh mengurangkan minat menonton wayang kerana setiap kali keluar menonton filem terbaru, pasti akan membabitkan perbelanjaan sampingan seperti pembelian makanan atau minuman ringan. Bagi mereka yang mempunyai tabiat merokok, harus menilai semula apa yang dilakukan kerana rokok menjadi antara perbelanjaan besar si perokok dan wang dikeluarkan hanya untuk merosakkan kesihatan.

Apakah cara lain yang boleh diguna pakai untuk mengelak perbelanjaan berlebihan setiap bulan? Hampir semua bank perdagangan kini menyediakan kemudahan perbankan Internet kepada pelanggan. Kita harus menggunakan perkhidmatan ini sebaiknya kerana ia dapat memberi penjimatan yang besar termasuk dari segi masa dan kos sampingan.

Perbankan Internet sememangnya amat memudahkan kehidupan kita dalam membuat urusan kewangan. Semua ini sudah pastinya dapat menjimatkan masa serta wang terutama kos petrol.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Tips Menyimpan duit!

Betol-betol Informasi! 10 Perkara Yang Tidak Disukai Suami

Oleh Kaki Wayang on

http://1.bp.blogspot.com/-hwZ5T59W2LM/TlLz5ALM-hI/AAAAAAAAd2k/ekQC4L4J21A/s400/jangan.jpg

Alam kehidupan berumahtangga seharusnya memang menjadi impian setiap pasangan didunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga ke akhir hayatnya. Disamping dikurniakan zuriat-zuriat yang baik.

Namun dalam mewujudkan suasana yang penuh dengan ketenangan, kehangatan, harmonis, belas kasihan, sayang menyanyangi, perihatin dalam segala hal rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang penting kerana ia akan dapat menawan hati pasangan masing-masing. Suami yang bertaqwa kepada Allah akan menganggap mahligai yang dibina merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t

Seperti contoh suami isteri haruslah memelihara bahtera kasih-sayang dengan cara saling pesan memesan antara satu sama lain demi menjamin keuntuhan rumahtangga yang bahagia. Sebagai suami isteri yang sah takala usia hubungan tersebut sudah mengjangkau puluhan tahun maka janganlah lupa untuk kita terus membajainya selalu sewaktu diawal perkahwinan dahulu.

Bagi isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa ada tika waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan ada antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawabnya mereka terhadap suami. Sehinggakan segelintir para suami merasakan diri mereka tidak diperlukan lagi belaian dari seorang isteri. Malah lebih malang lagi jika isteri bukan sahaja tiada masa untuk suami malahan tiada masa juga untuk menguruskan diri sendiri.

Bagi sudut isteri yang berkerjaya pula selalu mengharapkan makan, minum, pakaian suami segalanya diserahkan kepada pembantu rumah. Walhal itu semua adalah tanggungjawab isteri.

Berikut adalah perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami:-
  1. Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.
  2. Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.
  3. Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.
  4. Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.
  5. Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’.’pandailah abang pilih kain ni’.
  6. Mengelakkan diri dari berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.
  7. Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatahlagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.
  8. Elakkan diri dari menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.
  9. Elakkan memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.
  10. Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.
    Semoga sebahagian ilmu yang dihuraikan diatas ini sedikit sebanyak dapatlah membantu para isteri dan diri saya sendiri dalam membentuk, memperbaiki diri demi sebuah rumahtangga yang berkekalan.
Bantulah suami takala dia menghadapai sebarang kesukaran, kesusahan terutama dari segi keewangan atau kesihatan. Kerana keprihatinan seorang isteri akan meyakinkan para suami bahawa walau apa keadaan sekalipun isteri tetap berdiri teguh dibelakang suaminya.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Informasi! 10 Perkara Yang Tidak Disukai Suami

Edisi Hangat! Keyword blog hangat Januari 2012!

Oleh Kaki Wayang on


Minggu ni, inilah antara keyword yang berjaya menarik perhatian para pencari dan pembaca gosip..kebanyakannya adalah mengenai Shila Amzah dan Sharnaaz..diorang ni bercinta ke? Tak tahu..hahahaha
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Keyword blog hangat Januari 2012!

Edisi Sentap! Hebatnya mereka!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam dihulur maaf dipinta seandainya entri pada kali ini agak emosi sikit (walaupun tak emosi langsung)..dari pagi tadi sampailah sekarang satu hal yang pasti dan agak sentap..line internet amat kurang memuaskan..Kampung Baru, Keningau nampaknya masih jauh jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain diserata dunia ini..bukan apa..kampung lain "mungkin" line internetnya jauh lebih baik dari sini tapi apakan daya..sudah 7 tahun berlalu namun tiada ura-ura untuk diperkemaskan lagi sumber yang begitu penting dalam dunia teknologi dan tanpa sempadan sekarang..INTERNET..

Bukan itu je sebenarnya, tap terlalu banyak yang harus diungkapkan di sini bagi memberi peringatan kepada wakil-wakil rakyat yang nampaknya kurang memberi sumbangan dan impak sepanjang menabur bakti mereka sebagai wakil rakyat..tapi biarlah ianya akan dikupas pada sesi yang akan datang..kita lupakan mengenai wakil rakyat yang menjengkelkan aku itu..back to the main topic..

Dari pagi tadi, aku berblogwalking sana, sini dan situ  bagi mendapatkan inspirasi dalam berblog..bermula dengan blog Denaihati yang memaparkan 5 Blog yang kerap dilawati menyebabkan semangat ingin tahuku membuak-buak untuk melihat dan membacanya tatkala blog Denaihati juga merupakan blog yang kerap aku lawati..

SENARAI 5 BLOG YANG KERAP DILAWATI 2011 (Menurut Denaihati)

2. Ariffshah.com (17)
3. Kujie2.com (16)
4. Amanz.my (12)
5. Redmummy.com (11)

Daripada senarai yang dikeluarkan dapat aku simpulkan sebagai..Ya, memang blog yang disenaraikan itu kerap dilawati dan rata-rata pembaca bersetuju dengan senarai yang diberikan oleh DH (Denahati)..setelah diperhati satu-satu..blog mereka memang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri..tak nak cakap pasal kelemahan sebab mereka-mereka ini sebenarnya memang blogger yang begitu berpengalaman dalam dunia blog..dan aku begitu "cemburu" akan kejayaan mereka itu..dan sudah pasti ramai diantara kami yang tak begitu memberangsangkan prestasinya juga pasti mencemburui pencapaian mereka sekarang..

Maksud HEBAT pada tajuk di atas bukanlah mengiakan akan kehebatan mereka kerana tidak ada yang hebat melainkan Allah SWT..hebat yang dimaksudkan adalah kehebatan mereka dalam berblog sehinggakan mampu menarik ramai pembaca untuk singgah ke blog mereka..diharapkan aku juga mampu menggapai pencapaian dan impianku untuk menjadi salah seorang blogger berjaya yang aku anggap misi mustahil untuk dilaksanakan..tapi tidak ada yang mustahil kan..

Semoga aku berjaya mencapai apa yang aku inginkan..terima kasih kepada pembaca-pembaca yang datang ke blog ini..ingat..hati kena ikhlas dalam dunia blog ini..
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Hebatnya mereka!

Betol-betol Hangat! Pengikut Setiaku semakin ramai..tapi!

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah rasa macam baru sehari aku berblog..pejam celik, pejam celik..dah masuk 8 bulan dah aku berblog since April lepas..rakan-rakan follower pun dah semakin ramai..dah cecah 600 dah pun..walaupun masih sedikit..namun aku amat berterima kasih dengan semua pengikut setia blog ini..

Namun begitu..kan bagus kalau seandainya blog ini semua pengikut setiaku selalu berkunjung ke blog ini..pasti blog ini akan lebih mantap..aku juga tahu yang hanya menjadi follower naumn tidak mengikuti blog ini secara serius..sekadar datang dan tekan button follow..then tekan button close (pangkah)..

Memang sentap kan kalau macam tu..so, kepada yang nak follow memfollow ni.hadirkan keikhlasan dihati anda untuk follow rakan blogger yang lain..jangan kerana sindrom "i'll hit u, then hit me back" menguasai anda..kerana ianya satu tabiat yang tak elok..jadilah follower yang ikhlas..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Pengikut Setiaku semakin ramai..tapi!

Edisi Sentap! Cantiknya blog saya..tapi..?

Oleh Kaki Wayang on

Baru kejap tadi masa nak ping kat facebook..dapat status macam ni.."Cantik tak blog saya..."..tapi kan cantik saja tidak mencukupi bilamana ianya tidak diseimbangkan dengan entri-entri yang menarik..memang menjadi salah satu perkara asas untuk menarik pengunjung dan pembaca adalah dengan adanya blog cantik..tapi bagaimana pula dengan situasi seperti ini..blog cantik dan dipenuhi dengan follower tetapi tidak mempunyai artikel dan entri-entri yang menarik?

Ingat nak berblog bukannya mudah..nak tarik pengunjung dan pembaca bukan sekadar dengan blog yang cantik dan kemas..tetapi mempunyai entri-entri yang menarik..


Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Cantiknya blog saya..tapi..?

Edisi Tips Blog! Tingkatkan Follower Part 1!

Oleh Kaki Wayang on

Dalam edisi saya yang terdahulu.. Ping BLOG yang paling aku benci kat Facebook! anda digalakkan untuk mengelakkan diri anda daripada mempromosikan link blog anda sepert itu..kalau boleh dielakkan..kita faham anda blogger baru tapi banyak lagi cara yang anda boleh gunakan untuk menarik pembaca agar menjadi pembaca setia blog anda..aku ni bukanlah blogger hebat macam Ben Ashaari ataupun sesiapapun..tetapi sedikit sebanyak pengalaman dan pengetahuan aku ini diharap dapat dan mampu membantu blogger baru..

Entri Menarik

Anda memerlukan artikel-artikel menarik yang mampu menarik pembaca agar datang ke blog anda..kenapa? dengan adanya entri yang menarik, pembaca sudah pastinya tertarik akan blog anda..dan sudah tentu pebaca tanpa segan silu akan ringan tangan untuk menjadi follower anda..sebabnya, blog anda menarik untuk diikuti, menarik untuk dibaca, menarik untuk dijadikan bahan santapan minda..betul tak?

Blog dan Hiasan yang menarik

Biasanya perkara inilah yang paling mudah untuk dibuat..perkara yang paling mudah untuk menarik minat pembaca..janganlah anda designkan blog anda seperti sebuah sarkas mahupun tadika ataupun yang sewaktu dengannya..kenapa? Pembaca adalah manusia yang mempunyai perasaan bosan dan sukar difahami.."LESS IS MORE"..janganlah diletakkan salji sana sini, cursor mouse yang pelbagai gaya..sampai memberatkan bllog dan lagu..kadang-kadang pembaca tidak menyukai sesebuah blog yang mempunyai lagu..tu takpe lagi..dah lah ada lagu..lagu pula ntah pape..dah lah ntah pape..tak leh nak stop atau pause kan pula tu...memang berasap laaa kene maki...

BERSAMBUNG.....

Sila baca selanjutnyaEdisi Tips Blog! Tingkatkan Follower Part 1!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...