PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label ibu kena rogol. Show all posts
Showing posts with label ibu kena rogol. Show all posts

Edisi Gempar! Penyanyi Hip Hop dan Pelakon Filem Malaysia ditangkap kerana rogol anak!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.

MAKLUMAT LANJUT:

1. Wan Shades: Itu Bukan Saya
2. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri?
3. Siapa Artis Hip Hop yang Rogol Anak Tiri? - Edisi Susulan Kes Rogol!
4. Penyanyi Hip Hop dan Pelakon Filem Malaysia ditangkap kerana rogol anak!
Sila baca selanjutnyaEdisi Gempar! Penyanyi Hip Hop dan Pelakon Filem Malaysia ditangkap kerana rogol anak!

Edisi Sentap! Derita 5 tahun pelajar dirogol abang ipar!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun melalui detik hitam kerana bukan sahaja dipercayai dirogol abang ipar berulang kali sejak berusia enam tahun, malah dia turut diugut bunuh jika membocorkan perkara itu.

Abang ipar mangsa juga mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam perjalanan menghantarnya ke rumah selepas mengambil mangsa dari sekolah.

Mangsa yang tinggal di sebuah kampung di Kemasik menjadi pemuas nafsu serakah abang iparnya sehingga berusia 11 tahun dan kali terakhir diperkosa pada Mac 2009.

Dia membuat laporan polis di Balai Polis Air Jernih pada jam 2.36 petang semalam.

Difahamkan, mangsa hanya memaklumkan kepada kakaknya pada 2009, menyebabkan dia terkejut. Namun kerana tidak mahu memanjangkan cerita, perkara itu tidak dilaporkan kepada polis.

Kakaknya yang kini dalam proses penceraian bertindak membuat laporan polis semalam agar tindakan dapat diambil terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bertindak daripada laporan itu polis telah meninjau dan menyiasat lokasi yang menjadi tempat mangsa dipercayai dirogol di kawasan Bukit Kijang.

“Siasatan mendapati lokasi kejadian ialah dalam sebuah kebun pisang yang dikelilingi semak samun dan kebun getah milik orang. Lokasi kejadian jauh masuk ke dalam dengan jarak satu kilometer dari jalan utama Kampung Bukit Kijang.

“Lokasi kejadian juga bersifat tersorok dan sukar dilihat orang ramai tetapi lokasinya terang pada siang hari.  Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rumah orang berdekatan dengan tempat kejadian,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan polis kini memburu suspek, yang juga seorang bekas pekerja kilang.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Derita 5 tahun pelajar dirogol abang ipar!

Edisi Sentap! Gadis tipu ibu kena rogol!

Oleh Kaki Wayang on

Padah menipu ibu sendiri semata-mata untuk keluar bersama teman lelaki, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun diperlakukan seperti hamba seks apabila dirogol sekurang-kurangnya empat kali oleh empat lelaki berbeza dalam tempoh lima jam, minggu lalu. 

Kejadian itu berlaku ketika mangsa dikatakan dibawa teman lelakinya yang berusia 17 tahun ke sebuah pondok di kawasan sawah padi di Ngulang dekat sini, kira-kira jam 8 malam, 30 Januari lalu, sebelum merogolnya. 
 
Selepas dirogol teman lelakinya, mangsa dikatakan dipaksa melayan nafsu tiga lagi suspek lain yang juga rakan kepada teman lelakinya sepanjang kira-kira lima jam berada di pondok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu susulan laporan polis dibuat mangsa pada pagi 31 Januari lalu.

Mengulas kes itu, beliau berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan memaklumkan kepada ibunya untuk ke pasar malam berdekatan rumah, sebelum melencong ke tempat lain bersama teman lelakinya.

“Mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah pondok di Ngulang, sebelum dirogol. Sesudah itu, mangsa diserahkan pula kepada tiga yang lain yang turut merogolnya.
“Sebaik selesai, suspek menghantar mangsa ke kawasan rumahnya di Taman Firdaus, dekat Kangar, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Arau berhubung kejadian itu.

“Hasil laporan itu, polis menahan empat lelaki berusia 17 hingga 22 tahun, Khamis lalu, termasuk teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nadzri berkata, sepanjang tempoh tiga hari bermula 31 Januari lalu, empat kes rogol dilaporkan berlaku di daerah ini, dengan tiga daripada mangsanya adalah gadis bawah umur.

“Susulan itu, kita turut menahan tujuh lelaki untuk membantu siasatan dengan majoriti kes dikenal pasti berpunca daripada perkenalan melalui Facebook,” katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Gadis tipu ibu kena rogol!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...