PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label jatuh talak. Show all posts
Showing posts with label jatuh talak. Show all posts

Betol-betol Sengal! Hantar SMS Talak diri sendiri, ditangkap KHALWAT!

Oleh Kaki Wayang on

MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin. 

Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya. Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.

Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Hantar SMS Talak diri sendiri, ditangkap KHALWAT!

Betol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Taklik suami hanya ugutan

Oleh Kaki Wayang on

http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-00ed-1676-d35e/baca-taklik-ni-kuantan-malaysia+1152_12982877968-tpfil02aw-19668.jpg

SUAMI saya pernah bertaklik jika saya ada berhubung dengan bekas kekasih, saya akan jatuh talak. pada tahun ini juga bekas kekasih pernah menghubungi saya untuk membayar hutang lama dia kepada saya. Saya terlupa berkenaan taklik itu sebab taklik itu dibuat ketika kami baru berkahwin. Apa yang saya boleh tahu pun ketika suami saya ada terbaca SMS daripada telefon bimbit saya dan dia bertanya kepada saya berkenaan taklik itu. Pada masa itu baru saya teringat. Saya tahu talak itu jatuh tetapi apabila saya ingat kembali suami pernah bertaklik talak tiga kepada saya. Adakah talak itu jatuh talak tiga atau tidak sebab ia adalah taklik?

Tetapi suami saya menafikan yang dia hanya berkata jatuh talak. 

Jawapan:

PERCERAIAN melalui taklik (Arab, ta’liq) jatuh talak apabila berlaku mengikut lafaz taklik itu atau dilanggar. Ini berdasarkan dalil umum: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi dan sempurnakan perjanjian-perjanjian.” (Surah al-Ma’idah, 1).

Bagaimanapun, dalam undang-undang keluarga di kebanyakan negeri di Malaysia, lafaz taklik disyaratkan pada setiap akad perkahwinan tertumpu hanya pada lafaz taklik (1) apabila suami menghilangkan diri selama empat bulan hijrah berturut tanpa berita, (2) tidak memberi nafkah zahir dan batin dan (3) menyakiti tubuh badan isteri, maka proses taklik akan berlaku.

Perceraian taklik hendaklah disahkan di Mahkamah terlebih dahulu sebelum terjadi talak. Berkenaan dengan kes anda pula, ia adalah lafaz taklik yang dibuat sebagai ugutan untuk menakutkan isteri supaya tidak berhubung lagi dengan bekas kekasih.

Menurut pendapat majoriti ulama, lafaz itu sah dan jatuh talak apabila berlaku seperti yang dilafazkan. Ini seperti yang diamalkan di negara kita.

Bagaimanapun, ada pendapat minoriti dan baru yang mengatakan perceraian taklik sebegini tidak sah kerana ia cuma bertujuan menakut-nakutkan isteri, lebih-lebih apabila berlaku pada awal perkahwinan dan ia tidak dibuat dengan tujuan untuk menceraikan isteri.

Dengan itu, perkahwinan anda dikira masih sah berdasarkan pendapat ini, lebih-lebih lagi apabila suami tidak sekata dalam perkara itu.


Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!

Sila baca selanjutnyaBetol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Taklik suami hanya ugutan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...