PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label jenayah culik. Show all posts
Showing posts with label jenayah culik. Show all posts

Susulan Kes Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Buat Laporan Palsu Part 2!

Oleh Kaki Wayang on

Sumber gambar: Sinar Harian
 
Berdasarkan soalselidik yang dilakukan, nampaknya pelajar politeknik ini mempunyai masalah dengan pihak politeknik apabila gagal menyiapkan tugasan yang disuruh pensyarah. Setelah itu dia rangka jalan cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.
Sila baca selanjutnyaSusulan Kes Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Buat Laporan Palsu Part 2!

Edisi Ngeri! Disimbah Asid Ketika Sedang Tidur!

Oleh Kaki Wayang on


MOHD. FAZIL masih lemah selepas disimbah asid di sebuah rumah di Marang, Terengganu ketika ditemui di HSNZ semalam.

Dua sahabat cedera parah apabila masing-masing disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang tidur selepas menonton perlawanan bola sepak di Kampung Padang Merchang dekat sini semalam.


Kejadian pukul 5.15 pagi itu menyebabkan Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, melecur teruk di muka, tangan dan kaki manakala rakannya, Shahrulzaman Salim, 38, melecur di muka dan badan. Mohd. Fazil sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia manakala Shahrulzaman, seorang nelayan. Mereka kini dirawat di Unit Kebakaran, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dekat sini.

Mengimbau semula kejadian itu, Shahrulzaman berkata, pada mulanya dia tidak menyedari dirinya telah disimbah asid sehinggalah terdengar jeritan Mohd. Fazil.

“Dalam keadaan mamai saya tanya dia apa yang terjadi sebelum saya lihat tangannya melecur. Tidak lama selepas itu, baru saya rasa pedih dan rupanya saya juga telah disimbah asid,” ceritanya sambil memberitahu empat lagi rakannya yang turut tidur di situ tidak cedera.

Menurut Shahrulzaman, ketika tidur, tingkap rumah itu dibuka kerana cuaca panas dan percaya individu berkenaan menyimbah asid melalui ruang tersebut yang setinggi kira-kira dua meter.

Sementara itu, pemilik rumah berkenaan, Mohd. Hamizi Hussin, 29, memberitahu, rumahnya sering dijadikan tempat melepak oleh rakan-rakannya setiap hari sambil menonton perlawanan bola sepak. Katanya, ketika kejadian terdapat enam rakannya bermalam di situ manakala dia keluar menghantar pekerja kilang di Chendering.

“Saya terus pulang sebaik dihubungi rakan dan membawa mereka yang cedera ke Klinik Kesihatan Merchang. Tilam turut terhakis terkena asid serta terdapat bau masam di dalam rumah,” katanya. Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan kejadian yang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan itu.

P/s: Bahaya kan bila kejadian macam ni boleh berlaku..
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Disimbah Asid Ketika Sedang Tidur!

Edisi Ngeri! Wartawan suami isteri ditemui mati ditikam dengan kejam!

Oleh Kaki Wayang on

Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai wartawan di dua stesen televisyen di Bangladesh, ditemui mati ditikam dengan kejam di apartmen mereka di ibu negara Dhaka, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis, Imam Hossain, pasangan tersebut dikenali sebagai Sagar Sarwar, 35 dan isterinya, Meherun Runi, 33, ditemui mati pada awal pagi semalam dengan beberapa kesan tikaman di seluruh badan mereka.

Katanya, motif pembunuhan pasangan tersebut masih tidak diketahui.
 
Runi, 33, merupakan seorang wartawan di stesen televisyen ATN Bangla manakala Sarwar, 35, bekerja sebagai editor berita bagi televisyen Maasranga.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Wartawan suami isteri ditemui mati ditikam dengan kejam!

Edisi Ngeri! Janda patahkan 4 kaki bayi dipenjara!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita yang mematahkan kaki empat bayi kerana cemburu terhadap kegembiraan ibu mangsa, dipenjara empat setengah tahun, lapor media semalam. Menurut laporan disiarkan Jiji Press, Yuko Soutome mencari mangsa terdiri daripada wanita yang membawa anak mereka di pasar raya atau kedai menjual barangan bayi.

Agensi berita itu menyatakan, mahkamah di Utsunomia di utara Tokyo diberitahu, dalam empat kejadian berasingan, Yuko, 30, berpura-pura meminta kebenaran kepada wanita terbabit untuk mendukung anak mereka. Ketika mendukung itulah Yuko mematahkan kayi bayi terbabit. Laporan Jiji Press menyatakan, janda itu terdorong melakukan kezaliman berkenaan selepas berasa sakit hati apabila melihat wanita lain yang hidup lebih gembira berbanding dirinya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Janda patahkan 4 kaki bayi dipenjara!

Edisi Jenayah! Nenek Bunuh Cucu, tekup muka dengan bantal!

Oleh Kaki Wayang on



“Aku sudah bunuh anak kamu dua hari lalu, balik sekarang untuk jengguk dia,” kata seorang wanita berusia 57 tahun kepada anaknya selepas membunuh cucu perempuannya berusia 10 tahun dalam kejadian di Apartmen Koi Legian, Taman Kandan Baru, dekat Puchong, di sini, semalam.


Sila baca selanjutnyaEdisi Jenayah! Nenek Bunuh Cucu, tekup muka dengan bantal!

Edisi Sengal! Kerana terpijak kasut, remaja rakyat asing dibunuh!

Oleh Kaki Wayang on

Gara-gara terpijak kasut pada majlis kenduri dan tari menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

"Mereka menunggunya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan.

Sebaik mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.

"Dua rakan mangsa sempat melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sehubungan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, seorang lelaki rakyat Indonesia berusia 29 tahun mati ditikam, disyaki oleh rakan sebiliknya di sebuah rumah pekerja di Kem Luasong, kira-kira 110 kilometer dari sini.

Kejadian pada pukul 6 pagi Ahad lepas itu dikatakan hanya disebabkan lelaki itu membawa masuk sebuah katil usang ke dalam bilik yang dikongsi dengan seorang rakyat Filipina berusia 39 tahun itu, kata Ibrahim.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sengal! Kerana terpijak kasut, remaja rakyat asing dibunuh!

Edisi Ngeri! Drama berdarah di Putrajaya!

Oleh Kaki Wayang on


Mariana Mohamad dipindahkan dari Wad Kecemasan Hospital Putrajaya untuk dibawa ke Pusat Rawatan Pakar Damansara bagi menjalani pembedahan selepas cedera parah akibat rempuhan kereta dalam tragedi di Precint 4, Putrajaya, semalam.

Semangat tinggi sekumpulan pelumba skuad basikal kebangsaan untuk mencatat masa terbaik dalam ujian pemilihan ke Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 bulan depan bagaimanapun berakhir dengan tragedi, semalam. 
  Empat daripada mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan berhampiran simpang empat di Kementerian Belia dan Sukan ketika sedang bertanding.

Akibat rempuhan yang kuat itu pelumba wanita elit kebangsaan, Mariana Mohamad cedera parah apabila dilanggar dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju oleh seorang wanita. Nahas yang berlaku pukul 10.30 pagi itu mengakibatkan mangsa terpelanting dan patah tangan kiri, di samping mengalami luka di bahagian muka.


Rakan mangsa yang juga pelumba elit wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd. Radzi bersama dua lagi pelumba pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid cedera ringan di tangan serta jari.
Kesemua mangsa diberi rawatan di Hospital Putrajaya di sini, bagaimanapun Mariana yang mengalami patah tangan dihantar ke Pusat Pakar Damansara untuk rawatan lanjut.

Menurut Masziyaton, ketika kejadian dia bersama Mariana berada di bahagian hadapan mendahului 50 pelumba lain sebelum sebuah kereta Kancil tiba-tiba melanggar mereka.

"Dari jauh saya sudah lihat kereta Kancil itu teragak-agak hendak lintas atau tidak pada hal waktu itu beberapa orang marsyal sudah menutup jalan untuk memberi laluan kepada kami.

"Tetapi tanpa disangka-sangka pemandu kereta itu bertindak memecut, nasib baik jarak saya dengan Mardiana agak jauh dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan," katanya diketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab menolak tanggapan bahawa kemalangan itu berlaku akibat kurangnya aspek keselamatan.

Katanya, PKBM bekerjasama dengan polis, hospital dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mengawasipelumba sepanjang pemilihan itu diadakan.

"Selepas ini kami akan memikirkan kaedah lain untuk memastikan keselamatan mereka terutamanya ketika ujian pemilihan atau pun sesi latihan di mana kemungkinan alat penghadang akan digunakan untuk menutup laluan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.
 
Sila baca selanjutnyaEdisi Ngeri! Drama berdarah di Putrajaya!

Edisi Sentap! Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah!

Oleh Kaki Wayang on

Remaja bawah umur yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit milik bapanya di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh yang berusia 17 tahun dari Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, mengangguk faham sebelum mengaku bersalah ketika pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri wang RM500 dan sebuah telefon bimbit Motorola L7 milik bapanya, semuanya bernilai RM540 di rumah mereka di Chendering, di sini, antara jam 7.10 hingga 8.30 pagi pada 17 hingga 20 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 380 KK yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Noradila menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, mangsa menyimpan wang RM500 dalam sampul dalam sebuah rak kain di rumahnya pada jam 8 malam, 15 Januari lalu. Apabila menyedari kehilangan itu pada jam 8.30 pagi pada 20 Januari lalu, dia mengesyaki ia dicuri tertuduh.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Remaja mengaku curi duit, telefon bimbit ayah!

Betol-betol Sengal! Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai

Oleh Kaki Wayang on

Seorang wanita menggunting kemaluan suaminya sebelum mencampakkan organ itu ke dalam sungai. Wanita warga Vietnam berusia 30 tahun itu bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap suaminya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain serta penderaan fizikal yang dilakukan ke atasnya.

Si isteri yang hanya dikenal pasti dengan nama keluarganya, Pan, memotong hampir separuh kemaluan suaminya di rumah mereka di Tainan, selatan Taiwan, ketika lelaki itu tidur selepas mengambil dadah dan pil tidur.

Dia kemudian mencampakkan organ seks suaminya, warga Taiwan berusia 29 tahun ke dalam sungai sebelum menyerah diri kepada polis.

“Dia ditahan atas tuduhan menyerang,” kata seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.

Wanita itu memberitahu polis, dia tidak menyesal dengan perbuatan terhadap suaminya yang menganggur dan penagih dadah. Polis berkata, Pan mendakwa menderita kerana sering dipukul walaupun dia bekerja di sebuah kelab karaoke untuk menyara keluarganya sejak pasangan itu berkahwin dua tahun lalu.

Hubungan sulit lelaki itu dengan wanita lain, yang sengaja tidak disembunyikannya, mendorong Pan bertindak demikian.

Dia boleh dihukum penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri gunting kemaluan suami, buang ke sungai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...