PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label kad pengenalan palsu. Show all posts
Showing posts with label kad pengenalan palsu. Show all posts

Betol-betol Hangat! Rupanya Isteriku Seorang Lelaki!

Oleh Kaki Wayang on

http://stat.ks.kidsklik.com/statics/files/2011/04/13018316971537485266.jpg

Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen. Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.

"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.

"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.
Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.

Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki.

P/s: Tapi kan BBH sangat pelik lah..kenapa perlu tunggu sampai 6 bulan baru tahu yer?dah tu selama ni?malam pertama dorg mcm mane pulak yerrr?seram nokkkk..kao mampoo?
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Rupanya Isteriku Seorang Lelaki!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...