PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label live streaming Malaysia vs Syria. Show all posts
Showing posts with label live streaming Malaysia vs Syria. Show all posts

Edisi Sentap! Letih punca skuad Olimpik Malaysia tewas

Oleh Kaki Wayang on


FAKTOR keletihan antara penyebab utama pasukan Harimau Muda tumbang 2-0 kepada Syria pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Anak buah Ong Kim Swee yang baru tiba ke tanah air awal pagi Isnin lalu bermain baik pada awal babak pertama namun ketumpulan penyudah diketuai Ahmad Fakri Saarani dan A Tamil Arasu gagal menghasilkan sebarang gol di hadapan 20,000 penyokong sendiri.

Pasukan Syria terlebih dahulu menguji gawang gol dikemudi Khairul Fahmi Che Mat menerusi sepakan M Zakaria Al Omari, namun sempat ditolak keluar. Malaysia tidak ketinggalan dengan melancarkan sera­ngan berbahaya dan minit 20, Wan Zack Haikal melepaskan sepakan meliar ke arah penjuru gawang pelawat.

 Fakri dilayangkan kad kuning akibat melakukan kekasaran terhadap Mohammed Farres. Selang beberapa minit, Fakri pula membuat percubaan menarik namun sudah dapat dibaca penjaga gawang, Ibrahim Alma. Anak buah Immad Eddin Khankan hampir mendahului perlawanan, tetapi sepakan Solaiman Solaiman sekali lagi diselamatkan Apex.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, Syria bertambah agresif dan mengatur permainan dengan lebih tersusun. Hasilnya, Solaiman memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-52 dengan menanduk masuk gol menewaskan Apex yang sudah tertewas.

Syria terus mendominasi permainan selepas itu dan gawang negara bocor buat kali kedua minit ke-88 menerusi jaringan pemain gantian, Nasouh Nakkdahli. Babak kedua ditamatkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu yang berakhir dengan keputusan berpihak kepada Syria mengatasi Malaysia 2-0. Pujian juga harus diberikan kepada penyokong tegar Malaysia, ‘Ultras Malaya’ yang tidak berganjak keluar dari stadium biarpun perlawanan sudah berakhir.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Letih punca skuad Olimpik Malaysia tewas

Edisi Sentap! Apek sudah menduga sepakan Ferdinand!

Oleh Kaki Wayang on

 

Tiap kali disandarkan harapan, penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak pernah mengecewakan malah dia sekali lagi menjadi watak penting kepada kejayaan skuad bola sepak negara yang meraih pingat emas di Sukan SEA XXVI Indonesia 2011. 

Selain cemerlang mengawal asakan hebat pemain-pemain Garuda Muda sepanjang 120 minit selepas rakan sepasukan bagaikan sudah kehabisan tenaga, Khairul yang lebih dikenali sebagai Apek dilihat menjadi faktor penting membawa skuad negara memenangi pertarungan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga penghujung perlawanan.

Pada sepakan penalti terakhir Indonesia yang diambil penyerang gantian Ferdinand Sinaga, Apek berkata, melalui gerak hatinya, dia sudah dapat membaca arah tendangan pemain berkenaan.

''Pada situasi semalam, saya sudah dapat duga arah sepakan yang akan diambil oleh dia (Ferdinand) apabila tengok gaya dia meletakkan bola. ''Saya memberikan fokus lebih 100 peratus untuk cuba menyelamatkan sepakan tersebut kerana sedar itu sepakan terakhir oleh mereka (Indonesia). ''Alhamdulilah, telahan saya pada sepakan terakhir benar-benar tepat dan apabila Baddrol (Bakhtiar) berjaya mengambil sepakan, saya cukup gembira kerana dapat membantu negara menyumbangkan emas," katanya.

Malaysia muncul juara dengan keputusan 4-3 mengetepikan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno melalui penentuan sepakan penalti.

Walaupun telah menyumbangkan dua kejayaan berturut-turut selepas menjuarai Piala AFF pada tahun lalu, Apek mengakui, dia belum lagi puas memberikan lagi kejayaan kepada pasukan negara.

''Selepas membantu memenangi emas kepada negara dan menjuarai Piala AFF, saya rasa masih banyak lagi saya boleh berikan kepada skuad negara terutama kita masih berada dalam saingan kelayakan Olimpik. ''Kini saya berhasrat kita mampu melakukan sesuatu pada saingan kelayakan Olimpik, saya harap kita boleh mengejutkan Syria. ''Soal penat dan jadual padat harus ketepikan dahulu, ia tidak boleh dijadikan alasan, apa yang lebih mustahak kita mesti capai satu keputusan yang membanggakan pada perlawanan esok (hari ini)," katanya.

Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Apek sudah menduga sepakan Ferdinand!

Malaysia vs Syria Kelayakan Olimpik London 2012

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah..tahniah dan syukur atas kemenangan yang dijelmakan oleh Skuad Harimau Muda Malaysia yang berjaya mengungguli saingan Akhir Bolasepak Sukan Sea apabila menewaskan Indonesia melalui sepakan penalti (4-3) selepas hanya mampu seri 1-1 selepas tamat perlawanan. Ini bermakna Pasukan Malaysia mempertahankan kejuaraan yang dimilikinya 2 tahun lalu di Laos. Apapun tahniah Pasukan Harimau Muda yang membaham Sang Garuda.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwj4m4pk0QWGP38TNAwbeOLj_aVdGCvGZ8mnzYH_DroSP_6RvgWK68DfQvztkSUnF8eDXujedWBUuOpwhMIv0V2pL9dCgN7ux2dl8L5QW0vr0bxUHIUU5CBojbRrTTGy1n3gSEXMRm-hAL/s1600/logo_london2012_asian_quali_3x2.gif

Selang 4-5 jam selepas kemenangan itu, Pasukan Malaysia bergegas ke Lapangan Terbang Indonesia dan seterusnya pulang ke tanahair bagi menghadapi satu lagi tugas getir apabila dijadualkan bertemu Syria pada Rabu ini (23 Nov. 2011) bagi saingan Kelayakan Sukan Olimpik 2012. Apa yang kita harapkan Malaysia mampu untuk bersaing dengan salah sebuah pasukan gergasi timur tengah itu nanti. Kami sebagai rakyat Malaysia faham akan keletihan dan keperitan seluruh pemain pasukan Malaysia namun kami masih mengharapkan agar Pasukan Malaysia mampu untuk bersaing dengan pasukan Syria nanti..

Apa yang saya harapkan, janganlah ada diantara kita mengutuk seandainya Pasukan Malaysia tidak mampu untuk bermain sebaik mungkin nanti tetapi berilah sokongan tidak terhingga kepada mereka.

Keputusan Malaysia - Syria: 0 - 0

Jadual Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012


- Malaysia vs Syria, 23 November 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Malaysia vs Bahrain, 27 November 2011 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Bahrain vs Malaysia, 5 Februari 2012.

- Malaysia vs Japan, 22 Februari 2012 di Stadium National Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia.

- Syria vs Malaysia, 14 March 2012.




Sila baca selanjutnyaMalaysia vs Syria Kelayakan Olimpik London 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...