PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label pelacur warga china. Show all posts
Showing posts with label pelacur warga china. Show all posts
Home » Posts filed under pelacur warga china
Edisi Sentap! Mak Hidap HIV Sanggup Jual Anak Dara Sebab Nak Duit - Apa Punya Mak!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara
suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu
kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan
wang dengan cara mudah.
Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang
berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan
keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) untuk diberi bantuan.
Edisi Sentap! 17 suspek sindiket pornografi budak ditahan!
Oleh Kaki Wayang on
Seramai 17 orang ditahan di Britain, Perancis, Itali, Sepanyol dan
Belanda atas dakwaan terlibat dengan sindiket pornografi kanak-kanak
secara dalam talian, menurut Agensi Pengawasan Europol, kelmarin.
Agensi berpusat di The Hague itu melaporkan seramai 37 suspek sindiket tersebut telah dikenal pasti menerusi siasatan sejak lebih setahun lalu.
Agensi berpusat di The Hague itu melaporkan seramai 37 suspek sindiket tersebut telah dikenal pasti menerusi siasatan sejak lebih setahun lalu.
Edisi Sentap! Melacur Kerana Mahu Kumpul Duit Kahwin - Haram Hukumnya!
Oleh Kaki Wayang on
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Pada ketika ini, jam sudah menunjukkan pukul
8.38..agak bosan untuk bekerja dalam situasi seperti ini..pelajar cuti semester
pendek menyebabkan suasana bekerja itu kurang..ibarat jurulatih handalan yang
tidak mempunyai pemain bolasepak..(erkk tak de kena mengena)
Entri kali ini, berkenaan dengan seorang wanita
yang bekerja sebagai pelayan dan kemudiannya terjerumus ke dalam kancah
pelacuran atas sebab-sebab desakan hidup..wanita berkenaan mengatakan bahawa
dia buat “perkara itu” atas sebab-sebab nak kumpul duit buat persediaan nak
kahwin tak lama lagi..
Ustaz Kaki Wayang (amin..)
nak tegaskan di sini..walau apa pun alasannya sekalipun, perbuatan wanita itu
melacurkan diri merupakan perbuatan yang ditegah dalam Islam. Pelacuran dalam Islam adalah haram hukumnya dan berdosa
besar.
Islam
juga melarang berkahwin dengan pelacur:
Dalam hal
ini ada suatu riwayat yang diceriterakan oleh Murtsid dari Abu Murtsid, bahwa
dia minta izin kepada Nabi untuk kahwin dengan pelacur yang telah dimulainya
perhubungan ini sejak zaman jahiliah, namanya: Anaq. Nabi tidak menjawabnya
sehingga turunlah ayat yang berbunyi:
Lelaki tukang zina tidak (boleh) kahwin, melainkan dengan perempuan
penzina dan musyrik, dan perempuan penzina tidak (boleh) kahwin,melainkan
dengan lelaki penzina atau musyrik.Yang demikian diharamkan atas orang-orang
mukmin.(Al-Quran Surah An-Nur:3)
Kemudian
Baginda bacakan ayat tersebut dan berkata:
"Jangan kamu kahwin dengan dia" (hadis riwayat Abu
Daud,An-Nasa'i dan Tarmizi)
Ikuti
kisahnya di sini…!
Seorang
pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja
di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal
berlangsung beberapa bulan lagi.
Alasan
itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian
(D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke
tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi
semalam. Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang
lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.
Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.
Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.
Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.
“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.
“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras. “Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.
Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.
Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.
Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.
“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.
“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras. “Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.
Edisi Sentap! Hanya Kerana Topup RM10.00 Aliya Sanggup Melacurkan Diri!
Oleh Kaki Wayang on
Hanya topup RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan
berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu
mengadakan hubungan seks dengannya.
Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu
pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah
melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. pelajar itu yang hanya mahu
dikenali sebagai aliya berkata, dia mula membabitkan diri dengan
kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita
lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di
bandar raya ini.
“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian
berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan
keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan
faktor kemiskinan,” katanya.
Aliya berkata, selepas menceritakan masalah kewangan
dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu
kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.
“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa
ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum
didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. “Sebelum berbual, saya
melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan
sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk
menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.
Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa
ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. “Saya hanya
tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada
masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil
menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.
Aliya berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk
melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki
yang dikenali saja semata mata untuk memperoleh topup free. “Selepas
kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas
waktu sekolah hingga mampu hidup senang.
“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan
seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada
kemaluan,” katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia
berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa
dilakukannya. “Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu
mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti
nasib lebih buruk,” katanya.
Edisi Sentap! Pengetua Sekolah cari pelacur di Internet!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang pengetua di sebuah sekolah ternama di republik ini bersama
beberapa penjawat awam kanan disiasat kerana melanggan pelacur daripada
sindiket maksiat di Internet, menurut laporan media tempatan. Penjawat awam itu disyaki apabila Jabatan Siasatan Jenayah (CID)
dan Jabatan Perisikan Polis (PID) melakukan beberapa serbuan terhadap
sindiket maksiat akhir Disember lalu, lapor akhbar Shin Min.
Senarai nama pelanggan sindiket yang didedahkan antara bukti yang dirampas dalam serbuan bersar-besaran itu. The Straits Times melaporkan kira-kira 80 orang, termasuk penjawat awam membantu polis dalam siasatan terhadap operasi maksiat di Internet.
Menurut laporan Shin Min, penjawat awam berpangkat tinggi itu, termasuk pengetua terbabit sudah meletakkan jawatan. Penjawat awam itu bertugas di pelbagai jabatan kerajaan - kebanyakannya daripada jabatan pendidikan dan kakitangan berpakaian seragam.
Menurut laporan itu, pengetua terbabit tinggal di kondominium mewah di timur negara itu bersama keluarganya. Setiap unit kediaman di kawasan itu mencecah harga pasaran sekurang-kurangnya SGD$1 juta (RM2.5 juta) dan semua penduduknya memandu kereta mewah. Lelaki berusia 39 tahun itu sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki.
Edisi Sentap! Sanggup Berhutang Untuk Menjadi Seorang Pelacur!
Oleh Kaki Wayang on
Permintaan yang tinggi untuk khidmat seks mendorong sindiket yang
menguruskan kemasukan wanita dari China mengaut keuntungan besar dengan
mengenakan bayaran purata RM10,000 seorang untuk membantu mereka menjadi
pelacur atau pegawai perhubungan pelanggan (GRO) yang memberi khidmat
seks di Malaysia.
Sindiket tersebut mengumpul kekayaan dengan cara mudah memandangkan
wanita China adalah kumpulan pelacur yang paling ramai ditahan dalam Ops
Noda yang dijalankan oleh pihak polis di seluruh negara sepanjang tahun
lalu. Mengikut statistik Polis Bukit Aman, daripada 11,832 warga asing yang
ditahan sepanjang tahun lalu, wanita China membentuk jumlah terbesar
sebanyak 5,922 orang. Secara purata 16 orang wanita China ditangkap
setiap hari.
Jika kesemua wanita China itu menggunakan khidmat sindiket dan
membayar RM10,000 seorang, bermakna hasil kutipan organisasi haram yang
menguruskan kemasukan pelacur negara berkenaan ke Malaysia adalah
sebanyak RM59.2 juta.
Menurut sumber Kosmo! Ahad, wang tersebut dibayar bagi membiayai kos penerbangan, makanan dan tempat tinggal semasa berada di Malaysia.
Sebaik tiba di sini, wanita-wanita China itu akan disambut oleh
ejen-ejen sindiket yang menguruskan segala keperluan termasuk mencari
pelanggan. Sumber itu memberitahu, terdapat juga wanita China yang telah
melangsaikan hutang kepada sindiket dan pulang ke negara asal mereka
sebelum memasuki semula Malaysia secara solo. Biarpun pihak berkuasa khususnya Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan
Perjudian (D7) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa
kerap melakukan operasi, kegiatan tidak bermoral itu semakin berleluasa
serta menjadi penyumbang kepada masalah sosial di negara ini.
Edisi Sentap! Restoran Hidang Pelacur China!
Oleh Kaki Wayang on
Siapa sangka di tengah kebun kelapa sawit di sini wujud sebuah
restoran yang bukan saja menyajikan masakan Cina malah mempunyai pilihan
untuk mendapatkan 'hidangan tambahan' berupa khidmat seks daripada
pegawai perhubungan pelanggan (GRO).
Restoran itu baru sebulan beroperasi dan hanya dibina dengan kayu. Ia terletak 500 meter dari jalan besar dan kira-kira 3.5 kilometer dari pekan Jenjarom, Banting.
Kegiatan tersebut terbongkar, hasil risikan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor sejak seminggu lalu sebelum membuat serbuan pada pukul 8.30 malam kelmarin.
Edisi Sentap! Suami Terkejut Pelacur Yang Dilanggan Isterinya Sendiri!
Oleh Kaki Wayang on
Seorang lelaki hidung belang terperanjat di sebuah pelacuran kerana sang pelacur yang hendak disewa ternyata isterinya sendiri?
Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.
"Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi," ujarnya kepada suratkhabar setempat.
Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja sebagai kpekerja di salah satu kedai di pusat kota. "Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai," tuturnya.
Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?
Seperti dikutip Reuters, lelaki tersebut benar-benar terkejut setelah membuka pintu bilik pelacuran. Bagaimana tidak, seorang wanita seksi yang tengah duduk di atas ranjang adalah isterinya sendiri.
"Saya sungguh tercengang! Saya berfikir saya sedang bermimpi," ujarnya kepada suratkhabar setempat.
Selama ini, lelaki itu tak pernah menyangka isterinya bekerja sebagai penjaja seks komersial. Sepengetahuan dia, isterinya bekerja sebagai kpekerja di salah satu kedai di pusat kota. "Isteri saya pernah minta izin kerja untuk mendapat penghasilan tambahan sebagai pekerja kedai," tuturnya.
Akibat insiden memalukan itu, pasangan yang telah 14 tahun menikah itu pun akhirnya memutuskan untuk bercerai. Kini, mereka pun menjalani hidup masing-masing. Tak ada yang tahu, apakah perceraian itu menciptakan hubungan baru sebagai pelanggan dan pelayan seks?
Edisi Sentap! Kompleks Sukan Bukit Jalil sarang maksiat?
Oleh Kaki Wayang on
Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks
Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang
dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh
badan, malah hingga ke ranjang.
Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yang
kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan
berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yang mengunjungi
kompleks itu, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti
kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.
Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yang melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.
Sebaik lelaki terbabit menunjukkan minat untuk berurut, kumpulan
wanita seksi itu mula menggoda supaya turut mendapatkan khidmat seks,
sama ada di katil urut atau dibawa ke tempat lain, dengan bayaran
dipersetujui kedua-dua pihak.
Siasatan mendapati setiap pusat urut mempunyai antara lima hingga 10 pekerja wanita sambil diawasi beberapa lelaki yang memerhatikan gerak-geri bakal pelanggan, selain memastikan kawasan itu selamat daripada serbuan pihak berkuasa.
Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yang disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yang dipisahkan melalui tirai.