PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label pemain bolasepak muslim. Show all posts
Showing posts with label pemain bolasepak muslim. Show all posts

Betol-betol Hangat! Cesc Fabregas Sah Milik Barcelona!

Oleh Kaki Wayang on

 
Kepada peminat pasukan Arsenal anda pasti akan rasa terkilan dan mungkin tertanya-tanya..dengan keluarnya Cesc Fabregas dari Arsenal..masih mampukah Arsenal untuk terus bersaing dalam Liga Perdana Inggeris yang baru sahaja bermula baru-baru ini..Perkara ini dilihat atas sebab-sebab Cesc Fabregas merupakan salah seorang tunjang utama dalam pasukan Arsenal dan merupakan Ketua Pasukan Arsenal..tapi dengan penghijrahan beliau ke Barcelona sudah tentunya para peminat pasti akan merindui aksi lincah Cesc Fabregas merobek benteng lawan..

Selamat Datang ke Barcelona! Himpunan pemain-pemain bolasepak terbaik didunia!

Melihat kepada gambar diatas..CESC Fabregas menunjukkan jersi barunya sambil diperhatikan Pengarah Sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta (kiri) dan Naib Pengerusi Barcelona, Josep Maria Bertomeu pada majlis pengenalan rasmi di Stadium Camp Nou, semalam..Gambar berkenaan menunjukkan Cesc Fabregas kini SAH milik Barcelona!
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Cesc Fabregas Sah Milik Barcelona!

Betol-betol Hangat! Wigan mahu uji Baddrol

Oleh Kaki Wayang on

 

KELAB Liga Perdana England, Wigan Athletic dikhabarkan mahu menawarkan ujian percubaan kepada pemain skuad bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar.

Berita mengejutkan itu telah dipaparkan di sebuah laman web bola sepak United Kingdom, www.eyefootball.com kelmarin dengan tajuk Baddrol Bakhtiar to join Wigan?.

Baddrol yang baru berusia 23 tahun merupakan pemain skuad Liga Super Kedah dan boleh beraksi di posisi sayap mahupun sebagai penyerang. Berdasarkan laporan berita tersebut, usaha Wigan untuk mendapatkan Baddrol adalah sebagai salah satu langkah kelab itu meluaskan peluang perniagaan barangan cenderamata mereka ke Malaysia.

Namun sejauh mana kebenaran berita tersebut masih belum dapat dipastikan apabila Baddrol sendiri mendakwa dia belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada pihak Wigan.

“Saya tak tahu apa-apa tentang perkara ini. Mungkin khabar angin saja. Saya tak pasti. Saya sendiri pun tak tengok lagi laman web terbabit,” kata Baddrol ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya andai laporan itu benar dan tawaran rasmi daripada Wigan bakal menyusul selepas ini, Baddrol berkata: “Kalau betul memang ada tawaran, insyaallah saya akan pergi dan cuba.”

Baddrol sebelum ini pada 2008 ketika usianya baru mencecah 20 tahun bersama-sama Bunyamin Umar pernah dihantar berlatih selama dua minggu ke sebuah lagi kelab Liga Perdana England, Chelsea.

Wigan di bawah bimbingan pengurus, Roberto Martinez memulakan kempen saingan liga musim ini dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan pendatang baharu, Norwich City malam kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad turut terkejut dengan berita tersebut, tetapi menganggap ia sesuatu perkembangan yang positif andai benar-benar berlaku.

“Saya pun tak tahu tentang berita ini. Tapi jika benar, pada saya ia satu perkembangan positif dan baik untuk bola sepak negara,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! kerana kini berada di luar negara.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Wigan mahu uji Baddrol

Betol-betol Hangat! Siapa Kenal Abdul Salam Bilal Anelka?

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMzd57bb3gvT9pgucpW1rXGxwAFpKF_t6bXi_-doL1UxRt01V3GpEYtP0M02R7dI5xPwrVy-UqYRXTpXADU1ZjHtc7wTI3RWhhDCXfnD1aGKRp9SNptMlmpV-8yB971EcJrRQeZAl1Yq41/s1600/anelka+muslim.jpg 

Siapa kenal Abdul Salam Bilal Anelka? konfem ramai yang tak kenal..tapi korang kenal tak Nicholas Anelka? Pemain bolasepak terkenal pasukan Chelsea..pada yang tak mengetahui mengenainya..beliau merupakan seorang muslim..salah seorang saudara seislam kita..

http://www.gala.fr/var/gal/storage/images/les_stars/leurs_bio/anelka_nicolas/images/nicolas_anelka/275776-1-fre-FR/nicolas_anelka_reference.jpg

Dalam suratkhabar hari ini menyatakan bahawa walau sesibuk mana pun NA melayan karenah peminatnya yang datang untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengannya..beliau begitu peka apabila peminat yang beragama Islam mengucapkan "Assalammualaikum" kepadanya..kalau kita? Tepuk dada tanya iman..fikir-fikirkanlah..selamat beramal..selamat datang ke Malaysia Nicholas Anelka..So proud of you..

P/s: Jangan lupa tengok perlawanan Malaysia vs Chelsea esok kat Stadium Nasional Bukit Jalil tau..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Siapa Kenal Abdul Salam Bilal Anelka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...