PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label perangi cetak rompak. Show all posts
Showing posts with label perangi cetak rompak. Show all posts

Edisi Sentap! Perang Facebook, pelajar perempuan dibelasah!

Oleh Kaki Wayang on

MANGSA  menunjukkan kesan lebam akibat dibelasah  15 pelajar perempuan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, semalam. - Foto Shamsul Munri Safini

Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini. 

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.
 
Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Perang Facebook, pelajar perempuan dibelasah!

Edisi Kaki Wayang! Top 10 Filem Yang Dicetak Rompak Pada Tahun 2011!

Oleh Kaki Wayang on


Top 10 Most Pirated Movies of 2011
List ape nii? Haaa..kalau nak tahu (itu pun kalau nak tahu) tak nak tahu sila main jauh-jauh..List di atas menggambarkan 10 filem TOP yang dicetak rompak dan domuat turun oleh penggemar filem "sedut"..Nampaknya aku kena berterus terang di sini..dari senarai yang ada dalam list ini..9 daripadanya merupakan filem yang menjadi pilihan aku untuk dimuat turun..hanya filem 127 Hours sahaja yang tak sempat aku nak download..

127 Hours? Wahhh baru teringat akan filem ini..tak ingat tajuknya..pas ni leh lah download filem ni..sebuah filem kisah benar yang menarik dan mendebarkan untuk ditonton..

BErbalik kepad 9 buah filem yang aku download..semuanya adalah dalam versi/ format Bluray 1080p..dan filem Rango dalam list tersebut merupakan salah satu filem yang aku download sebagai Untouched Bluray berkapasiti 43.1GB..filem lain aku hanya mampu download dalam format BluRay Rip sahaja..Jangan ingat BluRay Rip yang aku download ni file dia kecik okey..semuanya berkapasiti dalm 11GB dan ke atas..

Sila baca selanjutnyaEdisi Kaki Wayang! Top 10 Filem Yang Dicetak Rompak Pada Tahun 2011!

Betol-betol Bengap! Anak ajak rakan rompak ibu sendiri!

Oleh Kaki Wayang on

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak melakukan jenayah dengan mengajak rakannya untuk merompak rumah ibunya sendiri di Taman Tanjung Indah di sini. Remaja yang tidak bersekolah dan dikatakan telah lari dari rumah ibunya sebelum ini, mengajak tiga rakannya untuk memecah masuk kediaman ibunya yang berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang.

Dua daripada rakannya itu juga remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, kesemua mereka menetap di Gelang Patah, Johor Bahru. Mereka memecah masuk rumah wanita berusia 42 tahun itu pada 1 November lalu tetapi kecekapan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang ditahan secara berasingan pada 25 November lalu di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa membuat laporan rumahnya dipecah masuk setelah menyedari mangga pintu gril hadapan rumahnya dipotong dan kehilangan wang tunai RM5,000 serta sebuah komputer riba jenama Acer. Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang bekerja pada pukul 7.40 petang.

"Hasil siasatan polis, semua wang tunai yang dicuri dibahagikan sama rata manakala komputer riba mangsa dijual di sebuah kedai komputer di pusat beli-belah di Plentong, Johor Bahru," katanya.

Suspek yang berusia 42 tahun dikatakan mengambil semua wang hasil jualan komputer riba itu bernilai RM2,500, berdasarkan penemuan resit jualan di kedai komputer tersebut. Din berkata, anak mangsa yang ditahan di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru mengaku menjadi perancang dan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah itu manakala tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengap! Anak ajak rakan rompak ibu sendiri!

Betol-betol Bengang! Please unblock!

Oleh Kaki Wayang on


Ngah tunggu kete siap service..tetiba terbaca satu artikel yang menyatakan 10 downloading sites akan di block oleh kerajaan Malaysia..semua itu dilakukan adalah bertujuan untuk membendung cetak rompak dan piracy yang sangat-sangat meluas sekarang ini..dan aku termasuk dalam golongan-golongan "pendownload tegar" itew..bila baca je artikel ni terdetik dihati mengharapkan agar fileserve, netload dan rapidshare tak masuk dalam list tu..ternyata hanya fileserve sahaja yang di block..tapi kan site yang aku slalu dok cari software dan application pon di block juga..warez-bb.org?sedihlaaaa..seb baek ada 1 lagi site yang aku leh masuk dan download application, movie dan macam-macam lagilah..


Dan yang paling best site BluRay kerajaan Malaysia tak block..so leh lah aku mendownload nanti..lagipun aku kan peminat tegar movie-movie BluRay..Berikut merupakan 10 downloading sites yang akan dan mungkin dah diblock sekarang ini..cuba korang check:


1.   http://www.warez-bb.org
2.   http://thepiratebay.org
3.   http://www.movie2k.to
4.   http://www.megavideo.com
5.   http://www.putlocker.com
6.   http://www.depositfiles.com
7.   http://www.duckload.com
8.   http://www.fileserve.com
9.   http://www.filestube.com
10. http://www.megaupload.com

Kat sini pon ada cite sal ni..The Plain Yard
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Bengang! Please unblock!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...