PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label perlindungan. Show all posts
Showing posts with label perlindungan. Show all posts

Betol-betol Hangat! Kepentingan Memiliki Insurans

Oleh Kaki Wayang on

Dewasa ini, Perlindungan insurans amatlah diperlukan..terdapat beberapa syarikat yang menawarkan insurans berlandaskan syariah yang dibenarkan. Salah satu daripadanya adalah Takaful Ikhlas. Dalam tajuk kali ini, admin ingin membincangkan kenapa Insurans begitu penting dalam kehidupan? Sebelum itu, sila lihat video ini terlebih dahulu untuk memahami dengan lebih lanjut lagi akan kepentingan insurans:

1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan.

2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka. Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.

4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insuran
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.

5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/ kesihatan yang tinggi.

6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.

7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan kekal sepanjang hayat.

8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga
.
9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan yang sempurna tanpa insurans hayat.

10. Sebagai sokongan kepada rakan
Orang membeli insurans hayat kerana seribu satu sebab. Tidak dinafikan, ada yang membeli insurans hayat untuk menyokong seorang rakan ejen.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kepentingan Memiliki Insurans

Betol-betol Hangat! Kepentingan Mempunyai Perlindungan Insuran Dalam Kehidupan

Oleh Kaki Wayang on

INSURANS?KEPENTINGAN MEMPUNYAI INSURANS DALAM KEHIDUPAN

Bagaimana ianya boleh membantu?
Apakah kepentingan insurans?
Kenapa ianya diwujudkan?
Kenapa manusia perlukan Insurans?
Apakah kaitan insurans dengan masyarakat?

Untuk menjawab semua persoalan itu..Sila lihat dan baca sedikit luahan, pengalaman dan penerimaan seorang pelanggan dan masyarakat Malaysia:


“Perkhidmatan perlindungan insuran memang diakui perlu dalam kehidupan. Ianya dapat membantu kita sekiranya kita menghadapi masalah. Sebagai contoh jika kereta kita kemalangan dan melibatkan kos pembaikan yang besar kita terpaksa menggunakan perkhidmatan pihak insuran untuk membayar kos pembaikan kenderaan tersebut dan sekiranya kita menghadapi penyakit kronik yang termasuk dalam senarai yang dilindungi oleh pihak insuran, pihak insuran akan membiayai kos perubatan tersebut. Dan sebaliknya sekiranya kita tidak dilindungi oleh insuran maka kita terpaksa membayar dengan wang saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul daripada kemalangan kereta ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum dan selepas memilik perlindungan insuran untuk anak saya. Pada tahun 2006 sebelum saya membeli perlindungan insuran untuk anak saya, anak saya telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada masa tersebut saya belum mengetahui yang anak saya dijangkiti penyakit tersebut. Saya ingat dia hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik swasta dan hospital. Walau bagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik dan hospital saya mendapati tahap kesihatan anak saya semakin merosot. Dia tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati beliau semakin sakit saya mengambil keputusan untuk merujuk anak saya ke Pusat Pakar Perubatan Normah. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya anak saya dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit demi kesihatan anak, saya sanggup berkorban apa saja.

Setelah diperiksa oleh pakar, barulah saya dimaklumkan bahawa anak saya dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak saya ditahan untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat tersebut saya terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM3,500. Di situlah saya berfikir jika anak saya dilindungi oleh insuran, kos tersebut mungkin saya tidak perlu bayar.

Setelah berfikir untuk masa depan anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membeli perlindungan insuran untuk anak-anak saya. Pakej yang saya ambil adalah termasuk perubatan dan simpanan. Disamping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital akibat penyakit saya juga menabung untuk masa depan mereka.

Setelah hampir dua tahun membeli perlindungan tersebut anak saya sekali lagi dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan kuman di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah dimasukkan ke dalam hospital tersbut selama 2 hari saya dikenakan bayaran sebanyak RM2,000. Setelah merujuk kepada agen insuran saya, saya hanya perlu membayar sebanyak RM100 sahaja sebagai bayaran untuk kos yang tidak ditanggung seperti caj pentadbiran. Dengan itu, masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk anak saya dapat saya pindahkan kepada pihak insuran. Saya berasa perlindungan insuran yang saya ambil amat membantu menyelesaikan masalah kewangan saya dan saya amat berharap agar rakan-rakan sekalian mengambil iktibar dariapada kisah saya ini untuk perlindangan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang akan datang.”

SUMBER:
MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAK

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kepentingan Mempunyai Perlindungan Insuran Dalam Kehidupan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...