PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label ranking alexa. Show all posts
Showing posts with label ranking alexa. Show all posts

Edisi Paling Hangat! Alexa Ranking Naik Lagi - Wah Suke..!

Oleh Kaki Wayang on

Pertama kali Alexa Ranking blog ni berada dibawah 300,000 setelah beberapa bulan berusaha untuk memperbaiki kedudukan dalam kalangan blogger-blogger di seluruh dunia dan diperingkat Malaysia..dengan bantuan kemaskini entri pada setiap hari dan kehadiran pengunjung yang tak putus-putus walaupun pada waktu 1am-6am (waktu orang semua dah tido)..menyumbang kepada peningkatan yang begitu ketara terhadap Alexa Ranking ini..

Blog ini bermula ditangga ke 27,000,000 di dunia..dan kini..ianya berada pada kedudukan 293,567 (Global Ranking) dan yang ke 1,439 di Malaysia..masih jauh lagi nak kejar blogger-blogger hebat seperti Ben Ashaari, Denaihati, Erti Kehidupan, Yuyu Zulaikha mahupun Eyriqazz..

Sila jangan gelak eh kedudukan yang tak seberapa  dan tak kukuh lagi ni..

Tapi aku masih berbangga dengan kedudukan yang ku capai setakat ini..InsyaAllah ranking ini akan sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa..bergantung kepada trafik dan kemaskini entri..

Apa pun jutaan terima kasih dirakamkan khas kepada semua pembaca blog ini..sudi-sudikanlah membaca dan sentiasa mencari maklumat di blog ini..InsyaAllah isi kandungan blog akan sentiasa diperbaiki akan mutunya..
Sila baca selanjutnyaEdisi Paling Hangat! Alexa Ranking Naik Lagi - Wah Suke..!

Betol-betol Sengal! Maut dipatuk tedung peliharaan

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYFL7hYTRj4YS2Ox3cohK7Tq-dXRut-jobcHdzNxYfe4rN49HAi-OHH97_5ejdV0S0pL0xR9tARyIf_qV2_oWVv7-UnAGEzpF8NdZe-eKqR8fBFAlkhQG-5dA4C3w4RlWUD7UF2-dgW08/s400/spitting-cobra.jpg

Seorang penternak ular maut dipatuk ular tedung beberapa hari selepas dia menegaskan haiwan berkenaan tidak membahayakannya. Akibat patukan berbisa reptilia itu, Luke Yeomans, 45, menghembuskan nafas terakhir selepas mengalami serangan jantung di Nottinghamshire.

Pada awalnya, Yeomans bercadang membuka pusat peliharaan ular kepada orang ramai pada hujung minggu ini. Di situ, dia menempatkan 24 ular pelbagai jenis. Walaupun mengundang kebimbangan, Yeomans menegaskan keadaan di situ benar-benar selamat kepada sesiapa saja.

Untuk memberi keyakinan ramai, Yeomans mempamerkan gambarnya mencium kepala ular tedung kepada orang ramai. Katanya, ular itu tahu dia memberi mereka makanan segar dan air mencukupi sehingga ia tidak akan membahayakan sesiapa saja.

“Ada orang menganggap saya gila, tetapi sebaliknya saya rasa ini kerja yang baik.

“Saya membiakkan ular tedung bagi mengelakkan kepupusan,” katanya.

Seorang rakan berkata, Yeomans mungkin terlalu yakin sehingga tidak berhati-hati langsung ketika menangani ularnya. Anggota paramedik menemui mayat Yeomans di pusat peliharaan ular yang terletak di belakang rumahnya. Ular berkenaan pula dikurung bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Maut dipatuk tedung peliharaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...