PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label review filem Green Lantern. Show all posts
Showing posts with label review filem Green Lantern. Show all posts

Betol-betol Hangat! Review Filem Green Lantern 3D

Oleh Kaki Wayang on

http://fc04.deviantart.net/fs71/f/2010/064/9/d/Green_Lantern_Movie_Poster_by_NotAShrimp.jpg

SATU demi satu adiwira muncul di panggung dan setiap satunya tampilkan kuasa tidak masuk akal yang menjadi kekaguman penonton. Sehingga, jika dikumpulkan semua mereka, pasti dunia akan terus aman. Namun hakikatnya ia sebuah lagi ilusi yang cuba menutup kelemahan kemanusiaan yang cuba mencari harapan.

Green Lantern ialah satu daripada ilusi harapan yang cuba dikembangkan pengarah dan penciptanya DC Comics. Adakah ia berjaya? Bagi penulis, ya! Ada yang mempertikaikan pemilihan Ryan Reynolds sebagai adiwira baru dalam barisan adiwira sedia ada kerana dia lebih menyerlah sebagai pelawak bersahaja yang boleh mencairkan hati wanita. Namun bagi penulis, dia memiliki pakej lengkap untuk bergelar adiwira. Selain lucu, dia mampu memikul tanggungjawab sebagai pelakon watak serius yang boleh diharapkan.

green-lantern-film


Antara kejayaan cemerlangnya ialah melalui filem Buried yang berjaya memecah watak klise biasa yang pernah dilakonkannya.

Plot Green Lantern tidak jauh berbeza dengan mana-mana filem bergenre sama. Yang membezakannya ialah pelakon, teknologi imej janaan komputer (CGI), kuasa dimiliki dan lokasi pilihan. Dalam hal ini, kuasa Green Lantern boleh diibaratkan sebagai tidak masuk akal yang luar biasa. Yakni menggunakan daya imaginasi sendiri untuk mematahkan serangan musuh.

Tidak perlu bergantung kepada satu kuasa semata-mata, Green Lantern memenuhi impian setiap anak kecil yang sering berkhayal mahukan kuasa hebat.

Lokasi pilihan sang hero juga lebih luas dan tidak tertakluk di bumi saja. Di mana saja tanggungjawab sang hero, termasuk seluruh alam semesta ciptaan DC Comics. Daripada segi teknologi CGI, tiada apa hendak diperkatakan kerana ia sejajar dengan konsep dan plot yang cuba disampaikan. Malah bila filem ini turut menggunakan aplikasi 3D, ternyata usaha itu berbaloi.

Sinematografi yang cuba ditampilkan pada suasana alam semesta yang terjalin antara satu sama lain turut menjadi tarikan fizikal kepada filem ini. Reynolds boleh dikatakan berjaya membawa watak Hal Jordan selaku adiwira baru. Pun begitu, Reynolds perlu perkemaskan lagi watak Hal supaya lebih diterima ramai peminat siri adiwira.

Plot Green Lantern berkembang pada jaluran ringan dan sangat mudah difahami, sekali gus penonton dapat menghayati dengan rasa puas dan selesa. Filem aksi terbaru ini yang mengambil latar alam semesta, sebenarnya dibentuk dan dipecahkan kepada beberapa sektor.

Setiap sektor yang wujud sejak berkurun lamanya sebelum wujudnya manusia dijaga oleh Green Lantern Corps, sebuah persatuan membabitkan wakil pahlawan setiap makhluk alam semesta. Satu hari, ketenteraman semesta digugat musuh baru Parallax yang berjanji akan memusnahkan keseimbangan kuasa di alam semesta.

Namun selepas kematian pahlawan ulung Abin Sur, kesatuan itu terpaksa bergantung harap kepada anggota terbaru, yakni manusia bernama Hal Jordan. Masalah Hal ialah dia tidak percaya kemampuan diri, lantas hampir mengecewakan ramai pihak, termasuk kekasihnya, Carol Ferris (Blake Lively) yang percaya Hal perlu mengambil tanggungjawab ini.

Secara jujur, filem ini mampu menjadi pilihan terkini golongan remaja dan anak muda yang gilakan ‘kuasa’. Walaupun belum mampu mematahkan ‘kuasa’ dimiliki siri adiwira X-Men, Green Lantern mempunyai daya tarikan tersendiri.
DATA
FILEM: The Green Lantern
ARAHAN: Martin Campbell
PELAKON: Ryan Reynolds, Blake Lively, Peter Sarsgaard dan Mark Strong
GENRE: Aksi kembara
TAYANGAN: 16 Jun 2011


Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Review Filem Green Lantern 3D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...