PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label sekuel kung fu panda. Show all posts
Showing posts with label sekuel kung fu panda. Show all posts

Betol-betol Best! Datuk Michelle Yeoh dalam Kung Fu Panda 2

Oleh Kaki Wayang on

Nantikan Datuk Michelle Yeoh dalam Kung Fu Panda 2

RAsanya macam sekejap je kan dulu filem siri pertama ditayangkan pada 2008 dan sekarang pejam celik, pejam celik dah sampai 2011 dan sekuel kedua kini muncul di layar perak..sekali lagi DragonWarror menyelamatkan dunia Kung Fu dari dihapuskan si jahat Shen. Pasti ramai yang setuju filem animasi Kung Fu Panda (2008) adalah filem yang sangat menghiburkan. Filem yang amat lucu serta aksi yang sungguh memukau ditambah pula dengan animasi yang begitu mengagumkan. Watak Po si Panda yang sungguh comel dengan aksi Kung Fu yang pelik, berjuang menyelamatkan gurunya dari musuh.

Pada tahun ini pula, Po si Panda kembali beraksi bersama gurunya serta rakan-rakan seperguruan dalam filem Kung Fu Panda 2. Filem terbitan DreamWorks Animation ini juga ada memiliki watak baru yang diperkenalkan. Antara watak tersebut ialah Soothsayer si Kambing Gunung, di mana watak ini menggunakan khidmat suara Datuk Michelle Yeoh.

Watak Soothsayer mungkin tak sebesar dengan watak-watak yang lain, yang pasti Datuk Michelle Yeoh pasti berbangga kerana diberi peluang membawa watak dalam filem animasi Kung Fu Panda 2 yang hebat serta mahal ini. Watak Soothsayer berjiwa mulia dan tidak mempunyai bakat Kung Fu seperti yang lain. Sifat kasih sayang serta perwatakan lucu menjadikan beliau disenangi.

Watak-watak utama Kung Fu Panda 2 masih menggunakan khidmat suara artis dari filem pertama seperti Jack Black, Angelina Jolie, Jackie Chan dan lain-lain. Filem ini akan ditayangkan pawagam dalam bulan Mei 2011 dan sama-samalah kita nantikan watak Soothsayer dalam filem animasi Kung Fu Panda 2.

Saksikan trailer Kung Fu Panda 2 yang hebat lagi lucu di bawah.


P/s: Pada pengamatan Betol-betol Hangat! filem Kung Fu Panda 2 ini lebih menghiburkan dan lebih aksi dari yang pertama..scene komedi sangat mengesankan walaupun ada ketika scene itu sepatutnya dilakonkan secara serius namun penghasilannya adalah scene yang sangat lucu..yelaaa sape xkenal Jack Black (Watak Po)..sangat2 berpuas hati dengan filem animasi seperti ini..kalau ada Kung Fu Panda 3..dah tentu BBH merupakan peminat setia KF dan akan menonton sekuel nya nanti. Rate filem 9/10 dari BBH.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Best! Datuk Michelle Yeoh dalam Kung Fu Panda 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...