PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Showing posts with label temberang tak menjadi. Show all posts
Showing posts with label temberang tak menjadi. Show all posts

Betol-betol Kantoi! Temberang tak menjadi!

Oleh Kaki Wayang on

Taktik seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa meminjam motosikal rakannya tidak menjadi apabila dia dicekup dalam operasi bersepadu di persimpangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin kerana memiliki motosikal curi. Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai baru mencuri motosikal Honda di Jalan Stadium, di sini, jam 9 malam sebelum ditahan polis dua jam selepas itu.

Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah, berkata pelajar itu memberi alasan meminjam motosikal kawannya dan mahu pulang ke rumahnya di Kuala Kedah, di sini.

“Pelajar itu teragak-agak dan gagal memberitahu nama kawannya yang memberikan dia pinjam motosikal itu. Apabila disoal berkali-kali, barulah dia beritahu baru lepas mencuri motosikal itu di Jalan Stadium jam 9 malam.

“Dia beri alasan pinjam motosikal kawan dan nak balik rumah di Kuala Kedah dan apabila ditanya siapa nama kawannya itu, dia tidak dapat menjawab.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya selepas mengetuai operasi itu di sini, malam kelmarin.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kantoi! Temberang tak menjadi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...