Menjadi orangtua adalah hal yang paling penting di dunia, mengajarkan anak 7 hal penting ini akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.
PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Showing posts with label tips keluarga bahagia. Show all posts
Showing posts with label tips keluarga bahagia. Show all posts
Home » Posts filed under tips keluarga bahagia
Edisi Tips Keluarga! 7 Hal Penting Untuk Diajarkan Kepada Anak!
Oleh Kaki Wayang on
Menjadi orangtua adalah hal yang paling penting di dunia, mengajarkan anak 7 hal penting ini akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.
Edisi Informasi! Rahsia Di Sebalik Janggut Suami Pada Isteri!
Oleh Kaki Wayang on
Rahsia Di Sebalik Sunnah Memelihara Janggut
Sabda Rasulullah SAW:
“Cukurlah (menipiskan) kumis dan peliharalah janggut.” (HR. Muslim)
“Tuhanku memerintahkanku untuk memelihara janggutku dan memotong kumisku.” (HR. Thabrani)
Satu kajian yang dijalankan terhadap
janggut menemui satu lagi bukti saintifik mengenai sunnah Nabi Muhammad
saw dalam memelihara janggut, ini menunjukkan bahawa wahyu Allah yang
diturunkan keatas Nabi Muhammad saw mendahului penemuan saintifik sejak
lebih 1400 tahun yang lalu.
Edisi Tips Keluarga! Amalan Khusus Agar Disayangi!
Oleh Kaki Wayang on
Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran 3:31)
Edisi Infomasi! Batasan hubungan seksual suami isteri - Liwat Itu Haram!
Oleh Kaki Wayang on
Tidak salah guna pelbagai posisi, teknik, tetapi haram melakukan liwat
PERKAHWINAN adalah satu anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya. Islam
adalah agama fitrah yang memahami naluri setiap manusia. Allah tidak
menciptakan manusia semata-mata untuk menyeksa manusia, sebaliknya
diciptakan manusia itu seiring dengan penciptaan sistem yang memenuhi
hajat manusia.
Justeru perkahwinan itu juga satu sistem yang memenuhi fitrah
seseorang manusia. Perkahwinan menghalalkan manusia menyalurkan nafsu
mereka ke arah yang dikehendaki syarak.
Al-Quran membenarkan pasangan lelaki dan wanita yang sudah
diijabkabulkan melakukan persetubuhan. Ayat yang diturunkan oleh Allah
SWT ini, sebenarnya hadiah bagi memenuhi hajat semua makhluk.
Ayat berupa larangan pula sudah semestinya sesuatu keburukan yang
dikenal pasti oleh Allah SWT. Turunnya ayat di dalam surah al-Baqarah
ayat 223 yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun
tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan
bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemui-Nya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira (wahai
Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman.”
Di dalam ayat ini Allah SWT merestui cara persetubuhan yang dilakukan
oleh seorang suami ke atas isteri dalam apa cara sekalipun. Bahkan
seakan-akan isteri umpama tempat untuk melampias nafsu suami tanpa had
dan batasan.
Namun sebenarnya maksud ayat ini dihuraikan secara tepatnya daripada
hadis Nabi SAW sendiri. Ada had-had yang perlu dibatasi oleh seseorang
isteri. Antara isu yang yang menjadi kekeliruan adalah hukum mendatangi
isteri dari belakang.
Kekeliruan dalam hukum hakam agama sering berlaku dalam masyarakat,
khususnya masyarakat hari ini yang kehidupannya semakin moden dan
terdedah kepada cabaran globalisasi. Bagi menyelesaikan kekeliruan yang
timbul, bantuan dan pandangan ulama sudah semestinya sangat diperlukan.
Terdapat beberapa kekeliruan timbul terhadap ayat 223 daripada Surah
al-Baqarah yang bermaksud: “Isteri-isterimu adalah (seperti) kebun
tanaman kamu, maka datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu
sukai…”
Mereka yang tidak memahami agama dengan baik mengatakan bahawa harus
mendatangi isteri walaupun pada duburnya. Ini salah faham terhadap
maksud nas di atas.
Walaupun terdapat sebahagian pandangan yang agak ganjil dalam
membenarkan perbuatan ini seperti hujah yang menyandarkan perbuatan ini,
namun khilaf atau pandangan ini ditolak majoriti ulama. Ini kerana
terdapat banyak huraian daripada hadis Rasulullah SAW, pendapat ahli
tafsir terdahulu dan semasa.
Kita cuba merungkai beberapa pandangan ulama yang menceritakan sebab diturunkan ayat di dalam 223 di dalam surah al-Baqarah ini.
Pertama: Pendapat Mujahid yang mengatakan ia
disebabkan orang Yahudi menjauhi wanita ketika datang haid serta
mendatangi wanita pada dubur ketika datangnya haid. Bahkan orang Yahudi
menganggap menyentuh wanita ketika haid adalah najis. Oleh itu mereka
mengasingkan mereka daripada makan, minum dan tidur bersama. Manakala
orang Nasrani pula tidak mengambil berat tentang haid. Sehingga mereka
tidak membezakan di antara waktu haid atau tidak. Rujuk Tafsir al-Munir
Wahbah al-Zuhaily.
Kedua: Pandangan dari Jabir bin Abdillah yang
menceritakan bahawa orang Yahudi beranggapan apabila seseorang lelaki
mendatangi isteri (pada farajnya) dari arah belakang, maka bayi yang
bakal dilahirkan akan menjadi juling matanya. Lalu turunlah ayat ini.
Pendapat beliau ini dinukil daripada Tafsir al-Jami’ li Ahkam al-Quran
karangan Imam al-Qurtubi.
Ketiga: Ibn Abbas mengatakan bahawa ayat ini
diturunkan disebabkan sebilangan golongan Ansar yang mengikuti pandangan
orang Yahudi bahawa anak akan menjadi juling jika suami mendatangi
(faraj) isteri dari arah belakang.
Mereka terpengaruh kerana beranggapan bahawa orang Yahudi itu ahli
kitab yang memiliki kelebihan ilmu berbanding mereka. Disebabkan itu,
berlaku kes apabila sahabat Nabi SAW dari kelompok Quraisy Makkah yang
berhijrah ke Madinah berkahwin dengan wanita Ansar. Apabila ia ingin
melakukan persetubuhan menurut cara budaya orang Quraisy iaitu daripada
hadapan, belakang dan berbaring, maka wanita Ansar itu menolak dan
berkata: “Kami pada kebiasaannya bersetubuh dari arah hadapan saja. Jika
tidak jauhilah daripada aku. Akhirnya berita ini sampai kepada
Rasulullah SAW, lalu turunlah ayat ini.
Ulama membuat kesimpulan bahawa, penafsiran ayat ini sebenarnya
membenarkan suami bersetubuh bersama isteri dari arah mana saja yang
dikehendaki. Tetapi semuanya mestilah dilakukan pada lubang faraj saja.
Disebabkan itulah Imam al-Alusi dalam tafsirnya Ruh al-Ma’ani
mengatakan dengan ini dibolehkan mendatangi isteri dari arah mana
sekalipun asalkan masih ke arah kemaluannya.
Al-Zamakhsyari seorang mufassir yang terkenal dengan kemahiran bahasa
arabnya menyifatkan ia dibolehkan dengan sebab tempat tersebut (faraj)
adalah saluran sebenar dalam melahirkan keturunan.
Kenyataan hukuman ini disokong banyak hadis Nabi SAW berkenaan
pengharaman mendatangi isteri melalui arah belakang (dubur). Antaranya
hadis riwayat al-Tirmizi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang kamu melepaskan angin (terkentut) maka hendaklah
berwuduk dan jangan mendatangi wanita pada dubur. Maka sesungguhnya
Allah SWT tidak malu dengan perkara sebenarnya.”
Juga dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang lain menyatakan bahawa:
“Allah SWT tidak melihat kepada lelaki yang mendatangi lelaki atau
perempuan pada dubur.” Malah sebahagian riwayat mengatakan perbuatan
suami mendatangi isteri dari arah belakang (dubur) adalah perbuatan
kufur dan tergolong dalam kategori ‘liwat kecil’ seperti yang disebut
dalam riwayat al-Tabrani.
Tidak menjadi masalah bagi pasangan suami isteri yang melakukan
hubungan seks dengan berbagai-bagai posisi atau teknik, tetapi ia mesti
halakan zakarnya ke lubang faraj isterinya. Ini bertepatan dengan hadis
Rasulullah yang bermaksud:
“Tidak kiralah dia berjimak dalam keadaan berdiri, duduk atau
meniarap (suami tindih perempuan yang meniarap) selagi tempat masuk
zakar adalah faraj.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Larangan ini bukanlah bererti Islam mengongkong umatnya menikmati
naluri nafsu masing-masing. Namun Islamlah yang terlebih dulu menghalang
manusia daripada terus tersalah haluan dalam menentukan tempat nafsu
yang sebenar. Dubur itu bukanlah tempat untuk mencari kelazatan jimak.
Dubur adalah tempat keluarnya najis, sudah pasti ia akan
memudaratkan. Sedangkan wanita dalam haid sekalipun dinyatakan kotor
oleh al-Quran, inikan pula dubur.
Ada pula sebahagian orang yang bertanyakan, sekiranya memasukkan
zakar ke dalam dubur isteri itu diharamkan, bagaimana pula sekiranya
memasukkan sesuatu objek ke dalam dubur isteri. Sama ada menggunakan
jari mahupun alat tertentu.
Perkara ini dijawab beberapa ulama, antaranya Imam al-Zahabi. Dalam
sebuah hadis dinukilkan Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair
menjelaskan Allah SWT melaknat suami yang menyetubuhi isteri
masing-masing di duburnya tidak di qubulnya. Jika memasukkan alat
kelamin dilaknat oleh Allah dan berdosa, maka memasukkan jari ke dalam
dubur adalah sesuatu yang haram dan tidak wajar juga.
Kesimpulannya di sini, jimak itu diharuskan melalui mana-mana arah
sekalipun asalkan ia di qubul bukan di dubur. Ini menunjukkan kepada
kita bahawa Islam mempertahankan hak wanita dalam menikmati hidup
berkeluarga.
Sumber: Imam Muda Asyraf dan BHarian Online
Betol-betol Informasi! 10 Perkara Yang Tidak Disukai Suami
Oleh Kaki Wayang on
Alam kehidupan berumahtangga seharusnya memang menjadi impian setiap
pasangan didunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang
dicintai hingga ke akhir hayatnya. Disamping dikurniakan zuriat-zuriat
yang baik.
Namun dalam mewujudkan suasana yang penuh dengan
ketenangan, kehangatan, harmonis, belas kasihan, sayang menyanyangi,
perihatin dalam segala hal rumahtangga merupakan sesuatu perkara yang
penting kerana ia akan dapat menawan hati pasangan masing-masing. Suami yang bertaqwa kepada Allah akan menganggap mahligai yang dibina merupakan satu ibadah kepada Allah s.w.t
Seperti contoh suami isteri haruslah memelihara bahtera kasih-sayang
dengan cara saling pesan memesan antara satu sama lain demi menjamin
keuntuhan rumahtangga yang bahagia. Sebagai suami isteri yang sah takala
usia hubungan tersebut sudah mengjangkau puluhan tahun maka janganlah
lupa untuk kita terus membajainya selalu sewaktu diawal perkahwinan
dahulu.
Bagi isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa ada tika
waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan
ada antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawabnya
mereka terhadap suami. Sehinggakan segelintir para suami merasakan diri
mereka tidak diperlukan lagi belaian dari seorang isteri. Malah lebih
malang lagi jika isteri bukan sahaja tiada masa untuk suami malahan
tiada masa juga untuk menguruskan diri sendiri.
Bagi sudut isteri
yang berkerjaya pula selalu mengharapkan makan, minum, pakaian suami
segalanya diserahkan kepada pembantu rumah. Walhal itu semua adalah
tanggungjawab isteri.
Berikut adalah perkara-perkara yang tidak disukai oleh suami:-
- Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.
- Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.
- Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.
- Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.
- Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’.’pandailah abang pilih kain ni’.
- Mengelakkan diri dari berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.
- Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatahlagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.
- Elakkan diri dari menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.
- Elakkan memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.
- Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.
Semoga sebahagian ilmu yang dihuraikan diatas ini sedikit sebanyak dapatlah membantu para isteri dan diri saya sendiri dalam membentuk, memperbaiki diri demi sebuah rumahtangga yang berkekalan.
Bantulah
suami takala dia menghadapai sebarang kesukaran, kesusahan terutama
dari segi keewangan atau kesihatan. Kerana keprihatinan seorang isteri
akan meyakinkan para suami bahawa walau apa keadaan sekalipun isteri
tetap berdiri teguh dibelakang suaminya.
Edisi Keluarga! Amalan Romantik Suami Isteri!
Oleh Kaki Wayang on
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)
Edisi Keluarga! Cara Nak Menjadi Isteri Yang Selalu Dicintai Suami!
Oleh Kaki Wayang on
Kebanyakan
isteri beranggapan bahawa mereka berhak atas cinta suaminya. Anggapan
ini tidak sepenuhnya salah, kerana memang salah satu asas tegaknya
sebuah rumah tangga bahagia adalah adanya mawaddah (cinta) antara suami
isteri.
Tetapi patut direnungkan, bahwa cinta
tidak datang dengan sendirinya, dan ketika ia hadir, tidak ada yang
dapat menjamin ia akan menetap selamanya. Apa ertinya ini?
Ya,
ertinya adalah bahawa cinta memerlukan usaha! Jika ingin suami selalu
cinta kepada Anda, Anda tidak boleh hanya diam dan berkata, "Alaa, dia
kan suami saya, secara automatik dia mencintai saya ! Kalau tidak,
mengapa dia memilih saya untuk jadi isterinya?"
Bahawa
suami mencintai Anda kerana Anda adalah isterinya memang betul, tetapi
apakah Anda yakin cintanya selalu ada dan terus ada selamanya?
Banyak
perempuan yang tidak merasa yakin, setelah menjalani kehidupan rumah
tangganya sekian tahun, apakah suami saya masih mencintai saya seperti
dulu? Kerana itu, berhentilah bersikap pragmatis, berusahalah membuat
suami Anda selalu cinta, malah dari hari ke hari semakin bertambah cinta
kepada Anda!
Sebelum membicarakan cara membuat
suami selalu cinta, ada satu hal yang menjadi inti persoalan dan tidak
boleh dilupakan, yaitu bahwa cinta adalah anugerah yang diberikan Allah
kepada hamba-hambaNya, dan inilah yang disebut cinta yang hakiki atau
cinta sejati. Allah-lah pemilik cinta, Allah-lah yang menjadikan cinta
antara suami-isteri. "Dan diantara ayat-ayatNya adalah diciptakanNya
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri agar kamu merasa tenteram
kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa cinta dan kasih sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir." (QS Ar-Ruum:21).
Oleh itu, diatas
segala-galanya, seorang isteri yang ingin selalu dicintai suaminya
hendaknya menyedari bahwa jurus yang paling penting dan efektif untuk
meraih itu adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaimana
caranya? Iaitu dengan berusaha sedayaupaya untuk mentaati dan
menjalankan perintahNya serta menjauhi laranganNya. Dengan kata lain,
dengan cara berusaha menjadi seorang muslimah shalihah. Harm bin Hayyan,
seorang ulama di masa Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, "Tiada
seorang hamba yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT, melainkan Allah
akan mendekatkan hati orang-orang mukmin kepadanya, dan istri yang
senantiasa mendekatkan dirinya kepada Allah, maka Allah akan mendekatkan
hati suaminya kepadanya sampai ia mendapatkan cintanya."
Lima Saranan Agar Suami Selalu Cinta
1)
Berusaha dengan tulus dan ikhlas 'menyerahkan hidupnya' untuk berbakti
kepada suami sambil berharap pahala Allah. Potensi yang dimilikinya,
kedudukannya di masyarakat dan kesibukannya beraktivitas diluar rumah
tidak membuat dirinya terlena dan lupa bahwa ia memiliki peluang meraih
syurga Allah dengan berbakti kepada suaminya. "Apabila seorang perempuan
menunaikan solat, puasa, memelihara kemaluannya dan berbakti, mentaati
suaminya, dia akan masuk syurga." (HR al-Bazzar).
Isteri
seperti ini memiliki nilai yang tinggi di mata suaminya dan akan selalu
dicintai suaminya. Berusaha untuk menjadi perempuan yang bersahaja
dalam nafkah. Tidak banyak menuntut, menerima dengan rasa syukur
betapapun sedikitnya pemberian suami, dan tidak berlebihan dalam
membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Bila Anda sanggup selalu
bersikap seperti ini, cinta suami akan selalu tercurah untuk Anda.
2)
Sederhana dalam penampilan. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa
umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan wajah
penuh riasan atau mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik
bagi mereka kerana menurut mereka lebih memancarkan kecantikan
perempuan. Tetapi ini tentu saja relatif, kerana itu, kenali
kecenderungan suami Anda, apakah ia menyukai penampilan yang anggun atau
yang sederhana? Kemudian setiap bersamanya, sesuaikan penampilan Anda
dengan kecenderungannya itu. "Sebaik-baik perempuan adalah yang
menyenangkanmu bila engkau memandangnya, mentaatimu bila engkau
perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu bila engkau tidak di rumah"
(HR Thabrani).
3) Berusaha untuk selalu sabar
dan tidak menyakiti hati suami. Adanya perselisihan atau perbezaan
pendapat diantara suami isteri terkadang dapat memicu terjadinya
pertengkaran kecil atau besar. Bila Anda menghadapi keadaan ini,
ingatlah, Anda sedang berhadapan dengan seseorang yang Allah berikan
kepadanya hak yang sangat besar atas diri Anda. "Seorang perempuan belum
dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya."
(HR Ibnu Majah).
Oleh itu apapun yang
bergejolak dihati Anda, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri
untuk tidak menyakiti hati suami Anda. "Tidaklah seorang perempuan
menyakiti hati suaminya di dunia, melainkan bidadari calon isterinya (di
akhirat) berkata, "Janganlah engkau sakiti dia, Allah membencimu.
Sesungguhnya dia disisimu hanya sementara waktu, dan akan berpisah
darimu untuk berkumpul dengan kami." (HR Ahmad).
Percayalah,
isteri yang mampu bersikap seperti ini akan selalu dicintai suaminya.
Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka. Roda kehidupan selalu
berputar, kadang manusia mengalami saat-saat yang menggembirakan dimana
kehidupan berjalan sesuai dengan harapan. Adakalanya manusia mengalami
hal yang sebaliknya. Nah, apapun keadaan yang dialami suami Anda,
berusahalah menjadi pendampingnya yang setia. Disaat suka menjadi
pengingat agar suami tidak terlena, disaat duka menjadi penglipur lara.
4)
Berusaha untuk menjadi partner yang menyenangkan di kamar tidur. Banyak
perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif meski kepada
suaminya sendiri. Ini kerana adanya anggapan bahawa perempuan yang
agresif dianggap murahan dan tidak terhormat. Tentu saja anggapan ini
tidak berlaku untuk seorang isteri yang bersikap agresif kepada suaminya
sendiri.
5) Belajarlah cara dan teknik
menyenangkan suami di tempat tidur dan Anda akan mendapati suami selalu
melimpahkan cintanya untuk Anda!
Selamat mencuba!
Edisi Informasi! 11 Tanda-tanda Gadis Sudah Kehilangan Dara
Oleh Kaki Wayang on
APAKAH TANDA-TANDA GADIS YANG SUDAH HILANG DARA?
1. DAHI
Gadis
yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual,
licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala
nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah
tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia.
Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu
nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang
ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa
nampak jelas dan kekal.
2 HIDUNG
Gadis yang
masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya
berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah.
Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat,
terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau
tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki
yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena
itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..
3. MATA
Dari
mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Kita menggunakan mata
untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke,
menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik
hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk
mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya.
Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam
bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam
yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah
kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit
kelihatan berkedut (berkeriput).
4. BUAH DADA
Peranan
buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi
buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak.
Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi
kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan
membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih
kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak
dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan
sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada
berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung
bererti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah
kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat
persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih
besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas.
Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor
semulajadi (alami) memang berbeza.
5. GARIS TAPAK TANGAN
Gadis
yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya,
jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan
kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia
(alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih
suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah
hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak
merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba
perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian
tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus
bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak
tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira
satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya
merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan
pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas
(hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada
lelaki lain.
Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira
satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika
dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah
maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia
menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa
sakit seperti berdenyut-denyut. Alhamdulillah, nampaknya masih suci.
(Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak
kena jaga ( ^_^ )…
6. JARI TAPAK TANGAN
Dengan
jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan
juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui
gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu
berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau
lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu
menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila
tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang
untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba
jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut,
bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya
memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri.
Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke
daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak
percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan.
Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak,
Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman
genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis
itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu,
apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah
wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia
pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk
daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak
macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya
sudah tiada. Wallahualam..
7. PERUT
Peribahasa
menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata
peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya,
pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan badan,
maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.
8. RAMBUT
Rambut
merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis
itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan
rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang
kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).
9. BIBIR
Percaya
atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan
cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah
akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap
dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai
bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum
pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada
garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak
pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir
yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali
saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis
kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi,
bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua,
retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan
betul-betul.
10. FARAJ
Ini sudah tentu
hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah
melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak
renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan,
kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh
dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup
bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti
gadis itu sudah tidak perawan lagi.
11. LEHER
Leher
juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih
suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya
perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti
garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan
putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas
tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan
cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya
terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil
seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di
leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu
berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat
garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika
terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini
bererti perempuan itu sudah pernah beranak….
Kesimpulannya:
Ketepatan fakta bukan 100% pun..terpulanglah kepada korang semua untuk menilainya.. *takde istilah cakap jalan kengkang (jalan terabur) tu tak dara..
Sumber: Facebook
Edisi Keluarga! Peluk lebih nikmat!
Oleh Kaki Wayang on
PERKAHWINAN dan kasih sayang antara suami isteri
boleh dikekalkan apabila pasangan selalu mempraktikkan ungkapan-ungkapan kasih
kepada pasangan masing-masing seperti ucapan sayang sekurang-kurangnya tujuh
kali sehari.
Bukan itu sahaja, berkomunikasi dengan baik,
bergurau senda dan memanggil pasangan dengan panggilan hebat seperti 'sayang',
'abang', 'manja' dan sebagainya juga dapat mengeratkan lagi perhubungan suami
isteri.
Masing-masing perlu memainkan peranan untuk memupuk
perasaan sayang agar ia sentiasa mekar dalam jiwa dan membuahkan keserasian dan
kemesraan. Selain itu, tahukah anda bahawa pelukan juga boleh membuatkan
pasangan merasa lebih dekat dan intim?
Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen
cinta dan kesetiaan pasangan. Kajian mendapati pelukan bukan sesuatu yang
bersifat seksual. Ia satu daripada kaedah untuk mendapatkan keselesaan.
Begitupun, biasanya suami menganggap pelukan
bermakna isteri dahagakan hubungan seksual. Sebenarnya para isteri lebih menikmati
pelukan dari hubungan seksual. Menurut Doktor Perubatan Kanan Kumpulan
Perubatan Penawar Johor Bahru, Dr. Zubaidi Ahmad, para suami tidak perlu rasa
'kelam kabut' sekiranya tidak bersedia bila isteri minta dipeluk.
Ini kerana jelas beliau, bagi suami, pelukan
hanyalah pertautan fizikal dan ada kalanya merimaskan selain tidak memahami
mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.
Mencadangkan 'rawatan pelukan'
"Sebenarnya suami isteri saling memerlukan
antara satu sama lain untuk mengurangkan tekanan perasaan.
"Ramai pakar psikologi yang mencadangkan
'rawatan pelukan' di mana suami dan isteri digalakkan berpeluk sebelum tidur
selama 10 minit. Pelukan ini harus dinikmati tanpa diteruskan dengan hubungan
seks.
"Tujuannya agar segala perasaan negatif yang
tersimpan dalam hati sepanjang hari dapat dilepaskan dengan memeluk suami atau
isteri. Jadi, pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami isteri. Ia akan
merapatkan lagi hubungan suami isteri," katanya ketika dihubungi baru-baru
ini.
Katanya, pelukan bukan bermakna mukadimah pada
hubungan seks antara suami dan isteri. Ia juga harus dilihat sebagai hubungan
perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan isteri.
Mengulas lanjut, Dr. Zubaidi berkata, pelukan
adalah satu sentuhan fizikal yang erat dilakukan di leher, belakang badan atau
pinggang. Pelukan juga kadang kala melibatkan kucupan, pandangan mata, sentuhan
mesra dan beberapa gerakan tubuh lain.
Oleh itu, mereka yang berpelukan menandakan
hubungan mereka amat rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang mesra. Kata
Dr. Zubaidi, ramai ahli psikologi kini bimbang dengan pasangan suami isteri
yang jarang berpelukan.
Mereka bimbang perkahwinan pasangan seperti itu
hanya diikat oleh 'lafaz nikah' dan hubungan fizikal dan seks saja dan bukan
hubungan emosi serta perkongsian perasan.
"Islam juga menggalakkan hubungan emosi dan
dalam satu hadis Rasulullah SAW memberitahu, barang siapa yang tidak mengasihi,
maka ia tidak akan dikasihi. (riwayat Bukhari dan Muslim). "Oleh yang
demikian, perbanyakanlah luahan kasih sayang dengan ucapan dan sentuhan fizikal
(pelukan). "Secara tidak langsung, bagi pasangan yang agak berat untuk
meluahkan perkataan 'Saya sayang awak', pelukan adalah cara alternatif terbaik
untuk melafazkannya," ujarnya.
Pelukan juga akan menyebabkan kelenjar di otak
mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine yang memberikan rasa tenang dan
tenteram. Perbuatan itu juga akan menyebabkan gelombang di otak menjadi lebih
tenang, lalu mengurangkan stres dan kerisauan.
Oleh itu bagi pesakit yang mengalami masalah
kerisauan (anxiety) dan mempunyai emosi yang tertekan, memeluk binatang
peliharaan adalah rawatan kejiwaan yang baik. Namun apa yang lebih baik lagi bagi suami atau
isteri selain memeluk pasangan masing-masing ketika mereka mengalami tekanan
jiwa dan dalam keadaan kerisauan.