PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Soal Jawab! Kahwin Melalui Wali Yang Tidak Sah!

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:

Masalahnya berlaku apabila seorang gadis ingin diperisterikan tetapi si bapa gadis tidak mahu masyarakat tahu yang anak gadisnya adalah hasil  di luar nikah lalu mewalikan anak gadisnya. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut dan bagaimana menyelesaikan masalah ini sekiranya si gadis telahpun mempunyai anak dengan suaminya yang disangkanya sah itu?

Jawapan:

Seseorang yang ingin berkahwin memerlukan kepada wali. Wali dalam perkahwinan adalah satu rukun yang penting. Tanpa kebenaran dari pihak wali sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Wali yang paling afdal dalam sesuatu proses perkahwinan ialah wali mujbir iaitu bapa atau datuk. Bagi orang yang tidak mempunyai wali, maka yang menjadi walinya ialah wali hakim sebagaimana yang disebutkan didalam sebuah hadis sahih riwayat At-Tirmidhi.

Jika seseorang itu tidak layak menjadi wali kepada sesuatu proses perkahwinan seperti mana dalam kes di atas, tetapi ia mewalikan juga perkahwinan itu kerana menutup malu dari tersebar kepada umum, maka hukum perkahwinan tersebut tidak sah. Pengantin terlibat hendaklah berpisah dengan pasangannya dengan seberapa segera. Jika ia masih bersama dengan pasangannya itu, bererti ia telah melakukan perzinaan, manakala anak yang dilahirkan adalah anak zina. Dalam kes ini suka dinasihatkan kepada yang terlibat supaya membuat aduan kepada pejabat agama di daerah masing-masing, supaya tindakan selanjutnya dapat diambil dan pasangan terlibat pula tidak terus menerus berada dalam perzinaan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab! Kahwin Melalui Wali Yang Tidak Sah!

Edisi Soal Jawab! Menyimpan Aib Sendiri atau Membuka Aib Sendiri?

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:

Bagaimanakah pendapat ustaz tentang seorang gadis telah diperkosa berbagai-bagai masalah akan timbul.  Terutama apabila ada lelaki yang ingin melamarnya.  Pada pandangan ustaz adakah patut si gadis ini memberitahu atau menceritakan segala peristiwa silam yang telah menimpa dirinya atau menyimpan sahaja rahsia itu sehingga ke akhir hayatnya?

Jawapan:

Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri, bahkan kadangkala pengalaman yang dihadapinya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa. Dalam hadis Rasulullah SAW juga ada diterangkan agar seseorang itu menutup aib orang lain jika ia mengetahuinya agar tidak menimbulkan fitnah yang lebih besar. Demikian juga tentang aib diri sendiri adalah lebih baik menutup aib tersebut atau menyimpan rahsia itu hingga ke akhir hayat, kerana perkara itu lebih baik untuk diri anda dan untuk pasangan yang melamar anda. Aib yang tidak diketahui oleh orang lain itu bererti telah dilindungi atau ditutupi oleh Allah, maka tidaklah baik jika kita pula cuba membuka sesuatu yang telah ditutup oleh Allah agar orang lain mengetahuinya. Sebaliknya kita bersyukur kepada-Nya kerana telah menutup aib atau pengalaman buruk masa silam kehidupan kita. Wallahu A'lam.
Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab! Menyimpan Aib Sendiri atau Membuka Aib Sendiri?

Edisi Soal Jawab! Menjadi Wali Untuk Adik!

Oleh Kaki Wayang on

Soalan:

Assalamualaikum, Ustaz. Keluarga saya mengalami masalah sejak kematian ibubapa, Saya dan Abang saya boleh menjadi wali untuk adik saya, masalahnya sikap abang saya yang tidak memgambil berat hal keluarga, jarang menjengah kami, panas baran & susah hendak berunding. Beliau selalu berkata saya tidak berhak kerana dia anak lelaki tua yang ada. Untuk mengelakkan perbalahan bolehkah saya mewalikan adik saya tanpa memberitahunya?

Jawapan:

Menurut Imam Syafei; pernikahan seorang perempuan tidak sah kecuali apabila dinikahkan oleh wali akrab (dekat). Kalau tidak ada wali akrab maka dinikahkan oleh wali ab'ad (jauh), kalau tidak ada maka dinikah oleh penguasa (wali hakim). Urutan wali itu antara lain:

1. Bapa
2. Datuk
3. Saudara lelaki sekandung
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak lelaki dari saudara lelaki sekandung
6. Anak lelaki saudara lelaki sebapa
7. Bapa saudara sekandung
8. Bapa saudara
9. Anak lelaki dari bapa saudara sekandung
10. Anak lelaki dari bapa saudara seayah
11. Hakim

Jadi jelaslah, jika bapa dan datuk tidak ada maka yang layak menjadi wali adalah saudara lelaki sekandung, tidak kiralah apakah abang yang sulung ataupun bukan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Soal Jawab! Menjadi Wali Untuk Adik!

Edisi Pendidikan! Malaysian Teachers Rely Too Much On Textbooks!

Oleh Kaki Wayang on


Unlike other rural children, those living on  Pulau Tioman  have more confidence in mixing with foreigners as they meet such tourists almost every day.

Their high confidence level has made it easier for foreign and local English teachers to organise various activities during the Brighton Education Group's Teaching English Language and Literacy (TELL) programme on the island recently.

"The common trait of students in South Korea and Malaysia is that they have set goals and have the enthusiasm to learn, making our job as educators easier.

"As for the pupils on Pulau Tioman, they are more open to outsiders as the island is a popular tourist destination," said John Fujot, 44, one of the Language Mentors in the programme.

The teaching graduate from Carroll University, Wisconsin, the United States, said the primary school pupils were eager to take part in all the activities.

"We have to make English learning fun through interactive activities as local students in general are quite shy."

Elizabeth O'Donoghue, 51, said each TELL programme was customised to meet the needs of both teachers and students in each school.

"Every teacher should be treated as an individual and the programme must suit their ability and needs to ensure a smooth language learning process."

She supervises 19 local English teachers at five schools here. Ryan Harb, 30, from Toronto, Canada, said the teaching of English in his country was very different from Malaysia.

"Our system is much similar to TELL, which is student-centred. "From my observation, Malaysian teachers rely too much on textbooks while the students focus on examinations.

"They should instead focus on communication, which is the core of language learning," said the Terengganu TELL project manager who embraced Islam and married a local last year.

SK Rompin English teacher Haziq Sawaludin, 25, said the TELL programme was more effective as it was injected with fun elements.

"It is an essential part in teaching primary school pupils as it will make them learn English while playing games."
Sila baca selanjutnyaEdisi Pendidikan! Malaysian Teachers Rely Too Much On Textbooks!

Edisi Terkini! Inilah Wajah Ibu Yang Mencampakkan Bayinya Sehingga Mati!

Oleh Kaki Wayang on



Ibu mana tak sayangkan anak..tapi ibu yang dipercayai mencampakkan anaknya yang masih hidup dari atas bangunan yang mengakibatkan kematian anaknya itu tidak sesuai dengan istilah itu..tak dapat difikirkan logik akal berkenaan dengan tindakannya itu..

Setelah diselidiki rupa-rupanya ibu muda berkenaan mengandung hasil dari pebuatannya dengan seorang lelaki dari kilang tempatnya bekerja..mari kita ikuti kisah yang begitu menyayat hati ini..

Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam.
"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau.

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala.
"Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau.
Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya. Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung.
Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu. Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret.
Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini.
Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu. Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Inilah Wajah Ibu Yang Mencampakkan Bayinya Sehingga Mati!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...