PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Pendidikan! Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016. Tahun 2016 kembali semula, bermakna pengajian para pelajar juga bermula. Berita baik buat semua calon  yang gagal dalam permohonan kemasukan ke program Kolej Vokasional (KV)/ Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2016.

Calon kini boleh mengemukakan permohonan rayuan permohonan rayuan dengan mengunjungi (walk-in) di mana-mana institut terlibat. Perkara ini telah diumumkan di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di http://www.moe.gov.my.

Jadual Sesi Walk-In Permohonan Rayuan
Bermula 27 Januari hingga 29 Februari 2016

Keputusan Rayuan Kemasukan Sekolah Teknik/ Kolej Vokasional 2016

Pemohon yang berjaya dalam rayuan berkenaan akan dihubungi oleh institusi tersebut dan keputusan serta penempatan calon rayuan adalah bergantung kepada kekosongan dan juga keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan calon di institusi yang berkaitan.
Peringatan

Calon adalah dinasihatkan supaya menyediakan:-
  • Salinan keputusan peperiksaan
  • Dokumen dan sijil-sijil berkaitan yang disahkan benar
  • Surat rasmi yang merujuk kepada pakej pilihan kursus serta institusi bagi permohonan rayuan 
Sila baca selanjutnyaEdisi Pendidikan! Cara Buat Rayuan Kemasukan Kolej Vokasional Dan Sekolah Menengah Teknik 2016!

Edisi Hangat! Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016!

Oleh Kaki Wayang on

Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016. Pengiktrafan yang diberikan oleh sesetengah pihak kepada seorang penulis blog mahupun laman web merupakan satu penghargaan kepada mereka yang bersusah payah menulis dan berkongsi maklumat kepada seluruh manusia di Malaysia. Ada diantara blog-blog di Malaysia yang kini menjadi ikutan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga followers dari luar negara.

Ramai rakan-rakan blogger yang sudah pastinya tersenarai dan terpilih dalam Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016. Ada diantara rakan-rakan blogger yang saban tahun dinobatkan sebagai blogger terbaik dan blog terbaik (mengikut kepada kategori yang dipertandingkan). 

Berikut merupakan Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016


  1. www.smallnhot.com
  2. www.hasrulhassan.com
  3. www.nizamijam.com
  4. www.benashaari.com
  5. www.cikepal06.blogspot.com
  6. www.spinorbinmusic.com
  7. www.denaihati.com

Daripada senarai di atas nampaknya hanya CIKEPAL sahaja yang masih menggunakan domain blogspot.com. Blogger lain dah beralih ke domain dotcom. Hebat kan! Bila pegi kat setiap blog di atas, semuanya memiliki kelebihan tersendiri. Baik dari segi isi kandungan, SEO, design dan maklumat, semuanya memainkan peranan penting untuk dipilih sebagai blogger terbaik sekaligus blog mereka dinobatkan sebagai blog terbaik mengikut kategori yang dipertandingkan.

Sebagai makluman kepada semua blogger, pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada jumlah undian yang melibatkan 80% undian awam dan 20% markah dari juri. Markah dari juri itu melibatkan 10% markah untuk kandungan blog, 5% untuk rekabentuk blog, 5% lagi adalah untuk etika.

Bagi mereka yang baru menjengah ke dunia blog, anda pastinya tertanya-tanya siapakah blogger terbaik sebelum ini. Untuk mengetahuinya anda boleh ke Social Media Week Awards (Past Winners) untuk mengetahui pemenang-pemenang terdahulu.
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Senarai Best Blog of The Year MSMW 2016!

Edisi Sentap! Wanita Suka Selfie Dan Muat Naik Gambar Ke Laman Sosial Bukan Calon Isteri Terbaik!

Oleh Kaki Wayang on

Dewasa ini, menjadi kebiasaan sang wanita begitu suka untuk mengambil gambar diri sendiri (selfie) dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut di laman sosial seperti Facebook, Twitter, WeChat, Line mahupun Instagram. Hal ini begitu membimbangkan pelbagai pihak. 


Kadang-kadang bila dikemukakan soalan kepada sang lelaki, apakah ciri-ciri calon isteri yang menjadi idaman kamu? Sudah tentu dijawabnya yang cantik, yang berharta, beragama, dan sebagainya. Tapi tahukah kamu bahawa begitu ramai wanita yang lebih suka mengambil gambar sendiri dan kemudiannya memuat naik gambar tersebut ke laman sosial? Adakah wanita seperti ini menjadi pilihan kamu?

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31).

Jangan ingat bila dah ada artikel seperti ini, kamu (lelaki) menghentam wanita pula. Apabila berlakunya kemungkaran, maka tegurlah. Semoga hatinya tergerak untuk berubah. Tundukkan pandangan anda. Kerana bukan sahaja calon isteri yang dicari, tetapi wanita juga perlu mencari calon suami yang terbaik yang mampu membimbing mereka ke jalan Allah SWT.
Sila baca selanjutnyaEdisi Sentap! Wanita Suka Selfie Dan Muat Naik Gambar Ke Laman Sosial Bukan Calon Isteri Terbaik!

Edisi Pendidikan! Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Universiti Sains Malaysia (USM) 2016/ 2017!

Oleh Kaki Wayang on

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (Universiti berstatuskan APEX) bagi Sidang Akademik 2016/2017.

Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015.
2. Lepasan STPM 2015.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain.


Tips Mohon UPU Online



Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui Pohon@USM dengan kaedah pembelian nombor PIN USM - PERDANA di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

USM menawarkan sebanyak 70 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2015 dan STPM 2015, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2016/2017.

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah *5 - 15 Mei 2016. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada akhir April 2016 di Pohon@USM.

Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 6 - 12 Jun 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian.

Maklumat Tambahan bagi calon STPM :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui Pohon@USM boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan (bagi calon yang mengulang semula peperiksaan bertulis - U3). Sistem akan dibuka semula pada 3 - 6 Mei 2016 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian bukan temuduga sahaja.

Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/Setaraf :

Peringatan bagi kategori Diploma/Setaraf, calon dikehendaki memuatnaik sijil-sijil akademik yang berkaitan semasa mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 4 April 2016. Permohonan yang dikemukakan tanpa salinan sijil dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pendidikan! Permohonan Online Program Ijazah Sarjana Muda & Diploma Universiti Sains Malaysia (USM) 2016/ 2017!

Edisi Terkini! Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Bagi Penduduk Sabah & Sarawak!

Oleh Kaki Wayang on

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Baru-baru ini berlaku Majlis Daerah Putatan telah mengeluarkan iklan mengenai Projek Perumahan Rakyat yang menyebabkan berlakunya kejadian tidak diingini berlaku. Pelbagai reaksi diutarakan penduduk di kawasan berkenaan. Antaranya penduduk tidak berpuashati dengan kawalan dan situasi di dalam dewan berkenaan. Selain kawalan yang kurang bermutu dari pihak berwajib, terdapat juga penduduk yang merusuh dan kemudiannya merosakkan pintu dewan. 

Penduduk juga beranggapan Majlis Daerah Putatan tidak perlu mengenakan bayaran sebanyak RM5 untuk mendapatkan borang. Diharapkan agar masalah yang dihadapi oleh penduduk yang ingin mendapatkan rumah PPR dapat diselesaikan dengan segera.


Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Dengan permintaan yang tinggi dari kalangan penduduk khususnya penduduk dari Sabah dan Sarawak kerajaan telah mengeluarkan iklan kepada semua rakyat yang berminat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Berita baik kepada semua penduduk bahawa Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah percuma dan tidak boleh dijual beli.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) (Syarat Asas)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mesti berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun
  3. Pendapatan kasar isi rumah RM750 – RM3,000 sebulan
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri/mempunyai rumah usang/tidak sempurna
  5. Mempunyai tanah/tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan/cagaran ke atasnya
  6. Tapak berkeluasan minimum 3,700 kps (Semenanjung Malaysia) & 2,600 kps (Sabah & Sarawak)
  7. Tertakluk kepada kelulusan bank
Bagi mereka yang ingin memohon melalui online perlulah meneliti Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M agar proses semasa memohon melalui online itu mudah.


Difahamkan pada permohonan yang diterima setakat Februari 2014 telah diterima sebanyak 67,341 permohonan.

Syarat Mohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Sabah & Sarawak (RMR1M)
  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur 18-60 tahun.
  3. Pendapatan kasar seisi rumah dari RM750 hingga RM3000 sebulan.
  4. Tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sedia ada usang atau tidak selesai bina
  5. Punyai tanah yang sesuai dan tidak mempunyai sebarang sekatan/cagaran ke atas tanah tersebut.
  6. Tapak keluasan minima 2,600 kps.
Kriteria Rumah Sabah & Sarawak SPNB RMR1M
  1. Rumah yang akan dibina oleh SPNB menerusi RMR1M adalah memenuhi kriteria berikut:
  2. Rumah dibina adalah dengan keluasan 700kps (3 bilik tidur, 2 bili air)
  3. Harga rumah dari RM68,000 - RM79,000
  4. 1/3 pinjaman rumah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia
  5. Baki pinjaman adalah pembiayaan tanpa faedah
  6. Tertakluk kepada perubahan SPNB
Apa itu 1/3 Pinjaman Disubsidikan Kerajaan?

Bagi mereka yang kurang faham dan tidak memahami 1/3 Pinjaman disubsidikan kerajaan boleh lah melihat gambar di bawah.


Buat semua yang berminat untuk mendapatkan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) boleh memuat turun/ download BORANG PERMOHONAN RMR1M Sabah dan Sarawak sekarang. Bah apa lagi orang-orang Sabah dan Sarawak. Borang free. Dapatkan sekarang! Isi Sekarang dan hantar. Mudah-mudahan dapatlah kemurang tu Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).


Sekali lagi diingatkan:

Cara Memohon dan Menghantar Borang RMR1M
  1. Dapatkan Borang Permohonan RMR1M percuma samada menerusi online di SPNB (klik) atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
  2. Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit.
  3. Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi:-

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 1300-80-3838
Faks: 603 – 2681 0170

Talian Rumah Mesra Rakyat & Rumah Yang Sedia Dijual: 1300-80-3838
Email: info@spnb.com.my
E-mail Aduan

aduan@spnb.com.my

Seksyen Jualan

603-26185519 (Ketua Unit Jualan Semenanjung)
6088-484476 (Ketua Unit, Jualan Sabah)
6082-230032 (Ketua Unit, Jualan Sarawak)

Tulung-tulung urang Sabah dan Sarawak kio. Saya urang Sabah juga. Bila lagi mau tulung bangsa sendiri bah kan.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) Bagi Penduduk Sabah & Sarawak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...