PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Terkini! Gred 17 Naik Ke Gred 19, Pelbagai Gred Jawatan Ditambahbaik dan Jadual Gaji Minimum-Maksimum 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Muat Turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 beserta Senarai Lengkap Lampiran A, B1, B2, B3, B4, C dan Lampiran D

ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!
Perkiraan Gaji Baru Selepas Naik 1 Gred - Bajet 2016!
Ketahui Cara Kira Gaji Baru Anda Selepas Kenaikan 1 Gred Gaji!
Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!
Senarai Kakitangan Awam Yang Layak Menerima Bonus (Bayaran Khas) 2015!
Tarikh Pembayaran BONUS (Bayaran Khas) Kakitangan Awam Mengikut Pekeliling!







Pada 7.4.2016 JPA akan mengeluarkan pekeliling Bil.1/2016 berkaitan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan. Selepas ini angka akan menjadi 240 skim perkhidmatan berikutan pemansuhan, penjumudan, tukar lantik beberapa skim melalui siri-siri engagement JPA/ Cuepacs/ MBK/ Kesatuan dan BPSM semua Kementerian masing-masing.



Ianya juga terkandung dalam Budget 2016. Antara intipati@cadangan yang diperolehi ialah penyeragaman skim, kod gaji, peluasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pindan perbekalan, penjumudan jawatan dan tukar lantik.

ARTIKEL BERKAITAN:

Penjawat Awam 30 Hari Berkhidmat Antara Penerima Bayaran Khas RM500.00 Hari Ini!

PM Naikkan Elaun Sara Hidup (COLA) RM500 Untuk Kakitangan Awam!

Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia (SSM) 2012 Mengikut Gred 
Jadual Gaji Gred N41 - N54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred FT17 - FT26 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred J17 - J38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DH41 - DH54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012)
Jadual Gaji Gred DGA29 - DGA38 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Gaji Gred DG41 - DG54 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2012) 
Jadual Pengiraan Gaji S17 - S41 Mengikut Sistem Gaji SSM Baru 2012


Secara prinsipnya yang ingin disentuh berkaitan dgn perkhidmatan kita ialah; (1) Gaji Minima RM1200.00 berlaku di semua perkhidmatan yang memperuntukan gaji peRMulaan di Gred 1,11 dan 17. Contoh RM733.54/ RM801.84/ RM932.15 kepada RM1200.00. Realitinya nanti ianya akan bermula di RM1216.00 - Gred 11 & RM1352.00 - Gred 17 (19). Prosesnya akan dimaklumkan secara lengkap kelak. Namun bagi mereka sediada (yang gajinya melebihi angka ini) tidak berlaku. Dengan kata lain tiada istilah backdated berikutan ianya effective 1.7.2016 (setakat ni, INI saja diimaklumkan).


Perkara ini terkandung dalam budget 2016.

Perkara (2) Penambahan 1 KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) berlaku pd 1.7.2016 kpd semua perkhidmatan. So berlaku dua kali KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) tahun ini. Juga berlaku sedikit perubahan contoh KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) 95 ke 100. Perkara ini juga terkandung dalam Budget 2016.

Perkara (3) Penyeragaman Gred 17 ke Gred 19 manakala Gred 22/ 26 kekal. Dan Gred 27 ke Gred 29 DAN GRED 11 & 41 dikekalkan.

Perkara (4) Penambahan lapisan Gred Kenaikan Pangkat - Contoh Gred 1 & 11 ditambah ke Gred 16 & 18 manakala Gred 19(baru) , 22 & 26 ditambah 28.

Perkara (5) Perluasan SKM [Kelayakan masuk SPM + SKM ] diperluaskan ke 17 skim dibawah AKP yang melibatkan 66 gelaran jawatan sebagai (KMP) Kelayakan Masuk Pelbagai).





Jawatan Gred 17 ke 29 yang terlibat dalam penyeragaman gred adalah:

1. PT Kewangan
2. Pembantu Penilaian
3. Pembantu juruaudit
4. Juruteknik komputer

Diberi opsyen secara one off jika punyai sijil yang setaraf dgn nya. Semua gred 17 naik 19. Berlaku penambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dari RM95 ke RM100

17 = 19
22 = 22
26 = 26
28 tambahan lapisan naik pangkat

Gaji minimum gred 17/19 juga naik dan siapa bawah minimum akan dapat lebih banyak. Semua KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) bulan Oktober diawalkan pada Julai. Mudah faham dapat 2 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Julai nanti

Jawatan 29

29 = 29
32 = 32
36 = 36
40
Tambahan gred kenaikan pangkat Jawatan 29
29 = 29
36 = 36
38 = 38
40

Tambahan gred kenaikan pangkat 27

Jawatan gred 27

27 = 29
32 = 32
36 = 36
40

UPDATED: BERITA MENGENAI PENYERAGAMAN JAWATAN BAGI 252 SKIM PERKHIDMATAN ADALAH SAH! IKUTINYA DI SINI!

Tambahan gred kenaikan pangkat

Secara mudahnya semua skim terlibat dan dianggap berubah kerana semua org akan mendapat 1 KENAIKAN GAJI TAHUNAN (KGT) julai nanti disamping Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) hakiki
Pekerja kontrak yang genap 15 tahun boleh ditetapkan dgn gred dan gaji semasa

Jawatan gred 11
11 = 11
14 = 14
16
18

Tambahan 2 gred kenaikan pangkat

Gred penguatkuasa dari klasifikasi N berubah kpd klasifikasi KP
Semua gred 17 naik 19

Berlaku penambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dari RM95 ke RM100

17 = 19
22 = 22
26 = 26
Gred 28

Tambahan lapisan naik pangkat

Gaji minimum gred 17/19 juga naik dan siapa bawah minimum akan dapat lebih banyak Skim 17 naik 29. Jika ada sijil yang setaraf dengannya. Jika tiada 17 naik 19 sahaja.

1. Pembantu Geosains
2. Pembantu Ehwal Ekonomi
3. Juruteknik Komputer
4. Pemeriksa Kilang Jentera
5. Pembantu Penerbitan
6. Pembantu Penyediaan Makanan
7. Pembantu Penyelidik
8. Pembantu Akauntan
9. Pembantu Tadbir Kewangan
10. Pembantu Audit
11. Pembantu Penilaian
12. Pemeriksa Kereta Motor
13. Jurubahasa
14. Penguasa Bekalan Air
15. Merinyu Taliair
16. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

UPDATED: BERITA MENGENAI PENYERAGAMAN JAWATAN BAGI 252 SKIM PERKHIDMATAN ADALAH SAH! IKUTINYA DI SINI!



Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gred 17 Naik Ke Gred 19, Pelbagai Gred Jawatan Ditambahbaik dan Jadual Gaji Minimum-Maksimum 2016!

Edisi Informasi! Tarikh Serahan & Syarat Baru Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Alhamdulillah dn syukur pada mereka yang baru sahaja menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia pada 28 Januari yang baru lalu. Pembayaran berkenaan adalah pembayaran peringkat pertama bagi yang layak menerima BR1M. Walaubagaimanapun pelbagai reaksi dilontarkan para penerima apabila segelintir dari mereka hanya berjaya dalam permohonan BB1M berbanding BR1M untuk kategori bujang. Begitu juga bagi mereka yang bergaji RM1500.00 telah di lupuskan hak mereka untuk mendapat bantuan berkenaan dengan alasan gaji melebihi RM2000.00. Di mana silapnya tak tahu lah.

Syarat Baucar Buku 1Malaysia 2016

Kerajaan seperti dalam Bajet 2016 telah mengetatkan syarat baharu penggunaan Baucar Buku 1Malaysia. Mulai tahun 2016, BB1M hanya boleh ditebus dikedai buku yang diiktiraf sahaja dan tidak boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang tidak di iktiraf. Syarat khusus ini bertujuan supaya pelajar IPT tidak menyalahgunakan Baucar Buku tersebut. Tambah kenyataan Dato Seri Najib Razak, bayaran BB1M 2016 adalah kekal berjumlah RM250 dan dijangka dapat dimanfaatkan kepada 1.2 juta pelajar institusi pengajian tinggi diseluruh negara.


Tarikh Serahan & Syarat Baru Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2016!

Tarikh Pengagihan: Akan diagihkan secara berperingkat mulai Januari 2016

Jumlah BB1M: RM250 (5 Keping Baucar BB1M)

Syarat Baru: Hanya boleh ditebus di Kedai Buku Di Iktiraf Sahaja
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Tarikh Serahan & Syarat Baru Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2016!

Edisi Hangat! Cara Mohon Dan Borang Permohonan Perkahwinan Perdana Terengganu 2016!

Oleh Kaki Wayang on


Cara Mohon Dan Borang Permohonan Perkahwinan Perdana Terengganu 2016. Kepada yang berhajat nak mendirikan rumahtangga, anda kini boleh memohon untuk menyertai Perkahwinan Perdana 2016 ini.

Borang permohonan rasmi program ‘Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana’ tahun 2016. Permohonan Perkahwinan Perdana 2016 kini dibuka secara rasmi mulai 1 Februari 2016 sehingga 15 April 2016. Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu ini terbuka kepada semua rakyat Terengganu yang berkelayakan. Berikut ialah cara memohon perkahwinan Perdana 2016 Terengganu.

Syarat-Syarat Permohonan Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu
  1. Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung. 
  2. Pemohon dan pasangan berumur 18-30 tahun.
  3. Perkahwinan adalah kali pertama
  4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
  5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000 ke bawah.
  6. Pendapatan ibu bapa pasangan RM3,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
  7. Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
  8. Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran MAIDAM atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen.
  10. Pemohon dan pasangan bersetuju untuk bernikah pada 14 Mei, 2016 (Sabtu) dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh JHEAT.
  11. Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
  12. Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
  13. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

Cara Memohon Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu
  1. Borang permohonan boleh dibeli di Ibu Pejabat YPKT dan Pejabat YPKT Cawangan dengan bayaran RM2.
  2. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan perlu dikembalikan semula sebelum/pada 15 April 2016 bersama dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
  • Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
  • Slip pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
  • Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
  • Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu)

Tarikh Tutup Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu

15 April 2016

Sumber: http://terengganutimes.com
Sila baca selanjutnyaEdisi Hangat! Cara Mohon Dan Borang Permohonan Perkahwinan Perdana Terengganu 2016!

Edisi Tips! Cara Download Video Youtube Dan Video Facebook Tanpa Menggunakan Software Part 1!

Oleh Kaki Wayang on

Cara Download Video Youtube Dan Video Facebook Tanpa Menggunakan Software. Rasanya ramai yang nak tahu macam mana nak download video dari Youtube, Facebook, Metacafe dan Vimeo tanpa menggunakan sebarang software. Bukan itu sahaja tetapi dari pelbagai sumber pun kita boleh download menggunakan cara ini.

Cara Download Video Youtube

1. Sila ke browser anda samaada, Firefox mahupun Chrome
2. Sila taip link ini http://en.savefrom.net/ dan ENTER


Tadaaaaaa. Dah siap dah download video Youtube tanpa perlu menggunakan sebarang software. Hanya copy and paste, download dan siap! Cubalah!
Sila baca selanjutnyaEdisi Tips! Cara Download Video Youtube Dan Video Facebook Tanpa Menggunakan Software Part 1!

Edisi Informasi! Siapa William Henry Gates III? Manusia Terkaya Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on


Senarai Manusia Terkaya Di Dunia. Anda pasti tertanya-tanya siapa manusia terkaya di dunia. Tahukah anda siapa William Henry Gates III atau lebih dikenali sebagai Bill GatesBeliau mengekalkan kedudukannya sebagai manusia terkaya di dunia. Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Wealth-X menunjukkan Bill Gates kini mempunyai harta berjumlah $ 84.7 Billion (~RM 381 Billion) sehingga penghujung 2015.

Senarai 10 Manusia Terkaya Di Dunia
  1. Bill Gates $87.4 Billion
  2. Amancio Ortega $66.8 Billion
  3. Warren Buffett $60.7 Billion
  4. Jeff Bezos $56.6 Billion
  5. David Koch $47.4 Billion
  6. Charles Koch $46.8 Billion
  7. Larry Ellison $45.3 Billion
  8. Mark Zuckerberg $42.8 Billion
  9. Michael Bloomberg $42.1 Billion
  10. Ingvar Kamprad $39.3 Billion
Sila baca selanjutnyaEdisi Informasi! Siapa William Henry Gates III? Manusia Terkaya Di Dunia!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...