PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Edisi Kreatif! Anda Pasti Tak Sangka Lakaran Ini Menjadi Pilihan IKEA Untuk Dijadikan Patung Rasmi!

Oleh Kaki Wayang on


Saban tahun IKEA dengan kerjasama UNICEF dan Save the Children akan menganjurkan beberapa aktiviti. Salah satu aktiviti mereka adalah Soft Toys. 

Soft Toys atau anak patung lembut ini adalah sebahagian daripada aktiviti tahunan mereka. Tujuannya adalah untuk membantu meningkatkan tabung dana sekolah, bekalan dan usaha bagi mendapatkan dana pendidikan khususnya kepada kanak-kanak.

Dengan sebab itulah, IKEA kemudiannya memutuskan untuk melantik kanak-kanak sebagai pereka khas kepada Sift Toys ini. Kanak-kanak ini dilantik menjadi pereka cilik IKEA sebagai memenuhi tuntutan kepada rekaan soft toys yang lebih menjurus kepada kanak-kanak.

Mari kita lihat beberapa gambar dan lakaran seterusnya lakaran tersebut menjadi realiti. Menjadi salah satu produk soft toys kegemaran kanak-kanak.



Sila baca selanjutnyaEdisi Kreatif! Anda Pasti Tak Sangka Lakaran Ini Menjadi Pilihan IKEA Untuk Dijadikan Patung Rasmi!

Edisi Terkini! Luahan Sayu Terakhir Arwah Pak Yus Yang Mampu Menitiskan Air Mata, Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on


Juara Raja Lawak Musim Pertama

SEBAIK saja dinobatkan sebagai juara Raja Lawak Astro musim pertama tiga tahun lalu, nama Yussry Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus boleh dianggap sepi apabila kemunculannya di persada seni tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya yang lain seperti Zizan, Nabil dan Kumpulan Sepah yang jauh lebih popular berbanding dirinya.

Kecewa dengan tawaran yang tidak kunjung tiba, Yus dilaporkan membawa dirinya pulang ke kampung, dia dikhabarkan merajuk dengan industri hiburan yang seolah-olah meminggirkan dirinya, beliau umpama anak tiri di gelanggang Raja Lawak! Hampir dua tahun Yus menyepikan dirinya sehingga ada dakwaan yang mengatakan Yus sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni!

Tidak cukup dengan itu, Yus juga dilaporkan sudah menjual kereta mewah, TD2000 yang dimenanginya sebagai juara Raja Lawak dulu semata-mata untuk meneruskan kehidupannya. Justeru, Yus dianggap tidak menghargai hadiah yang diperoleh hasil daripada undian peminatnya, sekali gus mengundang pelbagai perspektif negatif di mata orang ramai. Selain berdepan kesempitan hidup gara-gara tidak banyak peluang berlakon, Yus juga dikatakan dipinggirkan saudara kandungnya sendiri. Justeru, sejauh mana kesahihan khabar angin itu? Kesempatan bertemu Yus di Bachok, Kelantan, baru-baru ini, cuba merungkai segala persoalan terhadapnya ketika Yus diberi peluang memegang watak pelakon pembantu menerusi telefilem Tiga Budak Botak – Dua Hari Di Hari Raya.
Nak kata merajuk tu tidaklah sampai begitu sekali, tapi saya ambil keputusan pulang ke kampung sebab tak ada tawaran berlakon, tak ada job! Selepas menang Raja Lawak memang ada tawaran, tapi selepas tu lama saya tak ada job. Saya pun fikir-fikir, nak duduk di Kuala Lumpur ni, kos sara hidup tinggi, lebih baik saya balik kampung, bukannya merajuk…

Memang saya rasa terkilan sebab tak ada job, sedih… Tawaran tu bukannya tak banyak, tapi memang tak ada langsung! Persembahan Gempaq Selebriti Astro, ada juga saya diundang tiga, empat kali, tapi selepas itu dah tak ada lagi. Ada kalanya saya terkejut juga sebab tak ada job langsung. Orang kata saya kekurangan dari segi fizikal, sebab tu tak ada tawaran, tapi saya tak tahu nak cakap macam mana, bagi saya apa yang berlaku ni, rezeki tak memihak kepada saya.

Saya pun ada peminat tersendiri, mungkin pada ketika itu memang betul saya tak ada rezeki. Mungkin juga orang tak panggil saya berlakon sebab tak ada karakter sesuai dengan diri saya. Dah tak ada apa-apa yang boleh saya buat di Kuala Lumpur, saya baliklah ke Perlis. Saya buat kerja lama sayalah, mengajar tarian atau main teater, katanya. Yus juga menjelaskan, dia menetap semula di kampung agak lama iaitu kira-kira dua tahun selepas tak ada langsung peluang diberikan kepadanya.

Justeru, saya nak perbetulkan tanggapan orang, selama dua tahun saya balik ke Perlis, bukannya merajuk kepada industri seni, sebaliknya saya tak diberikan peluang langsung. Saya tak mampu tinggal di Kuala Lumpur. Saya pun bukan orang senang, saya pun dah tak ada keluarga, mak ayah dah tak ada.

Tumpang Makan Di Rumah Jiran

Dulu kalau sesak-sesak boleh jugalah minta duit daripada mereka. Kalau di Perlis, kos sara hidupnya rendah, setakat RM2 dah boleh makan. Kalau tak cukup makan, rumah jiran-jiran di kampung, bolehlah saya tumpang makan, tapi kalau di Kuala Lumpur, mana ada orang nak bagi saya makan…

Kadang-kadang kalau di kampung, ada show, bayar sekadar RM300 pun saya ambil, tak ada masalah. Bagi saya, RM300 pun dah besar sangat. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan nasib, atau rasa diri ini anak tiri, sebaliknya saya lebih percaya kepada rezeki, memang rezeki tidak memihak kepada diri saya. Rezeki itu memang ada, tapi pada ketika itu, Tuhan menurunkan rezeki kepada orang lain, katanya.

Yus akui, rakan seperjuangannya seperti Zizan dan Johan, lebih menonjol berbanding dirinya ketika ini tetapi beliau tidak kisah atau berasa cemburu sebab percaya rezeki itu hak masing-masing.

Lagipun Zizan dan Johan menyerlah dalam bidang pengacaraan, manakala saya lebih terarah ke bidang lakonan. Bagi saya rezeki masing-masing, perjalanan seni ini masih jauh, ada kalanya kita berada di atas, ada ketikanya pula kita di bawah, katanya.

Pernah Hidup Merempat, Mula Dikesan Mempunyai Masalah Jantung

Sebelum ini memang saya tak berniat nak jual TD2000 itu, sebab ia satu kenangan, hadiah juara Raja Lawak saya dulu, lagipun peminat yang SMS sehingga saya berpeluang memiliki kereta itu. Kadang-kadang kalau ada show, saya bawa TD2000 tu. Namun, selepas saya menjalani penggambaran drama Hanya Tuhan Yang Tahu di Sabak Bernam, Selangor, ketika dalam perjalanan pulang, ada sesuatu berlaku pada diri saya.

Angin tak mahu keluar daripada badan. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, akhirnya saya dimaklumkan, saya ada masalah jantung. Saya ditahan di wad dan selepas pemeriksaan lanjut, tahap kolesterol saya terlalu tinggi! Saya terbayang, fikiran berpusing ligat seperti kipas yang saya pandang berpusing laju.

Baru saya teringat, saya ni tak ada tanah, tak ada rumah, duit pun tak ada. Nak shooting di Kuala Lumpur, saya kena naik bas dari Perlis. Akhirnya saya ambil keputusan menjual TD2000 itu kepada seorang Cina di Ipoh, Perak. Dia bagi saya sebuah kereta Waja dan sejumlah wang tunai. Dapatlah saya meneruskan kehidupan. Sekarang, Alhamdulillah, saya semakin stabil mengurus kerjaya.

Bukannya saya tidak menghormati perasaan peminat sehingga tekad menjual kereta berkenaan, sebaliknya saya benar-benar kesempitan wang. Tak ada tempat nak bergantung. Saya hidup merempat, lebih-lebih lagi apabila saya kehilangan orang tua. Saya akui, dulu memang abang-abang saya tak ambil tahu perihal diri saya, tapi sekarang ni Alhamdulillah, ikatan silaturahim itu sudah kembali jernih.

Dulu memang saya terkilan, abang-abang saya tidak mempedulikan diri saya. Memang saya sedih, sebaik kehilangan orang tua, saya pernah berpuasa dan berhari Raya seorang diri selama beberapa tahun. Saya menangis seorang diri apabila saudara kandung sendiri tidak ambil pusing mengenai diri saya. Tapi, berkat kesabaran, hubungan yang dingin itu, dapat dipulihkan semula.

Sekarang saya lihat rezeki pemenang Raja Lawak musim terbaru seperti Wan, Achoe dan Idlan lebih terbuka luas. Sebaik saja mereka dinobatkan sebagai juara dan naib juara, terus mereka dapat tawaran berlakon, itu rezeki mereka. Pada masa sama, saya dipanggil untuk membintangi drama bersiri dan telefilem Tiga Budak Botak sebagai pelakon pembantu, jadi itu rezeki saya, kata Yus.

Al-Fatihah buat arwah Pak Yus.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Luahan Sayu Terakhir Arwah Pak Yus Yang Mampu Menitiskan Air Mata, Al-Fatihah!

Edisi Terkini! Video Suasana Pengebumian Arwah Pak Yus Jambu - Al-Fatihah!

Oleh Kaki Wayang on


“Dan sesungguhnya Kami akan memberikan dugaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (nyawa) dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan musibah, mereka mengucapkan “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” [Al-Baqarah: 155-156]


Perginya Tiada Pengganti

Ramai yang tidak menyangka akan pemergian seorang sahabat (saudara seIslam) apabila Pak Yus (Jambu) sudah pergi meninggalkan kita. Namun, kenangan dan perjuangannya dalam industri hiburan tanahair meninggalkan kesan yang begitu mendalam khususnya kepada kamum keluarga, saudara dan rakan-rakan arwah. 

Namun begitu, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Jenazah pelawak serta pelakon terkenal Yussry Edoo, 39 atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam Bintong.


|

Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi lagi menantikan ketibaan jenazah.
Kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengebumian itu

Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Video Suasana Pengebumian Arwah Pak Yus Jambu - Al-Fatihah!

Edisi Terkini! Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!

Oleh Kaki Wayang on

Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016. Belum pun habis tahun 2015, ramai dah yang tercari-cari jadual dan tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2016. Lebih-lebih lagi kakitangan yang bekerja di sektor awam.


Elaun Rumah Naik, Gaji Naik & Bayaran Khas RM500 Pada 2016

Alhamdulillah, pada bulan November yang baru lalu, Elaun Perumahan Kakitangan Awam dinaikkan. Tidak cukup dengan itu, bermula Januari 2016, semua kakitangan awam akan menerima 2 kali kenaikan gaji. Berita baik juga buat semua penjawat awam, bayaran khas sebanyak RM500.00 juga akan diberikan pada bulan Januari 2016.

Berikut merupakan Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016:


ARTIKEL BERKAITAN:


Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Bagi Tahun 2016!

Edisi Agama! Orang Bukan Islam Sembah Berhala, Islam Sembah Kaabah, Same Je laa - Ikuti Jawapan Ustaz Yang Mengesankan!

Oleh Kaki Wayang on


Sewaktu Nabi Muhammad SAW wafat, telah sempurna Islam itu. Maka, semua persoalan dan keraguan tentang Islam, pasti akan ada jawapannya. Hanya ilmu di dada sebagai penentu, jawapan apa yang perlu diberi bagi membidas kembali persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam pada orang Islam. Ada di antara mereka yang bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Nauzubillah.

Soalan-soalan yang dinyatakan di bawah, sebenarnya memang benar-benar pernah ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Jadi jawapan yang disampaikan di bawah ini diharap dapat membantu membidas persoalan tersebut.

1) Nama Nabi Isa AS disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad SAW disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad SAW hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa AS disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad SAW, sebab itu nama Nabi Muhammad SAW jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad SAW tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa lebih banyak disebut daripada nama Nabi Muhammad SAW dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa AS diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat. Jadi, bila Nabi Isa AS dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum NASrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “Siapa yang taat pada Allah akan mASuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan mASuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulASi isi kandungannya)

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa AS akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa AS yang terakhir?

Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

5) Nabi Isa AS disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : “Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Bukankah maksud ‘Kami’ itu mewakili ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. ‘Aku’ kata jamaknya ‘Kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’ . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’?

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

9) Sami Buddha menjawab “Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar”

Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Buddha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik” 

Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

11) Sami Buddha berkata lagi, “Makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad SAW? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad SAW diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

(Tampar beliau!) Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.
Sila baca selanjutnyaEdisi Agama! Orang Bukan Islam Sembah Berhala, Islam Sembah Kaabah, Same Je laa - Ikuti Jawapan Ustaz Yang Mengesankan!

Edisi Fakta! Inilah 10 Negara Mempunyai Rakyat Paling Pemurah Di Dunia!

Oleh Kaki Wayang on


10 Negara Mempunyai Rakyat Paling Pemurah Di Dunia. Pada tahun ini The World Giving Index sekali lagi mengeluarkan senarai 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia. Markah diberikan berdasarkan kepada kerja-kerja sukarela, memberi bantuan kepada orang asing dan tidak dikenali serta memberikan derma dalam bentuk kewangan. Kesemua sumbangan berkenaan kemudiannya digabungkan dengan sumbangan yang dihulurkan di peringkat global.

Melalui senarai World Giving Index 2015 yang telah dikeluarkan, berikut merupakan 10 Negara Paling Pemurah Di Dunia:

1. Myanmar


Tahukah anda Myanmar merupakan negara yang mempunyai rakyat paling pemurah di dunia. Myanmar mendahului senarai dari segi derma dan menyertai kerja-kerja sukarelawan. Pada tahun 2014, 92% daripada rakyatnya menderma. Kebanyakan derma yang diberikan adalah sebagai tanda taat setia mereka kepada Theravada Buddha yang percaya percaya bahawa sikap suka menderma sangat penting kepada agama mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu dalam jumlah yang kecil namun aktiviti itu dilakukan setiap hari.

2. USA



USA merupakan antara kuasa besar di dunia. Tahun lepas USA berada di tangga pertama dalam senarai mempunyai rakyat paling pemurah di dunia. Namun begitu pada tahun ini USA mengalami penurunan dan jatuh ke tempat kedua. Ini didorong oleh penurunan 5% dari segi wang yang diderma, manakala bagi sumbangan dalam bentuk kerja amal USA berada di tangga ke-12.

3. New Zealand



Melihat kepada gambar di atas, sudah pastinya anda terbayangkan All Blacks. Warga New Zealand adalah negara ke 3 paling aktif menjadi sukarelawan pada tahun ini dan jumlah sumbangan kewangan kepada badan amal meningkat sebanyak 11%.

4. Kanada



Walaupun peratusan menderma bagi rakyat Kanada mengalami penurunan, namun begitu 44% warganya menawarkan diri sebagai sukarelawan. Satu pendapaian yang begitu memberangsangkan.

5. Australia



Pada tahun ini Australia menokok satu tangga ke kedudukan kelima dalam senarai. Ini didorong dengan kenaikan peratusan menderma kepada badan amal dan kebajikan sebanyak 6%. Selain itu, masa yang diperuntukkan warganya sebagai sukarelawan adalah sebanyak 3%.

6. United Kingdom



Hahahaha. Ini bukan James Bond yer. Gambar hiasan sahaja. Buat pengetahuan pembaca, tahun lepas UK dan Malaysia berkongsi di tangga ke 7. Tahun ini UK naik ke tangga ke-6 atas peningkatan 32% dari segi jumlah populasi sukarelawan yang menyumbang kepada kenaikan tenaga berbanding 29% pada tahun lepas.

7. Netherland



Tahun lepas Netherland terkeluar daripada senarai Top 10 tapi tahun ini ia kembali memasuki senarai dengan peningkatan sama rata dari segi bantuan kepada orang asing, kerja sukarela dan juga bantuan dalam bentuk dana/ kewangan.

8. Sri Lanka



Sri Lanka? Perghhhh. Mantop rakyat Sri Lanka. Tahukah anda rakyat negara ini memberikan komitmen yang tinggi untuk kerja-kerja sukarelawan. Sebanyak 48% rakyatnya mengambil bahagian dalam aktiviti sukarelawan dan berada di tangga ke 2 dari segi kesanggupan meluangkan masa untuk membantu orang lain.

9. Ireland



Pada tahun lepas Ireland berada di tangga ke 4 tetapi tahun ini merudum ke tangga 9. Namun begitu, dari segi memberikan bantuan dana kewangan, warga Ireland berada di tangga 8 tetapi apabila melibatkan bantuan kepada orang yang tidak dikenali, rakyat negara ini berada di tangga ke-37.

10. Malaysia



Malaysia terkenal dengan derma R2.6billion. Eh tak, tak. Sorry, sorry Pak Jib. Meskipun Malaysia jatuh ke tangga 10 (tahun lepas tangga ke 7), warga Malaysia masih diberi markah yang baik kerana membantu orang yang tidak dikenali (ke 27 dunia) dan menderma dana (nombor 17) tetapi dari segi memberikan masa untuk kerja-kerja sukarela telah menurun daripada 41% ke 37%.

Kredit: TheVocket
Sila baca selanjutnyaEdisi Fakta! Inilah 10 Negara Mempunyai Rakyat Paling Pemurah Di Dunia!

Edisi Terkini! Gambar Jenazah Arwah Pak Yus dan Suasana Pilu Di Hospital Selayang!

Oleh Kaki Wayang on

Seperti yang sedia maklum, Malaysia hilang seorang permata seni yang pastinya tidak akan ada penggantinya. Yus Jambu dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Arwah Yus merupakan Juara Raja Lawak musim pertama dan selalu berganding dengan Tauke Jambu. Semestinya pemergian Yus Jambu adalah amat dirasai dan jenazah Allahyarham Pak Yus juga akan disemadikan di Perlis pada 30 November 2015.


Berikut merupakan beberapa gambar suasana pilu di Hospital Selayang dan Gambar jenazah arwah Pak Yus. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Pak Yus. Semoga tenang di sana saudaraku. Aamiin.
Sila baca selanjutnyaEdisi Terkini! Gambar Jenazah Arwah Pak Yus dan Suasana Pilu Di Hospital Selayang!

Edisi Pelik! Inilah 11 Undang-Undang Pelik Di Seluruh Dunia - Serius Pelik!

Oleh Kaki Wayang on


Bangladesh

Kanak-kanak berumur 15 tahun dan ke atas boleh dipenjarakan sekiranya mereka didapati meniru semasa exam di jalankan. Kalau kat Malaysia, paling kurang pun koyak kertas pastu kena halau dari dewan peperiksaan. Paling maksima pun akan di gantung pengajian.


Australia

Ni lagi satu negara yang mengamalkan undang-undang pelik. Sendiri mau faham lah yer. Miahahahahahaha. Ada juga eh macam tu.


Canada/ Kanada

Tidak dibenarkan membayar barangan yang dibeli menggunakan syiling. Namun begitu, undang-undang ini hanya tertakluk kepada jumlah harga barangan melebihi $10. Maknanya, kalau lebih $10 tak boleh bayar gunakan syiling ataupun sen-sen. Ada faham?


China

Satu kemestian di Negara China, kalau nak masuk kolej atau institusi pengajian yang lebih tinggi. Kamu kena lah pandai dan bijak. Kalau agak-agak bodoh, bangang dan tongong tak yaah fikir lah nak masuk kolej.


Finland

Undang-undang seterusnya adalah mengenai kesalahan jalanraya. Tapi rasanya boleh dpraktikan kat Malaysia ni. Gaji besar, denda akan ikut "percentage" gaji. Maknanya, gaji besar, penalti dan denda lebih besar.


Florida, USA

Hahahahaha. Hanya itu yang boleh dikatakan oleh Kaki Wayang. Giler ke ape. Nasib baik hari Khamis selepas pukul 6pm jer. Kalau setiap hari mau biru muka tahan kentut.


Florida, USA

Ni lagi satu undang-undang ntah haper-haper Florida. Suka-suka je buat undang-undang macam ni. Tujuan dan objektif tak taulah. Korang faham sendiri lah. 


France

Kat France kena hati-hati jual patung. Jangan main bedal je. kang kena tangkap. Tak pasal-pasal duduk kat France tak leh balik Malaysia. Hehehehehe.



Greece

Greece terkenal sebagai NERAKA buat suspek HIV kerana mereka boleh ditangkap tanpa usul periksa. Boleh ditangkap sesuka hati je.
 

Honolulu

Kat negara ni, diharamkan menyanyi dan melalak terlalu kuat di malam hari. Terbenam je matahari, anda di larang untuk melalak sekuat hati. So kalau nak nyanyi juga, kena nyanyi lagu-lagu part rendah je. Nak nyanyi lagu-lagu Gegar Vaganza tak leh lah sebab rock, dangdut dan macam-macam. Lagu ABC barangkali boleh. Sebab takde part CHORUS yang tinggi.


France

Lagi satu undang-undang pelik. Dibolehkan berkahwin dengan mayat. Ko nak? Sila kan ke France. Boleh lah mencubanya.
Sila baca selanjutnyaEdisi Pelik! Inilah 11 Undang-Undang Pelik Di Seluruh Dunia - Serius Pelik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...