PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! Kad Kredit

Oleh Kaki Wayang on


Rasanya dah hampir 2 tahun dah aku gunakan kad kredit Public Bank Manchester United ni..dan aku rasa macam nak terminate je..sebab skg aku ada beberapa keping kad kredit dari bank-bank lain..

1. Bank Islam Credit Card
2. Public Bank Credit Card (Manchester United)
3. Maybank Ikhwan Islamic Credit Card (Gold)
4. Maybankard 2 Cards (Gold)
5. Eon Golden Screen Cinema Credit Card (Gold)

Kad Kredit Bank Islam

Dari kelima-lima kad kredit ni aku paling suka Maybank Ikhwan sebab utamanya adalah berlandaskan syariah..tapi untuk penggunaan hiburan atau papelah..aku paling suka Eon GSC Credit Card sbb leh guna utk tgk wayang..dah brape banyak dah aku gunakan untuk tgk wayang..yang bestnya leh dapat priority lanes dan xpayah beratur kalau nak beli tiket..nak beli pop corn pown ada lanes sendiri..dikhaskan untuk pemegang kad..hebat kan kuasa kad ni..boleh memotong barisan lagi itu pun kalau perlu potg..leh beli tiket wayang online lg..dan yang bestnye..kalau tiket wayang rm10 ke bawah pun dapat diskaun..walaupun sedikit diskaunnyer iteww..tapi sape nak bagi kat kite rm1 free..betol tak..kemudahan dah ada so gunakanlah kan..

Kad Kredit Maybank Ikhwan Gold

Baru ni terkejot aku tgk aku punyer statement..RM150 fee kene bayar..tapi sbb aku dah tgk wayang lebih dari 24x setahun..Rm150 tu dilepaskan..so xpayah bayar fee..terkejot pastu happy..Lupakan pasal Eon GSC CC..Maybank Ikhwan pown best jugak..banyak kelebihan dan macam2 lagilah..xpayah lah aku nak kongsikan kelebihannya kat sini..kalau ade sesape nak mintak pandangan atau nasihat tentang kad kredit..hantarkan pandangan, soalan atau ape pun melalui ruangan komen ok..

Kad Kredit Public Bank Manchester United

The end of story..aku rasa aku nak terminate kan Public Bank, Bank Islam tu..Maybankard 2 Cards tu pula aku baru dapat semalam..dah approve dah so aku nak try dulu apa kelebihannya..so aku akan kongsikan kepada anda2 yang suka akan kad kredit..

My Favourite card! GSC Eon Credit Card

Kesimpulannya, anda dinasihatkan JANGAN menggunakan kad kredit seperti wang tunai..kalau anda tak pernah guna kad kredit dan tak tahu fungsi, terma dan syarat serta fi yang akan dikenakan..anda dinasihatkan supaya tidak menggunakkannya..be smart, be wisely..anda boleh menganggap ianya tunai sekiranya anda faham akan situasinya..anda harus mempunyai wang yang cukup untuk membayar balik apa yang telah kita beli menggunakan kad kredit..dan jangan gunakan cara dengan membayar minimum setiap bulan kerana dengan cara itu anda tidak akan dapat berbelanja secara berhemah..

Maybankard 2 Cards

This is my new collection of cards..Maybankard 2 Cards which is have 2 cards: Maybankard American Express Gold Card and Maybankard 2 Mastercard Gold Card..i love the AmEx Gold Card vecause of the benefits to the cardholder. Here's the benefits to the cardholder:

Benefits

  • The benefits of two cards, Maybankard 2 American Express® Card and Maybankard 2 MasterCard or Visa Card, in one sign up, one service tax, and one statement.
  • Enjoy a low Finance Charge of 8.88% p.a. on your outstanding retail balance, and save up to RM2300 a year¹. All you have to do is promptly settle your minimum payment of 5% or a minimum of RM25.
    ¹Based on RM3,000 monthly spend with minimum repayment of 12 months
    Click here for calculation of savings.
  • 5x TreatsPoints for every Ringgit spent on Maybankard 2 American Express Card and 1x TreatsPoint on Maybankard 2 MasterCard/Visa Card in Malaysia or anywhere else in the world.
  • 5% Weekend cash back² when spend on Maybankard 2 American Express Card.
    ²A cap of RM50 per customer (Principal Cardmember) per month
  • Enjoy lowest finance charge of 8.88%³ per annum on your outstanding retail balance. All you need to do is promptly settle minimum payment, 5% of the outstanding balance or a minimum of RM25.
    ³Maybank reserves the right to revise the Finance Charge as and when it deems necessary, with 21 days prior notice
    .
  • Lifetime Fee Waiver with complimentary supplementary cards. 

Who can apply?

  • Malaysians and expatriates with a minimum annual income of RM30,000
  • Principal cardholders: those between 21 to 65 years old
  • Supplementary cardholders: at least 18 years old

Required documents

Please include the following with your application form:
  • Copy of NRIC (both sides) or Passport, including that of supplementary applicant's
  • Latest BE form with official tax receipt
  • Latest 2 months' salary slips
  • Latest 3 months' savings account activity/current account statement
If you are self-employed:
  • Copies of Business Registration
  • Latest 3 months' Bank Statements
If you are an expatriate:
  • Letter from employer confirming duration of employment contract in Malaysia
    Note:
    You must be a Maybank account holder

Fees & charges

Annual Fees
Lifetime Fee Waiver for Principal and Supplementary Cards.


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Kad Kredit

Banyaknya bil nak kene bayar..

Oleh Kaki Wayang on

Alhamdulillah bulan ni rezeki lebih..walaupun xlebih mana sangat..tapi adalah..harap2 gaji bulan ni xusik pun sbb sume bil aku dah bayar sebelom gaji..sekali tgk Maybank2u tadi ade lagi belom bayar..sangat2 keji…seb baek RM38.00 jew..bulan lepas dan bulan ni..penggunaan perbelanjjan aku hampir xpun cecah seribu..ntah mende aku buat sampai banyak macam tu…salah 1 nyer yang menjadi penyumbang kepada penggunaan sebanyak itew adalah penggunaan henpon aku ala si HTC HD7 tulaaa…RM372.00 something like that laaa..pastu broadband lagi kene bayar..seb baek bil  untuk kuartes dah potg dari gaji..pastu yang sangat x munasarawak adalah pembayaran bil api aka elektrik yang vanyak sesungut itew..bulan 1 dan 2 penggunaan sumenyer xperlu bayar..jumlah perlu dibayar -RM11.50..tapi bulan March ni tetiba pla boleh jadi RM44.00..keji x?ape la sangat yang aku guna sampai positif pla..maknanya kene bayar..selama ni xperlu bayar pon..xkan naik begaytohhh mendadak…

Pastu yang peliknye..kengkawan2 lain yang duk kuartes pon pelik..boleh pla kene bayar untuk bulan ketiga ni..selama ni pon bil api dorg xperlu bayar sbb sumenyer dibawah RM20.00..tapi itulah TNB..asyik nak wat anggaran..tu salah satu sebab dan punca pendapatan TNB..kalau asyk dibawah RM20.00 sepanjang tahun mana nak untung ye dok…

Tapi kan TNB sudah seharusnya bertindak lebih adil dengan datang kerumah dan buat penyemakan..bukannya jauh pun Politeknik Muadzam Shah ngan TNB Muadzam Shah tu kan..jangan kerana nak untung je sume bil asyk dianggar je..akibatnya penjawat awam PMS yang jadi mangsa penindasan..
Sila baca selanjutnyaBanyaknya bil nak kene bayar..

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah April 2011

Oleh Kaki Wayang on

Hai Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
22 April 2011 – Berjumpa lagi di lembaran baru theinformations dalam episod pada kali ini adalah..Perhimpunan Bulanan Kakitangan PMS yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bertempat di Dewan Kuliah Utama 1 yang indah ithoooo…Seperti biasa tentatif perjalanan majlis adalah sama dengan mana-mana perhimpunan bulanan kakitangan sebelum-sebelum ini..namun pada kali ini agak berlainan sedikit kerana PBKPMS kali ini dimulai dengan sedikit perkongsian maklumat, informasi dan idea dari Pegawai Unit Penyelidikan dan Inovasi..

Secara ringkasnya beliau memperihalkan tentang perlunya innovation dan pelbagai lagi sudut pandang dan sumbang saran yang begitu menarik..kemudian terdapatnya cadangan untuk membentuk satu ruangan untuk di bukukan yang akan mengandungi pelbagai maklumat menarik seperti cerpen, puzzle dan macam-macam lagi karya berbentuk research serta perkongsian pengetahuan dan ilmu..mengikut dari apa yang disampaikan tadi..ianya akan diberi judul “Digest”..dan setiap muka surat pada halaman digest berkenaan adalah berwarna..

Bukan untuk menghentam sesiapa pun namun..pelbagai bentuk perkongsian Ilmu yang telah aku laksanakan, design sendiri, jadi editor sendiri tidak mendapat 1 persetujuan untuk menerbitkan hasil kerja aku hatta yang tak berwarna sekalipun..aku x pernah mintak untuk dipuji namun aku buat buletin dengan menganggap ianya bukan 1 karya yang boleh dianggap membazir..walhal kesemua isi kandungan karya berkenaan (buletin) secara keseluruhannya berlandaskan  corat-coret, bangun hidupnya Politeknik Muadzam Shah..mungkin ada juga betulnya apa yang telah dikatakan oleh segelintir pendapat..ianya boleh dilaksanakan dengan syarat ianya tidak dibuang sepertimana apa yang telah berlaku ke atas Cakna Ilmu..2 bulan sebelum bulan ini..penerbitan Cakna Ilmu rancak dijalankan..sehingga kini ianya sudah menjangkau usia 25 keluaran..dan kini selepas diteliti semuala..ianya dibekukan..bukan dibekukan untuk percetakan..tapi penggunaan kertas untuk tujuan percetakan dan penerbitan bukan lagi pilihan utama bagi golongan professional PMS..mereka lebih mengutamakan penggunaan slogan “go green” sperti yang telah disampaikan oleh Pengarah PMS sebentar tadi..

Berkait dengan itu, Buletin Info-lib tak sempat untuk dilaksanakan penerbitannya atas beberapa faktor yang tidak memungkinnya untuk menjadi kenyataan..kecewa memanglah kecewa..namun keputusan dibuat berdasarkan peratusan kebarangkalian ianya (buletin) akan diterima tanpa berlakunya pembaziran..dan keputusan itu aku boleh terima atas sebab-sebab alasan yang diberikan sangat sukar untuk disangkal akan kebenarannya..mengambil apa yang dikatakan pengarah: kalau kita buat macam mana pun cantik pamplet atau buletin..tapi kalau dah hati manusia itu kata ianya tidak bermaklumat dan tidak ingin membacanya walhal kandungannya begitu bermakna dan penting sebagai informasi..benda itu xkan berjaya mengubah hati manusia dari membuang, membiarkan pamplet dan karya-karya tersebut ke dalam tong sampah atau di atas meja”  Maka disinilah berlakunya pembaziran..tidak kurang juga yang memberikan pendapat dengan menggunakan email rasmi politeknik sebagai medium penerbitan dan penyiaran karya-karya seperti buletin..namun adakah ianya berhasil?berapa ramai yang akan bukak email setiap hari dan kemudiannya membaca buletin itu?setiap hari kita mendengar rungutan dari penjawat awam yang berkata, “macam mana nak bukak email..nak login pun xboleh (sambil menyalahkan masalah internet yang xpernah selesai)..kalau itulah cadangannya “go green” xkan pernah berjaya..ada juga yang menyatakan pendapat dengan mencadangkan ianya perlu di “publish” kan kat Laman Web rasmi politeknik..aku nak tanya pendapat korang semua lah..adakah laman web http://www.polimuadzam.edu.my/ menarik?dan sejauh mana ianya boleh menarik minat anda untuk membaca makumat didalamnya?mesti anda akan kata oh tidak..oh god..or whatever..

Namun begitu, adakah digest yang akan dilaksanakan penerbitannya tidak akan dipandang serong oleh orang-orang yang telah berkarya selama ini namun ianya tidak diterbitkan?adakah ianya tidak membazir dengan adanya halaman berwarna? Lupakanlah itu semua Azri..ko tu hanya kakitangan pelaksana..bukannya pemutus kata..aku redha..

Berbalik kepada PBKPMS..pelbagai adegan-adegan dan panorama menarik menghiasi majlis pada petang tadi..antaranya adalah..wah sekarang majlis PBKPMS dah ada anugerah tau..anugerah kakitangan cemerlang bulanan gehtoooo..heyyvattt..dan pada bulan ini pemenangnya adalah..Tn. Hj. Abdullah Azraai bin Hasan dan En. Jumari bin Hj. Parjo..tahniah kepada para pemenang..dan yang sangat2 “best”nyerrr hadiah untuk meraikan hari kelahiran kakitangan dah berubah laaa..kalau dulu hadiahnya adalah set cawan yang sangat “chanteQ” itew..kini dah bertukar wajah…LILIN gehtoooo..sangat “chanteQ” sekurang-kurangnya xde la staf yang dah duk kat PMS ni selama 10 tahun dapat hadiah set cawan yang sangan “mahal” tu berulangkali..mintak maaf yerrr PKPMS..saje jewww..tahniah atas perubahan yang anda lakukan..dan semoga makin ramai staf yang akan bayar yuran PKPMS yang sangat “Mahal” itu iaitu sebanyak RM3.00 sebulan..”mahal” sangat kan sampai ada orang yang xmampu bayar tapi mampu beli rokok yang berharga lebih RM10.00 sekotak..

Oklah setakat itu jelah aku nak kongsikan..nanti aku uploadkan gambar k..xsempat lahhh…sorilaa dari awal tadi ayat skema jorhhh..tapi dah penghujung ni kan hagaq keji sikit ayatnyerrr…ok babai sume..enjoyyy!!!!!
Sila baca selanjutnyaPerhimpunan Bulanan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah April 2011

Edisi Khas Pa & Ma! About Us

Oleh Kaki Wayang on

Ruangan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan disamping memberi input-input yang menarik kepada bakal ibu dan bakal bapa. Ruangan ini juga antara lain bertujuan untuk menyampaikan maklumat penting kepada ibu bapa. Segala pengalaman akan dikongsikan di sini. Jangan malu-malu untuk kongsikan pengalaman anda samaada melahirkan anak, karenah bayi, dan apa jua pengalaman anda bersama bayi anda. Jika sekiranya anda mempunyai petua-petua untuk dikongsikan, silakan Admin amat berbesar hati untuk menerima cadangan dan petua-petua yang anda berikan. Selamat membaca dan mendapat input dan pengetahuan yang berguna dari blog Edisi Khas Pa & Ma ini.

Terima kasih kepada Pa & Ma atas segala maklumat yang dikongsikan di sini. Segala maklumat yang didapati dari Pa & Ma bukan niat untuk "mencuri" idea tapi untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini. Ruangan edisi khas ini juga baru sahaja dibangunkan. Oleh itu, maklumat yang ada dalam edisi khas ini masih terlalu sedikit dan masih baru. So, kepada pembaca diharap bersabar entri edisi khas ini akan senantiasa di "update" dengan kandungan-kandungan entri baru dan lebih menarik dan berinformasi untuk anda.

Sila baca selanjutnyaEdisi Khas Pa & Ma! About Us

Promosi! Jom BERIKLAN, Serendah RM30.00 Sebulan - Tentunya PALING MURAH!

Oleh Kaki Wayang on


Ruangan IKLAN kini dibuka. Dari serendah RM30.00/Sebulan anda kini sudah boleh beriklan di blog ini. Buat pengetahuan semua, blog ini mampu mencapai lebih dari 15,000 - 25,000 visitor sehari. Dengan jumlah kehadiran visitor 300,000 sebulan..dan dengan pencapaian seumpama itu, maka sudah tentunya iklan anda pasti akan mendatangkan pulangan yang lumayan. Jadi TUNGGU apa lagi. Beriklan SEKARANG!!!

Ruangan IKLAN adalah TERHAD!!!

 Banner   Banner
Sila baca selanjutnyaPromosi! Jom BERIKLAN, Serendah RM30.00 Sebulan - Tentunya PALING MURAH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...