PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Sony Perkenal Playstation Vita
Oleh Kaki Wayang on
Anda peminat Playstation? Tak kira lah versi PC atau versi portable atau apa jua versi Playstation. Kini Sony kembali dan kemudiannya memperkenalkan generasi baru alat permainan mudah alih 'PlayStation Vita' serta judul-judul konsol 'blockbuster' 3D dalam usaha untuk memulihkan imejnya selepas diaibkan oleh serangan siber ke atas sistem permainan komputernya.
Gergasi hiburan Jepun itu menukar arena sukan Los Angeles menjadi sebuah medan muzik dan permainan video, dengan fokus kepada permainan komputer dan perkakasan baru menjelang pembukaan Ekspo Hiburan Elektronik (E3), hari ini.
P/s: Belum pon memiliki Playstation 3 dah keluar Playstation portable baru..BBH sebenarnya peminat game jugak..tapi tak lah tegar sangat..lite-lite jew..
Betol-betol Hangat! LG Optimus 2X
Oleh Kaki Wayang on
LG, Optimus 2X kini lebih pantas melayari dunia maya sekali gus memberi kepuasan maksimum kepada pemiliknya. Turut dilengkapi skrin NOVA seluas empat inci dan ketebalan badan hanya 9.2 milimeter (mm) memberikan suatu pengalaman menarik kepada pemiliknya bagai tiada yang serupa dengannya sebelum ini.
Namun, 'bintang' sebenar bagi telefon pintar ini adalah pemproses NVDIA Tegra 1 GHz dan 512 RAM dimuatkan ke dalamnya.
Teknologi ini membolehkan pemiliknya melayari Internet dengan lebih pantas dan mudah. Bagi tujuan rakaman gambar, Optimus 2X juga dilengkapi kamera 8 megapiksel (MP) juga flash LED bagi rakaman biasa namun ia juga mampu merakam gambar makro.
Menggunakan platform Android 2.2 Froyo, Optimus 2X merupakan antara telefon pintar yang membolehkan penggunanya memuat turun apa jua aplikasi melalui Android Market dengan lebih mudah. Seterusnya, paparan skrin sesentuh yang luas memastikan kepuasan bermain permainan interaktif sama ada secara Online mahupun yang dimuat turun dengan lebih menarik.
Optimus 2X boleh didapati di pasaran dengan kadar harga RM1800 dan secara kontrak dengan mana-mana talian yang terdapat di negara ini.
Sumber: LG Optimus 2X
Betol-betol Hangat! PERODUA lancar Myvi baru
Oleh Kaki Wayang on
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan model baru Perodua Myvi dengan sasaran jualan 8,500 unit sebulan bagi menggantikan model generasi pertama jenama kenderaan terlaris yang diperkenalkan pada Mei 2005.
Model baru yang dipertingkatkan dari segi reka bentuk dan fungsi itu, dijual pada harga atas jalan bermula dari RM43,900 bagi transmisi manual standard hingga RM57,400 bagi transmisi automatik.
P/s: Lambat sangat kete ni kluar..BBH dah beli MyVi lama dah..pas ni tak kan nak beli MyVi lagi kot...aiyooooo..
PERANG BLOGGER
Oleh Kaki Wayang on
Wah masih ada masa lagi ni..pertama kali sempat join Ben Ashaari punyer segmen..nak ikot laaaa..kalau korang nak ikot jom...
Sejam saja dibuka.. dari ku 2.15 petang hingga 3.15 petang .. kemudian ... jeng jeng jeng .. arahan selanjutnya selepas itu ..Caranya ... buat satu entri...Tinggalkan url entri anda di ruang komen.. Segera !
Letak header ... ben ashaari blog .. Tajuk : PERANG BLOGGER ..Join kat sini BLOG ASHAARI
Special Edition! Wut a great number!!!!
Oleh Kaki Wayang on
Wah pertama kali aku tak gunakan tagline aku si Betol-betol Hangat tu (dah macam orang lah pulak) ni sume sebab total pageviews aku yang baru masuk 2 bulan ni dah sampai 8888..no surat beranak aku 1818, tarikh lahir aku 080884, no. IC aku 840808125087..semuanya ada no. "8"..so tak hairanlah aku wat post ni..padahal orang lain pageviews dier dah sampai juta-juta..aku baru nak masuk 9,000..tapi takpe..aku wat slow-slow..nanti akan ramai jugak yang datang ke blog aku..hahahaha perasan!...