PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!
Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.
Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!
Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.
Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!
"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.
Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!
Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.
Home » All posts
Betol-betol Hangat! Disebalik Jenama CADBURY!
Oleh Kaki Wayang on
John Cadbury
CADBURY adalah syarikat gula-gula berasal dari Britain. Merupakan produk kedua terbesar selepas produk gabungan Mars dan Wrigley. Ianya terletak di Uxbridge Business park, Borough Hillingdon, England. Sejarah Cadbury bermula pada 1824 iaitu apabila John Cadbury, seorang penjual minuman teh dan kopi berasal dari Bull treet di Birmingham, England berjaya mencipta minuman kokonya sendiri dan kemudiannya memberi tumpuan ke atas penghasilan koko dan coklat.
Ia dikendalikan bersama saudaranya Benjamin. Syarikat atas nama Cadbury Brothers Birmingham kemudiannya diwujudkan. Produk minuman coklat tersebut pada ketika itu dicipta untuk golongan kaya sahaja kerana kos pengeluarannya yang tinggi.
Dua saudara itu kemudiannya berhijrah ke kota London pada 1854 setelah menerima perkenan diraja sebagai pengeluar coklat dan koko untuk Ratu Victoria. Antara produk coklat yang laris dan terkenal adalah Cadbury Cocoa Essence. Kerana kejayaanyang begitu menakjubkan, syarikat itu akhirnya menamatkan operasi perdagangan teh pada 1873 untuk memberi fokus kepada industri coklat.
Pada masa yang sama. pakar pembuat manisan Frederic Kinchelman dilantik sebagai rakan kongsi. Gabungan itu membawa kepada perkongsian resepi dan rahsia pengeluaran Cadbury. Kejayaan itu menyebabkan banyak jenama coklat lain terpaksa ditutup.
Pada 1878, anak lelaki John Cadbury iaitu Richard dan George kemudiannya mengambil alih syarikat itu selepas persaraan bapa mereka pada 1861.
Betol-betol Hangat! Alahai ASTRO!
Oleh Kaki Wayang on
Sebab aku tertarik ngan satu entry dalam blog Cik Munnafendy kita ni..(Cik Munna sajorkh jadi panduan)..dah aku jadi follower dia..kenelah baca entri dia selalu kan..dalam entry dia yang berbunyi..TOINK!, TOINK!..haha..tak lah..dalam entri dia yang bertajuk BERITA SERIUS. Aku tertarik ngan bab Astro tu..sebab aku merupakan pelanggan tetap dan setia ngan ASTRO..setia ker? tapi masalahnyer Astro tak setia ngan aku..selalu menaikkan charge yang ntah haper2..kepada pelanggan ASTRO..korang tau tak ASTRO dah untuk bape ratos juta hasil daripada langganan ASTRO..bukan tu je dari iklan-iklan dan macam-macam lagi..itupun Astro masih nak naikkan harga lagi?

Khabarnya Astro telah menaikkan charge yang tak diluluskan oleh kerajaan..betol atau tidak..wallahualam..Aku ni pelanggan ASTRO..tak cukup dengan itu aku langgan Astro Byond..dah lah kena bayar RM20.00 sebagai charge kepada perkhidmatan Byond itew..tapi perkhidmatannya tetap sama..rancangan, movie, dokumentari dan macam-macam lagi adalah recycle semata-mata..terus terang lah..aku amik pakej Movie, Sukan dan macam-macam lagilah..kalau kat HBO tu tok sah kira lah..filem The Reader lebih dari berjuta-juta kali tengok (saje cakap bjuta-juta nak bagi nampak dah tgok banyak kali)..Kat Cinemax pula..rancangan dan movienya mak aihhhh sangat-sangat season in the sun gitew (faham Cinemas tu untuk filem-filem nostalgia)..Star Movies pula? Pagi Percy of Jackson kemudian dalam kul 10am, filem itu diulang semula..kul 6 pm kejap lagi..diulang lagi filem itu..dan pukul 2am..diulannyer lagi filem itu..adoihhhh haih..Aku rasa banyak lagi filem yang tak dimainkan kat TV yang dah lama diputarkan kat wayang..tapi...
Itu satu hal, pasal hujan pulak..kalau kat Muadzam ni tak yah tunggu hujan lebat..angin dan hujan renyai-renyai pon boleh menggangu siaran ASTRO..aku rasa MEASAT dah tukar macam-macam dah..tapi perancangan tetap sama..yang berubah charge..kalau turun takpe..makin bertambah lah pulak..
Ok yang tu dua hal..IKLAN pulak lagi..kami melanggan siaran berbayar bukan untuk tengok iklan lah cik, puan, encik, tuan ooiiii..kalau TV3, TV2 dan TV1 tu takpelah..dorg tu siaran free..memanglah kene cari duit dengan cara mainkan iklan supaya dorg leh run kan program kat situ..tapi korang (ASTRO) tak payah iklan pon aku rasa dah kaya dah..dah banyak pengikut dah..mengalahkan iklan siaran TV percuma pulak dah..
Ok yang tu tiga hal..ni pasal charge nak tamatkan perkhidmatan, nak buang channel dan reconnection dan sebagainya..semuanya kene charge..adoihhh aihhh..serupa along laaaaaa...
Betol-betol Hangat! Serang!
Oleh Kaki Wayang on
Sebenarnya semua orang (blogger) yang sertai perang blogger anjuran Havang Ben Ashaari dah buat dah entri ni..cuma aku sorang je yang tak buat..Aku buat entry ni bukan atas sebab-sebab nak re-post kan kumpulan kami ni Kami Gila Segmen..tapi nak ulas sikit sal komen-komen kengkawan bila Blog Betol-betol Hangat! ni diserang oleh kumpulan KL Gangster..ulasan kat bawah skali yerrrr...
NAMA KUMPULAN : KAMI GILA SEGMEN
KETUA KUMPULAN : BeloG MTT
Kredit to: Cik Munnafendy atas entry ni..
1) http://gadiskutersayang.blogspot.com/ -----Blog Cik Munna
2) http://lytulip.blogspot.com/
3) http://www.my-shopping2u.com/
4) http://kisahkauakudankancil.blogspot.com/
5) http://informations-the.blogspot.com/ -----Blog Betol-betol Hangat!
6) http://izyannadira.blogspot.com/
7) http://farahahalife.blogspot.com/
8) http://haffizmohdnoor.blogspot.com/
9) http://pami3.blogspot.com/
10) http://sophieisa.blogspot.com/
11) http://kisahkami83.blogspot.com/
12) http://ibundadelight.blogspot.com/
13) http://kisahhatiaku.blogspot.com/
14) http://mrbaiz.blogspot.com/
15) http://informations-the.blogspot.com/ -----Blog Betol-betol Hangat!
16) http://nakstoryboleh.blogspot.com/
17) http://heartylolipop.blogspot.com/
18) http://ladypinkucuk92.blogspot.com/
19) http://sweetctie.blogspot.com/
20) http://shafildabaharuddin.blogspot.com/
21) http://theplainyard.blogspot.com/ ------Blog Yazid Yahya
22) http://www.alyaesprezzo.com/
23) http://theplainyard.blogspot.com/
24) http://www.wydaz.com/
25) http://yien9897.blogspot.com/
26) http://mariatunnabila.blogspot.com/
27) http://nurulhafizahramli.blogspot.com/
28) http://arayun.blogspot.com/
29) http://mariatunnabila.blogspot.com/
30) http://syurgacintalya.blogspot.com/
31) http://izyannadira.blogspot.com/
32) http://syafikway.com/
33) http://sparklemaneh.blogspot.com/
34) http://elyanaguitar.blogspot.com/
35) http://lassierose.blogspot.com/
36) http://zaarahayat.blogspot.com/
37) http://www.lailyqaisyirah.com
38) http://lassierose.blogspot.com/
39) http://amniey91.blogspot.com
40) http://qasehsaifudin.blogspot.com/
41) http://rumahpusakaku.blogspot.com/
Sebab nama kumpulan :
KGS name komercial...huhu.. selaen dari sebab di atas adalah... Segment gak telah merapat kan hubungan kita..x kira la ko pemes ke x...dengan masok segment sume same...kita jd pemes... sama pemes ngn org pemes... yeah!!! Kami giler Segmen.. Hahaha.. Sbb rata2 sume yg masok ni sume memang gielr segment kan?? So, kitangn segment mmg x dpt nak di pisah kan la...da macam isi ngn kuku da...
Sedikit ulasan mengenai Perang Blogger..Sebenarnya apabila Ben Ashaari buat segmen..ramai yang akan turut serta..tujuannya..kita akn lebih kenal ramai blogger..walaupun "musuh" (bukan musuh sebenar yer..musuh dalam segmen Perang Blogger jew)..antara komen-komen hangit tak hangit, pedas tak pedas yang aku dapat dari "musuh" KL Gangster (mentang-mentanglah filem KL Gangster tgh ditayangkan kat wayang):
1. Another black blog - dan kebanyakannya adalah sal black blog..komen tu semua adalah atas nama Perang Blogger - Ben Ashaari dah tetapkan peraturan yang dia buat sendiri..kene serang dan kritik blog-blog musuh..aku pown balas lah serang jugak..biasanya aku akan taip Serang, Aku tak suka warna Pink, aku tak suka warna hijau (bila ianya melibatkan warna-warna kejambuan disiteww)..
Dan ada beberapa lagi komen-komen yang lain..korang tak suke black ke...hahahaha..cantek ape black blog ni..dah lah aku susun kemas jew..kan, kan..oklah tak nak lah cakap dan tulis dan taip banyak-banyak..korang bukan nak sangat baca pown...anyway, sori dah terlambat dah post entri ni..main reason aku cuma nak ulas sikit sal Perang Blogger haritu..
Kesimpulannya, aku tak kan tukarkan warna background dan theme blog Betol-betol Hangat! ni..dah sebati laaa ngan BBH gehtooo..tapi cuba korang tengok Cik Munnafendy punyer blog..dia terpaksa tukarkan background sebab diserang dengan komen-komen yang hangit tak hangit, pedas tak pedas dari KL Gangster..korang ikuti kisahnya disini...Salin baju lah pulak....
Betol-betol Hangat! Rupanya Isteriku Seorang Lelaki!
Oleh Kaki Wayang on
Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen. Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.
"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.
Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.
"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.
Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.
Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.
Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.
Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.
Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki.
P/s: Tapi kan BBH sangat pelik lah..kenapa perlu tunggu sampai 6 bulan baru tahu yer?dah tu selama ni?malam pertama dorg mcm mane pulak yerrr?seram nokkkk..kao mampoo?
Betol-betol Hangat! Macam-macam Hal!
Oleh Kaki Wayang on
Tak hormat sidang DUN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Wong Ho Leng (dua dari kiri) mengetuai 11 ADUN dari DAP, tidak memakai pakaian istiadat pada pembukaan Sidang DUN, semalam dengan mendakwa pakaian berkenaan mempunyai songkok bercirikan Islam. Tindakan itu dilihat sebagai tidak menghormati budaya masyarakat negeri ini sedangkan empat lagi ADUN PKR dan BEBAS, memakainya.